Rabu, 14 Ogos 2013

2013 : Raya Hari Pertama

Assalamualaikum.....

Yes, dah ramai mula masuk office nampaknya. Dunia bloggers pun dah mula 'bangun tidur' semalam. Ada warm-up sikit2 la kan....

Kita pun tanpa membuang masa, nak mula bercerita tentang raya tahun ni. Tahun nie turn raya rumah in-law. Pada kami, bila kata turn raya tu maksudnya turn untuk pagi raya. Disebabkan rumah kami di tengah2 antara 2 kampung, so ada turn juga lah.

Tahun nie, kita tak cuti raya. So Rabu lepas kerja baru kita balik rumah. Kita ada order lemang dengan officemate. So, singgah PD hantar lemang mak dan lepas tu balik ke Melaka. Malam tu lepas spring cleaning rumah sendiri, baru pergi rumah Mommy hantar lemang Mommy pula.

Esoknya, kami 3 beranak keluar rumah sama2 untuk ke masjid. This year hubby kata nak solat di masjid baru di Lendu. Alhamdulillah, kami tiba agak awal. So senang dapat parking. Lepas solat, terus ke rumah Mommy. Tengok2, SIL dah siap hidangkan makanan kat depan. Dah tak ada apa nak tolong lagi. Kita dengan hubby every year akan supply paper plate dan paper cup untuk Mommy. Kesian tengok Mommy kelam kabut basuh pinggan. Kami sendiri pun tak larat nak basuh pinggan. Tak sempat kering tangan, asyik basuh pinggan. Bukan tak larat sebab membasuh, tapi tak tahan sakit pinggang. Ketinggian kita dengan sinki dapur Mommy tu tak sepadan. Membongkok separuh badan jadinya. Dahlah memang ada slip disc..aduhai..boleh patah pinggang jadinya.

Anyway, meh tengok makanan dulu. Tahun nie Mommy memasak ala kadar jer sebab Ba sakit. Hati runsing. Oh ya, Ba semakin hari semakin lemah. Makan dah tak lalu. Dah tak berdarah dah stoolnya, cuma diarhea dia masih tak stop lagi. Quite heavy. Lebih kurang berbelas kali ke toilet setiap hari. Intake tak der, output jer yang banyak. Manalah tak lemah jadinya kan. Ulcerative Collitis...memang take time la nak pulih semula kan.


Yang wajib pastilah nasi impit segera cap Nona dengan kuah kacang. Tahun ni kuah kacang Mommy extra sedap. Almost sama macam mak punya dah. 


And of course kuah lodeh. Perghh...Mommy punya kuah lodeh memang the best ever. Sampaikan kalau raya kat PD, kita sangat berharap kuah lodeh masih ada kalau tiba lewat petang di Melaka.

Kari kambing pun wajib. Sebabnya ada certain relatives Mommy yang Chinese tak makan ayam dan daging lembu. So, bila ada kambing, ok lah sikit.

Tahun ni ada korma ayam. Mommy padankan dengan nasi jagung yang yummy.


Andd....no rendang yer tahun nie. Tapi Mommy masak sambal daging yang simple. Untuk hemat selera kita, sambal daging nie lebih berganda2 sedap dari rendang daging...heheheheh. Macam x boleh stop makan. Yang menstopkan kita makan hanyalah bila sedar diri yang kita ada di rumah ibu mertua. Hehehehehe. 

Adam snap. Hubby pakai baju melayu yang Mommy jahitkan.

The iron lady. Mommy. 

Awal2 pagi, Uncle Chin Hock dah datang dengan Auntie Sharon. Datang awal sebab Uncle Chin Hock ada appointment nak main golf, hehehehhe. Sempatlah sakan borak dengan Auntie Sharon sebab next month diorang nak migrate ke Australia dah. Sob..sob...mesti susah nak jumpa dah lepas nie. CNY mesti dah kurang ahli.

Lepas tu, kita pula dah sakit perut yang tak menahan tu. Sebenarnya daripada malam tu lagi dah tak selesa. Makan panadol kaler pink kat 7-E tu pun tak jalan. Raya2 nie, klinik banyak tutup pula. Abis, takkan sebab sakit perut yang 'itu' pun nak gi sepital kan? Dah puas tunggang terbalik duduk sana sini, last2 kita tumpang bilik SIL. Terus cuba tidur. Itupun, tambah makan panadol biasa lagi. Terus hanyut dalam sakit tu. Tak sedar apa dah. Tak nak cakap dengan hubby sebab nampak dia sibuk. Lagipun pagi tu dah bagitau perut sakit.

Tengah hari, bila Pak Andak dan famili datang, hubby try panggil kita. Itupun sebab Pak Andak dan familinya tanya mana kita berkali2. Memang tak boleh bangun. Last2 hubby pimpin kita masuk kereta. Sempatlah salam diorang sekali lalu dengan muka berkerut. Mujur ada satu klinik yang buka. Terus dapat injection sebatang. Lepas tu, tak sampai sejam dah boleh cergas semula.

Lepas Asar, terus balik PD. Jumpa mak ayah. Makan sikit. Terus rushing pergi rumah nenek dan rumah makcik pakcik semua. Selesai ziarah dah pukul 11.00 malam. Terus gerak semula ke Melaka. Tapi memang tak larat betul dah rasanya... Tapi, perjalanan yang sepatutnya tak sampai satu jam, berlarutan jadi 4 jam. Apa yang jadi...? Ha...esoklah kita sambung...hehehehhehe.






.

39 ulasan:

  1. Wow sedapnya makanan2 tu .. MERIAH! Selamat Hari Rayaaaaaa!

    BalasPadam
  2. sedap² belaka makanan di pagi raya :)

    BalasPadam
  3. sedapnya makanan tu semua...
    kampung kakain melaka jugak di alor gajah..tapi tahun ni balik kg asben bagan serai perak...

    BalasPadam
  4. wak tengok pon sodapp semuanye kakk.,ehHHe

    BalasPadam
  5. meriahnya makanan kak aziela..hehe..

    BalasPadam
  6. Makanan tu terutam kuah lodeh sangat mengujakan. :)

    Baca cerita sakit Aziela, kakcik pulak yang berkerut2 muka sama...

    BalasPadam
  7. sedapnya makanan ituuuuuu...saya takde kesempatan nak snap2 gambar huhuhu...makan aje sambil layan tetamu dan tidur hehehehe.....sebelum tu ambil gambar keluarga tak sudah...hehehehe

    BalasPadam
  8. dah seminggu raya ni..dah teringin nak mmakan ketupat rendang semula..

    BalasPadam
  9. sangat sedap semua menu tu.. ;)
    nasib baik ada klinik bukak time tu kan.. saya pulak ikut sama terasa2 sakitnya :(


    psstt: cepat2 sambung entry seterusnya.. tak sabar lak nak tau apa kisahnya..

    BalasPadam
  10. dalam tak banyaktu.. punyalah banyak... meamng penuh perut nak diisi tu... memang super rajinler mak mertua awak...

    BalasPadam
  11. Rumah dekat2 boleh la berulang.. hehe.. kami hanya bergilir thn la beraya.. hehe

    BalasPadam
  12. @Qashmere Huishh...memang sedap2. Next year datang yer...

    BalasPadam
  13. @NURSHAKIRA ABDUL HALIM Akak yg tuan punya entry pun jadi lapar semula..hahahahha

    BalasPadam
  14. @ainnoraini Tahun depan Kak Ain singgah rumah saya lah pula yer. Saya ada di Sg Petai jer.

    BalasPadam
  15. @Lynda Che Lah Tahun depan, kemeriahan di PD pula yer...hehehehe

    BalasPadam
  16. @Kakcik Memang best Kakcik. Sakit sama? Ha, hanya yang pernah mengalami jer yang tahu rasanya macam mana, hehehe

    BalasPadam
  17. @RamRamCute Saya pula yang x ada gambar family...hehehehe

    BalasPadam
  18. @Acik Erna Acik kan nak buat open house kan..? Hihihihihi

    BalasPadam
  19. @aizamia3 Esok baru sampai 2nd day raya. Mesti Ina dululah tu..hehehehe

    BalasPadam
  20. @Cho Zila Anddd...dia masak sorang tau...hehehehhe

    BalasPadam
  21. @mama maman aka yana Alhamdulillah. Setiap tahun dapat raya dengan 2-2 family.

    BalasPadam
  22. Saya dah start kerja semalam.
    Tengok gambar kuah lodeh,
    teringat masakan emak pulak.
    Rasa nak sambung beraya balik...

    BalasPadam
  23. tak puas makan lauk raya kali nie...nak je minta ibu repeat buat rendang...huhuh

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/08/susu-khas-bayi-pramatang-100-berkesan.html

    BalasPadam
  24. salam aziela ..
    hari pertama ..
    disajikan juadah mcm tu ..
    memang betul2 makan la kan ..

    meriah sungguh raya ziela ...

    BalasPadam
  25. psstt: ni link nya..
    http://aizamia3.blogspot.com/2013/08/3-syawal-bersama-blogger.html

    BalasPadam
  26. hi kawan, ish best sungguh what yr mommy masak tu, I cn see mcm sedap sgt.adoi no wnder you mkn banyak.bnyknya dishes dia masak kan?
    she is still young, no wnder dia kuat lagi kan? I ni bdiri lama pun sakit tapak kaki.lama2 bengkak..
    you sakit perut? I pun sama on scnd raya, smpai kena bongkok badan. tdur meniarap sekejap.tiba2 brlari ktandas 3, 4 kali baru lega...
    memang I pun besa kena sakit cm tu, kena injection sekali lega trus.tapi masih rasa berbungkam dlm perut kan?
    you tk care my friend..

    BalasPadam
  27. wahhh byknye menu raya akak.. smuanya nmpk menyelerakan..selmt hari raya kak!

    BalasPadam
  28. @zouldahan Alahai Doc. Emak Doc kan dekat jer. Petang nie tutup klinik awal, balik minta kuah lodeh yer...hehehehe

    BalasPadam
  29. @eray Kasi rehat dulu kejap, lepas tu beli bahan2 buat rendang, masuk dapur dengan ibu sama2. Mesti lebih marvelous.

    BalasPadam
  30. @aby Bukan apa, ramai relative yang datang. Kalau tak masak macam tu, diorang tak berapa seronok pula kan.

    BalasPadam
  31. @aizamia3 Thank you Ina. Hubby akak suka entry tu. Akak jer yang tersipu2...hahahaha

    BalasPadam
  32. @IndaMarya Dear, she's not young anymore. She's over 60 dah tau. But she's really a great cook. I can't challenger her. Ever. Yes....lepas injection pun still rasa tak berapa selesa. Hahahahha...kitaaa serupaaaa

    BalasPadam
  33. @Deqla Manjew Oh..menu kat rumah Mommy memang sedap2.

    BalasPadam
  34. Hehehe......oh silap faham....Ba itu adalah father in law akak hehehe....

    wah akak time2 raya pun bergerak kesana kemari hehehe....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com