Jangan tanya bila kejadian peristiwa ini. Kita tak ingat. Tapi belumlah sampai setahun lagi usianya..heehehehe. Oh, entry2 kat blog kita ni memang tak ada tarikh kan. Kita bukan style menulis blog untuk diary. Blog ini adalah untuk rakaman rekod kehidupan dan yang paling penting, untuk berkongsi dengan umum. Lebih kepada makan2 jer kan... Dah itu jer yang tinggi trafiknya. Hahahahaha.
Lagipun, ramai yang nak bercuti2 Mesia hujung minggu ni kan? Kalau ada yang nak melancung ke Melaka, bolehlah selongkar blog kita ni yer...
Anyway, ada satu weekend tu, hubby ajak kami semua makan di luar. Saja lah...sebab Adam dapat no. 3 masa final exam, tapi kami belum ajak dia dinner lagi. Sekadar satu penghargaan untuk usaha Adam. Ain belum ada lagi masa tu. So, kami anak beranak dengan Mommy dan Firdaus jer la. Tak ada hala tujuan nak makan di mana. Last2, ikan bakar juga la....
Dah biasa pergi ke Umbai. Dengan niat nak explore dan mempromosikan tarikan di Melaka, kami menuju ke Serkam. Serkam ni kalau dari Melaka, ikut sign board arah ke Muar. Akan lalu Umbai dulu, lepas tu baru jumpa Serkam. Kalau dah termasuk highway AMJ tu, ikut arah ke Umbai. Alah...sekarang semua dah ada google maps, waze, dan berbagai2 lagi kan. Tapi ada segelintir yang masih old school dan lebih selesa dengan cara lama iaitu signboard...Insya Allah tak sesat. Susah2 sangat, tanya jer orang tepi jalan ke, kedai runcit ke...mana Medan Ikan Bakar Serkam.
Disebabkan kami tak berapa biasa di sini, maka kami belasah jer kedai yang pertama tu. Ramai juga lah pelanggannya walaupun bukan musim cuti.
Pandai2 lah baca signboard tu yer...
Kami pergi ke kedai yang ada signboard kat atas tu. Macam biasa, pilih ikan, pilih hidupan laut yang lain dan pilih menu.
Kami ambil dua ekor ikan. Ambil jenahak sekor, dan bahagi dua. Bakar sambal jer. Aduh mak...sodap ehhh. Sambal dia sedappp. Isi ikannya tak kering..dibakar sedang elok masaknya dan lembut sangat. Sambalnya wangi dengan bau hirisan daun kunyit. Tak pedas sangat. Cilinya terasa sedang2 je dan sambalnya pun lightly covered the fish. Ok, yang ni, recommended.
Siakap Tiga Rasa
Ok, ini antara hidangan yang lain. Kiri atas adalah sotong goreng tepung. Menu wajib kan. Lepas tu ada kepah goreng halia. Not bad.... Yang panjang2 macam batang buluh tu namanya pepahat. Kita pernah makan pepahat nie sekali jer dulu. Adalah 6-7 tahun lepas di kedai ikan bakar di Umbai yang namanya Parameswara tu. Kalau google, ramai yang puji kedai ni. Tapi, kami sekeluarga langsung tak boleh terima. Kat situlah first time kita makan pepahat. Langsunggg tak sedap. Dengan hamisnya, hanyirnya, dengan pahitnya...ishhh. Masakan lain pun tak kena dengan selera kami. So, blacklist kedai tu.
Anyway, setelah bertahun2...kita beri peluang kedua pada pepahat. So, cuba lagi. Eh, kat sini..pepahat tu jadi sedapppp sangat. Macam mana ekk.. Isinya macam panjang2 juga. Macam kepah tu, tapi versi kurus dan panjang. Bila makan, masuk mulut dan kunyah...oh my...juicy sangat. Dia masak pun light jer. Tak pedas sangat, tak masin, tak manis...sedang2 elok... Memang semua orang pun kejap2 cekup si pepahat nie.
Ikan, di cicah dengan sambal kicap. Lagi satu, sambal cicahnya ialah sambal tumis. Sambal tumis nasi lemak yang biasa tu.... Dia beri semangkuk sambal tumis, dan terpulang pada kita nak makan dengan ikan ke, atau dengan nasi lemak. Oh, nasi lemak dia tak campur dengan sambal. Sebab tu sambal tu asing. Bagus kan... Yer lah, ada yang datang..Chinese. Tak makan pedas...nak sambal pun, colek2 hujung sudu jer. Ada juga yang bawa anak kecik, nasi tak boleh campur sambal. So, baguslah dia bungkus nasi lemak macam ni.
Ada yang tak tahu? Kat Melaka, kalau makan ikan bakar, biasanya di makan dengan nasi lemak tau. Tapi jangan risau, nasi putih pun ada..... Minta jer. Jangan minta nasi minyak atau nasi Arab..sudaaahhh!
Antara pilihan bahan mentah yang ada.
Kedai ni, masakan dia memang sedap. Cumaaaaa......yang tak bestnya ialah mahal sangatttt! Kami makan hidangan yang kat atas tu, sikit lagi nak cecah RM300.00 tau. Mak aii..terperanjat kita. Rupa2nya, bilnya jenis bahan mentah dan upah memasak kira asing. Kat bahan mentah dia dah top up untung, kat upah masak, confirm top up lagi.
Hmmm.... walaupun sedap, tapi kami takkan repeat kot. Agak kurang berbaloi dengan harga. Kalau di Umbai, kedai No. 5 tu, koman2 pun, separuh dari itu jer harganya. Sedap pun sedap....
So, terpulang pada anda semua... Kalau agak2 Umbai tu penuh sangat sampai nak masuk kereta ke parking lot pun tak muat dah, bolehlah teruskan perjalanan ke depan sikit dan pergi sini. Tapi tepuk wallet dulu yer...Agak2 tebal, bolehlah...
Kakcik pernah makan di situ, tapi mungkin tersalah pilih kedai! ;-)
BalasPadamYou use THOUGTS and I use COMMENTS. I do not think - simply make comments! I do not like reading about food because as an old man I must not be tempted!
BalasPadamalamak kak..tang cerita makanan tu memang dah terliur sangat dah.. macam nak meleleh air liur.. sampai bab harga tu terus telan balik air liur.. hahaha.. mahal berdenting kata orang kampung mak saya..
BalasPadamteringin nak try pepahat tu ..... sebelah utara ni .. tak ada ...
BalasPadammahal macam bedil ... orghe klatae kato ...
BalasPadamBoleh aje nak nasi arab atau nasi minyak Ziela. Kalau di mekah ikan bakar dgn nasi arab. Tapi ikan bakarnya tak bersambal macam tempat kita:)
BalasPadamwahh terliur zam..! plg suka ikan bakar!
BalasPadamCM rasa pepahat tu yang buat harga jd mahal sangat..pepahat tu susah dapat, bukan sebarangan masa dan tempat..nasib baik sedapp
BalasPadamterliur tengok makanan tu ..
BalasPadambetul kata2 aziela ..
tepuk dada tanya poket ..
memang ramai kata kat umbai memang mahal berdentum
BalasPadamkak, dah lama tapi akak masih ingat rasanya eh?
BalasPadam@Kakcik Iyerlah kak. Saya rasa seram plak nak ke situ lagi.
BalasPadam@Al-Manar Does this entry tempting, Pak Hassan? Hehehehehehe
BalasPadam@Rai Ourkizuna Ha..kan..! Tu pasal cerita bab harga lastttt sekali. Hilang selera kalau cerita awal2. Hahahaha
BalasPadam@Chik Att Utara tak dak ka? Rasanya ada la... Cuba try kat Kuala Perlis, gi kedai Mona. Macam ada nampak arie tuh.
BalasPadam@pB Mahal pB ....keras kejung...rasa macam lebih berbaloi makan buffet di hotel.
BalasPadam@Kakzakie Iyerlah kak...parents saya selalu cerita... lupa la pula...
BalasPadam@Zamani Abe Zam...kat Kuching lagi best kan. Top Spot tu...pheww..best giler.
BalasPadam@che mid Taklah mahal sangat CM. Ok2 jer..cuma setiap barang memang lebih mahal dari biasa.
BalasPadam@aby Kang...nak gi Hatnyaii...makan lobster..uwaaa!
BalasPadam@kak ina kl Ini di Serkam kak. Kalau Umbai, ok lagi harganya. Kak Ina, terima kasih singgah sini yer.
BalasPadam@t.a.t.a Kalau pasal makannnn....hehehehehehe
BalasPadam