Kejadian tak berapa lama berlaku. Macam biasalah, time sekolah nie, kita dengan hubby asyiklaa honeymoon memanjang. Kalau ada di Kuantan, kami selalulah merayap sampai melepasi sempadan negeri. Adam tahun nie memang tak boleh diganggu langsung. Setiap hujung minggu ada tuisyen. Sabtu pun ada, Ahad pun ada. Syukurlah hari2 biasa tu tak tuisyen tetiap hari. Adam tension juga. Mungkin sebab masih baru jadual dia padat. Sikit masa lagi, jadi biasa lah kot. Lagipun, sampai UPSR jer. Ada 8 bulan jer lagi.
Anyway, ada suatu hari, hubby memancing di Sg Kemaman. Lepas memancing, kami ronda2, terus terlajak ke Dungun. Campak juga pancing sejam dua... Tak ada hasil, kami dating jer la....
Ada beberapa blog yang kita baca menceritakan tentang ikan bakar di Kuala Dungun ni. Best katanya. Kena try air special. Lepas Maghrib baru kami cari tempat nie. Dah gelap...so gambar pun lebih kurang jer lah yer.
Air special katanya... Nama air nie ialah Air Putera Duyung. Sepcial secret resipe dari owner kedai. Kedai tu kedai ikan bakar. Tapi, kami makan dari kedai sebelahnya. So bila tanya pasal air ni, budak tu tolong orderkan dari kedai yang sepatutnya.
Air nie memang sedap. Rasa macam fruit punch dan menyegarkan. At the same time, rasa lemak2 macam ada susu atau blended kekacang dalam tu. Ada laici, ada aiskrim dan ada sebatang biskut wafle gulung. Memang sedap, tapiii, a little bit seet for me. Takderlah manisnya melekat2 gitu, tapi sebab kita memang tak berapa minum air manis, maka this one sedikit manis. Anyway, air ni kami beli satu jer...share. Hubby minum banyak sebab kita tak larat nak minum air manis banyak2. Especially bila travelling, plain water jer la... Ais kosong 2 gelas pun kadang2 tak cukup. Hehehehe
Then, kami order ikan bakar sambal dia. Ikan siakap jer. Telur dadar and sayur kailan. Masakan so and so. Tak berapa outstanding sangat. But since this is the only port untuk ikan bakar, maka...okeylahhhh.
Kami tanya waiter apa yang special? Dia kata tomyam kelapa. Serius? Ada ek..? Ok...bagi kami...nak rasa. Bila sampai, memang betul lah, kelapa muda sebiji di bawanya.
Sorry, gambar semua tak clear. Ini gambar terbaik yang ada. Sebenarnya, tomyam biasa. Tomyam seafood, agaknya di masak sekali dengan air kelapa muda serta isi kelapanya sekali. Memang lain dari biasa. Hubby kata biasa jer. Tapi kita bagi extra mark atas kreativiti. Memang tomyam tu ada rasa kelapa. Tomyam tu pedas2 masam kan, tapi yang ni, boleh juga rasa manis dan nyaman air kelapa. In a way, kenyamanan air kelapa tu membuatkan kita tak tersedak hirup kuah tomyam tu.
Ok, next time repeat, kena bawa Adam. Kesiannnn Adam. Memang kami betul2 kena kumpul duit untuk bayar 'hutang' cuti2 Malaysia setahun kepada Adam lepas UPSR nanti. Kesian sangat dengan dia. But well, hidup harus diteruskan...
Ada sesiapa yang boleh share lagi tentang dishes nie....?
.
seronok kalu partner suka g mkn2... my partner x suka mkn... so amat jarang ler ade aktiviti mkn2... huhu
BalasPadammuat ke senduk nak masuk dlm kelapa tu? rasa mcm nak tuang je tomyam tu dlm mangkuk besar.. hihihi
BalasPadamkt tjg lumpur pn dh byk kedai yg sedaikan tomyam kelapa ni but tak pernah lagi try...
BalasPadamsaya pernah makan tomyam kerang. tapi tak puas makan sebab portion kecik. lagi pun makan di tempat pelancongan, memang tak puas. harga pun mahal.
BalasPadamOhh sangat teringin nak pegi Tganu.
BalasPadamKenapa air tu nama Putera, bukan Puteri? Macam sedap jer! Macam sedap jer!
Zila... kakak dah makan kat tempat ini dgn keluarga. Dulu kami pun terkejut ingatkan air kelapa sebab kami tak order al-kisahnya tomyam..
BalasPadamkena google lebih lanjut ni...sebab saya plan nak jenjalan Tganu...selama ni gi Tganu asyik terjah ikan celup tepung..sotong celup tepung..gi Haipeng Kemaman je..hahaha
BalasPadamBest2x JJCM ni.Dpt pulak en suami yg sekepala...suami akak mmg plg xsuka mkn kt luar. Kalau ada dinner kt hotel pn akak je yg mkn...dia cuit2 buat syarat je....alahai, so mmg jrglh kami nk JJCM....
BalasPadamWah uniknya nama Air Putera Duyung.
Dungun??
BalasPadamdulu bojo ku blajar neng ITM kono ..
bila memalui dungun tu memang masuk kt pantai dia .. Jalan Telok Gadung..
wahh .. tengok gambar2 sume sedap2 ..
@hajar Kami jumpa weekends jer. So, kami manfaatkan dengan dating sepuas2nya. Lama2, jadi rutin.
BalasPadam@sudipVSsenduk Senduk muat2 jer masuk dan keluar. Hahahahah...pandai akak kan. Tapi nak cedok lebih2 memang payah la...
BalasPadam@Lin Azlina Ada ekk? Akak selalu pergi Ana Ikan Bakar jer kat Tg Lumpur tu...
BalasPadam@t.a.t.a Tomyam kerang? Wah...unik tu.
BalasPadam@azieazah Putera yang gagah perkasa...? Hehehehehe
BalasPadam@Kakzakie Apa pendapat kakak?
BalasPadam@Daddy Ziyyad Yer...sila google lagi. Saya pun dapat dari google gak.
BalasPadam@NzA Best kak...best dating la...hehehehe
BalasPadam@aby Ooo...ITM Dungun.... Habis, dah pernah madang sini ke kang?
BalasPadamSalam..kalu ade yg mau cari rumah sewa di dungun area politeknik...3 bilik 2 tandas...call/wasap 0199813134
BalasPadam