Isnin, 22 September 2014

Dah Alang-alang Repeat 3 Subjek, Repeat Semua Sekalilah Datuk Seri!

Assalamualaikum.....

So, confirm Matematik pun kena ulang sekali lagi. Isnin minggu depan, Matematik dan Selasa tu English dan Sains pula. Luka yang panjang dan dalam di perahkan lagi limau nipis di dalamnya. Adoiiii...pedihnya kenyataan. Ha, akak dah berdrama bagai dah ni.

Maka, dah alang2 semua tu kena repeat, tak nak repeat BM sekali ker? Dah alang2 susahkan pelajar, dah peningkan mak bapak dan dah pijak2 guru2 Malaysia ni, all out jer lah terus kan? Biar semua sekali hanyut. Biar batch candidates UPSR tahun ni calarkan sejarah UPSR Malaysia. Sekali sekala Kementerian Pendidikan dapat graf merundum menjunam ke bawah dengan kaler merah, apa salahnya, Datuk Seri. Sila...sila... sila lah...

Malaysia kan hub pendidikan antarabangsa.....

Malaysia kan ada taraf pendidikan yang sangat baik.....

Apa saja boleh berlaku di Malaysia.....

Menyusahkan rakyat, di kata lah rakyat tak mengenang budi sebab konon hidup senang....
(Yang senang tu, rakyat lain yang datang naik tongkang tu...sila check betul2 yer...)

Ohh....akak hari ni mood negatif. Negatif melampau. Penat pujuk hati tau.... tapi makin berderai rasa jiwa ni...

Agak2nya, kerajaan akan pujuk hati kami tak...?

Oh, tak yah tanyalah.... Jawapannya : JANGAN HARAP!!

.

19 ulasan:

  1. acik yang anak2 dah besar ni pun tumpang emosi..

    BalasPadam
  2. Maths pun kena repeat ker? kesian kat anak......

    BalasPadam
  3. mrka yg berada di lembaga Peperiksaan yg bersalah.

    BalasPadam
  4. Sian mereka yg tak dapat sit for the exam kan...hanya di Malaysia...hehe...harap2 exam paper form 3 bulan okt ni tak bocor le...huhu

    BalasPadam
  5. nak pulihkan semangat anak saya dan murid2 lain memang perlukan kekuatan..

    BalasPadam
  6. Assalam.
    Juruaudit beri skor macam manalah agaknya tahun ni utk Kementerian. Memang menyedih dan memalukan. Sama-samalah kita tunggu cerita punca "non-compliance" dan "langkah-langkah pembetulan".

    BalasPadam
  7. UPSR je pun.biarla, tk resit pun tk pa..he's making a big fuss out of it.Now semua pening, guru2 stress, budak2 apatah lagi..mood nk cuti dri pgang buku dh set, tiba2 kna pgang buku balik.As a teacher I too feel so bad about this..I wish bnda ni dh slesai rupanya getting worse..

    BalasPadam
  8. Mood negative? Pakcik lebih lagi.

    BalasPadam
  9. @Acik Erna Emosi saya tak terbayangkan, kak...

    BalasPadam
  10. @Abe Kie Sistem salah...dari awal dah salah...ada lubang, ada pincang. Betul kan teacher?

    BalasPadam
  11. @kkida @ 1001resepi Saya rasa they learned the lesson. Confirm takkan jadi lagi at least for another next 5 years, kak....

    BalasPadam
  12. @Temuk Pak Temuk, saya tertanya2, mungkin markah itupun akan di kawtim juga. Maklumlah, kemusnahan intergriti ni dah melarat2 nampaknya.

    BalasPadam
  13. @IndaMarya It actually demolishes the whole society, kak IM.

    Psst : Stay gorgeous, ok...

    BalasPadam
  14. @Al-Manar Pakciiiikkk.....saya sedih! Sob...sob....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com