Selasa yang lepas adalah Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk sekolah Adam. Tahun ini, prestasinya jatuh dengan teruk. Kalau tahun lepas dia dapat No 1 dalam kelas dan dalam seluruh darjah, tapi tahun nie dia hanya dapat tempat ke-3. Kalau tahun lepas, dia bawa pulang hadiah untuk markah tertinggi bagi 4 mata pelajaran, tapi tahun nie satu pun tak ada. Adam kalah teruk dengan tempat pertama, seorang pelajar perempuan. Tempat ke dua juga pelajar perempuan, namun markahnya tidaklah jauh berbeza dengan Adam.
Sebenarnya, hari Isnin baru pihak sekolah beritahu tentang majlis ini. Semua sedia maklum, Isnin pagi kita pergi kerja dari PD. So, Adam tak nak bagi tahu kita pun tentang majlis ini. Mungkin dia tak nak susahkan sesiapa. Dia tahu mamanya dah penat ke hulu ke hilir, dia tahu nenek dan atuknya tak sihat dan dia tahu papanya kerja nun jauh di sana.
Tapi, neneknya tak sampai hati. Mak call kita petang tu pelan2. Kita tak sampai hati. Mana mungkin biarkan anak naik pentas tanpa kehadiran ahli keluarga untuk memberi semangat. Tak apalah. Satu hari lagi cuti tanpa gaji kita tambah bulan ini.
Maka, cuti kita pada hari Selasa adalah untuk masakkan keluarga di PD yang dah lama tak dapat perhatian dari kita sejak Ba sakit. Cuti juga untuk beri perhatian pada Adam. Alhamdulillah.
Majlis tahun ni di adakan di Auditorium Muzium Angkatan Tentera, di Si Rusa, Port Dickson. Alhamdulillah, pihak tentera sudi memberi pinjam dewan ini untuk majlis sekolah. Majlis bermula jam 3 petang.
Sebelum majlis bermula, Adam bersama rakan2 rapatnya yang turut menerima hadiah. Dari kiri, Amir Fakhrurrazi, Nur Firdaus dan Adam.
Majlis di mulakan dengan persembahan tarian tradisional pelajar2 sekolah.
Tiba giliran Adam menerima hadiah. Blur, sebab tak pandai fokus lagi.
Dari jauh.
Di akhir majlis, hanya mereka berdua yang dapat kita gapai. Adam bersama hadiahnya.
Kita memang tak salahkan Adam 100% di atas kemerosotan prestasinya. Ada beberapa sebab. Antaranya :
1.) Tidak cukup persediaan. Kami fokus dengan persediaan UPKK. UPKK berakhir pada hari Jumaat dan hari Jumaat itulah baru sekolah beri jadual dan pemberitahuan tentang peperiksaan akhir tahun pada hari Isnin berikutnya. Maknanya ada 2 hari sahaja untuk buat persiapan peperiksaan akhir tahun.
2.) Konsentrasi Adam dalam pelajaran tahun ini banyak terganggu kerana atok Ba nya yang sakit tenat. Beliau turut sama bergelumang dengan kami di hospital.
3.) Akhirnya, ianya salah kita sendiri. Biasanya, kita sendiri ada memberi tumpuan kepada Adam walaupun hanya berjumpa weekends. Tapi entah kenapa tahun ni, hilang fokus kita pada Adam. Sepatutnya, walaupun menunggu Ba di hospital atau ICU sekali pun, masa yang ada patut di penuhi dengan membantu Adam mengulangkaji dan buat latihan. Apalah salahnya kalau bawa tikar dan bersila sahaja di lantai hospital kan.
Maafkan mama, Adam. Mulai sekarang, kita tingkatkan lagi usaha ya. Semoga Adam beroleh kecemerlangan dalam UPSR tahun depan. Amiin.
.
it's okay Adam, you still have time before UPSR. rasai dulu kegagalan sekarang. at least you already have a taste of it, and hopefully it will make u strong for the next time.
BalasPadaminsyaAllah.
Oklah tu sis, tak gagal mana pun kak..manusia punya hidup ada pasang dan surutnya, sentiasa bersyukur dengan apa yang DIA kurniakan pada kita.. good luck Adam, kak Shakira doakan yang terbaik buat Adam.. AMIN :)
BalasPadaminsyallah..tahun depan ada masa lagi buat yg terbaik Adam...
BalasPadamsedih pulak baca entry ni.. takpe Adam.. masih ada masa lagi untuk tingkatkan prestasi.
BalasPadamBuat kak Ziela.. moga kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan dariNYA.
Tahniah Adam...masih cemerlang juga tu....Tingkatkan usaha, tahun depan lebih gemilang utk UPSR :)
BalasPadamRambut style flat top :P
Saya pernah buat gaya tu masa main rugby dulu....hihihih
tahniah adam.....takpe kak...tak drop byk mane pun..still dlm ranking cemerlang tu...in sha Allah tahun depan lebih cemerlang.....
BalasPadamstylo adam kak yeak....tertarik dgn pesen rambut die tu....macho abis!
jgn terlalu salahkan diri sendiri kak..adam bukan gagal..cuma pencapaiannya sedikit merosot.. insya allah.. lepas ni boleh tingkatkan usaha.. semoga berjaya upsr tahun depan ye adam..
BalasPadamps: virgin coconut oil tu rm18.50. kat aeon bahagian barangan organic..
At least Adam dapat no. 3 anak kakak dapat no. 15! Terus tak dapat naik pentas.
BalasPadamTahniah Adam.
Memang kadang kita pun silap sama bila ada kemerosotan tu Ziela, macam kakak juga.
Aziela , kalau kita sibuk bnda lain anak akan terabai sikit kan? tapi you bukan sengaja , with all the resons u bagi tu I am sure you cn forgive yrself.
BalasPadamAdam? aunty prcaya UPSR tahun dpan Adam akan dpat 5A ! !.
salam azeiela ..
BalasPadamsama dengan farish aby ..
thn depan ambik UPSR juga ..
apapun tahniah kt Adam ..
ada juga mata pelajaran yg cemerlang ..
I should not worry about Adam not being top in an exam. In HR we do not view potentials of staff on their exam results. It is what attributes they possess - interaction with staff, leadership quality, helicopter view etc, etc. How different Adam is compared to my grandson, Adam - the sunject of my posting recently.
BalasPadamTak apa Adam....akak...tahun depan kena lipatgandakan lagi usaha insyaallah :)
BalasPadam