Hotel Lama yang mengecewakan.

17 comments
Assalamualaikum.....

Aduhai...sibuk sungguhlah sejak kebelakangan nie. Tak mampu betul nak update blog. Tapi hari nie sebelum kerja bermula, kita nak ketuk juga keyboard untuk blog sikit. Esok dah mula cuti sebab ada urusan dan weekend dah sibuk. Minggu depan, Adam dah mula peperiksaan UPKK. Debaran dan tekanan memang tak boleh dibendung lagi. Adam sampai demam2 sebab tekanan agak berat sedikit.

Anyway, 2 hari lepas kita menghadiri satu seminar di tengah bandar Kuala Lumpur. Ianya di adakan di sebuah hotel yang grand. Nama hotelnya pun, Grand bla..bla...

Tapi, walaupun grand, ianya hanyalah samaran saja. Aduhai, dewan ballroomnya sangat lusuh. Air cond tidak berfungsi. Bunyi jer kuat menderam2, tapi bukan main terpengap lagi rasanya kat situ. Sampaikan speaker berpeluh2 di atas pentas. Selepas beberapa jam di ngomelkan, barulah pihak hotel membekalkan dengan kipas diri beberapa buah di beberapa tempat. Ok sikit. Tapiiiii, kipasnya tu, BERHABUK! Habuk kipas yang dah bergumpal tu, ikut sama berkibar2 di celah2 jaring kipas tu. FAIL!

Jangan cerita pasal toilet. Toilet kat rumah2 kita semua rasanya berganda2 lagi bersih dan berkilau. Memang lah hotel lama, tapi maintenance dia takkanlah tak tengok kan? Sayangnya kita tak bawa kamera. Handphone pula dah hujung2 nyawa bateri nya.

Lunch kami ialah buffet di coffee housenya. Ada nasi, ada kari ayam, ada lamb, ada ikan stew dan ada sayur. Kita ambil sehiris lamb, sesenduk nasi dan seketul ikan stew yang nampak macam sangat menyelerakan. Malangnya, ikan tu rupa2nya terubuk. Aduhhhh...tak sesuaiiiiiiii terubuk potong seketul2 besar tu, masak stew okeyyyy! Kitorang tak habis pun ikan tu sebab banyak duri. Kalau makan di medan ikan bakar, ok lah kan. Bolehlah nak sememehkan tangan sehabis selamba.

And, ada kuaytiaw sup yang nampak sangattttt pucat and bahan sampingannya layuuu jer. Ok, reject. Nak ambik desert, kuih2 nya dan kek nya semuaaaaaanya kering2 belaka. Sampaikan bahagian luar kuih tu jadi keras dek terdedah lama sangat gamaknya. Pun kita tak ambil. Ada bread pudding yang menyelerakan, tapi bila di ambil, hancur berderai. Dan kita teruja tengok ada bubur pulut hitam. Cedok setengah senduk kecil. By the time tuangkan dalam mangkuk, berderai2 butir2 pulutnya masuk dan kuahnya macam air yang keruh. Bukannya pekat likat dan lembut pulut tu kembang dan sebati dalam santan, tapi lebih macam pulut yang tak berapa kembang, rendam dalam air sejuk. Ada santan pekat, rupa2nya lapisan atas jer yang putih. Santannya memang betul2 air dari kelapa parut. Bukannya santan langsung.

Tiba2, Business Exec nyer datang beramah mesra dengan kami. Apa lagi, bila dia kata nanti datang lagi, kita terus kata tak boleh nak datang lagi. Dia tanya kenapa dengan muka terperanjat. Well, kita terus terang cakap, food langsung tak sedap. Eh, dia boleh terkejut pula. So, kita suggest dia suruh pergi makan sendiri bubur pulut hitam yang rasa macam air paip tu. Ha, lepas apologize, terus tak berani tunjuk muka lagi.

Macam mana kita semua nak banggakan dengan Malaysia kan. Servis industry kita masih banyak yang perlu di perbaiki.

Tapi yang peliknya, hotel2 kecik banyak pula yang lebih berganda2 bagus lagi. Mesti penganjur seminar tu rasa serik nak buat kat situ lagi...


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

17 thoughts..

Kakcik Seroja berkata...

Grand Pacific ke? Sedihnya...

Bro Framestone berkata...

Nampak gaya macam banyak yang perlu diperbaiki...

bro rasa la kan... selain dia mintak feedback dari pengunjung.

Apa kata dia luangkan masa melawat hotel2 yang lain dan merasai sendiri kualiti yang mereka sampaikan.

Nanti boleh bandingkan dan baiki kekurangan yang ada.

Kakzakie Purvit berkata...

Unpredictable!!
Mesti ada yg tak kena pada staff mereka. Kena attend motivasi dan melawat tempat lain bagi pendedahan.

Tak ada peti cadangan ke hotel tu? Kalau ada penuh kena complaint kakak rasa...

Tanpa Nama berkata...

apa yang penting kita as a customer kena bagi feedback kalau tak memuaskan hati :D

Queenie berkata...

euwww...gelinya!
kdg yg organised tu nakkan tempat yt murah, tu la jadinya...

tp wlp murah, takkan sampai camtu punya teruk kan? satu kali dulu akak pi Mersing, duduk kat Hotel Malaysia, depa dok rekomen bagus2 macam nak rak, sekali tu ya adoii, bau bilik kepam sungguh ngan bau karpet mcm lembab semacam...macam nak mati dok tahan nafas, terus keluar mintak tukar bilik lain yg bersih dan setimpal ngan apa yg dia kenakan bayaran kat kita, swimming pool pun macam lama tak pernah servis...

t.a.t.a berkata...

kalau di US, benda-benda yang memang kesalahan tuan rumah, mereka akan minta maaf dan akan bagi voucher ke, gift card ke.

kat malaysia jarang buat macam tu. nak minta maaf pun jarang sekali.

Azian Elias berkata...

Grand Continental, Grand Pacific? hee. semuanya berteka teki. u sud expose kan je.. our right tau..

Unknown berkata...

grand yang mana satu tu yer?? hurmmm

IndaMarya berkata...

kalau tk grnd Pcific, msti grnd cntinental..macam yg Quieenie nprnah rasa saya pun prnah trkena dgn Sri Mlaysia tu..teruk.kita rasa mcm kena tipu, roomrate mahal tapi adussss.malas nk crita detail..org Perlis kata melugai nak muntah pun ada..

Unknown berkata...

ish..hotel mana ni... alahaii... wat malu pelancong je la kan...

NzA berkata...

Grand Pacific, Grand Seasons or Grand Continental???? apapun Grand kalau dh terkena mmg serikkkk......

Unknown berkata...

salam..
grand pacific ke?? macam pernah ada experience yang sama jee..
salam perkenalan

Bunda_nora berkata...

memang sedih dan memalukan..

Nurulhidayah berkata...

Nama Hotel patut kene ubah tu.. hihi

TiranaAduka berkata...

sabar sis..
Ta tak penah lg kena..
Aduss..

Aziela berkata...

Betullah tu. Antara tekaan pembaca tu, memang ada tepat kena nya...hehehehe

Unknown berkata...

Ish ish ish....memang teruk betul servisnya...memalukan industri hospitaliti sahaja....