Assalamualaikum.....
Kita tak tahulah dengan orang lain, tapi hidup kita, memang begitu. Apa yang di rancang susah nak dijadikan kenyataan. Basically sebab setiap orang yang terlibat pasti ada urusan masing2 yang hanya diketahui saat2 akhir...
Satu lagi kekecewaan besar kita ialah untuk bawa mak dan ayah bercuti hujung tahun ni. Niat di hati nak berikan mereka satu percutian yang agak mewah dan membahagiakan mereka. Sekurang2nya sekali sebagai tanda penghargaan kerana mereka membesarkan Adam dengan sempurna. Kasih sayang mereka, tumpuan mereka, susah payah mereka untuk Adam sehingga Adam Insya Allah akan tamat pendidikan sekolah rendahnya. Tak kisahlah apa saja keputusan UPSRnya, namun pada kita Adam dah buat yang terbaik. In fact sangat cemerlang. Bukan senang nak patuh dengan desakan keadaan dia tanpa kita ibunya sentiasa disamping dia. Tapi Adam sangat matang dan bijak. Pada umurnya, dia berjaya melangkah semua halangan itu.
Dan ayah dan emak pula memberikan lebih daripada 100% tumpuan kepada Adam. Setiap detail tentang kehidupan dia...tentang sedih tangis dia, tentang masa depan dia, tentang kawan dan guru...semuanya dalam genggaman mereka. Dan kita percaya, dengan kekangan masa kita sebagai seorang isteri hujung minggu dan berkerjaya harian, kita mungkin tak mampu membesarkan Adam secemerlang apa yang mak dan ayah buat.
Kita tahu, nak menhargai ibu dan ayah bukan sekadar bawa bercuti. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Benar...sangat benar. Tapi apa salahnya di samping melaksanakan perkara2 lain yang membahagiakan ibu bapa kita, kita bawa sekali mereka bercuti. Seolah2 bagaikan satu bonus kepada mereka.
Bayangkan, anda sebagai anak, setiap bulan melawat ibu bapa anda. Mungkin setiap minggu juga. Disamping itu, turut sama2 menebas rumput, bersihkan kawasan rumah, tolong masak...menyapu dan mengemop dan berikan duit bulanan yang lumayan. Tapi suatu hari, anda katakan yang anda nak bawa mereka bercuti. Agak2nya apakah perasaan ibu bapa anda?
Oleh itu, teringinlah hati nak bawa mak ayah bercuti. Awal2 tahun dulu, konon nak bawa ke suatu tempat yang perlu buku merah tu. Tapi, belum cukup rezeki kami lagi hujung tahun ni untuk menunaikannya. Maka konon nak bawa ke tempat yang dekat2 pun cukuplah.
Tapi tarikh yang kami available pula, mak dan ayah tak boleh. Ada tanggungjawab lain. Dan kita nak bawa adik kita sekali, so pergi 2 kereta agar lebih selesa dan mak dan ayah lebih happy. Adik punya jadual pula clash dengan perkara lain. Dan selepas tarikh yang kami available, kita mungkin tak available kerana tuntutan tugas dan hubby juga ada banyak tuntutan tugas.
Terpaksa akur....
Hubby kata, nak buat macam mana... Tunggulah tarikh2 lain. Tahun2 depan pun boleh.
Tapi hati kecil kita sangat kecewa. Tahun2 depan mak dan ayah masih sihatkah? Masih boleh menikmati momen percutian lagikah? Tahun2 depan, kita masih berupaya dan berkemampuan untuk bawa mereka kah?
Apa kan daya.....Allah lebih Mengetahui. Pasti ada hikmahnya.... Pasrah dan redha.
Untuk sahabat2 sekalian, sekiranya kalian sekarang berkemampuan dari segala sudut iaitu masa, tenaga, wang dan segalanya...cubalah ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan ibu bapa anda. Hargailah mereka semaksimum mungkin. Bukan sekadar balik kampung dan tersengih bangga bila anak2 kita bercerita dengan atuk neneknya yang anda sekeluarga pergi bercuti kesana dan kesini. Sedangkan alangkah baiknya sekiranya percutian yang gembira itu dibawa sekali dan atuk dan nenek itu,,,,,,
Allahu A'lam....
.
kita mampu merancang
BalasPadamtak apa kak, mungkin ada hikmah di sebaliknya...maybe next time?
BalasPadamsuka ayat yang paling akhir tu
BalasPadamtapi nak buat camne kan, ALLAH yang menentukan
mungkin ada hikmat yang tak disedari
apapun saya doakan moga harapan tu akan menjadi kenyataan =)
Teringin nk bw mak ayh jln2.. tp ayh susah nk g jln.. ade je alasnnye.. lembu xde nk jglah.. puyuh sape nk bg mknlah.. aym nnti kne mkn d ularlah.. huhuhu...
BalasPadamxpe kak..nak wat camne.. kita hanya bleh merancang...
BalasPadaminsyaAllah, mudah-mudahan..ada masa terluang utk bawa mereka berjalan di lain waktu...
insyaAllah doakan mereka sihat sentiasa. boleh bercuti, berehat2
BalasPadamKalau boleh memang kita mahu yg terbaik buat org tua kita. Tapi ketentuan Allah siapa pun tak mampu menolaknya. Yg penting doakan mereka selalu..
BalasPadaminsyaAllah, Ziela akan ada peluang utk bawa mak ayah bercti nanti, cuma Allah swt sebaik2 perancang.. banyaklah berdoa semoga tercapai niat baik Ziela
BalasPadamBegitulah besarnya hasrat dan indahnya niat kita, kan?
BalasPadamNampaknya, untuk merealisasikan impian itu, ada bbeberapa perkara yang harus dikorbankan.
Semoga segala urusan dipermudahkan.