Khamis, 13 Februari 2014

Bekal Simple Ke Pejabat

Assalamualaikum.....


Ikan selar seekor (part ekor jer dua ketul), nasi putih dengan terung masak lemak cili padi putih. Teringat lauk masa zaman kecik2. Kita kan dibesarkan oleh atok dan nenek, sama macam Adam sekarang. So, nenek dulu selalu masak macam nie. Atok suka. Masak terung sampai lembuttttt gitu. Tu pasal lah dah tak nampak terung nya dah...hehehehe.

Sajer buat pedas sikit, memang puas hati betul makannya. Ish..ish..ishh...

Simple, mengenyangkan dan murah. Lagi yakin dengan halalan toyyibannya. Alhamdulillah.

Tapi malangnya, tak selalu rajin macam ni. Minggu ni lagiilah tak rajin. Tak berapa sihat sebenarnya. Dengan letih lesunya lagi....

Tengoklah next week macam mana pula....


.

37 ulasan:

  1. Salam dik, kalau lemak cili padi putih tu tak bubuh kunyit kut...ok la tu bawa bekal..tapi makan sorang2 je la, ada orang mintak ke?

    BalasPadam
  2. terung masak lemak putih tu macam pecal kot kak..yg terungnya dibakar dulu.. lepas tu bila kuah dah didih baru masuk terung dah masak.. saya suka kalau ada letak cekur. wangii.. adehh..terliur pulak..

    BalasPadam
  3. nampaknye lieya boleh geng ngan akak....psst kak, lieya mmg suke gile ngan terung....tapi tu laa kat umah ni semua tak suke terung...kalo masak mmg lieya jek la yg makan...tapi lieya pedulik ape, masak terung untuk lieya...masak sayur lain utk dierg kekekeekeke

    betul ckp akak...bawak bekal ni lagi menjimatkan plus terjamin kebersihannye kan kak.....

    BalasPadam
  4. moga kak Aziela cepat sembuh hendakNYA..
    sekarang dak Nuha je peneman saya makan sayur.. yang lain hanya sayuran tertentu je dorang makan.. ;)

    BalasPadam
  5. tak pernah buat terung masak lemak putih...

    BalasPadam
  6. ummi suka masak lemak putih tu, kalau ada sambal belacan, haishh, mesti tak cukup sepinggan nasi.

    BalasPadam
  7. sedap tu.....simple macam tu je pun dah jadi pembuka selera...dan suprising..makan mesti na bertambah lepas tu... hihihihi

    BalasPadam
  8. sama je mcm saya
    kadang2 nasi ngn telur mata pun jd bekal jgk. hari ni x sempat sbb bgn lambat.huhu

    BalasPadam
  9. dah lama tak bawak bekal... malas nak perangat pagi2 buta. hehehe

    BalasPadam
  10. Kak, masal lemak cili padi putih. Yang putih tu the cili atau kuah lemak nya putih without the kunyit?

    BalasPadam
  11. Alahai.. baru teringat Amsyar pesan nak terung goreng tepung.. terung tak beli lagi la pulak..

    Tapi lauk yg simple tu.. sesekali layan.. best..

    BalasPadam
  12. zaman segala menda mahal ni, saya pun kalau boleh nak tapau hari2...:)

    BalasPadam
  13. sedapnyaaaaaaa.... wah.. terung.... pedas....

    BalasPadam
  14. memang menyelerakan.....simple dan sedap..

    BalasPadam
  15. @che mid Salam kak. Orang kat opis nie tak berapa berani nak kongsi lauk saya. Diorang semua tak makan pedas..hehehehehe

    BalasPadam
  16. @Rai Ourkizuna Macam la...tapi tak bakar pun. Lebur jer dalam periuk. And kuah cair, and takder cekur. Still...basicnya sama.

    BalasPadam
  17. @lieyalatif Lieya tu rajin...tu yang semua pun boleh. Ishh...kagum..kagum. Akak pun selalu termotivasi dari Lieya.

    BalasPadam
  18. @aizamia3 Terima kasih, Ai. Dah tua2 ni..tak boleh salah sikit. Wah, Nuha makan sayur semua? Memang bagus betul lah anak dara tu.

    BalasPadam
  19. @msredcheesecake Kalau suka masak lemak, boleh cuba nanti2.

    BalasPadam
  20. @ummiross Yang ni, saya leburkan cili terus dalamnya kak..hehehehe

    BalasPadam
  21. @RamRamCute Awaaaakkkk...!!!!! Saya rindu awak sangat2.

    BalasPadam
  22. @Irfa Irfa ni.... Oklah..malam ni masak telur mata, curah kicap!

    BalasPadam
  23. @NM03 Err, samalah. Saya masak malam, masukkan dalam peti ais. Esoknya, terus capai dalam peti ais, sampai opis, masukkan semula dalam peti ais. Bila nak makan, masuk microwave. Hehehehehe

    BalasPadam
  24. @:: Mrs.Eady :: Alaahh....Izwa lagi la macam2 bekal bawak kan.

    BalasPadam
  25. @t.a.t.a Eh Ta, ini soalan atau sindiran? Sila jelaskan? Hmphhh...akak dah cekak pinggang ni. Hahahahaha

    BalasPadam
  26. @Shamsiah Abdul Rahman Tekak teringin, tu yang layan kan tu kak. Anak bujang akak tu, tak cerewet yer kak.

    BalasPadam
  27. Soalan kak. Saya tak pernah dengar cili padi putih. The cili is literally putih or the kuah is putih?

    BalasPadam
  28. Sabar kak, sabar. Turun kan tangan tu. Hehehe.

    BalasPadam
  29. @t.a.t.a Alahaiii anak dara sorang nie. Kuahnya yang putih la darling...hehehehehehe. Kan ker kalau orang sebut masak lemak cili api, semuanya terbayang kuah kaler kuning kan. So, kena mention la kat sini, kuahnya takder kunyit, so putih. Eh Ta, awak bukan ker orang Jawa?

    BalasPadam
  30. Memang Jawa tapi tak pernah sebut lemak cili api putih atau kuning. Sebut lemak cili api je.

    BalasPadam
  31. @t.a.t.a Ha...kitorang kat rumah kena specify kan. Kalau masak lemak putih jer, means tak pedas. So, soalan berikutnya ialah lauk sambal apa. Kalau dah pedas, tanya ikan goreng atau ayam goreng. Variety maaa... hehehehehe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com