Selasa, 13 Mei 2014

"Dia Tu Muallaf Jer.." - Bahagian 2

Assalamualaikum.....

Sambungan dari kisah semalam di SINI, kita nak kongsi kisah kedua pula...



Kisah Kedua

Pada suatu malam, sekepulangan beliau dari kelas bimbingan, Mommy berkongsi satu kisah yang agak panas.

Pada hari tersebut, kelas bimbingan Mommy dan rakan2nya menerima kehadiran pelajar baru. Pelajar baru ini ialah seorang muallaf berbangsa Cina dan berumur 38 tahun. Kita namakanlah beliau ini sebagai Lina yer.

Lina memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun lebih kurang setahun lebih yang lepas. Menurutnya, mereka bekerja di kilang yang sama. Namun, minggu lepas, apabila di panggil untuk bekerja, suaminya memfitnah beliau mempunyai hubungan sulit dengan penyelia kilang, sedangkan bukan Lina saja yang dipanggil, bahkan satu jabatan itu dipanggil sama.

Oleh kerana cemburu, sang suami telah memukul Lina semahu hatinya. Lina mengambil keputusan melarikan diri. Mereka suami isteri bekerja dan tinggal di Negeri Sembilan, tapi oleh kerana Jabatan Agama Islam Melaka lebih dekat, maka Lina segera mendapatkan bantuan.

Mommy dan rakan2nya tak pasti apa tindakan terperinci, tapi JAIM telah menempatkan Lina di asrama JAIM yang dikhaskan untuk membantu saudara baru Islam bertapak dan memulakan kehidupan baru. Memang ketara pada pandangan Mommy dan rakan2 kesan2 lebam dan cedera di anggota tubuhnya.

Cerita Lina, suaminya adalah seorang pengamal silat dan menuntut ilmu dari seberang. Ajaran yang pada pandangan beliau yang mentah dalam Islam ialah bukannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dan, minggu lepas juga bukanlah pertama kali suaminya memukul beliau. Beliau memang sering kali di pukul sepanjang usia perkahwinannya yang lebih dari setahun itu. Namun, oleh kerana kuatnya dia dengan kekuasaan Allah, percayanya dia dengan ujian Allah, dia berusaha untuk tetapkan imannya.

Mengikut pendapat ustaz tenaga pengajar, pengarah JAIM akan memperhalusi kes beliau. Namun, secara kasarnya, talak telah jatuh. Ingat lagi dengan lafaz taklik di hari pernikahan? Kalau ada yang terlupa lafaz taklik tersebut, balik ni tolong cari sijil nikah anda dan baca apa yang tertulis di belakang sijil nikah tersebut. Dalam keadaan apakah yang membuatkan talak jatuh ke atas isteri....


Kita tarik nafas panjang. Allahu Akbar.

Selagi ada makhluk yang bernama manusia, tak kira di zaman apa sekali pun, penderaan kepada isteri, penghinaan kepada muallaf tetap akan berlaku. Tiada apa yang dapat merubahnya, kecuali diri kita sendiri. Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Tukar persepsi, tukar minda kita ke arah yang positif. Bila kita dah halfway to that, slowly kita bawa keluarga, rakan2 dan jiran2. Itu namanya peringkat dakwah. Secara tak langsung, anda telah mula berdakwah dalam satu isu, satu aspek. Jadi ianya boleh digunapakai untuk isu dan aspek yang lain pula nanti.

Kita bukannya memilih kasih. Mentang2 ibu mertua kita seorang muallaf kan. Tapi, sejak di bangku sekolah lagi, kita sering kagum dengan muallaf. Sebegitu banyak rintangan yang mereka terima, namun at the end, tingkat iman mereka mungkin lebih tinggi dari kita. Bagaimana itu berlaku?

Sesuatu untuk makanan minda.


.


18 ulasan:

  1. Kadang rasa kesal kan kak, sepatutnya saudara Islam itu kita tunjukkan pada mereka yang Islam ini indah, mudah dan adil, tapi nasib dia nampak yang kurang indah. Maha Suci Allah dia tak kembali pada agama asal nya. Jika ya dia kembali, wallahualam siapa yang berdosa saya pun tak pasti.

    BalasPadam
  2. Kita sedih kan kak...
    Si suami, yg lahirnya...yang patut jadi tempat berteduh..yg patut jadi tempat mendapat tunjuk ajar tentang Islam ( apabila si isteri masuk Islam), telah bertindak sebaliknya...

    Eloklah pihak JAIM bubarkan perkahwinan itu..Moga Lina tabah, dan saya doakan, Lina bertemu jodoh dgn lelaki muslim ( tak kira bangsa), yang lebih baik, lebih beriman..Insya Allah

    BalasPadam
  3. kesiannya Lina.. semoga ada jalan yang bersinar di hadapannya..

    BalasPadam
  4. Ya Allah...suami sepatutnya jadi pelindung dan pembimbing pada Lina tapi begitu kejam memperlakukan lina....kesian sgt2..moga lina tabah dan kuat lalui ujian ini. semoga Allah permudahkan urusan lina...

    BalasPadam
  5. Semoga lina tabah mengharungi kehidupan sebagai umat Islam. Apa2 pun kita tetap bersaudara sesama Islam tak kira bangsa.

    Assalamualaikum & salam perkenalan. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info vitamin & supplement shaklee.

    BalasPadam
  6. Hello Aziela, regret my bahasa is out of tune to fully understand, but I enjoyed reading from your very fluent writing, the words and can see the sadness in the story.
    Best regards.
    Lee.

    BalasPadam
  7. sedih kisah ni kak..mujur sempat minta bantuan..ada kisah yang kawan saya ceritakan pada saya..si isteri (saudara baru) bunuh diri dengan menggantung diri bila rasa diri begitu jahil dan kurang pendidikan agama.. suami pun yang diharap membimbing tapi tak bagi bimbingan yang sepatutnya.. kesian.. arwah gantung diri kerana depression...

    BalasPadam
  8. It seems to me the husband under question belongs to that small group of men who gets special thrills from beating wife. The poor wife certainly deserves all the sympathy we can give. As an HR professional you should help to lend a hand.

    I am previleged to have a 'muallaf' in my family. Today we marvel at the attitude of her family shown towards us. Human are all the same. There is no gurantee a Muslim man has the Islamic quality expected of one.

    BalasPadam
  9. @t.a.t.a Ta, kalau dia kembali, kita semua ada 'bahagian' masing2. Seram Ta....

    BalasPadam
  10. @Shane You were a hero for a similar case last time. I am still thanking you for that, Lee.

    BalasPadam
  11. @Rozita Allah...kesiannya. Sedihnya bila kita hilang seorang saudara dengan cara begitu.

    BalasPadam
  12. @Al-Manar Pak Cik, she is not my staff. If she's mine, I may provide a few route for her. But I am thankful that she is in a good hand now. True Pak cik, human are all the same.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com