Isnin, 7 Julai 2014

Di Manakah Kita Semua Bila Satu Nyawa Hilang Kerana Kemiskinan?

Assalamualaikum.....

Pagi tadi kita dengar berita di radio.

Sampai pejabat, terus capai surat khabar.

Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun meninggal dunia kerana di pukul oleh bapanya sendiri bila dia memohon izin bapanya untuk bekerja part time agar keluarganya dapat menikmati hidangan yang sedikit lebih baik ketika berbuka puasa.

Bapanya naik berang dan memukul beliau sehingga pengsan. Tak pasti kenapa bapanya marah...mungkin kerana ego. Malu sebab anak mempertikaikan keupayaannya menyara keluarga secara halus. Ini sekadar anggapan kita.

Hakikatnya, ketika ibu ini ingin mengejutkan anaknya untuk bangun sahur, anak ini sudah kembali ke Rahmatullah....

Al-Fatihah.

Remaja ini ingin membantu keluarganya kerana selama ini mereka berbuka hanya dengan bubur dan goreng pisang serta minum air kosong.

Allahu Akbar....

Mana masyarakat keliling?

Bapanya bekerja sebagai buruh binaan, menanggung anak2 yang ramai. Kalau tak silap, berita melaporkan anaknya seramai 9 orang. Dan remaja yang meninggal ini adalah anak sulung.

Tuan puan sekalian,

Kalau betullah laporan berita ini, keluarga ini adalah termasuk dalam golongan fakir. Bukannya miskin lagi, tetapi fakir.

Fakir dan miskin ialah antara 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat.

Kebanyakan dari kita menumpukan perhatian pada anak2 yatim. Bukanlah maksud kita jangan menderma pada anak2 yatim, tetapi anak2 yatim bukannya antara 8 golongan asnaf penerima zakat melainkan dia jatuh dalam golongan fakir atau miskin, tuan puan sekalian.

Sewajarnyalah kita cuba dahulukan mereka yang lebih memerlukan.

Kita menulis, juga untuk mengingatkan diri sendiri juga....

Sekiranya ada berlebihan rezeki, ikhlaskanlah hati mencari golongan2 dan keluarga2 yang dhaif ini.

Kita ada seorang sahabat yang saban tahun bersama suaminya, mereka akan menjalankan suatu aktiviti wajib di bulan Ramadhan. Pada hujung minggu, mereka akan membeli barang2 keperluan asas, penuhkan bonet kereta mereka, bawa anak2 mereka di dalam kenderaan itu dan perlahan2 menyusuri kampung2 dan lorong2. Agak2 nampak ada keluarga yang dhaif keadaannya, mereka singgah, beri salam, beritahu sepatah dua tujuan, turunkan barang2 dan teruskan perjalanan ke tempat lain.

Subhanallah......


Semoga kita lebih peka dengan jiran2 dan masyarakat sekitar kita.....


Amiin...


.

11 ulasan:

  1. baca semalam kisah ni
    sedih kan?

    BalasPadam
  2. Bab bab ni dah malas nak fikir kak. Buat sakit hati je. Ramai nasib yang tak terbela. Kesian.

    BalasPadam
  3. Bab bab ni dah malas nak fikir kak. Buat sakit hati je. Ramai nasib yang tak terbela. Kesian.

    BalasPadam
  4. aziela, kalau ikut agama kita tk da org fakir sebab kalau kita baca tnggungjwab sbagai jiran pun ada.I mean berdosa kita kenyang sdgkan jiran kelaparan..so kena la ambik tau, brtnya khabar mudah2an kita termasuk org yg perihatin lebih2 lagi di bulan mulia ni..jgn ada golongan yg makanan smpai tk muat meja.sdgkan di tpi rumah kita ada insan yg hnya mampu minum air kosong ..

    BalasPadam
  5. Berita ini sangat menyedihkan. Dugaan yang sangat berat buat keluarga ini. Muga keluarga ini di permudahkan urusan kehidupannya akan datang..ameen.

    BalasPadam
  6. bila berlaku kejadian mcm ni barulah membuka masyarakat bhw ada lg org2 sekeliling kita menderia kemiskinan. kesiankan....

    BalasPadam
  7. sedih baca kak.. walau pun hati saya separuh separuh nak percaya dengan tak nak percaya.. tapi hakikatnya.. remaja tu memang dah meninggal dunia.. tergamak ayah kandung sendiri buat macam tu pada anak dia..

    BalasPadam
  8. Saya suka cara kawan aziela tu

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com