Rabu, 28 Mei 2014

Short Trip ke Kota Baharu

Assalamualaikum.....

Dah beberapa bulan dah sebenarnya kejadian nie, tapi tak ada salahnya kalau nak upkan entry sekarang pun kan. Lagipun blog ini bukannya blog berita yang memerlukan berita pantas dan tepat masa, kan?

So, nak dijadikan cerita, SIL kita masa tu baru tamat belajar. Sementara menunggu posting, dia duduk rumah temankan Mommy. Mungkin lama duduk rumah, dia jadi bosan. So katanya nak ikut kawan dia balik kampung di Kota Baharu sebab sepupu kawannya tu berkahwin. Dia kata dia tak pernah pergi Kelantan.

So, risaukan keselamatan dia, Mommy pun utarakanlah isu ni. Hubby kita tak sampai hati. Adiknya itulah sorang. So, tanpa perancangan, kami terus bertolak dari Melaka hari Jumaat. Hubby dan kita ambiklah cuti...

Pagi2 bertolak dari Melaka, tiba di Kuantan waktu tengah hari untuk solat. Makan Akob Ikan Patin tepi sungai sebab SIL suka... Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Terengganu dan Kelantan ikut jalan Jabor. Jadinya, kami tiba di Kota Baharu agak awal. Sebelum Maghrib dah check-in hotel bajet kegemaran kami iaitu Harmoni Hotel tu.

Malam tu lepas Maghrib, terus bersiap untuk dinner... Tempat biasa lah kan...

Esoklah cerita yer....

10 ulasan:

  1. laaa..Aziela..esok pulak ye..acik kalau pi Kota Bahru..memang suka cari makan malam2 tu..semua kuih kelantan acik beli sikit2 buat rasa.

    BalasPadam
  2. aduhh..asal tengok blog akak teringat ikan patin..asal teringat ikan patin teringat akak.. bila nak dapat makan ni..hahaha..

    BalasPadam
  3. uish sedap tu ikan patin...kecur air liuqqq

    BalasPadam
  4. Kalau kita nak ikut Jabor ni, dari LPT, kena exit mana ya? Saya gi Tganu baru2..ikut LPT...terussssss sampai ke Cherating tu..lepas tu ikut jalan pantai...

    BalasPadam
  5. Suka pergi KB ni.....walaupun jarang hehe...tp yg tak tahannya jauh....jenuh duk dlm keretakan....
    Suka cite sekerat tau ! Hehe

    BalasPadam
  6. Wah...jenjalan..cuti2 malaysia

    BalasPadam
  7. Haaa cepat cite.. KB gi manno lagi.. opss tertaip bahaso kelate pulok :P

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com