Assalamualaikum.....
Semalam cuti, hari ni masuk pejabat. Boleh dikatakan mengheret diri lah hari ni. Dah puas motivasi diri, tapi tak berjaya. Mungkin terlalu letih....
Rabu hari tu, habis je kerja, terus balik ke PD. Tiba di PD dah jam 8.00 malam. Pukul 9.00 malam, bertolak ke Kuantan dengan Adam. Cuaca tak begitu baik. Hujan lebat sepanjang jalan. Dengan mata kita yang tak berapa nampak kalau memandu di malam hari, di tambah lagi dengan hujan lebat begitu, pemanduan memang sangat perlahan. Dengan badan yang letih, tapi demi keluarga kita teruskan juga.
Kami tiba di Kuantan dah hampir jam 2.00 pagi. Singgah dulu kedai mamak, Adam lapar. Hubby tunggu di kedai. Sampai rumah dah pukul 3.00 pagi. Rasa macam merangkak jer nak naik katil sebab dah penat sangat. Esok paginya, bangun awal dan terus goreng ikan. Hubby memancing di Tg Lumpur sementara menunggu kami tiba. Dapatlah ikan sembilang besar seekor dan ikan gelama yang besar2 3 ekor. Tak larat nak siang malam tu juga, esok paginya baru kita projekkan. Itupun ikan sembilang tu kita terpaksa buang sebab tak sanggup nak projekkan. Maka kami sarapan di rumah dengan ikan gelama goreng sorang seekor..hahahahaha....
Ikut hubby memancing udang sekejap, kita ambil kesempatan untuk sambung tidur. Dapatlah satu jam setengah. Lepas late lunch, kita dengan Adam bergerak balik ke PD pukul 5.00 petang tu. Singgah solat Maghrib di Batu Kikir dan terus kan perjalanan. Tapi Adam dah lapar. Yerlah, dah hampir pukul 9.00. Singgah pula di Ulu Bendul dan makan sekejap. Sampai di PD, melepasi pukul 10.00 malam.
Pagi ni nak bangun tidur, bukan main susah lagi....
Oh, jangan tanya kenapa bersusah payah travel. Kita rasa setiap keluarga ada cara untuk menguruskan keluarga mereka sendiri. Tak mudah menjadi seorang Aziela. Namun kita bersyukur kerana kita masih lagi dilindungi Allah. Semoga semua ini akan berakhir dengan kemanisan Jannah. Amiin.
Owh, hari ni hari Jumaat. Jangan lupa lebihkan selawat.... Insya Allah.
Lagi satu 'owhh', kita pernah postingkan tentang isu puasa sunat di bulan Rejab di SINI.
I rest my case.....
.
salam. biar letih skrg asalkan santai pd hari kemudian...salam Jummat pertama di bln Rejab!
BalasPadamAssalam Aziela..memang ziela kuat semangat
BalasPadamok :)
BalasPadamwalau apa pun moga dimudahkan urusan anda sekeluarga
lepas tu ikan sembilang tu dibuang ke?
sedap kan buat asam pedas
Memang penuh aktiviti akak dan family eh.
BalasPadamLong distance tu dari PD ke Kuantan mmg penat ler
BalasPadamkuatnya akak.. saya ulang alik kerja tiap hari pun dah letih sangat rasanya nak uruskan bebudak bertiga tu..
BalasPadamdalam penat2 pun boleh layan huby mancing ..
BalasPadamtu kira ok la kan
Moga dipermudahkan urusan buat kak Aziela dan keluarga.
BalasPadamJuga moga sentiasa sihat selalu hendakNYA.. ;)
@ZUKI DIN Betul, saya akan teruskan juga.
BalasPadam@Acik Erna Bukan Acik...saya hanya cuba apa yang boleh saja.
BalasPadam@Tihara Ikan sembilang tu memang buang... tak terdaya dah...
BalasPadam@t.a.t.a Alwaysss...
BalasPadam@Sukma Haron Penat kak.... Masalahnya, bukan sekadar PD ke Ktan, tapi KL-PD-Ktan-PD-KL. Ha, lebih kurang 1000km dalam tempoh 24jam.
BalasPadam@Rai Ourkizuna Rai, budak bertiga tu akak rasa lebih penat dari akak travelling kot. Yang bestnya, happy.
BalasPadam@aby Layan mata untuk tidur dan rehat...hehehe
BalasPadam@aizamia3 Tq Ai...
BalasPadam