Isnin, 15 Disember 2014

Temuduga MRSM Yang Mendebarkan

Assalamualaikum.....

Antara keluarga yang menunggu

Alhamdulillah, Adam baru selesai sesi temuduga untuk kemasukan tingkatan 1 ke MRSM tahun 2015 nanti.

Adam memang looking forward untuk belajar di sekolah berasrama. Mungkin kerana dah biasa berjauhan, maka dia tak kisah untuk tinggal di asrama.

Kami mohon aja semua. SBP pun ada, MRSM pun ada...sekolah agama pun ada. Mana yang dapat saja lah. Kalau tak ada yang berjaya pun takper. Plan B kami ialah Adam terus bersekolah di PD.

Semalam kami ke Batu Pahat. Adam terpaksa menjalani ujian di MRSM Batu Pahat. Tempat ujian di NS dan Melaka dah penuh masa kami hantar permohonan.

Untuk MRSM, Adam pilih jurusan dwi sijil iaitu IGSCE. Boleh google. Sukatan pelajaran yang termasuk sekali dengan sukatan pelajaran Cambridge. Risaunya kami kerana takut ianya agak berat untuk Adam. Tapi Adam kata dia ingin mencuba.

Maka sesi Adam pagi tadi adalah ujian Sains, Matematik, Keperibadian, Comprehension dan IQ test. Ujian dijawab di dalam komputer. Tiada ujian bertulis langsung. Sesi temuduga di jalankan dalam Bahasa Inggeris dan ditanya beberapa soalan asas. Ada juga soalan isu semasa iaitu tentang tanah runtuh di CH dan juga tentang AFF Suzuki Cup. Adam juga diberikan petikan ayat AQ untuk diuji kelancaran mengaji.

Ada juga yang Adam teragak2 dan ada juga yang dia sengih jer. Tak apa lah. Apa yang boleh saja lah...

Keputusan akan keluar 20hb Dis ni.... Tunggu sajalah. Apa yang diterima, itu yg terbaik untuk beliau. Insya Allah.




11 ulasan:

  1. ke Batu Pahat akak eaa? cuba tak nak Nasi Briyani Gam? Mee racun ke??

    BalasPadam
  2. Semoga Adam berjaya dalam temuduganya...

    BalasPadam
  3. apa yang dapat itu ler yang diterima...macam anak saya dulu sekolah agama tinggal di hostel...
    rasanya pemilihan kemasukan di MRSM agak rumit berbanding sekolah berasrama lain

    BalasPadam
  4. In syaa Allah..semoga Adam berjaya

    BalasPadam
  5. macam2 program utk anak2
    good luck utk adam
    kalau itu yang dia nak, kita bagi sokongan padu je kak

    BalasPadam
  6. Usaha sudah dibuat. Sekarang tinggal berdoa Ziela. Moga impian Adam tercapai.

    BalasPadam
  7. salah ziela ..
    moga apa yang diinginkan tercapai..
    lps ni, susulkan dgn doa plak ..
    insyallah berjaya

    BalasPadam
  8. good luck Adam..

    kalau ambik IGSCE, masih ambil SPM ke nanti?

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com