Khamis, 2 Oktober 2014

Bila Tangan Melecur Kena Minyak Panas....

Assalamualaikum.....




Kejadian masa kita cuti rehat MC di rumah bulan raya lepas. Dok rumah jer...nak keluar susah nak drive sebab kaki yang koyak ligamen tu kaki kanan. Dalam rumah saja pun terloncat2 berjalan.... So, bila lapar, masak jer la apa yang ada dalam peti ais tu. Entah kenapa masa goreng ayam, kita terlepas kontrol untuk membalikkan ayam. Terpercik minyak, siap meletup2 lagi. Panik sungguh masa tu. Teringat orang2 pesan jangan basuh dengan air nanti menggelembong, tapi kita lalukan juga bawah air sekejap dengan sabun dettol sebab nak buang minyak2. Cepat2 ambil ubat gigi, kita picit2, lumur setebal2 mungkin....

Perit melecur, kena dengan ubat gigi berpudina tu, memang lega sungguh rasanya. Apa2 pun, habiskan goreng ayam dulu. Lepas tu dok diam2, tala kipas kat jari tu nak kasi sejuk. Pasang air cond lagi...bancuh air anggur ais. Itu untuk kita minum2 yer, bukan untuk rendam jari.

Petang tu, Alhamdulillah tak menggelembung. Sakit tu memang la... Tapi dia merah2 jer. Tak menggelupas pun kulit tu.

Hubby balik, punyalah dia bebel2. Buat apa susah2 nak masak katanya...dok rehat jer... Eleeh, tapi dia juga yang laju makan ayam goreng tu. Kui..kui..kui.....

So, ingat yer anak2. Cepat2 lumur dengan ubat gigi. Tested and proven...

.

27 ulasan:

  1. anum pernah kena tp anum letak minyak gamat alhamdullilah x de parut

    BalasPadam
  2. thanks sharing..saya biasanya taruk gel gamat atau minyak gamat je

    BalasPadam
  3. Betul itu petua dari dulu. Tapi kakak sekarang guna product Amway lotion Allano pun sama Ziela tak akan gelembung bila baik dah boleh kopek..

    BalasPadam
  4. tak boleh nak rasa simpati.. akak tahan gelak baca cerita Ziela...

    BalasPadam
  5. samalah..sy pun guna ubat gigi kalau terkena myk panas..

    BalasPadam
  6. acik sama dengan kakzakie..allano tu ada satu didapur..untuk kes2 yang macam ni la Aziela..baru2 ni bangah..kena minyak..cepat2 jerit mak..mana lotion mak tu..bila dah kelam kabut tak jumpa cari dia..padahal ada je kat dapur

    BalasPadam
  7. Boleh jugak try lumur dgn kicap..
    Utk parut.. try una Bio Oil.. insya'Allah..

    BalasPadam
  8. Mmg 1st thing kena lalukan bawah running water..

    Guna ubat gigi tu mmg berkesan..

    Pedih & sakit sebab selalunya ini jenis superficial burn...so mmg banyak nerve endings kat kulit kita

    BalasPadam
  9. Ky baru dpt satu petua..klo terkena air atau minyak panas..benamkan tangan/kwsan yg kena air panas dlm tepung gandum..

    BalasPadam
  10. Saya tak pernah cuba letak ubat gigi.. lalukan di bawah air bagi sejuk.. tapi itu untuk kecederaan kecil..
    Kisah paling teruk kena pada dak Adik.. ada pada awal2 entry dalam blog saya ni dulu.. itu yang paling teruk berlaku dalam family kami.

    BalasPadam
  11. @Nurzakiah Hanum Takder stok la pulak masa tu kat rumah, Anum

    BalasPadam
  12. @Sal Bee Yah Hahah...akak tak jumpa minyak gamat akak sebenarnya...

    BalasPadam
  13. @Kakzakie Rai pun cakap losyen tu bagus yer kak...

    BalasPadam
  14. aduiiii..sambil baca pun leh terasa peritnya...pedih kalau terkena minyak..saya pun jenis sapu ubat gigi dulu..then bila dh lega skit, baru sapu plak dgn minyak gamat..kalau mengelembung, then pecah gelembung tu..lagi sakit kan...

    BalasPadam
  15. @Seri Kandi Tanah Jauhar Kak Sari, saya baca balik sendiri pun saya tergelak2 jugak...hahahahahaha

    BalasPadam
  16. @idzwa kamaruddin Alhamdulillah...dah takder kesan dah Idzwa...dah lama berlalu. Hehehe

    BalasPadam
  17. @:: Cik Viva :: Tu jer yang akak terfikir.... best juga kan...

    BalasPadam
  18. @Acik Erna Bila kena memang panik, kak. Saya kagum pulak dengan diri sendiri sebab cepat bertindak..hihihihihi

    BalasPadam
  19. @Daddy Ziyyad Ha, nasib baik akak ni tough kan Doc? Hahahah..perasaannn!

    BalasPadam
  20. @kakyon Kak, dah ada minyak, ada tepung..masuk kuali, jadilah jari celup tepung. Eh, bukan yer? Best agaknya berendam dalam tepung kan...

    BalasPadam
  21. @aizamia3 Mohon2 jangan ada yang kena lagi.

    BalasPadam
  22. kata doc pulak bila kena myk panas or air panas letak bawah aliran air paip smpai sejuk dan baru letak ubat...
    Apapun TQSM 4 sharing petua yg sgt berguna nie.

    BalasPadam
  23. Ada orang kata letak kicap. Sy pernah kena, cepat2 alirkan air paip dan sapu dgn gel gamat. Alhamdulillah ok..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com