Isnin, 14 April 2014

Study Break untuk Adam

Assalamualaikum.....

Tahun ni memang kami susah betul nak spend time dengan Adam. Hubby, mommy, rumah di Melaka, urusan di Kuantan dan macam2 lagi. Sedangkan Adam harus sentiasa ada di PD kerana jadualnya padat dengan kelas tambahan dan tuisyen.

Tapi kan, entah macam mana, kami terrrdapat peluang untuk bersama2 dengan Adam pada suatu cuti hujung minggu. Adam masa tu memang nampak sangat stress. Dia penat, dia stress dengan pelajaran dan persekolahan.

Maka minggu tu, dia keluarkan permintaan nak berehat pada hujung minggu. Tak nak pergi tuisyen. Nenek dengan atok pun kesian dengan dia sebab dia memang berusaha dengan gigih. Yerlah, dia sedar dia bukannya genius, maka dia perlulah berusaha untuk berjaya. Tak dapat capai impian, lain cerita. Yang penting mesti usaha.

Maka, kami memang kesian dengan dia. Bila tidur, langsung tak sedar apa. Kadang2, malam pun tak nak makan sebab terlalu penat belajar dan buat homework. So, bila suruh makan, dia tak ada selera. Dia terbayang nak tidur jer. Tapi, mata dah merah menyala pun dia takkan berhenti selagi dia tak siapkan latihan dia.

Kita bawak dia ke KL. Jumaat tengah hari, balik ambik dia di PD dan kembali ke ofis di KL. Dalam ofis sementara tunggu mama habis kerja, dia sempat juga la siapkan 2-3 latihan. Kita plan nak bawa dia balik ke Kuantan. Beri dia pemandangan baru sebab dia memang dah lama betul tak pergi Kuantan.

So, lepas habis kerja kami bergegas ke Kuantan. Aduhai...punyalah sesaknya trafik dari Bukit Jalil nak masuk tol Gombak tu. Perjalanan 20 minit jadi 2 jam! Kami singgah di Petronas Gombak untuk Adam beli burger yang best kat situ. Singgah lagi di Petronas Bentong masa Maghrib dan beli air dan tid bits sikit. Adam nak air milo panas sebab dia rasa macam kurang sihat. Kita menangis dalam hati sebab kesian tengok dia. Belajar dan belajar sampai sakit. Demam pun, dia jaga diri sendiri. Mamanya sibukkan benda lain pun dia redha. Dia sabar menanti waktu untuk dia tinggal dengan kita. Maka dia ajar diri dia untuk jaga diri sendiri. Bila demam, minum air panas, makan panadol sendiri, rehat sendiri. Sangat bertuah kita ada anak tunggal  yang berdikari macam tu. Syukur Alhamdulillah.

Tapi, dalam pada tu, dia masuk dalam kereta dengan cawan air panasnya, dia nak buka penutup sebab nak campurkan gula, tapi penutup tu ketat sikit. Entah macam mana, bila dia buka dengan kuat, tumpah air tu atas peha dia. Menjerit2 dia sakit. Ya Allah...punyalah kita risau dan panik. Cepat2 lapkan dengan kain kering seluarnya. Bila dia rasa lega sikit, dia masuk tandas untuk cuci sikit baju dan seluarnya yang tertumpah air tu. Syukurlah tak melecur. Merah sikit, tapi 3-4 jam kemudian, dah tak ada apa2.

Selepas persinggahan tu, kita suruh Adam tidur. Pulas sungguh tidurnya. Dah kenyang makan burger, dah penat, dah makan panadol...maka rehat ialah langkah seterusnya yang terbaik.

Sepanjang perjalanan ke Kuantan, puas kita berfikir. Apa yer nak buat dia rasa seronok dan release stress. Berbagai2 options dalam kepala. Last2, kita shortlistkan options2 yang ada dan discuss dengan hubby over the phone. Discuss punya discuss, kami decided nak bawa dia ke JB...repeat trip yang kita ikut hubby audit masa tu. Walaupun kami ada masa 2 hari saja, tapi kami akan penuhkan dengan aktiviti untuk Adam. Malam tu juga kita terus call hotel dan buat reservation.

Tiba di Kuantan dah tengah malam. Tepat2 jam 12.20 tengah malam. Kita mandi dan rehat sekejap, kemudian terus packing pakaian. Bawa bantal dan selimut untuk Adam tidur dalam kereta juga. Sebelum jam 1.00 pagi, kami terus bergerak ke JB dari Kuantan. Ikut jalan Mersing.

Hubby drive. Kita dan Adam tidur. Kita tak sedar bila hubby berhenti dan tidur sekejap, atau di mana dia berhenti. Cuma kita sedar, dah jam 6.00 pagi, hubby dah drive dengan perlahan di kawasan Jemaluang. Kita dah cukup tidur, Alhamdulillah. So, kita suruh dia berhenti untuk tukar. Tengah2 hutan tu, kami tak berhenti lama. Hubby terus tidur. Kita drive setengah jam, dah nampak stesyen Petronas. Alhamdulillah. Kami singgah di situ berehat. Solat Subuh, mandi dan tukar baju... Kemudian, teruskan perjalanan, kita drive ikut google maps jer.

Ha, mana kami nak pergi sampai guna google maps tu, kita cerita esoklah yer.....

Yang penting, niat kami nak bawa Adam ke JB untuk study break dia, tercapai juga. Alhamdulillah. Biarlah penat memandu sepanjang malam pun, namun ianya berbaloi.





Psst: Hari ni Isnin, ramai yang puasa. So, tak ada gambar food. Esok lah yer....








.

27 ulasan:

  1. kesiannya adam.. gigih betul dia belajar.. kesian anak2 zaman sekarang kan kak.. persaingan makin tinggi.. so kenalah kuat berusaha.. dgn kerja sekolah lagi..

    alhamdulillah..ada juga break kejap untuk dia release tension..

    BalasPadam
  2. teringat diri ini sendiri kak masa study dulu...memang ada masa perlukan break sebab penat sangat dengan tuition, dengan kelas tambahan, dengan aktiviti, dengan sekolah... budak2 sekarang lagi penat... hu hu hu...

    BalasPadam
  3. Kak, alhamdulillah akak tak tepek gambar burger yang Adam makan tu eh. Hehe.

    Baca akak punya journal ni kan, wah memang rasa macam penat, but at the same time rasa adventure. Tersentuh hati bila tahu Adam macam tu. Boleh dan pandai jaga diri sendiri. Matang sebelum umurnya.

    BalasPadam
  4. tersentuh dengan cerita adam. Moga dia menjadi anak yg berjaya di dunia & akhirat.. Amin.

    BalasPadam
  5. Walau anak tunggal tapi dah biasa berdikari sebab berjauhan dgn ibu-bapa itulah Adam..

    Anak-anak sekarang belajar tak macam masa kita dulu. Sekarang time belajar sangat padat. Sebab itu ada masa sedikit luangkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  6. sekarang tak macam dulu.. rasa semakin padat dan masa untuk dorang nak bermain pun jadi terhad.
    Moga Adam kuat dan tabah serta sihat hendakNYA..

    psstt: tak sabar nak tunggu endingnya kak.. ;)

    BalasPadam
  7. sekarang tak macam dulu.. rasa semakin padat dan masa untuk dorang nak bermain pun jadi terhad.
    Moga Adam kuat dan tabah serta sihat hendakNYA..

    psstt: tak sabar nak tunggu endingnya kak.. ;)

    BalasPadam
  8. budak2 spm skrg teruk tul belajar. di sek sy kelas ptg n mlm ada menyebabkan murid2 x sempat nak ulangkaji mp..pity them..

    BalasPadam
  9. Maaf bertanya..kalau boleh jawab, jawab la...kalau tak, takpe...:) Saya baca dan ikuti kisah akak & Adam...suami...berapa lama lagi akak akan kerja di KL, suami di Kuantan dan adam di PD?

    Letih juga tu..dari KL, ke PD...lepas tu drive ke Kuantan...rest 1/2 jam, terus shoot ke JB ! Tapi demi anak kan...

    Saya Insya Allah akan cuti2 Tganu hujung bulan ni...tido di Cherating...tido di Merang...plan nnya nak juga masuk Kuantan before ke Cherating..boleh suggest/bagi link entry tak aktiviti/tempat2 makan yg sama boleh singgah waktu siang hari, sekitar jam 10am - 2 pm?

    BalasPadam
  10. To my mind Kuantan , Bentong and C Highlands would have been a better drive and rest than the southern way, unless JB has something special.

    BalasPadam
  11. salam ziela ..
    wah ...
    kuantan -mersing-johor samai guna GPS ...
    masuk endau rompin dulu ke ..
    he..he..
    alon2 dgn adam ..
    jangan pressure sangat ..
    sesekali kena lepas juga ..

    BalasPadam
  12. kesiannya Adam..blajar jgn stress2 sgt ye....UPSR xperlu blajar begitu sturggle..nnti sakit susah, bahaya utk kesihatan...yg pnting tumpuan Adam masa dlm kelas dh cukup utk dpt 5A.....GUd luck ye Adam..auntie doakan Adam mampu raih 5A nnti..InsyaAllah...

    BalasPadam
  13. @Rai Ourkizuna Kesian. Dia tak cakap dia stress, tapi kita yang dah pernah rasa memang boleh detect dia stress belajar.

    BalasPadam
  14. @Farah Waheda Wahid Sebab dah pernah rasalah kita tak sampai hati dengan anak, Farah. Nanti2 Farah rasa juga...hehehehehe.

    BalasPadam
  15. @t.a.t.a Mengenangkan awak ler akak tak tepek gambar2 tu. Tapi sok2, takut akak lupa lak... Agak2 nampak ada gambar makanan masa awak poser tu, akak tak kecik hati awak skip dulu entry akak, Ta. Hahahahhaha.

    Oh, ada beberapa orang yang pernah komen macam awak gak. Matang sebelum umurnya. I take that as a compliment though it shouldn't be.

    BalasPadam
  16. @Kakzakie Betul kak. Kadang2 tengah kunyah sarapan sebelum pergi sekolah pun terpaksa selak helaian buku sekali lalu.

    BalasPadam
  17. @aizamia3 Happy ending, Alhamdulillah. Hehehehe

    BalasPadam
  18. @Abe Kie Cikgu, kalau dah UPSR pun macam gini keadaannya, SPM nanti saya tak tahulah macam mana. Kalau boleh, tak nak fikir lagi...

    BalasPadam
  19. @Daddy Ziyyad Doc ikuti kisah sejak hubby akak kerja di Kuantan yer? Hmm..sebelum tu dia di S. Alam, kemudian Melaka, kemudian Puncak Alam dan kembali ke Melaka dan barulah ke Kuantan. Heheheheh. So, berapa lama lagi? I hope not long...

    Bagus tu lunch di Kuantan dan check-in di Cherating. Kalau stay di Cherating, petang2 cari sata di Kemaman jer lah yer... Lebih dekat dan sedap. Pergi Pantai Mok Nik (Monica Bay).

    Lunch di Kuantan, kalau first time boleh try a few. Tapi, awak dengan Fiza makan ikan patin tak? Special patin kat these places :

    1. Akob Patin House Bandar (Weekends tutup) : http://therainbowjourney.blogspot.com/2013/12/makan-di-kuantan-akob-ikan-patin.html

    2. Akob Patin House Tepi Sungai Kuantan (Weekends tutup): http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/12/makan-di-kuantan-akob-ikan-patin-dan.html

    3. Pais Ikan Patin di Pusat Tahfiz MABIQ (Tutup Jumaat dan Sabtu) : http://therainbowjourney.blogspot.com/2013/04/kuantan-ikan-patin-bakar-tempoyak.html


    4. Lauk yang fusion di Bukit Setongkol (Weekends Tutup) : http://therainbowjourney.blogspot.com/2013/01/makan-di-kuantan-lunch-bukit-setongkol.html

    5. Kalau datang weekend, ada satu cawangan Akob Patin House yang buka. Nanti usha fb diorang ekk... : https://ms-my.facebook.com/pages/Akob-Patin-House-Kuantan/144135018994606

    Yang lain2 tu biasa jer kot. Ada western, ada nasi arab dan ada nasi daun pisang. Ikutlah selera ke mana yer. Kalau sesat, call jer akak, no problem. Nanti akak wassap Fiza.

    BalasPadam
  20. @Al-Manar Pak Hassan, those all three places are not his selection. Even before this trip he has always argue if we suggested those places. Not favor to his interest. Picky boy, right? Hihihihi

    BalasPadam
  21. @aby Endau Rompin laluan nya kan. Lalu jer la... Wes malam... Takut. alon2 juga la kang... Adam sendiri yang ingin bersaing.. Thank you yo kang.

    BalasPadam
  22. @NzA Dia sendiri panik kak..lepas tu kami semua ikut panik sekali. Hahahaha. Plus nenek dan atuknya pun berhempas pulas juga untuk dia. Tapi, kami hanya buat yang termampu jer lah. Agak2 dia dah penat, kami suruh juga dia rehat. Petang2 wajib paksa dia keluar pergi main dengan kawan2 supaya dia dapat keseimbangan. Saya sangat terharu dengan doa ikhlas akak. Terima kasih banyak2....

    BalasPadam
  23. @Aziela, kak..sejak aqil start sekolah aritu saya mmg perasan yg anak ni mmg tak mention diorang tension.. or maybe sbb kes saya aqil tu kecik lagi.. dia pun tak reti nak bgtau dia stress..tapi kalau kita tgk sikap dan tingkah laku dia mmg tau dia stress tau.. kesian aqil..lesson for us..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com