Assalamualaikum.....
Sejak akhir2 ini, banyak pula cabaran kesihatan kita dan keluarga. Rasa macam belum lagi dapat menjauhi diri daripada 2 perkara di atas tu.
1. 3 minggu lepas, gara2 sakit pinggang terlampau, kita terpaksa di rawat di hospital. Tak lama pun...3 hari jer. MRI, physio dan ubat. Rest at home for 2 weeks.
2. Seminggu kerja, masih on painkiller. Alternate days dengan lesser dose. Isnin pagi, lebih kurang pukul 1.00 am, sedang nyenyak tidur, tiba2 rasa tercekik dan nak muntah. Segar bugar terus bila muntahkan segala dalam toilet. Mak oii..bukan main sakit lagi tekak, perut dan segala muscle. Lembik badan jadinya. Pukul 2.00 pagi hubby baru sedar bininya dah longlai nangis2 dalam bilik sebab hubby masa tu tengah buat kerja dengan lap topnya di luar rumah. Terus hubby bawa ke klinik, dah doktor tu kata kita ada ulcer sebab too much pain killer. Nak buat scope kat spital? Aduhaii...tak sanggup. Masih bertahan dulu. Sakit tuuuuuu kalau buat scope.
3. Baru 2 hari masuk kerja sejak kejadian tu, Mommy pula call kita masa kita on the way ke office. Ba masuk hospital, GH Melaka sebab rupa2nya dah diarrhea for 2 weeks. Kita terus u-turn dan berdesup terus ke Melaka. Ba dah pergi klinik few times pun tak elok. Masuk ER, BP sangat low, HB pun tinggal 6. Apa lagi, admit la. Now, masih di dalam wad.
4. Hari nie, ayah pula nak buat minor surgery tukar lense kat Seremban. Katarak. So, risau juga dengan ayah...jaga Adam lagi kat PD...kejar pula kerja di KL.
Namun, yang paling merunsingkan ialah Ba. Ini dah minggu ke-2 Ba di dalam wad.
Rupa2nya, everytime Ba membuang di toilet, darah keluar sekali. Blood in the stool.
GH Melaka dah buat upper GI series and dah buat ECG. Jantung okay, cuma sebab HB low, kadang2 dia rasa sakit sebab darah tak cukup nak di pam ke jantung.
Last Friday, hospital buat colonoscopy. Ha, part ini yang merunsingkan.
Bila buat procedure nie, they found many polyps existed in the colon. Tissue has been submitted to the lab for further investigation. Results katanya hari Khamis ni. So, Insha Allah, hari Khamis ni kita akan cuti dan cuba dapatkan as much info as we could from the doctors. Nak biarkan Mommy and Ba saja, memang kita tak sanggup. Biarpun bukan ibu bapa kandung, setakat mertua, tapi sungguhlah, kasih sayang mereka kita rasa keikhlasannya.
So, doctor bloggers semua rasanya dah boleh agak based dari symptom nie kan. Sebanyak mana sekalipun kita doa, sekiranya itu ditentukan ujian Allah untuk kita, kita terima dengan redha. Alhamdulillah. Kita ada masa lagi 2 hari untuk prepare mental dan emotion mendengar keputusan itu nanti.
Sabtu petang, 3 beg darah terpaksa di masukkan pada Ba. Tapi, atas masuk, bawah keluar.
Makan langsung tak berselera. Ba sangat weak. Kita dengan hubby cubalah juga bawakkan apa2 yang rasa2nya akan buka selera dia. Sayu sangat hati rasanya.
Sabtu petang, kita bergegas balik PD. Kelam kabut tolong mak di dapur sebab mak buat kenduri doa selamat untuk adik bongsu kita yang dah 7 months preggy esoknya. Dahlah kebetulan tak ramai yang menolong, tapi syukurlah, selesai juga. Hati risau, otak penuh dengan berbagai isu, fizikal kita terkejar ke sana sini sampai kan pinggang sakitttt sangat. Tapi demi nak bantu mak...kita pushkan diri to the limit. Telan arcoxia 120mg terus.... kalau tak, memang tak bangun dari katil lah jawabnya. Itupun, sambil godek periuk, sambil hiris daun, sambil picit pinggang sendiri.
Habiss jer selesai kenduri, dah tolong kemas sikit2, terus rushing ke Melaka semula. Duduk dalam wad sampai pukul 9.00 malam. Pagi semalam, pukul 4.00 pagi dah bangun sebab preparekan hubby nak balik Kuantan. Lepas tu, kita pula bersiap ke office di KL.
Petang semalam habis jer kerja, balik PD and this morning lepas hantar Adam ke sekolah, drive semula ke office di KL. Lunch hour nanti, ke Seremban, visit ayah di wad dan terus lari balik PD untuk fetch Adam from school. Kerja half day jer hari ni dan esok.
Cuti tahunan sampai habis walau baru separuh tahun. Adam tak sihat, hubby demam, arrange adik2 dan in-laws juga. Kalau datang fikiran jahat dan dihasut iblis tu, ada juga terfikir, kenapa orang lain tak nak sama2 pikul tanggungjawab ini? Kenapalah diorang ni asyik cari kita. Bila sedar, cepat2 istighfar. Tak baik betul. Ini kasih sayang Allah pada kita. Kita diberikan peluang untuk berbakti. Lakukanlah seikhlasnya dengan kasih sayang.
Cuma pedih juga bila lihat kekecewaan pada wajah mereka2 yang mengharapkan bukan sekadar kita yang menemani mereka. Susah sangatkah nak berkorban sedikit untuk menggembirakan hati ibu bapa? Rugi kah? Takut rezeki tersekatkah? Takut kena buang kerja sebab ambil cuti banyak sangat? Entahlah. Kita pun tawakal jer. Yang penting jujur.
Maaflah...panjang lebar luahan emosi kita. Harap blog ini dapat menjadi diary kita. Sekurang2nya ada juga catatan dalam nie.
Mohon doa kalian agar kami diberikan kekuatan menempuh dugaan. Semoga beban berat ini terasa ringannya.
Terima kasih banyak2 kepada yang sudi.
.
salam kak ziela.. saya sr akak.. semoga akak diberikan kekuatan.. dan sihat sentiasa..
BalasPadamZiela diuji, sabar ya Ziela menempuh ujian ini. Akak doakan semuanya baik2 belaka, moga Ba cepat sembuh, kesakitan yg Ziela alami juga. Akak kagum dgn Ziela. tak semua insan dianugerahkan kekuatan yg Ziela dapat ni tau.. teruslah bertabah hati!!
BalasPadamSemoga semua kembali sihat. Ziela, abah aku dulu mcm Ba la. Makchaq aku pun. Cuma tak mencret. Tapi aku doakan dia takde pape. Ko pun jaga diri baik2. Sakit tu menghapus dosa...dugaan untuk kita. Awat tak habaq masuk spital :(
BalasPadamPls update yer when the histopathology result keluar this Thursday...just to rule out colon malignancy...
BalasPadamsemoga bersabar serta redho dengan ujian Allah swt ..
BalasPadamberat mata memandang berat lg bahu memikul ..
usha dan doa agar kepayahan2 sekarang berlalu cepat ..
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan dan kesembuhan kepada sahabatku Aziela dan keluarganya. Amin (masa CM tulis ni, azan Zohor berkumandang).. Insyaallah makbul. Yakinlah..
BalasPadamUjian dtg dan pergi Ziela. Ada kala ujian bertimpa-timpa silih berganti - tapi berkat ingat padaNya Insya-Allah kakak pasti akan ada petunjuknya kelak. Sabarlah - pada yg alpa doakan moga dia sedar.
BalasPadamDoa kakak moga dipermudahkan segala urusan dan ziela diberi kesihatan yg baik.
Berat mata memandang,
BalasPadamBerat lagi bahu yang memikulinya.
Semoga tabah menghadapi ujian Allah.
p.s ada makan Tramadol ke?
Doktor Ortho suka beri ubat ini.
Orang yg tak tahan memang mabuk dan muntah2.
kak zu yg membaca ni pun terasa penatnya..orang yg menanggung lagi lah kan..
BalasPadamibu bapa kita ialah lubuk pahala buat anak anak..hanya anak yang mengetahui sahaja yg akan merebut peluang yg ada ini..
bersabarlah aziela yer..kak zu percaya azila seorang yg kuat dan tabah..
insyaallah pasti ada 'rainbow' yang akan menanti.
BalasPadamyang penting Allah sayangkan kalian.
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/khasiat-gla-tak-habis-sebotol-dah-hamil.html
Salam Aziela,
BalasPadamterasa sayu dan simpati dengan berbagai dugaan yang Aziela lalui. Sabarlah ye...itu semua ujian buat Aziela kerana Allah swt menyayangi mu...setiap dari kita ada bahagian masing-masing utk kita hadapi...susah atau senang...hanya sabar, doa dan redha sahaja yang akan membuatkan kita rasa tenang dan bahagia...kkida doakan yang terbaik buat Aziela sekeluarga.
ya allah berilah kekuatan pada sahabatku' sis aziela
BalasPadambersabar dan sentiasa redha akan ketentuannya...ada hikmah disetiap kejadian awak ... kami sebagai sahabat sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak sekeluarga..insyaallah kebahagiaan dan ganjarannya menantimu.
BalasPadamMohon akak kuat.....biasalah tu dugaan dunia...insyaAllah akak dan keluarkan akan dapat mengatasi segalanya :)
BalasPadamAnonymous : Alahai dikk...janganlah silent sayang. Meh mesra2 dengan akak meh. Anyway, akak sangat berbesar hati kerana adik sudi membaca.
BalasPadamSeri Kandi : Tq kak. Kadang2 saya breakdown juga. Lepaskan perasaan, then sambung kembali.
BalasPadamdalin : Tq Darlene. Aku sendiri pun terkejar ke sana sini. Lagipun, aku punya tak severe.
BalasPadamDaddy Ziyyad : Postponed to 18th July, Doc.
BalasPadamaby : Terima kasih kakang.
BalasPadamche mid : Amiin. Sungguh saya rasa sedikit ringan. Terima kasih kak.
BalasPadamKakzakie : Terima kasih banyak2 kak... Saya akan harung apa saja dugaan.
BalasPadamzouldahan : Tq Doc. Tramadol tak der. Saya dapat arcoxia jer.
BalasPadamzulaikha megat : Saya sebenarnya sangat rapuh, kak. Tapi atas doa semua, Insya Allah saya teruskan sehabis daya.
BalasPadameray : Terima kasih banyak2. Kita wujudkan sendiri rainbow dalam hati pun boleh juga kot kan...
BalasPadamkkida : Terima kasih berjuta2 lemon kak Ida. Saya sangat terharu sebab Kak Ida sudi tinggalkan jejak dalam blog saya. Doa Kak Ida sangat saya perlukan.
BalasPadamTA : Amiin. Untuk TA juga...semoga terus tabah yer...
BalasPadamRamRamCute : Thank you wak... saya sangat appreciate friendship ini.
BalasPadamAzham : Tq dik. Trust me, kan...?
BalasPadam