Ahad, 26 Januari 2014

Kalau Tak Menyusahkan Orang Lain, Tak Boleh Ke?

Assalamualaikum.....



Kereta hitam kat atas tu, parking keretanya sehingga menutup laluan orang lain. Dia block 2 biji kereta. Tau lah dia nak cepat, taulah susah nak cari parking, tapi kenapalah menyusahkan orang lain. Sampai lebih daripada satu jam pemilik 2 buah kereta yang nak keluar tu menunggu.... Tak muncul2.

Kejadian ini di kawasan parking Hospital Besar Melaka.

Kesalahan dia :

1. Block kereta orang lain.
2. Tak tinggalkan nombor telefon atas dashboard
3. Tak releasekan handbrake untuk orang lain tolak kereta dia bagi membuka laluan.
4. Tinggalkan kereta lama2 tanpa timbang rasa.

Akhirnya, family dari 2 buah kereta berserta dengan 4-5 orang pengawal keselamatan bersama2 tolak keretanya ke depan. Bila dia tak releasekan handbrake, maka sangatttttt berat. Tapi bila dipaksakan juga dengan kekuatan hampir 10 orang, dengar bunyi 'kraaakkk'!!! Haih...kita rasa something dah patah.

Dalam kejadian nie, 2-2 pihak bersalah, tapi padanlah muka kereta hitam tu. Apa2 kerosakan atau kecurian atau apa2 kerugian, tiada siapa akan bertanggungjawab...

.

14 ulasan:

  1. Saya pun pernah alami situasi macam ni tapi en. Suami dgn pengawal kat situ dapat selesaikan. Saya siap tulis dan tinggalkan nota kat cermin kereta owner tu. Moga jadi pengajaran kat dia.

    BalasPadam
  2. Ziela, sila buat follow up apa benda yg patah tu??? Huhuhuhu

    BalasPadam
  3. lupa nak cakap, akak baru gi Hospital Melaka minggu lepas.. tulah tengok gambar seperti pernah kulihat

    BalasPadam
  4. Susah nak cakap la kalau peil mcm ni.
    K.Sham biasa terkena kalau kat pasar. Time tu la boleh tekan hon lama-lama (saja je kan)

    Penah sekali kena mcm ni dekat sejam gak K.Sham tunggu at last tolak ramai-ramai. Kita pompuan mana ada kederat nak tolak sensorang kan.

    Errrr.. nak kata padan muka kat tuan punya keta itam tu boleh tak??

    BalasPadam
  5. Memang elok itu diajarnya. Macam tak reti adap pula, block keta orang. Mencik orang camtuh

    BalasPadam
  6. ermm mmg padan la kak...tu cari nahas sebenarnye...kot yea pun gune laa akal fikiran waras...tinggalkan laa nombor tipon kan....

    ade kat fb tu lagi sadis kak,siap pecahkan cermin kete lagi ...nak turunkan handbrake punye pasal...mmg kene la sebijik org tu heheeheh

    BalasPadam
  7. rasakan
    dann mmg padan ngan muka dia

    BalasPadam
  8. @aizamia3 Jenis yang tak bertimbang rasa ni, memang susah nak ditegur, Ai.

    BalasPadam
  9. @Seri Kandi Tanah Jauhar Saya tak tahu kak...hehehehehe. Langsung tak kuasa nak ambil tahu hal orang yang macam nie..ish..ish...

    BalasPadam
  10. @Seri Kandi Tanah Jauhar La...ye ke? Saya pula tak ada di Melaka masa tu...

    BalasPadam
  11. @Shamsiah Abdul Rahman Betul kak...tak terdaya kita nak tolak sensorang. Saya approvekan kalau akak nak kata padan muka tu..hehehehe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com