Di hari terakhir Ramadhan ini, menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, kita mohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah terguris perasaannya sama ada melalui penulisan kita, melalui komen2 kita, mahupun secara tak langsung.
Kepada pembaca yang membaca tanpa meninggalkan jejak di sini, kita ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mampir ke sini.
Semoga perjalanan anda semua berjalan lancar.
Semoga Syawal ini memberikan cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
Semoga anda semua beroleh kekuatan zahir dan batin menempuh ibadah di bulan Syawal.
Semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang terbaik.
Amin.
Kisah kita menjelang Syawal.......
Setiap tahun, Kelab Kakitangan akan memberikan sumbangan Hari Raya kepada ahlinya. Kami memang join kelab HQ nie. Tahun nie diorang bagi 2 jenis muruku dan sebiji cawan. Yeap, itu HQ kita. Dah 45 tahun wujud di Malaysia. Sekarang ini, diklasifikasikan sebagai Badan Berkanun (Semi-Government). Maksudnya sebahagian petugas adalah petugas kerajaan yang berpencen tertakluk kepada undang2 JPA dan sebahagian lagi adalah petugas komersil yang tidak tersenarai sebagai kakitangan kerajaan.
HQ kita ada 3 anak syarikat. Salah satunya adalah kami iaitu thermal mug yang warna biru tua tu. Satu lagi anda boleh jumpa di Astro saluran 502 dan satu lagi ialah stesyen radio di 93.9fm. Radio hanya boleh di dengari di Lembah Kelang dan Johor Baharu (107.5fm) saja.
Untuk keluarga pula, selepas meluahkan persiapan raya tahun ini minggu lepas, rasa macam terubat sikit duka lara sebab rupa2nya ramai yang begitu juga. Maknanya, normal lah kan...? So, concentrate nak masak apa untuk siapa yang datang beraya jer lah nanti.
Peti ais, Alhamdulillah, dah berisi. Minggu lepas, kami suami isteri ber'kejar' menggunakan kereta (takkan berlari plak..) ke pasar kecil Pengkalan Balak. Hari dah petang. Kita harap sangat ada ikan. Sebab sebelum tu dah pergi Mydin MITC, tapi parking lot pun dah melimpah ruah kereta...kat dalam apa tah lagi. Daripada bersesak, lebih baik cari alternatif lain. Syukur Alhamdulillah, ada ikan2 yang segar baru naik dari perahu nelayan. Borong ikan 3 jenis dan udang. Ketam beli sikit. Ada projek. Kalau menjadi, kita cerita nanti2 yer.
Sayur mayur, beli di tepi jalan di dalam kampung di Masjid Tanah. Gerai sayur tu daripada kebun sayur yang ada di situ. Petani tu jual direct hasil kebun dia di tepi kebun dia. Senang. Fresh dan yakin dengan kesuciannya.
Tapi, raya pertama, memang kira menumpang hasil Mommy dengan mak jerlah nampaknya. Sempat order lemang jer kat officemate yang bisness lemang. Dah test minggu lepas. Sedap lemangnya. Cantik masaknya, tu yang berani order untuk Mommy dan mak. Jadi lah. Harap2nya kualiti lemang tu samalah dengan yang kita makan minggu lepas.
So, ada sesiapa yang nak datang beraya?
.
Tahun ni cuti tak panjang... nak jalan2 kena tunggu selepas minggu kedua..
BalasPadamSelamat hari raya Aidilfitri.. ;)
psstt: PM lah alamat umah.. mana tau ai sesat kat sana nanti.. (aizamia28@gmail.com)
selamat hari raya kak
BalasPadamSlmt hari raya Aidilfitri buat Azeila sekeluarga.moga ceria di lebaran ni.
BalasPadamHi Aziela, Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada.
BalasPadamSelamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
Teman mu dari Canada.
Lee.
Salam aziela ..
BalasPadamselamat Hari Raya ..
Selamat bercuti ..
maaf zahir batin dari aby ...
@aizamia3 Seronok sangat rasanya bila Ina datang rumah. Terima kasih yer...
BalasPadam@lala yusof Selamat Hari Raya dik,,,
BalasPadam@DIARI FARISHA Selamat kembali...
BalasPadam@Mamasya Terima kasih Mama.... Selamat Hari Raya untuk Mama sekeluarga juga
BalasPadam@Uncle Lee Terima kasih banyak2 Lee. Kalau boleh pos rendang, saya akan buat. Tapi mesti Mat Salleh sana block dulu.
BalasPadam@aby Sama-samalah kita yer aby...
BalasPadamhehehe...... dah melepas nak beraya dgn akak hehe.....saya balik Kelantan huhuhuhu
BalasPadam