Selasa, 9 Julai 2013

Saya Mohon Ampun dan Maaf

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Bagi yang beragama Islam, telah bersediakah anda untuk menyambut ketibaan Ramadhan?

Sebelum memulakan pemburuan pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya. Tak kiralah di alam maya mahupun di alam realiti sekali. Tak kira sahabat handai, ahli keluarga tersayang, mahupun pembaca senyap blog ini.

Sekiranya ada yang terguris perasaan sepanjang perkenalan kita, saya mohon kemaafan dari sudut hati yang paling dalam.

Saya juga ingin memohon maaf kerana dah lama tak ziarah blog kawan2 sekalian. Bukan itu saja, saya juga belum sempat untuk membalas komen kawan2. Insha Allah akan saya usahakan nanti.

Maaf juga kerana sepanjang bulan puasa ini, saya ingin cuba untuk tidak menulis tentang makanan dan memaparkan gambar makanan. Sebaliknya, saya akan bercerita panjang lebar tentang novel2 yang saya baca. Tak banyak, tapi kadang2 kupasan saya boleh jadi berjela panjangnya. Saya tak paksa anda membacanya dan saya bersedia rating visitor saya menjunam jatuh.

Apa2 pun, walaupun entry saya tidak menarik, saya harap persahabatan kita semua akan tetap berterusan.


Marilah kita semua bersama-sama mengejar pahala yang dengan mudah di kaut di bulan Ramadhan ini. Mudah juga mendapat dosa dan hilang pahala sekiranya tersilap langkah. Sama-samalah kita saling mengingati.


Semoga Ramadhan kali ini kita dapat markah pahala yang gemilang.

Amiin...


P/S : Bukan di bulan Ramadhan saja amalan baik tu yer....


.

13 ulasan:

  1. Kalau boleh semua kita mahu yg terbaik di bulan yg mulia ini kan Ziela.

    Selamat menjalankan ibadah puasa yg bermula esok dari kakak. Maaf juga yg kakak pohon sama.

    BalasPadam
  2. Salam aziela,
    Kemaafan dan keampunan mu d terima. Hehe. Apapung. Selamat menyambut ketibaan ramadan dan selamat berpuasa

    BalasPadam
  3. Hello Aziela, selamat puasa. Time flies.....then it's hari raya.
    For us, it's Summer now, temp around 22'c.
    Then by October the falling leaves of autumn, then the snow.
    So, apa menu buka puasa? Ikan chincharu sumbat sambal? Ayer kelepa? Tebu?
    Udang masak lemak nanas? And sambal belachan....
    Even though my bahasa is out of tune, I enjoy read your this posting...but takut nak reply in bahasa...

    Takut silap, nanti macham mintak tangan nak kawain pulak. Itu la lecheh kan, ha ha ha.
    Just joke joke, ya.
    Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  4. Ummi pun nak ucap selamat menjalani ibadah puasa buat Ziela sekeluarga, selamat beramal ibadah. ummi pun mohon maaf ye jika ada salah dan silap.

    BalasPadam
  5. sama la kak..mohon ampun dan maaf ye.. salam ramadhan.. =)

    BalasPadam
  6. salam ramadhan aziela! mohon ampun dan maaf juga dr saya...:)

    BalasPadam
  7. Terima kasih dengan semua ucapan. Kosong2lah kita yer...

    BalasPadam
  8. Uncle Lee : Hahahahha....you are seriously hilarious Lee. Really make my day. Buka puasa today will be with my hero back in Port Dickson. I will drive down to him. He will choose the menu. He has already called to make confirmation regarding our date this evening...hahahhahaha.

    Lee, your Malay is not bad at all. The different is only the spelling. We have new spelling and grammar in Bahasa Melayu now. Hahahahha. But it's ok. I do write in English a few entries. You can choose to comment and read my English writings, though my English is the basic level.

    BalasPadam
  9. Selamat berpuasa buat Kak Aziela.. Moga semua ibadah kita akan diterima oleh Allah.. Maaf sangat sebab jarang dapat singgah blog akak dan tinggalkan komen..Kesibukan membataskan segalanya.. Moga Kak Aziela sihat2 sentiasa..Do take care sis..

    BalasPadam
  10. Salam akak....terima kaseh atas SMS ucapan menyambut ramadan baru-baru ini.....

    Saya juga minta ampun sekiranya ada terkasar bahasa dalam berblogging ini.... hehe :)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com