Isnin hari tu, kita dalam perjalanan ke pejabat dari petak parking kereta. Kat opis kami ni, parking kereta jauhh dari opis. Adalah dalam 15 minit jalan kaki, lebih kurang 10 minit kalau lari2 anak. Ha, exercise makcik tetiap hari tau
Nak dijadikan cerita, Isnin, biasalah. Hari penat sebab weekend aktiviti penuh di Melaka dan PD. Bawa pula beg yang sarat sampai 3 beg. Bahu kiri kanan, dengan sandang lagi. Perjalanan jalan kaki tu pula macam mengembara kaedahnya. Ada naik bukit, turun tangga, turun bukit, naik bukit balik, naik tangga lagi..baruu sampai opis. Masa nak menurun salah satu bukit dan steps tu, kaki kita yang mendarat di sebelah kanan ni tak stabil.
Terpelecok dik....Terlipat tapak kaki ke atas....
Dah terpelecok, apa lagi..melayangggg badan tersungkur ke tanah. Mujur sempat tahan dengan tangan sebab beg yang kita sandang pun berat bukan main....
Maka melutut la dulu 2-3 minit kat situ. Kaki semua kebas...tak dapat berdiri, tak rasa apa. Lutut, tangan, bahu semua sakit. Kaki tu dah tak payah cakaplah...
Dah alang2 separuh jalan ke opis. Kita teruskan perjalanan dengan dengkot2 tu. Ingatkan nanti sampai opis bolehlah apply flanil. Memang ada jer dalam beg.
Sampai di opis, sapu flanil, pakai stokin...tapi makin berdenyut2 pula.... Lutut bukan main pedih. Selak kain tengok lutut...adoii...berdarah...luka...terkoyak kulit...huhuuuhu. Yang peliknya, kain tak pula koyak...
Kebetulan adik kita datang sebab ada urusan sikit. Teruslah minta dia jadi driver...dia hantar terus balik Melaka. Nak hubby juga...huhuhuhuhu.....
Kat Melaka, pergi klinik...kena la bandage sikit kaki yang bengkak...dapat ubat, dapat mc...kena rehat. Lepas 3 hari, baruuu boleh jalan. Hari ni dah masuk kerja semula...syukur. Tapi memang tak boleh lasak sangat2. Tangan ni pegang penyapu pun boleh jatuh penyapunya. Nak perah kain lap meja pun air menitik2 lagi dari kain....
Lain betul bila dah tua2 ni terjatuh. Semuanya sakit, nak sembuh pun bukan main lambat lagi. Nak raya la pula.... Dugaan sungguh....
Oh yer, ada yang dah cuti untuk balik kampung ke hari ni....?
.
anum sabtu baru balik kg
BalasPadamKita dah berhati-hati kita rasa tapi tetap terkena jugak.
BalasPadamApa-apapun moga cepat sembuh hendakNYA..
psstt: Saya petang raya baru balik kampung.. InsyaAllah.. Raya ketiga ada di sekitar Alor Gajah/Lendu.. hehehe..
aduh kak..dugaan plak nak dekat2 raye nie...mujur takde ape yg teruk...tapi akak sapu2 gak minyak tu takut nanti naik bengkak plak....kang takdpt jalan raya jauh2 heheeheheh
BalasPadamkak, Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.
Pohon maaf zahir dan batin….
Moga syawal dirai meriah dan diberkati….
Makan ketupat rendang tu ingat2 le kite heheheeheh
Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri, Aziela.
BalasPadamSemoga dah betul2 pulih dari segala kesakitan.
:)
Allah....smeoga diringankan kesakitan da ndiberi kesembuhan dgn segera kak..
BalasPadamAllahuakbar.. teruk tu kak. semoga cepat sembuh ya.. jgn melasak sangat..
BalasPadamApa pun masih bersyukur Ziela tak kena betul-betul nak raya..
BalasPadamSelamat Hari Raya & maaf zahir batin dari akak ye Ziela..
memang macam tu la Aziela..kalau dah berumur macam..acik ni lagi la kat dapur pun boleh jatuh
BalasPadambetul betul betul...
BalasPadamkalau da umur byk skit mcm aida ni kalau terjatuh mesti lagi over. aida pernah terpelecok, hampir sebulan kaki tak boleh jalan elok. da urut. da itu. da ini. lambat pulih!!!
aida sabtu pagi baru balik umah emak. melaka sini aje. and pagi ahad ke umah mak mertua di seremban. raya seremban dulu tahun ni...
Adoi kak...itu bnyi mcm sudah jatuh ditimpa tangga...dgn beg beratnya....mujur ler x de apa2 tu...
BalasPadamRehat je dlu...raya mnggu dpn...insyallah cpt sihatnya nnti...
Allahuakbar kesiannya. Sebab tu orang selalu kata, ‘orang tua ni, pantangnya ialah jangan jatuh. Sekali jatuh... memang payah’.
BalasPadamGet well soon. Jangan ganas sangat tau.
kesyiaaannnn dia.lain kali hati2 tau.
BalasPadam