Isnin, 23 Disember 2013

Makan di Kuantan : Akob Ikan Patin

Assalamualaikum.....

Kalau ke Kuantan, kita suka merengek kat hubby nak makan kat sini. Akob Patin House. Dulu kita pernah review makan di cawangan asalnya di tebing Sungai Kuantan. Sesiapa yang belum baca, boleh jenguk SINI.

Yang di cawangan bandar ni, kami lebih suka makan ikan patinnya. Tak perlu patin buah, patin sangkar saja pun dah terasa sedapnya. Cara masakannya memang sangat unik dan sedap. Setakat nie, di mana2 kedai yang ada ikan patin, kita belum jumpa lagi yang boleh menandingi masakan restoran Akob ni.

Ini lah kedainya

Antara pilihan lauk pauk yang ada. Kiri sekali ialah patin biasa. Patin buah masih dalam dapur lagi. 

Harganya. Patin biasa RM10.00 seketul. Tak kiralah kepala atau isi atau ekor...

Jangan risau, kalau tak makan patin, banyaaaaaak lagi lauk pauk lain yang ada. 

Ini portion kita. Nasi separuh, sayur 2 jenis dan kepala patin,

Hubby pula makan nasi dengan lauk rebung rasanya, dengan ekor patin.

Eh..eh, sayur kita 3 jenis la...hahahahaha. Pucuk ubi, sup petola dan fucuk serta bayam.


Kita suka ambil kepala sebab kita rasa macam boleh makan lebih banyak. Walhal, sama jer dengan badan kan...sebab kepala tu banyak tulang jer. Tapi sebenarnya, kita enjoy menelaah setiap kepingan bahagian kepala tu. Sambil celup2kan dalam kuah tempoyak yang lemak, masam2, manis2 durian sikit, dan harum dengan bau daun kesum tu. Memang boleh ralit kalau makan kepala patin nie. Yang peliknya, kalau kedai2 lain, patinnya macam banyak lemak sikit. Even nak makan kepala patin tu pun rasa macam sedut lemak jer...so macam muak. Tapi di Akob nie, patinnya kental. Kepalanya tak berlemak sangat...memang sedap2 jer. Lembut, halus dan slurppp!


Oh....masa taip entry ni pun rasa macam nak terbang ke Kuantan dah....




.

23 ulasan:

  1. patin masak tempoyak pahang mmg terbaiklh..sedap dan mengancam...akak cuba jugak masak ikut resepi kwn angah bagi ttp rasanya xboleh tandingi masak tempoyak belah sana......

    BalasPadam
  2. Huhu kita pun memang gila dgn ikan patin :-)

    BalasPadam
  3. Jadinya setiap kali akak merengek, mesti abang akak layan rengekan akak tu kan? Nge he he.

    BalasPadam
  4. Kita pun suka makan sis.!!
    Tapi saya enjoy lagi makan di tepi tebing sungai tu. Tempat sangat unik.

    Baru tahu pasal kedai pon ada. Hehehe Memang layannnnnnnnnnn! Sukaaaaaaa!

    BalasPadam
  5. aduhai.. akak punya description buat saya pun nak ikut terbang ke kedai pak akop..

    BalasPadam
  6. Bunda kalau ikan patin lebih suka yang bergoreng jer...kurang gemar yang dimasak berkuah...

    BalasPadam
  7. Ciklan je yang pandai makan ikan patin tu.. saya tak reti kak.. hehehe.. pastu pulak ada durian, lagilah saya tak makan..

    BalasPadam
  8. mmm patinnnn....mana nak cari kat sini..... nyummmm...!!!

    BalasPadam
  9. Boleh la try kalau saya g kuantan.
    Setakat ni blm jumpa yg sedaap sgt2.

    BalasPadam
  10. Ziela memang pandai cete pasal makan, hehehe..

    BalasPadam
  11. woaaaaa patin tuh...tapi saya tak reti makan bahagian kepala hehehehehhee

    BalasPadam
  12. @NzA Nak kena pandai seimbangkan segala rasa. Saya pun gagal kak...

    BalasPadam
  13. @t.a.t.a Pssst Tata, nak bisik sket. Tengkiu yer... Sejak dia baca komen awak nie, dia semakin peka bila akak merengek tau.

    BalasPadam
  14. @Qashmere Ho...kalau kat tebing sungai tu, lewat sikit jer, penuhhh meja kan.

    BalasPadam
  15. @BUNDA Goreng dan makan panas2 pun sedap, Bonda kan.

    BalasPadam
  16. @aizamia3 Aiseh....akak kena take note nie... Ina tak makan patin dan durian. Set. Hehehehe

    BalasPadam
  17. @gadisBunga™ Mungkin ada la...tapi rasa tak sama la GB.

    BalasPadam
  18. @Ujie Cuba yer.... tekak lain2 nie, kena cuba dulu kan.

    BalasPadam
  19. @Seri Kandi Tanah Jauhar Takut saya lupa nanti kak...tu yang explain detail tu...hahahaha

    BalasPadam
  20. ikan patin pais tempoyak tanjung lumpur sedap

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com