Isnin, 29 Julai 2013

Bermulanya Pencarian Lailatul Qadr

Assalamualaikum.....

Hari ini kita telah tiba ke hari ke-20 di dalam bulan Ramadhan. Dan malam ini pula adalah malam ke-21.

10 malam terakhir di bulan Ramadhan, salah satu malamnya adalah Lailatul Qadr. Pasti semuanya tahu dan ariff. Sangat banyak informasi yang ada di alam maya, di dalam buku dan melalui majlis2 ilmu.

Malam yang penuh keajaiban untuk di cari.

Namun.....

Tak perlulah di cari dan di tunggu. Yang sebenarnya, kita tingkatkan sahaja amalan kita, niat kita, pendekatan jiwa kita dengan Allah S.W.T. Semakin Ramadhan tiba ke penghujungnya, semakin Syawal terbayang2 di ruang mata. Sekiranya terleka, kita pasti lupa yang Ramadhan masih belum berakhir.

Di penghujung Ramadhan, kadang2 ada yang sanggup bersengkang mata untuk persiapan Syawal, namun alangkah sayangnya sekiranya ia berlalu tanpa pengisian. Manalah tahu malam itu adalah malam Lailatul Qadr, kan? Berganda2 pahala dan rahmat yang mengisi 'tabung' kita untuk bekalan akhirat kelak.

Keterujaan kita semua menyambut Syawal adalah cabaran penghujung Ramadhan. Maka timbangkanlah dengan pahala berlipat kali ganda yang hanya dapat kita jumpa setahun dari sekarang...

Allah Maha Mengetahui....


P/S : Dah siap persiapan raya ker...?

9 ulasan:

  1. Moga amalan kita diterima baik olehNYA.. insyaAllah..

    persiapan raya belum siap lagi..

    BalasPadam
  2. Semoga semuanya mendapat rahmat dan barakah di bulan ramadhan dan sampai bila2

    BalasPadam
  3. N3 yg bagus, tp ayat akhir tu buat spoil la.
    Hehe
    Apapun semoga ziela dpt brtemu dgn lailatul qadr, wlu tnpa mnyedari tibaanoya

    BalasPadam
  4. semoga bertemu ngan malam yang indah ini

    BalasPadam
  5. In syaa Allah ziela..sama kita tingkatkan ibadah

    BalasPadam
  6. InsyaAllah..yg pnting kita buat amalan secara kosisten....

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas peringatan.

    Terasa sangat pantas masa berlalu.
    Ramadhan dah tinggal 1/3 lagi.

    BalasPadam
  8. Tahun ni byk azam..harap2 terlaksana paling tidak satu..itupun dah alhamdullilah. ..bagi I yg iman setipis kulit bawang ni mmg rasa jauh sangat akan dpt anugerah lailatulqadar. .cuma nak tingkatkan apa yg pernah dibuat dulu..samalah kita kann..insyallah

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, memang tak terasa begitu pantas masa berlalu..... semoga akak dan keluarga juga berjaya mempertingkatkan amal ibadat dan memperbaiki apa yang termampu....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com