Assalamualaikum.....
Pertama sekali, Alhamdulillah, dashboard dah ok. Haishh...perkara kecik macam ni pun boleh merunsingkan kita kan.... Itu belum lagi nikmat2 lain yang Allah tarik. Ishh....dah dekat Ramadhan, bawa2lah muhasabah diri lebih2 sikit Aziela oiiii....
Second, minggu ni adalah minggu terakhir hubby di Kuantan. Esok pagi, kita dan Adam akan join hubby di Kuantan untuk kosongkan rumah dan pulangkan kunci pada tuan rumah.
Alhamdulillah, hubby kembali ke Melaka. Previous employer dan company request hubby join them back. More or less, remuneration lebih kurang, cuma rumah kami di Melaka akan kembali berpenghuni. Dan kita pun, Insya Allah tak perlu travel jauh2 lagi. Hubby pun boleh jenguk2 Mommy selalu...
Syukur Ya Allah....
Walaubagaimana pun, kami tetap akan rindukan Kuantan. Dah jadi macam kampung halaman sendiri. Plus, negeri2 pantai timur yang lain. Syukurlah kami ni couple yang kaki berjalan. Sanggup berhabis untuk explore instead of untuk benda lain. So, 3 tahun setengah di Kuantan, kami puas jugalah menjelajah. Mungkin ada lebih kurang 30% lagi bahagian yang kami tak berpeluang nak memijak.
Sangat banyak kenangan kami di Kuantan. Dapat parents angkat, memancing udang galah, explore makanan yang sedap2 dan eksotik, dapat menjelajah kampung2, dan sebagainya. Bukan tu jer, di sinilah hubby kena sengat ikan sembilang sampai berumah tangga di hospital, slip disc procedurenya, dan berbagai2 lagi kenangan. Itu belum dikira kejadian2 kereta rosak kami lagi. Susah payah, jerih perit dan bahagia kami...semuanya ada jejak di sini....
Insya Allah, walaupun dah menetap di Melaka, Kuantan tak mungkin kami lupakan.
Kalau dulu kami terkulat2, terkebil2 nak mencari apa istimewanya Kuantan, apa tarikannya Kuantan...tapi sekarang kami yakin boleh bentangkan tentang indahnya dan manisnya Kuantan. Insya Allah....
Untuk rakan2 yang selalu support kami, terima kasih banyak2....
.
akak...bila lagi nak jumpa ye...nak ajak singgah rumah mcm tongkang pecah la pulak..
BalasPadam...sedih baca post akak ni... :'(
akhirnya berhijrah
BalasPadamalhamdulillah...so berpindah balik la ni kak yeak.... mujur sebelum puase kak...kalo kene time puase letih jugak tu nak berpindah kan kak....
BalasPadammoga segala urusan akak berjalan lancar kak yeak...
tuari huruf K tu dh hilang, dh digantila tuu., ehhhee
BalasPadambila kita dah biasa dengan sesuatu tempat tu pasti kita akan merinduinya..
BalasPadamTapi Adam pasti gembira bila ayahnya berada di depan mata.. ;)
Dokek la dah nak balik PD yo ziela
BalasPadamso am I aziela, can nevr forget kuantan..where love met...then we parted.
BalasPadamtempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermanja
BalasPadamKuantan adalah tempat yang best. Tempat saya membesar. Suku jiwa saya ada di sana.
BalasPadamIt's good to know that akak had discovered the beauty of Kuantan. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Heheh~
Tapi Melaka pun best. Saya fikir bila dua-dua pun kaki jalan, duduk la mana pun, segala ceruk walau kat mana pun akan terjangkau juga insyaAllah.
Rumah melaka kat ner ek...senegeri ler kita...
BalasPadam@Rozita Kalau ada jodoh lagi, pasti kita jumpa lagi Ita, Insya Allah.
BalasPadam@Nurzakiah Hanum Pulang kembali sebenarnya
BalasPadam@lieyalatif Ha...Lieya memang cekap. Yer, balik semula...hehehehehe. Tq Lieya...
BalasPadam@Wak Gelas Huruf K tu hilang selepas kejadian di atas tu Wak yer...
BalasPadam@aizamia3 Adam tu semacam jer Ai...hehehehe...
BalasPadam@Acik Erna Sonagggg sikit kak..
BalasPadam@IndaMarya Separation could be a sweet memory too, IM.
BalasPadam@sudipVSsenduk Err...tempat makan dan makan...kak...hehehehe
BalasPadam@gadisBunga™ Yer...2-2 pun best. Dan kami berangan untuk explore utara pulak lepas nie...hahahaha
BalasPadam@Sukma Haron Alor Gajah jer kak...hehehehee...akak confirmmm selalu lalu depan rumah saya.
BalasPadamKg kita pun kat alor gajah gak...hihi
Padam