Websitenya adalah Diary Of A Traveller atau Malaysian Nomad.
Penulisnya adalah seorang rakyat Malaysia yang unik, seorang Muslim yang cekal dan seorang Melayu yang seberani Laksamana Hang Tuah. Itu pandangan peribadi kita.
Tapi kalau anda nak kenal siapa beliau, kliklah website beliau di atas.
Mula2 kita mengenali beliau adalah menerusi satu wawancara di Light Breakfast, Light FM. Beliau diperkenalkan sebagai seorang Malaysia yang menjelajah dunia hanya dengan mengayuh basikal. Gurun, salji, gunung ganang dan sungai semuanya ditempuh seorang diri.
Zahariz Khuzaimah ialah seorang pensyarah. Pada suatu hari, dia terfikir untuk meninggalkan segala rutin hidup. Dia ingin bebas. Bebas menjadi seorang insan dan menjadi sebati dengan alam. Maka dia memberikan notis berhenti kerja, membeli tiket kapal terbang ke China dan membeli sebuah basikal di sana. Beliau mengayuh basikal dengan hanya sebuah beg kecil dan sejumlah wang yang tidak banyak. Dalam perjalanan itulah beliau mengenali beberapa pengembara berbasikal dari negara2 lain dan menimba ilmu daripada mereka yang tidak kedekut berkongsi.
Mungkin ada ramai yang pernah menonton siri2 beliau di TV9. Malangnya kita tak pernah berpeluang. Maka hanya dengan melalui tulisan beliaulah kita mengenal alam lain, keindahan bumi Allah dan segala cabaran yang beliau tempuh. Sangat, sangat banyak keindahan alam yang dipotretkan beliau. Subhanallah...cantik sangat. Gunung ganang, sungai dan tasik, hutan rimba, salji dan perkampungan dan sebagainya. Antara yang menakjubkan ialah cahaya aurora. Tak ramai yang bertuah dapat menikmati keindahan aurora ini...
Salah satu aurora yang tidak berapa menyerlah, namun sudah cukup menakjubkan di Sweden.
Gambar cantik ini daripada BLOG Zahariz Khuzaimah
Sesekali anda ingin mendapatkan ketenangan, singgahlah di blog beliau....
good moning
BalasPadamsinggah pagi isnin
wow ye ke kak...resign dan jadi pengembara...sgt berani tindakan beliaukan....tapi kite kire beruntung jugak sbb dpt bace pengalaman beliau...kalo bukan beliau yg berani buat tindakan mcm ni, mmg kite tak tau ade kehidupan yg pelbagai pancaroba dan warnawarni nun jauhh diluar sane....
BalasPadamsalam kak.. first time saya dengar pasal blog dia.. gambar aurora tu sangat sangat cantik.. pernah teringin nak tengok sendiri aurora.. tapi belum ada rezeki..
BalasPadam@Rai Ourkizuna
BalasPadamCantik kan Rai? Terpesona tengok.
terima kasih berkongsi kak.. x pernah dengar pasal beliau...bestnya boleh buat keputusan macam tu.. kita ni macam2 penghalangnya...
BalasPadamsalam aziela ..
BalasPadamjauh berjalan Allah menggalak kita banyak berjalan dibumi nya utk melihat keindahan dan ciptaanNya dan kekuasaanNya ..
seronok dapat berjalan jauh ..
geng tengah plan ride ke cambodia.
10 hari ride .. tak tau blh joinke tidak dengan kekangan kerja ni
Aziela,
BalasPadamSiapa Zahariz Khuzaimah ni?
Seronoknya menghabiskan usia lepas bersara dgn memgembara seluroh dunia..
BalasPadamDulu2 pernah jugak terfikir nak buat macam tu.. dah plan nak bermula di India.. tapi ialah kita perempuan.. setakat kat malaysia mak bagi la.. nak sampai ke india mana memang tak dapat la...
BalasPadamBila dah kahwin dan ada anak terkubur la nampaknya...
Hello Aziela, how you doin'? I guess you away out of town for the training session.
BalasPadamThats a nice pic of the aurora borealis.
The most spectacular shows are in Canada's North, the Yukon and parts of US Alaska.
Hope one day you will come to see these lights.
Have a great week.
Lee.
Terus nak terjah blog dia sekarang jugak.
BalasPadambeliau mmg seorg yg berani dan nekad...mmg respeck org mcm nie...dimana ada kemahuan disitu ada jln.
BalasPadamsaya penah tengok dokumentari pengembaraan beliau kat tv.
BalasPadammemang terpegun dengan pengalaman dia.
siyes saya jeles.
siyes rasa nak buat macam tu jugak!
pnh berangan nak menjelajah dunia berbekalkan keperluan asas je, tp tggjawab masih byk, yg mampu ialah berangan dulu :)
BalasPadamBest!
BalasPadamSaya teringin nak buat sebegini. :)
Nikmati keindahan alam..
Tak terikat dgn rutin kerja pagi balik petang...
Namun..
Saya nak cari sumber kewangan..
Tertanya tanya juga bagaimana beliau boleh survive ( aspek kewangan nya, keluarganya)..
Okeh, saya nak terjah blog beliau
@lieyalatif Dan kita beruntung sebab dapat laporan langsung yang jujur dari beliau. Kalau di National Geographic tu mesti dah kena edit
BalasPadam@Rai Ourkizuna Kalau masuk blog dia, ada banyak lagi yang cantik. Rasa macam nak print gantung kat dinding
BalasPadam@t.a.t.a Ta, akak senyap sunyi, awak tolong jawabkan yer. Tengkiuuu... Saaaayaaangggg Tata.
BalasPadam@Rozita Tak apa, masing2 ada pilihan dan priority sendiri...
BalasPadam@aby Kalau ada geng, macam ok sikit. Tapi dia ni lone ranger. Sangat berani.
BalasPadam@Al-Manar Melayu nomad. He leaves everything and lives like a nomad.
BalasPadam@kakyon Dia tak bersara kak, dia berhenti. Usianya masih muda. Tenaganya masih ada.
BalasPadam@makchaq Mak Chaq, la ni kalau kat Malaysia kita sorang2 perempuan pun belum tentu selamat lagi kak...
BalasPadam@Shane I would love to see the lights. It is sooo amazing, Lee.
BalasPadam@Lizzie Yasmin Dah terjah? Amacam?
BalasPadam@NzA Apa2 pun dia berjaya merempuh cabaran dan halangan dia setakat ni.
BalasPadam@gadisBunga™ GB, kowing you, I know you will be eager to be in his shoes...hahahaha
BalasPadam@Irfa Kita telah membuat pilihan untuk hidup kita.
BalasPadam@Daddy Ziyyad Peribadinya memang disimpan ketat. Tapi rasanya dia catching up financially. Dia engaged by a few international media untuk rencana dan gambar2nya.
BalasPadamBerpeluang tgk keajaiban alam ciptaan Tuhan melalui kacamata zahariz.
BalasPadamTx... Anda pemberi inspirasi..Suka..