Jumaat, 30 Ogos 2013

Kuala Terengganu : Nasi Ayam Yunnan

Assalamualaikum.....


Kita sambunglah sikit yer tentang trip Birthday Adam nie.

Lepas check-out dari Tok Bali Resort, kami ikut jalan pantai menghala ke Kuala Terengganu. On the way, ada satu kawasan rehat yang ada pusat mengurut. Di asingkan rumah urut lelaki dan wanita. Islamic tau... So, hubby saja nak urut. Best katanya pakcik tu urut. Next time boleh bawa Ba ke sini.

Adam masih tidur sepanjang jalan dan sepanjang papanya mengurut pun dia tidur dalam kereta. Kita monitor suhu dia.

Sampai di KT, kami nak cuba nasi ayam yang ramai kawan hubby di kilang ceritakan. Singgahlah di medan selera Pantai Batu Buruk di K. Terengganu tu. Jumpa pun.



Inilah nasi ayamnya...

Kedai nya di tepi sekali

Namanya Nasi Ayam Yunnan

Setnya, ada ayam dan dia tanya nak sayur tak. Of courselah nak sebab kita memang nak makan sayur. Kalau takder sayur rasa macam tak complete pula. Tapi, sayurnya keras melentung dan tak ada apa2 rasa. Betul2 rasa macam rabbit. At least kalau ulam2 tu, ada rasa yang tersendiri kan. Ini, rasa macam kunyah klorofil. Tapi, syukurlah ada sayur untuk kesihatan kan. 


All in all, nasinya memang lembut. Cuma ayam dan supnya memang lain dari nasi Ayam Hijrah di Sungai Udang, Melaka. Kami tetap prefer Nasi Ayam Hijrah kalau dari segi rasanya. Nasi ayam di Melaka pun lebih wangi dan berperisa.

Lepas makan, barulah kami betul2 balik terus ke Kuantan. Tiba di Kuantan agak lewat juga. Itupun kita drive ikut highway Jabor. Lebih mudah..kereta tak banyak dan tak perlu berhenti di banyaaaakkkk traffic lights. Hubby dan Adam tidur kepenatan.

Alhamdulillah, kami tiba sebelum tengah malam. Home sweet home.



Nota ringkas :

Ok..entry pendek hari ni. Cukuplah kan. Kita susah hati. FIL kita, Ba kembali di tahan di wad. HB darahnya sangat rendah. Normal sepatutnya 14, tapi dia punya 7. Minggu lepas check masih 8 lagi, tapi minggu nie turun lagi. Dan beliau sangat tidak bermaya.

Kalau blog ini sunyi dan sepi, harap faham bahawa kita sedang menumpukan perhatian kepada keluarga.

Mohon doa kalian. Terima kasih atas sokongan semua.


.

24 ulasan:

  1. rasa cam rabbit ok la kak comel.. kawan saya kata kami macam kambing.. hahaha...

    semoga ba cepat sembuh.kena ambik supplement iron tu kalau macam tu kak.. kalau nak semulajadi, banyakkan makan sayur hijau.. jambu batu pun banyak zat besi..

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh..kuat semangat !

    BalasPadam
  3. Kami semua faham...family first kan....Semoga keadaan FIL akak bertambah baik.....insyaallah!

    BalasPadam
  4. Salad kalau makan mentah mesti la nak yang rangup. Kalau dah melentung keras nya, itu masih salad juga ke?

    ps: kak, itu tangan kak azieazah ke? hahaha.

    BalasPadam
  5. Semoga FIL akan kembali sihat.. sabar k..

    BalasPadam
  6. assalam Aziela..semoga FIL cepat sihat..
    acik pun lalu Jabor tu jumaat lepas..pi kemaman

    BalasPadam
  7. Aziela, hope he gets well soon.moga Allah prmudahan segala urusan mu.

    BalasPadam
  8. wei.. nampak cam sedap je tu !

    BalasPadam
  9. @Rai Ourkizuna Masalahnya Rai, dia langsung tak ada selera nak makan. Setiap hari, setengah cawan susu protein dengan satu sudu oats jer yang dia telan. Puas masak, beli, bawak ke kedai..semua dia tak boleh nak telan. Haihlaaa...

    BalasPadam
  10. @t.a.t.a Itu yang spoil tu dik. Kak Aziezah? Alaa..belum interprem dengan dia lagi. Sah2 tu tangan Adam..hahahahha. Tak kena gigit, tu yang gebu jer tu.

    BalasPadam
  11. @Acik Erna Terima kasih Acik. Dah pilih menu ke Acik? Jalan Jabor tu mudah sikit laluan dia kan.

    BalasPadam
  12. @IndaMarya Amiin. Tq so much beautiful IM. I need the support.

    BalasPadam
  13. salam merdeka aziela ..
    semoga FIL segera semboh ..
    podo la karo aby ..
    cuti seng lepas pun mareng Tok Bali ..

    BalasPadam
  14. sayur tu macam brussel sprout, sedap jugak..

    sabar ye kak, ada hikmah di sebalik segala yang berlaku..

    BalasPadam
  15. Hi Aziela, this the first time I read about 'ayam Yunnan'.
    But it sure looks delicious.
    I think dua pinggan for me no problemos, ha ha.
    How was the chillie sauce? Chicken rice, the chili sauce very important.

    Where I am there's a China restaurant selling all Yunnan dishes, mostly noodles.
    I must check it out next day ada ayam yunnan.
    Have fun, drive safe.
    Lee.

    BalasPadam
  16. salam Aziela..
    semoga FIL cepat sembuh...aminn

    BalasPadam
  17. Siri jelajah pntai timur smbil jjcm.
    Moga fil aziela cpt sembuh

    BalasPadam
  18. Betul-betul fresh vege tu Ziela. Dia masak tawar terus hihi...

    Moga yg tak sihat akan kembali pulih. Doa kakak mengiringi..

    BalasPadam
  19. masuk blog awak mesti menduga keimanan..penuh dengan makanan...oh tidakkkKK!!! lapar dibuatnya... :-)

    BalasPadam
  20. korang ni selalu kembara jalan2 cari makan...ai juga yang x lepas2

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com