Minggu lepas, adalah minggu pertama persekolahan. Setiap hari (2 hari jer pun) bila Adam sampai rumah dari sekolah, mak pasti tanya : "Any news at school today?". Hari pertama, Adam geleng2 kepala.
News tu, maksudnya ialah apa2 perancangan sekolah untuk UPSR ke, atau keputusan UPKK ke...atau apa2 sajalah. Owh, negeri2 lain dah beri keputusan UPKK sebelum sekolah bermula lagi, tapi N9 memang lambat betul.
And, pada hari Jumaat, Adamnya akhirnya angguk kepala kepada soalan neneknya.
Mak dah berdebar2.
'What news is that?' Mak tanya.
Adam cebik muka, muka sedih, muka toya sambil buka kasut, buka stokin dan letak beg sekolah.
Sampai depan nenek, dia hulurkan ini....
Sambil hulur tangan untuk ambil kertas ini, nenek tanya lagi : "What is this?"
Adam kata , "UPKK."
Nenek tak nak tengok, nenek tanya terus : "Berapa?"
Adam buat muka sedih, "7A 1B."
Nenek terus nangis, rangkul Adam dalam pelukan sambil menyebut :
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
"Cucu Nek pandai yer.... Syukur Alhamdulillah."
Adam peluk nenek juga dalam linangan air mata gembira.
Setengah jam kemudian, Adam angkat gagang telefon. Selepas mendail, dengar suara sebelah sana menjawab. Adam kata : "Ma, abang dah dapat result UPKK."
Mama di KL tanya : "Dapat apa?"
Adam jawab jawapan yang sama diberi pada nenek.
Mama di KL terus mengucapkan syukur.
Dan sehingga sekarang, mama masih rasa terharu dan sebak di atas pencapaian itu.
Ok...ok...end the drama.
Maaflah kalau ada di luar sana yang rasa meluat. Eleh, ada juga B. Atau ada yang kata, ingatkan dapat straight A!. Yer, kita mengaku, itu kelemahan diri kita. Maafkan mama, Adam. Mak, maafkan orang. Subjek Adam yang dapat B ialah Lughatul Qur'an iaitu Bahasa Arab. Kita tak cukup berusaha untuk beliau mahir dalam Bahasa Arab
Hmm...kita tak memberi harapan yang tinggi sangat pada Adam. Kemampuan dia sering tidak dapat dijangka. Ada masa dia boleh cemerlang, ada masa dia sederhana dan ada masa dia merudum jatuh. Jadi, tiada pengharapan yang tinggi.
Untuk UPKK, Adam belajar dalam keadaan kami sibuk dan tak mengendahkan dia kerana risaukan Ba di hospital. Kelas karate, kadang2 tuisyen pun terpaksa di abaikan sebab atok Ba nya yang sedang tenat di hospital.
Dan syukurlah Adam tinggal bersama mak dan ayah. Dalam pada kita terkejar2 menguruskan mereka di Melaka, Adam sekali tidur di hospital, tapi bila hari sekolah, mak pulun ajar dia dan bantu dia mengulangkaji semaksimum mungkin. Mak make sure Adam menghafal segala ayat dan doa, segala fakta sejarah, segala turutan adab dan sebagainya. Sehinggakan dah tiba di atas katil untuk tidur di malam hari pun masih lagi mereka bersila sambil memegang buku.
Atuknya pula, tak pernah lelah, tak pernah mengeluh untuk hantar, ambil, hantar lagi ambil lagi ke sekolah, ke kelas KAFA, ke tuisyen, ke kedai buku, atau sekadar melayan tekak Adam yang nak makan fast food.
Terima kasih Mak dan Ayah.....
Dan Adam, kita sering ucapkan pada beliau, sasaran kita hanyalah 5A sahaja sebenarnya. Dapat 5A pun syukurlah sebab kami pun tak jangka kemampuan beliau begitu. Rupa2nya, rahmat Allah itu ada untuk kami semua. Alhamdulillah.
Adam secara peribadinya juga dia sasarkan 5A sahaja...walaupun dia cuba yang terbaik. Sebab selama ini pun, keputusan UPKKnya tidaklah berapa cemerlang memandangkan kami lebih memberi tumpuan kepada akademik pagi.
Di sekolahnya pada pagi Jumaat itu, cikgu minta semua pelajar darjah 6 berkumpul untuk memberikan slip dan ucapan tahniah dalam satu majlis ringkas. Pelajar yang memperolehi straight A iaitu 8A ada 3 orang. 2 orang pelajar perempuan kelas Adam dan seorang pelajar lelaki dari kelas sebelah. Bila diumumkan untuk 7A, rupa2nya hanya Adam seorang yang menerimanya. Untuk 6A ada lebih kurang 8 orang dan untuk 5A agak ramai juga kata Adam.
Adam memang terperanjat la bila namanya dipanggil untuk 7A.
Tapi, kita tak pasti sama ada pencapaian sekolah yang menurun, atau memang UPKK agak sukar untuk tahun peperiksaan Adam. Sebab tahun sebelumnya, untuk 8A, ada 7 orang pelajar dan untuk 7A pula ada 8 orang pelajar yang memperolehinya. Berbanding dengan tahun ini, hanya 3 orang 8A dan seorang 7A.
Apa-apa pun, kita harap Adam akan lebih berusaha. Sekurang2nya untuk UPSR, kita idamkan dia mengulangi sejarah kecemerlangan mama dia dulu. Tapi, kalau tidak pun, kita tetap bersyukur kerana Adam adalah satu anugerah yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan kami sekeluarga.
Dan, inilah rezeki Allah kepada kami. Dalam pada kami semua berbakti untuk Mommy dan Ba, berbulan2 kami agak payah dari segi financial dek kerana menguruskan Ba, tambahan lagi kita yang bercuti tanpa gaji....Allah balas dengan rezeki kejayaan Adam. Rezeki Allah yang tak mungkin dapat dibeli di mana2. Untuk anda semua, jangan takut berbakti kepada ibu bapa anda...hatta anda tinggal sehelai sepinggang pun, pasti Allah akan balas dengan berlipat ganda. Dengan syarat, ikhlaskan pengorbanan anda. Insya Allah.
Oh, tak ada hadiah. Sekadar belanja dia makan jer. Bila tanya nak makan KFC ke, geleng. McD, Pizza Hut, ikan bakar...semuanya dia geleng2. Sudah...nak makan apa?
Esok kita cerita yer...
.
tahniahhh :)
BalasPadamalhamdulillah, tahniah adam, kembang kuncup kita ni jd mak kan!
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah Adam. Jangan minta makan udang lagi ya. Kesian mama udang dengan babah udang dengan kakak udang dengan anak udang dan udang-udang yang lain.
BalasPadamWah hebat tu... Syabas!! :D
BalasPadamtahniah Adam.. pengorbanan akhirnya terbalas jua.. syukur Alhamdulillah.
BalasPadamalhamdulillah...ya Allah terus rase sejuk hati seorang ibu kan kak.....rase mcm sejuk perutttt hah mengandungkan die....alhamdulillah...tahniah adam dan tahniah jugak buat family akak...
BalasPadamlieya doa2 moga2 mia mija dayyan bijak dan cemerlang mcm adam...amin..
Tahniah Adam...buat maknya juga...
BalasPadamalhamdulillaah..tahniah untuk adam..anak sulung kzu juga dapat 7A 1B ..juga bahasa arab yg dpat B..anak kedua 6A 2B..tahun ni dekna plk ambik UPKK..entahlah asyik nak memonteng jer si dekna ni..
BalasPadamBila anak berusaha bersungguh2 adalah sangat wajar memberi mengikut keinginan dia. Tahniah buat Adam, mak Adam, Nenek Adam dan Atuk Adam.
BalasPadamcongratulation to adam.. good luck for everything. all the best.
BalasPadamNenek pun berjuang habis-habisan.. tentu sedikit sebanyak mamanya rasa bersalah sebab tinggal berjauhan menyebabkan nenek yang jadi 'cikgu' utk adam di rumah. Tapi Allah Maha Pengatur, kalau Adam tinggal dengan mama masa Ba sakit hari tu, lagi kacau bilau jadual dia kan..
BalasPadamp/s..bila kita boleh berjumpaan ni...he he
alhamdulillah..tahniah adam.. despite of semua difficulty memang adam sangat hebat sebab dapat 7A dan lebih dari target akak.. tahniah buat mak akak sebab tekun pastikan adam ulangkaji dan hapal segala ilmu tu..
BalasPadamtahniah Adam...dapat 7A pun ok jugak , macam anak saya dapat 8A hantar ke sekolah berlandaskan arab di SHARODZ tapi result UPSR kena 5A ler...now alhamdulillah...
BalasPadam@:: Mrs.Eady :: tq :)
BalasPadam@elly nadyra Akak rasa sebak...
BalasPadam@t.a.t.a Hahahha...Adam tak pernah minta makan udang....
BalasPadam@Pizli Mat Wazip Masih ramai yang lebih hebat dan sangat hebat. Terima kasih Pizli
BalasPadam@aizamia3Masih jauh lagi perjalanan dia..
BalasPadam@lieyalatif Alhamdulillah Lieya. Akak rasa sebak sebab walau tanpa kami ibu bapanya, dia boleh juga sampai ke tahap ni. anak2 Lieya pasti lebih bijak lagi. Insya Allah..
BalasPadam@asyifa mustaffa Terima kasih...
BalasPadam@zulaikha megat Kalau kakak2nya berjaya, Insya Allah kak...
BalasPadam@JunAina And, Papa Adam. Alhamdulillah. Terima kasih.
BalasPadam@Azian Elias Thank you Kak Yan.
BalasPadam@che mid Sebenarnya saya rasa sedih sebab tak berpeluang. Tapi saya redha dan berpuas hati sebab saya berkorban demi menggembirakan mak ayah saya. Adam adalah kegembiraan mereka. Ya, segala yang berlaku, atas kehendak Allah. Allah Maha Pengatur. Kita hanya merancang. Kita hanya memohon semoga doberikan yang terbaik.
BalasPadamP/S : Kannnn...!
@Rai Ourkizuna Thank you Rai. Kami semua pun tak sangka sangat2.
BalasPadam@Sukma Haron Wa, memang wajarlah dapat ke Sharodz. Hebat tu. Itulah yang kami runsingkan. Kalau pun UPSR 5A, tapi UPKK tak cemerlang pun susah nak proceed ke sekolah yang bagus.
BalasPadam