Assalamualaikum.....
Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua rakan2 My Rainbow.
Pertama sekali, kita mohon ampun dan maaf kerana dah lama sangat tidak update di sini. Kita sangat rindu dengan My Rainbow dan rakan2 sekalian, namun ada tuntutan kehidupan yang perlu kita dahului. Maka pengorbanan amat diperlukan dalam ketika2 ini.
Setelah amat sibuk dengan persiapan mesyuarat syarikat, serta trip pihak pengurusan ke Kuching baru2 ini, kita harap dapat kembali ke dunia blogging setelah beberapa urusan tertunggak di selesaikan. Namun, ujian tetap menjengah.
Khamis malam Jumaat yang lepas, hubby call kita yang ketika itu baru tiba di PD setelah pulang bekerja dari KL. Pulang ke PD untuk bantu Adam print dan bindingkan folio Pendidikan Jasmaninya. Hubby kata, beliau keluar memancing selepas Isya' di Kuantan dan ikan pertama yang di naikkan ialah seekor sembilang laut yang agak besar. Oleh kerana memang beliau memancing hanya untuk lepas gian, maka ikan tersebut disedekahkan kepada seorang lagi pemancing yang memamncing tidak jauh daripadanya.
Namun, dalam pada hubby mematahkan duri ikan sembilang yang terakhir untuk mengelakkan sengatnya, ikan tersebut melenting. Lalu durinya itu tertusuk ke jari telunjuk hubby sebelah kiri. Segera pemancing2 yang ada bantu ikatkan getah di jari untuk menahan dari bisa ikan terus merebak. Setelah mengemas peralatan memancingnya, hubby segera memandu ke klinik untuk dapatkan bantuan perubatan.
Disengat pada jam 10.00 malam dan mendapatkan rawatan pada jam 10.40 malam. Doktor klinik menyuntuk ubat tahan sakit dan tahan bisa, katanya. Dibekalkan dengan ubat pil tahan sakit saja, tanpa antibiotik. Tapi katanya, luka sengatan akan ada infection. Pelik. Dah tahu macam tu, kenapa tiada antibiotik. Hubby kemudian pulang ke rumah.
Tapi, satu jam kemudian, bisa nya semakin mencengkam. Semakin lama sakitnya semakin melarat hingga hubby berguling2 menahan sakit keseorangan di Kuantan. Selepas 2 jam, tangannya langsung tidak boleh digerakkan. Seluruh tangan sehingga ke bahu seolah-olah lumpuh. Jam 11.30 malam hubby call lagi beritakan keadaannya pada kita. 10 minit sebelum tengah malam, kita terus memandu ke Kuantan dari PD. Penat bekerja, memandu dari KL ke PD, bantu kerja sekolah Adam, semuanya bagaikan melayang pergi.
Dengan restu dan doa dari mak ayah, perjalanan kita lancar sepanjang 4 jam itu. Setiap road block polis sebanyak 3 kali yang kita tempuh, pasti mendapat komen : Beraninya sorang2? Malam Jumaat pula tu. Kita hanya senyum. Perjalanan dengan doa dan niat ikhlas, mohonlah bantuan Allah dan berserah sepenuhnya, Insya Allah di lindungi,
Tiba di Kuantan pada jam 4.00 pagi, tanpa matikan enjin kereta, terus kita bawa hubby ke hospital. Syukurlah kami mengambil keputusan untuk segera ke hospital. Bisa ikan sembilang, khabarnya sering membawa maut. Dan hari ini, pada hari raya Aidil Adha, telah 5 hari kami berkampung di KPJ Kuantan. Bisanya sudah berkurangan. Tangan sudah boleh digerakkan, namun jari masih luka. Jari yang disengat sampai hari nie mati sarafnya. Hubby tak boleh merasa apa2 dengan jari itu.
Kami tetap sabar di sini. Adam turut berada di sini. Syukurlah dia telah selesai peperiksaan akhir tahunnya. Maka, sepanjang minggu ini, kami akan tetap berada di hospital untuk bersama2 hubby. Kita pun telah memohon cuti panjang untuk turut berada di sini.
Semoga pengorbanan kita untuk hubby ini diterima Allah.
Mesti ada yang kata, Aziela nie, macam2 yang jadi kan. Hmm...macam mana yer. Bukan di minta kan. Tapi redhalah dengan ketentuan Ilahi. Ikhlas menerima dugaan.
Mohon kawan2 sekalian tidak berkecil hati sekiranya kita tidak menziarah pondok2 blog kalian. Nanti, bila ada sedikit kelegaan, Insya Allah kita terjah semuanya yer.
Salam Aidil Adha untuk semua.
Salam Aidil Adha..InsyAllah Sehat ler tu nanti. Walaupun di KPJ boleh juga beraya kan..InsyAllah.
BalasPadamMembayangkan jarak perjalanan yang jauh.. syukur dipermudahkanNYA..
BalasPadamMoga abg akak cepat sembuh dan selamat hari raya Aidiladha..
psstt: Akak pun kena jaga kesihatan diri.
Ujian Allah tu terhadap umatnya datang dalam pelbagai ujian..Semoga akak tabah dan semoga semuanya berjalan lancar....AMINN!!
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidil Adha!
alhamdulillah
BalasPadammoge cepat sembuh
selamat hari raya korban
pengorbanan seorang isteri pasti ada ganjarannya di sisi Allah SWT, kagum dgn Ziela..
BalasPadamsaya tak sangka kak sampai macam tu sekali effect kena bisa gigitan ikan..
BalasPadambtw,selamat hari raya aidiladha kak :)
dahulukan mana yang patut kak. kami semua faham. memasing pun ada tuntutan yang lebih penting.
BalasPadamapa pun selamat hari raya.
ya allah..semoga suami akak cepat sembuh kak.. mak saya pernah tertusuk duri ikan mayong..takde bisa.. tapi still sakit..kalau ada bisa lebih la lagi..
BalasPadamakak da sembuh?
ya allah kak..semoga suami akak cepat sembuh.. akak da sihat sepenuhnya ke?
BalasPadambisa sengat sembilang memang dah di ketahui mcm mana sakitnya.kalau kena budak2 boleh pengsan..
BalasPadamI think you disisi dia dah baik dah..sakit 100% dah tinggal 50 kan? you tunjuk ambik berat nanti you sakit dia pulak jaga you kan?
hope he wll get well soon
Ini baru betul Raya Kurban...
BalasPadamSengat tu tepat kena urat saraf rasanya.
Sebab tu jadi begitu.
Saya pernah jumpa kes yg sama.
Kena gigit dengan kucing peliharaan.
Boleh sembuh.
Tetapi ambil masa sikit.
Semoga Aziela tabah menghadapi dugaanNya.
semoga cepat sembuh...
BalasPadamtabah ye aziela..
Sama2 kita doakan agar suami aziela cpt sembuh...setiap kita akn diuji dgn berbagai2 cara...moga aziela sekeluarga tabah tempuhi ujian ini.....
BalasPadamsalam sis aziela
BalasPadamMoga lekas sembuh luka di jari hubby sis tu..
Maaf sis lama ta taj dtg sini
Dulu saya pun dapat kes pesakit kena sengat dgn ikan sembilang...Mmg mengerut2 dahi nya tahan sakit....
BalasPadam@Abil Fikri Ahmad Terima kasih atas doa dan ingatan Abang Abil.
BalasPadam@aizamia3 Terima kasih banyak2 Ina.
BalasPadam@luddin Terima kasih di atas doa tersebut. Amiiin.
BalasPadam@piqa da bajitos Terima kasih yer. Selamat Hari Raya juga.
BalasPadam@Seri Kandi Tanah Jauhar Setipa kita ada cabaran yang tersendiri. Ini bahagian saya kak. Alhamdulillah.
BalasPadam@Wan Ahmad Izudean Yeap. Sangat berbisa. Kata orang, bisa sembilang laut lebih hebat dari sembilang sungai.
BalasPadam@t.a.t.a Terima kasih sangat2. Selamat2 Hari Raya juga.
BalasPadam@Rai Ourkizuna Terima kasih Rai. Memang betul, yang ada bisa, dah mati, dah keras dalam freezer pun masih berbisa, inikan pula yang hidup melenting2.
BalasPadamThank you atas ingatan Rai. Tapi sebelum2 ni, yang sakit usus tu, bapa mertua akak sebenarnya. Tapi keadaan dia semakin susut kualiti kesihatan tu. Risau juga ni.
@IndaMarya Memang betul IM. Dengar2nya, kalau lewat terima rawatan, ada yang membawa maut.
BalasPadam@zouldahan Terima kasih Doc. Doktor hospital pun kata yang sama macam Doc. Kena di saraf. Definitely take time katanya. Sampai hari nie, masih belum pulih lagi.
BalasPadam@Ain Noraini Terima kasih banyak2 kak.
BalasPadam@NzA Betul kak. Saya setuju sangat. Terima kasih atas doa2 akak.
BalasPadam@TiranaAduka Terima kasih TA. Tak apa. TA pun sibuk menjaga bonda. Semoga bonda TA segera sembuh.
BalasPadam@Daddy Ziyyad Betul Doc. Katanya sembilang darat lebih less berbisa dari yang laut. Hubby pula fresh dari laut sembilangnya.
BalasPadamalahai kak, semoga hubby akak cepat sembuh, sabar ye kak!
BalasPadamAkak...maafkan saya juga sebab dah lama tak menjenguk di sini...dah terkejut bila baca pasal insiden yang menimpa suami akak...Alhamdulillah beliau dikurniakan isteri yang terbaik, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk suami tersayang...Semoga akak dan keluarga sentiasa mendapat rahmat Allah selamanya...
BalasPadamSemoga allah sembuhkan kesayangan kamu...
BalasPadam