Mee Bandung Muar Yang Sedap

23 comments
Assalamualaikum.....

Sekelip mata jer, dah hari Khamis kan....

Ini kisah hari Sabtu yang lepas. Selepas jemput Adam dari karate class yang dah setahun dia ponteng sebab sibukkan macam2 (maka warna belt masih lagi peringkat beginning junior sebab tak pergi grading), kami sekeluarga need an escape. A simple one. And kita dah berminggu-minggu and minggu and minggu dok bagi hint, dok bagi clue, dok ajak terus terang, nak merasa Mee Bandung Muar yang femes. Dikatakan ramai orang ianya sedap. Ok... nak try. Selalunya kita ke Muar untuk melayan nafsu makan asam pedas ikan mayong kat Tanjung Emas. This time nak cari Mee Bandung.


Gambar ambil dari blog X-Plorer ( How are you? The blog is soo quiet )

Oh, kedai ni kalau dari Melaka, will be on your left if you are heading to Muar. Aduh.. BM...BM..!!! Suka sangat rojakkan bahasa. Kedai nie di sebelah kiri anda sekiranya anda menghala ke bandar Muar. Betul-betul selepas Sekolah Sains Muar di Tanjung Agas tu.



 Kami tiba dah agak lewat petang. Hampir jam 6.00 petang. Kedai tutup pukul 7.00 malam yer. Cuaca pula sedang hujan masa tu. Pelanggan pun penuh kedai tu. Yang trip super bikers jer dah penuh meja kat luar...belum lagi yang keluarga2 besar. Nampak cara macam baru lepas attend kenduri jer.... (Ok gagal untuk tidak merojakkan bahasa...uwaaaaa).


Hubby order kuay tiaw bandung


Kita dan Adam order mee bandung

Adam tak makan daging. So, dia transferkan daging dia kat kita. Tak banyak pun. Portion pun tak banyak. Sikit jer. Sesuailah untuk alas perut minum petang2. Yang menariknya, kuah dia memang pekat. Manis... selain daripada manis daging dan keledek, ada terasa manis gula juga sedikit. All in all, yeap. Memang boleh tahan. Sangat jauh berbeza daripada mee bandung yang kita selalu makan di kedai2 tomyam tu. Oh, ada bau udang kering, tapi tak menyengat sangat baunya. Bila kita slurpppp mee tu dalam mulut, bibir semua sememeh sebab kuah tu pekat dan yummy. Ada rasa macam boleh dikunyah2 kuah tu.


Masa google kedai tu, ada salah satu entry nie suggest makan mee bandung mesti di kawankan dengan laici kang ais. Ok, Adam terpengaruh. Maka, itu laici kang dia. Papanya minum nescafe panas dan kita minta ais kosong jer sebab dah agak mesti mee bandung nie manis.


Nampak tak dia dalam kebahagiaan?

Cuba teka, ini pinggan siapa?

Tukang bawa pun bahagiaaa......


Ok, boleh tukar nama menu kepada Mee Bandung Muar Bahagia....

Of course yang meminta berminggu-minggu dan minggu dan minggu nie bahagia sangat.

Anda nak bahagia juga? Ha, cubalah terjah kedai ni.


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

23 thoughts..

Ayu Ayunie berkata...

klu balk kg hubby di batu pahat mmg singgah muar nak beli rempah mee bandung dan makan kat sini skali.. mmg sedappp.. :)

t.a.t.a berkata...

Kak portion dalam pinggan nampak macam sikit aje. Kalau saya memang kena 2x pinggan ni.

Sukma berkata...

berapa harganya mee bandung nie....dah lama tak pergi muar nie...dekat dengan sungai muar ker?

Tanpa Nama berkata...

sedapnya kak, pernah pegi muar sekali, tapi merasa mee bandung tak pernah lagi..

Izwa Kamaruddin berkata...

wah wah sedap nyer!

Unknown berkata...

oo.. mee bandung muar letak keledek eh.. tak pernah makan yang betul original muar punya.. hehe..

lieyalatif berkata...

fuh kak...telan ailiyo lieya tgk...payah nak jumpe yg sedap kak...ni kalo dah mmg sedap, siap la dok ulang2 dtg makan kan kak....tgk suasana kedai yg ramai org tu mmg dijamin laa sedapnye tuh....

akak ni nape sebut asam pedas mayong....dah terase nak makan...weekend ni pi pasar laa cari ikan mayong...lagi2 yg ade telor ikan tu...adoyai sedapnye kak oi!!!

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak pun pernah makan di sini Ziela. Restoran dia pun sesak apa lagi kalau hari cuti lagi ramai...

zoul dahan™ berkata...

Sampai juga akhirnya ke sini ya?
Ini port favorite saya.
Setiap kali menjengah anak di SMS Muar,
saya mesti ke sini.

Cuba check di Foursquare.
Rasanya saya masih jadi mayor di sini.

azieazah berkata...

Setuju. Makan makan adalah juga satu saat bahagia. Betul

Kak Azie pun peminat Mee Bandung. Tak kira la Muar tak Muar.

Suka part telur yang separuh masak tu, dimakan secara sedut. Ahhh!

Aziela berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aziela berkata...

@t.a.t.a Mmg sikit...Ta. Akak pun mention tu ha..portion dia sikit. Tapi syukurlah kami bukan dalam kelaparan.

Aziela berkata...

@Sukma Haron RM4.50 kak... Bolehlaaa. Sikit jer portion dia. Jauh lagi sebelum Sg Muar... :)

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Akak yang dah berpuluh2 kali ke Muar nie pun baru first time merasa, dik...hehehehehe

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Sedappppp...yum!

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Eh...tak letak ekk? Hahahahaha....

Aziela berkata...

@lieyalatif Adoi Lieya...yang telor2 ikan jangan sebut Lieya oiiii... Kempunan akak kang....

Aziela berkata...

@Kakzakie Betul kak...

Aziela berkata...

@zouldahan Saya sebenarnya nak letak kredit blog Doc, tapi saya kelam kabut sikit masa buat entry nie. Dah terbabas jadinya.... Nnt saya check foursquare

Aziela berkata...

@azieazah Betul kak.... telur yang di sedutt.. slurrppp!

TiranaAduka berkata...

salam
Tapau 1 leh?

Dr K berkata...

Saya peminat tegar mee bandung!

Harus cari kedai ni..harus!!!

hahaha

Tanpa Nama berkata...

rasanya yg paling sedap mee bandung central tg agas, depan pintu sekolah sains muar yg terbaik sebenarnya..sultan johor pnh mkn, pastu nk dtg makan kat kedai tu sendiri walaupun kedai tu xcantik mcm kedai lain..sedap xda kedai boleh celen tahun smpai thun 2002..tp skg still ok lg. pnh masuk rancangan tv berapa kali tah..jln cari mkn kot dgn ape tah.