Selasa, 3 Disember 2013

Jemputan Kenduri di Rembau

Assalamualaikum.....

Jemputan ni, kami hadiri lama dah. Dalam bulan Syawal tahun ni. Lama kannn. Hehehehe. Sayang pula kalau tak buat entry. Officemate kita, Kak Ana yang jemput. Keluarganya di Rembau ada buat majlis tahlil sedikit. Lagipun, rumah kami kan di Alor Gajah. Dekat jer lah. Sajer nak kenal2 dengan mak Kak Ana.

Adam pakai baju raya yang tak pernah di pakai lagi walaupun dah penghujung Syawal.

Kami tiba dalam pukul 11.00 juga lah. Alhamdulillah, sempat join tahlil dan aminkan doa. Memang tak berniat nak singgah lama sebab nak pergi tengok Ba pula di hospital. Waktu melawat kan pukul 1.00 tgh hari, so sempatlah kami memenuhi undangan Kak Ana.

Yang kat atas ni pinggan kita. Sambal tumis udang 2 ekor, ayam masak merah seketul kecil, bergedil seketul. Ada petola campur lobak masak lemak putih daaaaan..... yang paling spesel ialah tempoyak daun kayu nya. Memang marbeles. Sedap sangat2. Ini, tak tahu dah berapa jenis daun, yang penting ianya sedap.



Pinggan Adam dan tangan Adam. Tengoklah pinggannya...tak ada unsur2 kaler hijau langsung. Udang, bergedil, ikan sekor gedabak, ayam lagi. Last2, ikan tu terpaksa di kongsi bertiga, bergedil di ambil separuh oleh papanya. Tamak betul. Tahulah sedap. Dan dia terpaksa menghabiskan sayur daun kayu yang kita paksa dia makan juga. Padan muka dia. Walhal dia suka jer sayur, tapi bila ada ayam masak merah jer, dia mula lupa sayur.

Terima kasih Kak Ana sebab sudi jemput kami. Dapatlah jumpa mak Kak Ana sekejap. Tak dapat sembang pun sebab tak nak ganggu mereka yang sedang sibuk. Insya Allah, ada rezeki, raya tahun depan kita sampai lagi.


.

25 ulasan:

  1. tempoyak daun kayu tu semacam saya pernah makan kat rumah acik erna.. boleh tahan.. kalau ada sambal lagi bertambah sedap..saya suka pedas pedas.. hehehe..

    BalasPadam
  2. 2lh kan, sbnarnya byk n3 n gmbar dlm draf yg xsmpt nk update. Sygkn sbb semua tu kenangan....wah meriah menu tu. Kt nogori mmg bestlh lauk pauknya ala2 kg...he3x, kesian adam kena paksa mkn syur...

    BalasPadam
  3. tempoyak daun2 tu mmg kesukaan kak ain tau..sedapkann...lama tak makan lauk tuu...

    BalasPadam
  4. Kalau di JB macam tak pernah nampak tempoyak daun kayu yg Ziela kata special tu. Kakak pun tak pernah merasa - teringin juga..

    BalasPadam
  5. Salam dik.. selalu je tertinggal ketapi kt sini..kena scroll down jauh ke bawah nak baca ttg Ba.. selesai sudah satu riwayat kehidupan di dunia..yang tinggal akan meneruskan hingga tiba waktu untuk turut serta.. proud of you sis..

    BalasPadam
  6. kampung nenek saya di Rembau ( Kg Padang Lebar)...Sambal tempoyak tu mmg speciality org N9 :)

    BalasPadam
  7. salam ziela ..
    kenduri bulan syawal hari tu ..
    agaknya sekarang pengantin pempuannya dah mabuk2 ...
    he..he...
    apapun, tetap N3 yg menarik ..

    BalasPadam
  8. xmakan tempoyak (x_____X)"

    cuti ni xpergi mana2 ke kak?

    BalasPadam
  9. kak, kecik aje begedil tu? puas makan tak? begedil apa?

    BalasPadam
  10. sejak kahwin saya terus jadi tak suka durian, makanya memang tak makanlah sayur tu.. :(

    BalasPadam
  11. @Rai Ourkizuna Versi originalnya memang pedas patutnya Rai. Tapi zaman sekarang semua buat kurang pedas sebab takut orang tua2 tak dapat makan. Perut diorang dah tak tahan.

    BalasPadam
  12. @NzA Biasa kenduri memang lauk2 kampung kat sini kak. Memang best. Adam tu sajer jer nak bolot ayam sebenarnya tu...hehehehe

    BalasPadam
  13. @Ain Noraini Memang sedap. Nak cari daun kayu berjenis2 tu yang masalahnya tu kan kak.

    BalasPadam
  14. @Kakzakie Kenalah naik N9 agaknya tu kak...hehehehe

    BalasPadam
  15. @che mid Terima kasih banyak2 kak. Thank you for everything

    BalasPadam
  16. @IndaMarya Being forced to look smart...hehehehehe

    BalasPadam
  17. @Daddy Ziyyad Rembau? Bukan anak jati Johor ke Doc? Hehehehehe...Mana Ziyyad. Meh High 5 ngan auntie meh...

    BalasPadam
  18. @aby Kenduri tahlil jer kang. Bukannya nikah kahwin..heheheehhe

    BalasPadam
  19. @Suzlin Azreena Nordin Ooo...ok..ok. Cuti ni di rumah jer. In fact cuti akak dah lamaa habis dik...

    BalasPadam
  20. @t.a.t.a Bergedil ayam. Tak puas sebenarnya, tapi segannn nak ambik lagi...heheheheheh. Pandai awak kan.

    BalasPadam
  21. @aizamia3 Kenapa tu Ina? Sebelum kahwin, boleh lagi makan durian ek?

    BalasPadam
  22. tapau makanan, pastu sambil baca blog akak, seb bek saya tgh makan tau kak, kalau tak mau meroyan kelaparan tgk gambar nih, sungguh selera la lauk2 gini, pucuk kayu tu best!

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com