Jumaat, 20 Disember 2013

Resepi Ibu Mertua : Asam Pedas Ikan Merah

Assalamualaikum.....




Kita berkahwin dengan orang Melaka. Mommy pula adalah Chinese pure dari Melaka. Walaupun parents Mommy adalah Hokkien, namun saudara mara yang lain adalah orang peranakan. So, ada campuran Baba Nyonya jugalah sikit lebih kurang.

Kita dari kecil memang tak pandai makan asam pedas. Selera lebih kepada masak lemak cili padi. Tapi, sejak berkahwin, dah pandai tekak sedap nak makan asam pedas. Pernah masak, tapi a total disaster.

So, tahun nie, kita berusaha juga nak masak asam pedas yang boleh di terima oleh selera hubby sekurang2nya. Risik2 dengan Mommy, dapat jugalah kita siapkan asam pedas ikan merah yang hubby puji.

Alhamdulillah.



Meh tengok resepilah yer....

Bahan-bahan :

1 ekor ikan merah
2 senduk cili kering kisar halus
4-5 helai daun limau purut
2 batang serai di ketuk
2 biji tomato potong baji (wedges)
1 cawan air asam jawa
3 cawan air

Bahan tumbuk/kisar :
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci belacan
2 biji buah keras


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga wangi dengan api sederhana
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga wangi
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan air biasa. Didihkan.
5. Bila mendidih, masukkan ikan perlahan-lahan bersama daun limau purut.
6. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala selama 5 minit.
7. Masukkan tomato, perasakan garam. Masa ini dah boleh seimbangkan segala rasa masam dan masin.
8. Setelah seimbang semua rasa pedas, masam dan masin...didihkan lagi selama 3-5 minit.
9. Boleh di hidangkan.




Senang rupanya kan. Masa mula2 nak masak, panik juga sebab daun kesom yang kita dah beli 2 hari awal, dah lebam dan ada yang dah kering mersik. Rupa2nya, tanpa bunga kantan dan daun kesum pun kita masih boleh menikmati asam pedas yang enak.

Hubby, kawannya dan sedara mara kita kata, dah sama setaraf dengan asam pedas Kota Laksamana. Alhamdulillah. Cuma, kita rasa ianya agak cair sebab kita suka asam pedas yang pekat. Lain orang, lain selera kan...

Kita akan cuba lagi ikut selera kita pula.

Oh, minggu depan blog ini akan dipenuhi dengan cerita udang galah ya... Insya Allah.








.

22 ulasan:

  1. Kak, baru saya tahu potong bentuk wedges tu nama nya baji. hahahaha. quite funny la pulak nama baji tu eh.

    kong hei lei akak, berjaya masak asam pedas. kami kat rumah more to asam pedas pekat. kuah memang letak super duper extra punya. boleh hirup camtu aje.

    akak pasan tak, masam asam pedas kalau lebih sehari, kita perhangat berkali-kali, the ikan will taste much more sweeter. itu la yang saya rasa. tak pasti la yang lain macam mana.

    BalasPadam
  2. Orang cakap masak asam daging tetel sedap. Ada recipe tak?

    BalasPadam
  3. Kalau org Johor ni Ziela masak asam pedas dah macam satu kemestian. Tak pandai pun mesti otomatik jadi pandai sebab boleh katakan sana-sini mesti asam pedas cuma bervariasilah.

    Ada yg guna daun kesum, ada bunga kantan, ada daun limau purut dan ada guna serai. Ada juga yg digabung tapi semua tetap asam pedas..

    BalasPadam
  4. kalau ai cukup suka ada bunga kantan.. dapnye.. dapnye..

    BalasPadam
  5. kalau resepi asam pedas mak saya memang simple sangat kak.. tapi saya tak pandai gak buat.. entah kenapa tak jadi pekat..saya pun suka asam pedas yang agak pekat.. maybe rempahnya kurang..

    BalasPadam
  6. suka masak asam pedas yg pekat sikit n tambah bendi...

    BalasPadam
  7. tengok pun dah tahu sedap, Ziela.. betul tu kata Kakzakie.. orang Johor automatik akan tahu masak asam pedas walaupun pakai campak2.. bezanya sedap tak sedap jerlah.. hehe..

    ops! akak masak sedap... kui kui.. masuk lif tekan butang daaaa...

    BalasPadam
  8. Mmg betul.. kita ni masak ada masa kena kreatif.. takda daun kesum.. takda bunga kantan.. still jugak boleh masak asam pedas..

    BalasPadam
  9. Nampak dah cun... membangkitkan selera...tuler kitapun suka asam pedas pekat

    BalasPadam
  10. Kak Azie pun tak berapa pandai masak Lemak Cili Padi dulu wpun Toklaki orang N9. Tapi kena la belajar sungguh-sungguh. Sama la kes.

    Yang Kak Azie suka pasal Asam Pedas ialah, Asam Pedas daing/ayam yang style Melaka, depa campurkan kerisik. Sedap!

    BalasPadam
  11. @t.a.t.a Yes....tq..tq. Harap2nya esok2 kalau buat lagi, masih berjayalah hendaknya.

    Betul lah...dia macam kuah kari. Lagi berhari2 panaskan, lagi pekat dan mesra kuahnya. Yummm

    BalasPadam
  12. @Pizli Mat Wazip Kalau suka daging tetel, sedaplah rasanya. Saya tak pandai lagi tahun nie.

    BalasPadam
  13. @Kakzakie Iyer kan kak...rupa2nya ada bermacam2 jenis asam pedas kan.

    BalasPadam
  14. @aizamia3 Akak suka yang ada daun kesum...hehehe

    BalasPadam
  15. @Rai Ourkizuna Kadang2 takut cilinya terlalu banyak....tapi bila kurangkan, jadi kurang kick. Bila buat lagi, takut lagi...sayanggg seperiuk nanti kan.

    BalasPadam
  16. @msredcheesecake Ya allah, bendi! Lupa... Yang nie memang ada, tapi sikit sangat sebab berebut dengan orang lain kat pasar

    BalasPadam
  17. @Seri Kandi Tanah Jauhar Masalahnya kak...akak masak apa pun semua marveles... Er, sebelah rumah akak ada rumah kosong?

    BalasPadam
  18. @Shamsiah Abdul Rahman Yang penting, niat dan kesungguhan yer kak...

    BalasPadam
  19. @Cho Zila Next timelah cuba yang pekat punya kan.

    BalasPadam
  20. @azieazah Wah.... saya kena jadikan kisah akak sebagai inspirasi

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com