Isnin, 18 November 2013

Orang Bujang Memasak...

Assalamualaikum.....

Sejak Ba sakit nie, hujung minggu kami memang terhad masa yang ada di rumah. Oleh sebab itu, bila kita ada di rumah, macam tak cukup lantai nak berpijak rasanya. Nak basuh kain baju, sidai kain, lipat kain, packing semula untuk masuk ke beg KL dan Kuantan. Belum lagi nak memasak, cuci pinggan mangkuk, menyapu, mop lantai. Kalau ada 4 jam sehari di rumah, memang tak sempat bernafas rasanya.

Sejak kebelakangan ni, Adam dah mula mengendeng2 kita di dapur. Kejap2, tepuk perut. Kejap2, "Ma, perut pedih la..". Lapor. So, kadang2 tengah pegang sudip, mata menjeling2 kain baju yang nak dijemur. Lambat jemur, lambat kering. Tapi jemur kain, yang masak tergendala.

So, bila kita minta Adam tolong jemur kain, bukan main liat lagi. Sudahnya, sudip yang bertukar tangan. Kadang2 cekodok lah, gulai la, sambal la. Nasi jer kita belum ajar. Lepas nie dah boleh ajar masak nasi.

Minggu lepas, Adam masak kicap ayam. Sedap juga. Papanya pun puji sedap. Tapi, kita pantau lah. Mulut tak berhenti2 buka katup. Dia goreng ayam, tumis bawang, masukkan lada hitam, masuk kicap, sos tiram, rasa garamnya... then siap!


Cahaya matahari terik sangat, entah mana kicap, entah mana ayam...



Bangga, hasil masakan pertama yang berat.


Adam dah biasa memasak sendiri kalau di PD. Tapi untuk dinner lah,..yang ringan2. Agak2 dia kurang berselera dengan lauk dinner, dia buat sendiri apa yang dia nak makan. Burger ke, roti telur ke, maggie ke... apa2 jer yang simple lah. So, bila dah confident dia dah matang sikit guna api, kita teruskan di dapur Melaka pula.

Now, selain memasak, dia dah take over sinki. Basuk pinggan mangkuk segala, kemas meja dan settlekan apa yang patut. 

Hari ni, walaupun dah mula cuti sekolah, tapi Adam tak bercuti. Sepanjang cuti tahun nie, dia dah padat jadual dengan kelas2 tuisyen. Oh, bukan kita yang suruh. Dia sendiri yang minta. Tahun depan UPSR kan... Dah bawa dia short cuti2 hari tu...and kita pun risau dengan Ba..so dia tak demand apa2. 

Alhamdulillah. Adam dah jadi orang bujang....

.

18 ulasan:

  1. rajin anak bujang ni masak yee..
    mesti la sedapkann adam...

    sekarang tak kira anak lelaki ke perempuan ke kan..tetap sama, diasuh dari kecil supaya tak kekok bila dah berkeluarga nnt nak tolong2 mana yg patut...

    BalasPadam
  2. ya Allah kak..sejuk perut akak...pandainye adam...sumpah lieya kagum kak....lelaki plak tu...kalo pompuan lain cite...ni besok adam ni kalo dah kawin mesti jenis yg sgt2 membantu isteri die..sbb jenis tak kekok kat dapur...sonok plak lieya bace kak mcm2 adam boleh masak...ayam masak kicap tu nampak dah mcm kite2 jek masak nieh...mmg terra betul....


    adam oo adam...meh jadi menantu acik lieya meh ekekeekekeke

    BalasPadam
  3. tengok ayam tu terliur jadinya..
    next time bila balik kampung nak singgah lagilah.. hehehe..

    BalasPadam
  4. waaaa ... kalah anak dara pB kat umah tu

    tahniah Adam

    BalasPadam
  5. wahh..dari rupa tu nampak sedap dah kak.. alhamdulillah.. at least tak risau dah pasal makan minum dia.. hehehe.. dah boleh bermenantu ni kak.. hahaha...

    BalasPadam
  6. Sikit-sikit kena ajar juga anak belajar masak ni Ziela. Mana tahu kelak duduk bujang kena juga tahu serba-sikit...

    BalasPadam
  7. Malu uncle tauu!

    Uncle dah tua bangka ni, masak ayam kicap macam tu pun tak tahu! hahahahaha

    BalasPadam
  8. tahniah.. tahniah ada gak yang membantu.. senang hidupnyer nanti.. kalua dah duk jauh2 nanti boleh masak sendiri...

    BalasPadam
  9. Tepuk tangannn kawan-kawan! Ayam masak kicap macam sedapp je.. walaupun anak bujang seorang tapi mamanya didik tanpa manja-manja sangat okay..itu yang sepatutnya!! Pujian pada parents jugak!

    BalasPadam
  10. Dah terer Adam.. memang senang kalau anak2 dah boleh membantu kan...
    Lagi pun senang bila terdesak.. Tak la kelaparan depa..

    BalasPadam
  11. Hi Aziela, nice posting. I'm very impressed with your Adam, he is only Standard 5 yet he can cook and help out in household chores. He is really good... he will be the future chef.

    The kicap ayam look delicious. Well done, tell him to keep up the good job.

    Have a nice week ahead. Thanks for dropping by my blog with your sweet compliments.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah....pandai dh adam masak..kalau afiq ni mesti nangis sambil memasak...hikhikhik

    BalasPadam
  13. wallah.. terer la adam.. ehhehe harus la gigih kan kalau tidak perut lapar gitu..

    mama la tumpang gembira nih.. senang dah sikit ada assistant di dapur kan..?

    BalasPadam
  14. my nephew pun terror masak kak. baru 14 tapi apa akak nak makan? just name it. dia boleh masakkan. kari? tomyam? sup? laksa? just pick one, another 2 minutes siap semua!

    huh. bangga tak? hehahahahah

    BalasPadam
  15. amboi Adam, suka la tu kan boleh ngendeng2 kat dapor then di beri sudip suruh kacau2 then masak sndiri pulak...bagus2 nanti boleh jdi chef .senang maknya kalau anak pndai masak.

    BalasPadam
  16. Adam dah besar...sangat berdikari sekarang....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com