Khamis, 5 Jun 2014

Perjalanan Pulang Tapi Singgah Untuk Tom Yam Kelapa Dungun

Assalamualaikum.....

Entry terakhir untuk trip KB.

Lepas makan di Nasi Ulam Cikgu tu, kami terus bergerak pulang. Merentas Kelantan, tapi kami decided untuk lalu Tok Bali. Singgah di pasar nelayan di Tok Bali. Kita dengan Mommy beli ikan masin dan ikan pekasam sebab nampak segar dan elok jer. Jalan2 lagi, tengok2 pantai dan kawasan sekitar. Singgah pula untuk hubby mengurut sekejap di kawasan rehat apa entah namanya tu, dah lupa. Kawasan rehat dari Tok Bali menghala ke Terengganu tu. Lepas dapat massage seluruh badan, hubby bersemangat semula nak drive.

Lepas tu, terus ke KT. Singgah beli keropok lekor dan keropok. Perut dah berkeriuk. So, makan ketupat palas yang beli di Pasar Siti Khadijah tadi tu. Menyesal la pula beli sikit. Sedap rupanyaa.... perut pun lapar. Hari dah mula menginjak petang. Kami gigih juga teruskan perjalanan. Sehinggalah kami tiba di Dungun jam 6 petang tu. Sebenarnya boleh jer sampai lebih awal, tapi tak naklah ikut Permaisuri dan masuk highway sebab nanti tak nampak pula keindahan pantai2 tu kan. Bukan senang nak bawa mereka datang lagi.

Anyway, Alhamdulillah, kedai dah buka. Ngam2 kami tiba dalam cuaca yang dah redup. Lepak sambil di hembus bayu laut. Badan dah letih, perut dah lapar, tapi di kipas angin laut, terasa segar sedikit.

Kami order makanan terus.


Yang pasti, tom yam kelapa ialah menu wajib. Inilah yang kami kejar sebab nak bagi Mommy dan mereka rasa tom yam ni. Kali ni kami pesan suruh tukang masak buat lubang besar sikit sebab selalunya tak muat senduk. Nak ceduk tom yam susah sikit.



Ha, akur perintah kan. Memang dia buat lubang besar. Barulah selesa nak ceduk tom yam dan korek isi kelapa muda tu.

Sayur tak boleh tinggal. Sayur campur jer, tapi diorang campurkan seafood sekali, bukan campuran sayur jer. So, terasalah manisnya.


Inilah rupa tomyam kelapa tu bila dah masuk mangkuk. Tapi yang tak bestnya, kita order tom yam kelapa seafood, tapi dia tetap campurkan ayam. Hmm...kita sebenarnya cuba untuk tak makan seafood dengan makanan darat ni. Tak perlah...jangan membazir. Yang penting, tom yam nie sedap. Nampak tak isi kelapa muda tu? Sedapnyaaa.... Tom yam yang masam2 dan pedas, tapi bila di campurkan dengan air kelapa muda yang manis dan lemak tu, segala rasa tu blend dan neutralized dengan baik sekali. So, ada rasa lemak sikit, manis2 air kelapa, masam2 limau purut, kesegaran serai, pedas menyelerakan cili dan of course kesegaran seafood. Hatta isi ayam tu pun menyerap segala rasa kuah tu.


Of courselah ada ikan. Ikan biasa jer. Siakap masak 3 rasa. Kali ni sedap lah pula ikan dia. Agaknya dulu tu tukang masaknya dah letih kot sebab dah malam. Tengok gambar pun dah boleh nampak ikan tu sedap kan. Yes, gambar ni tak menipu, memang sedap masakan ikannya kali ni. Nampak tak kuahnya pekat. Itu bukan ladungan minyak yer, tapi memang kuah sosnya yang pekat dan terasa jus nenas dan cili serta rempah bergabung. 


Last but not least, order juga air duyung dari kedai Putera Duyung sebelahnya. Sedap. Kami masih gagal detect apa campuran lengkap untuk air nie. Ada air oren, ada laici, ada apa entah lagi. Hisshhh...., memang unik betul lah.... Hanya order 3 gelas. Kita rasa hubby punya jer sebab kita perlu minum air kosong dengan banyak. Travel jauh, kalau kurang air kosong, macam2 lah masalah nanti.


Restoran Seri Warisan

Next time datang Kuala Dungun, jangan lupa singgah di sini. Restoran Duyung di sebelahnya saja. Datang awal sikit lah...kalau cuti sekolah nie lagilah ramai orang... Kalau datang lambat, takut seafood semua yillekk..

Kami bergerak semula selepas Maghrib. Tiba di Kuantan dalam jam 10.00 malam, tapi tak singgah rumah pun. Teruskan perjalanan ke Melaka terus. Tiba di Melaka dah jam 2.00 pagi. Penat sangat, tapi sangat berpuas hati. Sekali lagi kita dengan hubby puas hati sebab dapat bawa Mommy pergi jalan2. Dapat belanja family dan dapat menggembirakan mereka.

Kalau ada rezeki lebih, kami teringin nak bawa family bercuti dalam keadaan yang santai, teratur dan luxury sikit. Insya Allah.....







.

24 ulasan:

  1. Hooo..tak pnh jumpa tomyam kelapa! Takleh bayang rasa dia lah.

    BalasPadam
  2. tak pernak mkn tomyam kelapa.lain dr yg lain..

    BalasPadam
  3. lama betul nak try tomyam dlm buah kelapa ni
    tapi tak tau nak cari celah mana kat KL nih

    BalasPadam
  4. psstt: nak mintak chef hubby try buat nanti.. hehehe..

    BalasPadam
  5. banyak singgahan akak tu...tapi dah alang2 berjalan kan kak tak sah kalo tak singgah...kalo tak bile lagi nak pi tempat2 gitu kan kak...

    lieya pes time tgk tomyam kelapa tu...nampak menarik la kak....rase pun mesti unik kan....

    BalasPadam
  6. salam kenal aziela…kita BW cari info pasal kacang pool hj, jumpa blog awak. tq

    BalasPadam
  7. Makchaq pernah makan tomyam kelapa kat langkawi.. tapi x pernah makan.. tak makan pun isi kelapa dia.... rugi pulak rasa bila baca ni... tapi kejadian tu dah 3 tahun lepas rasanya...

    BalasPadam
  8. nanti nak pi lagi tganu nak cari tomyam ini :)

    BalasPadam
  9. Tak pernah mkn tomyam mcm tu...
    Apa la rasanya tu yee...

    BalasPadam
  10. bila parents kita gembira, kite pun gembira kan. kite pun tak tau panjang ke umur kite untuk gembirakan hati parents kita... semoga Allah beri peluang. :)

    BalasPadam
  11. baru tahu ada tomyam kelapa....nice sharing journey.....

    BalasPadam
  12. @kakyon Yer kak..memang lain dari yang lain

    BalasPadam
  13. @elly nadyra Cuba gugel...akak rasa ada banyak dah sekarang

    BalasPadam
  14. @aizamia3 chef awak tu, semua pun dia boleh buat kan. Untunggg Ai..

    BalasPadam
  15. @lieyalatif Sementara masih terdaya, Lieya. Dah hobby pun berjalan...

    BalasPadam
  16. @rostina76 TQ rostina. Kita pula, dah memang follow awak for a while dah

    BalasPadam
  17. @makchaq La ni, kenalah pi cuba lagi Mak Chaq. Refresh memory orang kata...

    BalasPadam
  18. @Al-Manar Yes...saya patut tukar nama blog la kan Pakcik..

    BalasPadam
  19. @gadisBunga™ You always have a sharp observation focus, kan dik. Yeap..apa yang termampu...kita cuba sebaiknya for them.

    BalasPadam
  20. @Sukma Haron Dah banyak dah sekarang ni kak..tapi kat melaka, saya belum pernah jumpa lagi la...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com