Khamis, 31 Julai 2014

Nasi Arab Half Moon, Seri Kembangan

Assalamualaikum.....

Ok, dah habis bulan puasa ni, kita nak up sikit beberapa entry tentang food pula....

Ini kejadian beberapa bulan yang lepas sebenarnya. Hubby yang bawa. Dia makan di sini masa dia ada kerja di KL. Hubby kata sedap, so dia bawa kita dengan SIL.

Nama restoran ni ialah Half Moon. Bulan separuh gitew. Makanan arab semuanya. Ownernya adalah seorang lelaki Arab yang berkahwin dengan seorang wanita Malaysia. Maka mereka berdua pun mengusahakan restoran ni. Alahai...nak tahu lanjut nanti boleh google jer lah yer.

Ada antara pelayannya yang tak fasih English. Bahasa Melayu apa tah lagi sebab diorang semua pun orang Arab. Masa kami order tu, jadi confuse sikit dia nak faham. Yang ni nak dua, yang tu nak satu, ini satu, yang tu dua sekalikan dalam satu pinggan...macam2 kerenah la. Wah, masalah ni. Bahasa Arab kita dah tentu2 kelaut lah.... Nak tak nak, cuba juga sebut satu persatu perlahan2 order kami dalam bahasa arab... Selamat. Faham juga dia rupanya. Punyalah happy pelayan tu bila kita order dalam Bahasa Arab yang caca marba tu. Terus macam peluru M16 dia bercakap dengan kita lepas tu. Ha..bolehlah faham sikit. Lambat sikit...orang ramai...yang ni dah habis, yang tu ada satu jer lagi....hahahahha. Ok..ok...meh cerita pasal food.


Ini kita punya. Mandy chicken. 

Kita dengan SIL sama2 makan nasi Mandy nie. Alamak..menyesal pula order sorang satu. Big portion. Sengkak rasa nak habiskan. Memang berjam2 duduk situ sebab tak nak membazir...kena habiskan juga perlahan2.

Ada sup kambing hubby order. Nasi dia memang sedap....lembuttt jer. Nasi Arab ni semua lembut2 la kan. Gebu2 gitu.... Tapi kita memang suka Mandy berbanding Khabsa atau yang lain2.

Ini, kita dah lupa apa namanya. Tapi kami share ramai2 sebab nak cuba jer. 

Dua keping roti Arab bakar yang didalamnya ada ketulan daging bakar, cili, tomato bakar dan salad berserta yogurt sebagai sosnya. Kami makan dengan cara koyakkan roti sikit2 dan kepitkan dengan bahan apa yang kami nak....

Ini memang kita dah lama teringin nak makan. Kita teringin nak makan hummus tu sebenarnya. Aduhaiii...memang sedap la.... Yang berlonggok tu bukan nasi goreng yer. Itu adalah daging yang dimasak dengan berbagai bahan lain dan sayuran. Namanya oqda. Cicah dengan roti. Atau makan dengan roti yang kat atas tadi tu. 

Ini hubby punya. Nama dia Half Moon Juice. Mak oiii...pekat melekat. Memang terasa puas hati. Macam makan puree, bukan minum jus dah rasanya. Terbaiikkk.....

Nanti bila ada masa....rasa macam nak repeat lagi. Nak concentrate makan satu2 supaya boleh fokus dengan rasanya. Tak nak banyak2 sekali. Akak konpius....

.

Rabu, 30 Julai 2014

Bekerja di Hari Raya Ke-3

Assalamualaikum.....




Mesti ramai yang masih beraya kan.... Tapi kita dah masuk pejabat. Memang biasa macam nie. Dah jadi tak kisah... Pertamanya sebab cuti kena jimat... Keduanya, kampung dekat. Tiap2 hari pun boleh balik...so cukuplah 2 hari. Yang lain2, kena tunggu hujung minggu, bolehlah kami sambung ziarah.

Oh yer.... keadaan pejabat sekarang adalah seperti berikut :




 Kosongggg dikkkkk...

Yang ada hari ni, kita, sorang despatch dan 2 orang pegawai...

Dah siap2 bawa bekal untuk breakfast dan lunch. Senang.... dah tau dah, minggu ni kafe tak buka lagi. Malas nak keluar...parking kereta jauh. Dah lah kaki kita sakit lagi. Jalan pun terhencut2 jer....

Seronoknya orang lain masih beraya yer...


.

Jumaat, 25 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI. 0-0

Assalamualaikum.....

Walaupun ramai yang dah tak baca blog, tapi saya ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan di alam maya dan juga alam nyata.

- Berhati2 di jalan raya. Dapatkan rehat yang cukup.
- Minum air kosong lebih2 sikit. Maklumlah, rendang ketupat dan segala jenis makanan yang sedap2.
- Berbelanja dengan jimat yer. Maklumlah, lepas raya ni nak sambung hidup juga... hehehehehe
- Jangan lupa rancang perjalanan anda dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik.
- Jangan lupa balik ke opis semula......



Maaf Zahir Batin yer....



.

Khamis, 24 Julai 2014

Jatuh La Pula...

Assalamualaikum.....

Isnin hari tu, kita dalam perjalanan ke pejabat dari petak parking kereta. Kat opis kami ni, parking kereta jauhh dari opis. Adalah dalam 15 minit jalan kaki, lebih kurang 10 minit kalau lari2 anak. Ha, exercise makcik tetiap hari tau walaupun tak kurus2 juga...

Nak dijadikan cerita, Isnin, biasalah. Hari penat sebab weekend aktiviti penuh di Melaka dan PD. Bawa pula beg yang sarat sampai 3 beg. Bahu kiri kanan, dengan sandang lagi. Perjalanan jalan kaki tu pula macam mengembara kaedahnya. Ada naik bukit, turun tangga, turun bukit, naik bukit balik, naik tangga lagi..baruu sampai opis. Masa nak menurun salah satu bukit dan steps tu, kaki kita yang mendarat di sebelah kanan ni tak stabil.

Terpelecok dik....Terlipat tapak kaki ke atas....

Dah terpelecok, apa lagi..melayangggg badan tersungkur ke tanah. Mujur sempat tahan dengan tangan sebab beg yang kita sandang pun berat bukan main....

Maka melutut la dulu 2-3 minit kat situ. Kaki semua kebas...tak dapat berdiri, tak rasa apa. Lutut, tangan, bahu semua sakit. Kaki tu dah tak payah cakaplah...

Dah alang2 separuh jalan ke opis. Kita teruskan perjalanan dengan dengkot2 tu. Ingatkan nanti sampai opis bolehlah apply flanil. Memang ada jer dalam beg.

Sampai di opis, sapu flanil, pakai stokin...tapi makin berdenyut2 pula.... Lutut bukan main pedih. Selak kain tengok lutut...adoii...berdarah...luka...terkoyak kulit...huhuuuhu. Yang peliknya, kain tak pula koyak...

Kebetulan adik kita datang sebab ada urusan sikit. Teruslah minta dia jadi driver...dia hantar terus balik Melaka. Nak hubby juga...huhuhuhuhu.....

Kat Melaka, pergi klinik...kena la bandage sikit kaki yang bengkak...dapat ubat, dapat mc...kena rehat. Lepas 3 hari, baruuu boleh jalan. Hari ni dah masuk kerja semula...syukur. Tapi memang tak boleh lasak sangat2. Tangan ni pegang penyapu pun boleh jatuh penyapunya. Nak perah kain lap meja pun air menitik2 lagi dari kain....

Lain betul bila dah tua2 ni terjatuh. Semuanya sakit, nak sembuh pun bukan main lambat lagi. Nak raya la pula.... Dugaan sungguh....

Oh yer, ada yang dah cuti untuk balik kampung ke hari ni....?




.

Isnin, 21 Julai 2014

Iftar Keluarga di Klana Beach Resort, Port Dickson.

Assalamualaikum.....


Macam biasa, setiap tahun kami akan berbuka dengan mak ayah di luar. Selalunya jarang dapat kumpulkan semua orang. Macam2 halangan ada. Tapi tahun ni, Alhamdulillah, ada rezeki untuk semua orang berkumpul dan makan bersama.

Mula2 nak makan Chinese food di Chinese Muslim restoran di Seremban 2, tapi adik lelaki kita yang sorang tu mengada2 nak makan kambing golek. Yang sarat pregnant, isterinya. Tapi yang mengidam lebih2nya dia pulak. Puas kitorang satu family melayan selera mengidam bapak orang...hahahahaha.

So, cari2 di Seremban, semuanya dah fully booked untuk hari Sabtu yang baru lepas ni. cuba cari di PD...kebanyakannya semua takder kambing golek. Cuma ada satu jer yang ada kambing panggang. Klana Beach Resort, Port Dickson ada kambing panggang. Everyday ada. Katanya dia panggang satu bahagian besar kambing....bukanlah kambing sekor tergolek2... Ok lah...jadilah tu...

Meh tengok hotel dulu....

Reception area.

Hotel ni baru beroperasi 3 tahun lepas, so semuanya masih bersih dan cantik. Tidak dihias dengan mewah. Not luxury. Hanya sederhana. Tapi semuanya bersih. Sangat menenangkan.... Hotel ni di dalam kawasan Kompleks Baitul Hilal yang sering digunakan untuk meneropong anak bulan. Cantik betul kompleksnya... So, terawih di adakan di kompleks ini setiap malam. Lepas iftar di hotel, boleh terus terawih di kompleks ini.

 Swimming pool....boleh nampak laut kan... Swimming pool ni sebelah Kompleks Baitul Hilal. Bangunan hotel dan bangunan Kompleks Baitul Hilal ni berkongsi parking lot yang sama. Mereka saling berhadapan.


 Oh yer. Hotel ni adalah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. So, dia adalah syariah compliance hotel. Swimming pool, walaupun open, tapi ianya mengasingkan lelaki dan perempuan. Dipisahkan oleh dinding.... Oklah juga...takderlah bercampur gaul dalam satu pool.


 Ok, jom tengok buffet pulak yer. Harga untuk dewasa ialah RM48.00. Dengan kambing panggang, harga ini kami kira murah... Warga emas separuh harga dan kanak2 pula RM28.00. Oh yer, kita datang awal 3 jam untuk buat reservation dan bayar terus. Hot seat okehhh. Nak booking through phone pun kena bayar deposit juga untuk confirmkan reservation sebab tempat selalu penuh.


Kami sekeluarga
Jarang kami dapat bergambar sekeluarga. Adam dah besar kan...?

 Kami sampai situ pukul 7.00. Lepas bergambar sakan tepi laut, kami pun masuk lah. Hotel siapkan meja besarrr untuk kami. Kami lah group yang paling besar kot...hahahahha. Lebih kurang 13 orang... Orang lain semua 4 orang lah, 2 orang lah...palinng ramai pun 6 orang semeja.

Ok jom tengok makanan.....

Lemang yang nampak sedap. Cantiikkk...elok jer masaknya kan. Tapi kita tak sempat makan...

Telur itik masak lemak cili padi. Perghhh....original resipi nogori. Right amount of chillies and everything. Kuahnya cukup lemak dan pekat. 

Ikan keli salai masak lemak cili padi juga. Pun sedap. Right amount of pedas. Not too hot. Terasa garam kunyit dan asamnya... Harum dengan bau ikan salai...

Ayam masak ungkep yang kita tak rasa langsung. Tapi hubby dengan Adam cakap ayam ni sedap sangat. 

Pecal Jawa. Kita dah aim yang ni. Tapi malangnya sah2 chef yang masak ni bukan orang jawa. Kuah pecalnya macam kuah kacang ketupat. Masin la pulak... Sayang...sayang....


Rojak buah yang jadi rebutan. Kita sanggup abaikan menu ni...hehehehe

Sambal2 dan ikan masin serta telur masin. Ada bergedil, tapi kurenggg sikit. Takperlah, ini semuanya sampingan jer. Side dishes kan...

Sup tulang rawan minang. Sedap agaknya.... Tapi kita tak sempat makan juga...Sob..sob...


Buah2an. Ini jer yang kita makan banyak sampai perut penuh dan tak dapat makan menu2 lain...

Kuih muih tradisional

Berbagai jenis kurma

Kuih muih moden pula...


Puding, agar2 dan kek


Caviar hijauuu. Eh tak lah..hahahha. Sago gula melaka sebenarnya... Kuah gula dan santan kita tuang ikut suka sendiri...

Kita punya hidangan pertama. Buah dan kuih cara berlauk. Kuih cara tu sedaaaappppp..

Baru panggang ikan pari... Kambing menyusul 10 minit selepas masuk waktu. Kita tak ambil gambar kambing...tak sempat. Maybe weekend dan full house, so kami bertuah sebab bukan dapat kambing panggang,. tapi betul2 dapat kambing sekor besar tergolek2 dipanggang... Alhamdulillah...


Antara jenis2 bubur

Nampak tak...ayah dan mak happy kan... Tudung oren tu adik bongsu kita...

The latest center of attraction in the family. Danish Hafiy.

Main course kita. Ikan keli, tekur itik, rendang minang daging dan sambal jawa. Perghh...sedap...sedap....
Tak nak cerita detail...bulan puasa...

Side dishes kita... Sambal tu sedap tau....

Star menu. Kambing golek dengan sos pudina. Hubby dengan adik lelaki kita entah berapa kali ulang entah...hahahahahah.


Lepas solat maghrib, mak dan ayah dah tak sabar2 nak balik. So, kami pun gerak juga lah balik. On the way balik mak dengan ayah bukan main puji kata food semua sedap. Walaupun menu tak lah bersusun banyak sangat, tapi semuanya sedap2 kecuali yang kuah kacang masin tu. So, di maafkan menu yang satu tu.

Mak kata, buat apa nak pergi jauh2 untuk iftar. Di PD tu jer macam2 buffet sedap2 yang ada....

Betul tu mak. Next year kita try tempat lain pula yer...Insya Allah....

.






Jumaat, 18 Julai 2014

Al-Fatihah dan Tangisan Untuk MH17

Assalamualaikum.....

Sejak malam tadi lagi kita dah terima berita ini dari ahli whatsapp group HR kita. Cepat2 buka tv untuk pastikan kesahihan berita. Istighfar tak lekang sejak malam tadi.

Kasihannya....

Sedihnya....

Marahnya.....

Apalah lagi dugaan untuk Malaysia... Terlalu banyak dosakah rakyat Malaysia? Yer, muhasabah diri adalah perkara pertama untuk dilakukan.....

Antara 15 orang krew, seorang India dan yang lainnya adalah Melayu. Itu kata bekas HR MAS malam tadi. Menurut beliau, semasa beliau berkhidmat untuk MAS, perkara yang paling sukar ialah menyampaikan berita seperti ini kepada keluarga kakitangan yang menjadi mangsa. Paling luluh hati ialah apabila melihat kesedihan wajah anak2 kakitangan...

Itu kakitangan....

Bagaimana pula dengan orang awam?

Maka kakitangan penerbangan semua, setiap kali melangkah untuk kerja di awan biru, niat mereka adalah untuk berjuang.

MAS seharusnya memberi kebebasan beragama kepada kakitangannya. Yang ingin menutup aurat, benarkanlah. Sekurang2nya, tidak akan dipersoalkan di akhirat....

Kita sangat2 berharap agar ada hero yang cukup berani dan gagah untuk tampil dan menjelaskan perkara sebenar tentang tragedi ini kepada masyarakat. Janganlah dibiarkan diam seperti MH370. Tolonglah beri kenyataan benar dan janganlah beri alasan palsu seolah2 kita semua bodoh.


Apa2 pun, Al-Fatihah untuk keluarga mangsa. Mereka pergi dalam kemalangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan.... Alhamdulillah.



Marilah sama2 hadiahkan mereka dengan Al-Fatihah....


.

Khamis, 17 Julai 2014

Dobi Layan Diri 24 Jam

Assalamualaikum.....

Well...kita terpaksa menjadi pelanggan setia pusat dobi layan diri macam nie. Al-maklumlah, washing machine kita kan ke buat hal.....

Masa 1st time pergi dengan hubby, kami tercengang2 juga laaa macam rusa masuk kampung. Study dulu semua nota2 dan instruction kat dinding, kat mesin dan sebagainya.....

Kami pergi ke sini selepas subuh pada hari Sabtu. Konon2 tak nak pergi siang sangat la kan...segan la kononnya.... Kedai ni tak ada orang jaga pun. Kosong jerrr. Tapi, dia ada cctv merata2 dan ada movement sensor merata2 untuk mereka kawal penggunaan elektrik seperti untuk lampu dan kipas. So, bila ada orang bergerak dalam kedai ni, secara otomatik lampu2 terpasang, kipas2 berpusing dan tv pun menyala dengan sendiri..pasang cerita kartun Mickey Mouse dan Donald Duck.

Sabun tak perlu bawa sebab akan disperse dari washing machine secara otomatik. Cuma perlu bawa fabric softener jer kalau guna.

Nampak tak sticker yang tertulis 12 dan 15 tu? Itu untuk berat muatan. 12kg dan 15kg. Pilihlah.... Tapi yang penting, minimum payment ialah 5 hengget untuk satu round. Pakai duit syiling 50 sen yang baru. Memula kami menggelabah juga nak korek duit syiling, tapi hubby tiba2 ternampak machine tukar duit syiling terlindung di belakang sebuah dinding. La....ada mesin rupanya. Berderai2lah turun duit syiling dari mesin tu bila kami masukkan wang kertas.

Lebih kurang 40-50 minit juga nak tunggu basuhnya tu.... Sementara tunggu, layankan jer lah si Donald Duck kat tv tu... ok gak. Next time kena siap2 bawa novel la.... Lepas basuh, mengada2 nak pakai dryer... Dryer pun 5.00 juga minimum. Wa....seronoknya...baju semua terus kering dan wangi. Seluar jeans pun keringggg. Padahal boleh jer bawa balik rumah dan sidai kan....hahahahhaha.

Untuk satu bakul besar baju kotor, habis 20.00 juga kami masa tu. Siap kering lah.... Next time nak save bajet, tak yah pakai dryer lah...10.00 jer cukup.

Oklah, bukan tetiap hari pun. Kami pun x ramai, so seminggu sekali jer mendobinya pun...hehehehe...

Ada sesiapa yang pernah guna?


.

Rabu, 16 Julai 2014

Thank you Nuffnang

Assalamualaikum.....


It has been a long time since I last update about my nuffnang. I have one on-going campaign currently. June was a festive Nuffnang campaign moment in this blog though...

Anyhow, for many years of blogging, I have never cash out my earnings. As usual, the earning is not sufficient for me to cash it out. How sad.

But then, I will still stick to nuffnang. Simple because it is easy and never burden my blogging life so far....

Maybe next year I can cash out the amount for next year's duit raya...



.

Jumaat, 11 Julai 2014

Mungkinkah masih berpeluang...?

Assalamualaikum.....


Waktu zaman belajar dulu, kita masuk banyak juga aktiviti persatuan dan kelab. Masa awal2, masa zaman matriks, tak berapa aktif lagi... Setakat aktif di asrama jer lah..AJK itu ini dan juga naqibah usrah.

Bila masuk main camp, kita buka peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perkara baru. Kita beranikan diri untuk membuat keputusan sendiri, mengorak langkah sendiri dan corakkan sendiri 'laluan' kita. Maklumlah, muda lagi. Masa tu kalau nak join apa2 persatuan atau kelab, semuanya kena tanya kawan. Kalau ada kawan2 yang nak join, baru join. Kalau takder, tak join sebab konon takder kawan.

Tapi bila kita buat keputsan sendiri dan beranikan diri sendiri, maka sebenarnya kita bertemu dengan kawan2 baru yang lain.

Antara program2 yang berprofil tinggi waktu di kampus ialah program Baktisiswa. Ini kerana, perancangannya amatlah rumit. Paling sedikit waktu persediaan ialah setahun sebelum tarikh program. Banyak yang perlu dilakukan sebab ianya program kemasyarakatan yang besar. Biasanya seramai 60-80 orang siswa yang terlibat... Program biasanya 5-7 hari dan pelajar akan jadi anak angkat kepada penduduk kampung yang terlibat.

Kita bertuah kerana telah terlibat dalam 4 program baktisiswa. Maknanya kita ada 4 pasang ibu bapa angkat...

Malangnya, bila berkahwin dan sibuk dengan kerja, semua itu bagai hilang di angin lalu. Yang masih boleh dikatakan berhubungan hanyalah ibu bapa angkat di Kedah iaitu yang pertama dan yang terakhir, di Felda Palong 11, Negeri Sembilan.


Ini adalah mak dan ayah di Palong. Ayah nama Aziz dan mak nama Azizah. Mak pegang adik yang bongsu. Yang pakai baju biru adalah anak sulung ayah dan mak. Kali terakhir kita menziarah mereka ialah sewaktu Adam berusia 2 tahun untuk menghadiri perkahwinan anak yang sulung tu. Selepas itu, kami terus terputus hubungan. Mungkin tahun ni kita nak cuba ajak hubby meronda dan cari kembali mereka...itupun kalau kita masih ingat lokasi rumah...sebab perubahan dan terlalu banyak...



Ini pula mak dan ayah yang paling kita sayang. Dari baktisiswa ke dua. Bertempat di Seri Menanti. Kita tiada dalam gambar. Itu adalah kakak senior yang sama2 menjadi anak angkat untuk pasangan ini. Kira antara kami berdua, kita paling muda, so manja sikit. Yang lelaki tu, senior kita juga, antara AJK program yang rapat dengan kami.

Mak dan ayah ni sempat bermain2 dengan Adam. Masa raya kami dapat beraya dengan mereka beberapa tahun sebelum terputus hubungan juga... Baru2 ni kita jumpa Kak Ain di Kuantan...yang memberitahu bahawa kedua2 mak dan ayah telah pulang ke rahmatullah... Allahu Akbar.... Kasih sayang mereka tak mungkin dapat kita lupakan... Punyalah sayangnya mak pada kita, bila bangun pagi dia dah siapkan air panas sebaldi untuk kita mandi. Agar jangan kita kesejukan mandi air kolah subuh2 hening. Kasihnya ayah, kemana saja ada majlis untuk dihadiri, pasti kita diseret bersama. Diperkenalkan kepada sahabat handainya, ini anak dia.... Sehinggalah majlis menyembah Tuanku Yang DiPertuan Besar N.S. di istana pun, dibawa kita bersama...

Yang di Kedah, walau jauh, tapi kita tetap rindukan mereka. Ada juga saling menelefon. Semoga dipermudahkan Allah urusan kita yang berniat untuk menziarahi kesemua mereka nanti.  Rindunya kita pada semuaaa mereka, hanya Allah yang tahu. Cuma tangan tak sampai nak menggapai semuanya.... Masih banyak langkah kita yang terbatas....

Mak2 dan ayah2 sekalian, tunggu kita yer...


Nota : Ironinya, semua mak dan bapa angkat meminta kita panggil mereka mak dan ayah...sama seperti mak dan ayah kandung kita di PD.

.

Khamis, 10 Julai 2014

Bersahur Western Fusion Dish Pula...

Assalamualaikum.....

Ha, orang lain semua gigih bercerita tentang menu berbuka, buka kat mana, makan apa buka..dan semua pasal buka.... tapi kita dokkklah sibuk cerita sahur. Yang pelik2 pula tu kan...durian lah, western la...hahahahhaha

Oh, ini hidangan melayan tekak kanak2. Adam dan sepupu kita bersahur di rumah mak. Selalunya mak atau adik kita Yana tu panas2kan lauk atau masak lauk simple2 jer... Setelah seminggu, Adam dah mula bosan. Makan pun sikittt jer.

So, bila kita ada masa tidur di rumah mak dengan dia, kita suggest spaghetti untuk sahur. Bukan main bersinar2 lagi mata dia bila dengar menu tu. Yana pun seronok jer sebab dah ada org take over kitchen masa sahur.

Kita pilih nak masak fettuccine carbonara jer. Semua pakai pregio maaa...senang maaa.... Cuma nak tambahkan sosej hiris jer.

So, malam sebelum tidur tu, kita rebus dulu siap2 fettuccine nya....sementara Adam tolong potong2 sosej. Dah siap dadu bawang besar dan garlic, dan dah susun tin2 sos pregio tu..ahaks. Nanti bangun senang, terus tumis.

Sekali, masuklah ayah kita ke dapur. Dia pun jadi excited.

"Podeh tak?" Tanya ayah...
"Tak. Nak podeh ko? Kok nak podeh, bulih yo masukkan cili api hiris sok.." Kita jawab.
"Cubo masukkan ado tuna dalam tin ayah boli ari tu. Cili tuna tu... Podehlah sikit agak eh..."

Ha, kita yer kan saja. Ada rasa cili sikit2 pun ok. Ayah pun carilah tuna cili ayam brand yang dia beli ari tuh. Bila jumpa, dia hulurkan kat kita. Laa, tuna bercili dalam sos tomato rupanya....
Hantam saja lah labu....ikutkan saja. Kita yang buat dia kan....hehehehhe

Esok paginya, pukul 4.00 kita dah bangun. Tumis2 bawang, masukkan sosej, gorengkan sekejap, lepas tu leburkan lah semua sos, susu cair, air dan cili tuna tu... Didihkan. Perasakan dengan garam sikit...sikittt jer...

Tadaaa....dah siap. Kita namakan hidangan ni, "Carbonara Fettuccine with Spicy Tomato Tuna". Nampak kuah kaler oren tu bukan sebab cili, tapi sebab sos tomato. Tak pedas pun, cuma ada rasa hint cili sikit. Yerlah, kuah seperiuk, tunanya satu tin kecik jer....

Adam sahur tu, tambah 3 kali okehhhh.... Sepupu kita yang darjah satu tu pun sepinggan licin.... kalau tak, nak suruh makan 2-3 suap pun susah kalau sahur. Yang dewasa ni, makan juga nasi sesudu dua selain spaghetti.

Alhamdulillah....sekali sekala masak menu pelik2 sikit pagi2 buta ni, segar sikit selera kita kan....


.

Rabu, 9 Julai 2014

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Assalamualaikum.....







Ha, join segmen. Daripada beberapa hari lepas lagi dah tunggu segmen cikgu bujang di Kuching, Sarawak ni. Bermurah hati nak beri power bank pada salah 2 orang blogger. Sesiapa yang nak join segmen ni, pergi jenguk entry Cikgu Zam kat SINI dan buatlah macam yang dia suruh tu....

Cikgu yang rajin masak ni, rajin update blog dia tau...hehehehehe


Psst : Zam, penat akak puji awak macam2 ni....


.

Nama Itu Ialah....

Assalamualaikum.....

Merujuk kepada gambar tu, sebenarnya itu adalah tulisan salah seorang petugas syarikat dolu2. Bila masuk kerja, kenalah isi borang kan.

So, kami pun key in lah dalam sistem. Tapi bila key in, revise semula dengan dia, sekali nama tu bukannya Naazrah....


Tapi......


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Naaziah


Kot lah nak buat tulisan cantik pun, biarlah jelas....


.

WW : Cuba Baca....

Assalamualaikum.....



P/s : Cuba berikan nama orang yang tercatat di situ....

Selasa, 8 Julai 2014

Sahur Berdurian

Assalamualaikum.....



Pokok durian kat belakang rumah mak dah mula menggugurkan buahnya. Antara 2-3 batang pokok tu, adalah sebatang pokok yang hasilnya agak cantik tahun ni. Alhamdulillah. Pokok durian, kalau tahun ni buahnya kita kata sedap, tahun depan belum tentu sama tau. Kalau nak tau, pokok durian ni antara kategori pokok buah yang manja juga. Tak boleh panas sangat, tak boleh bakar2 di sekitar dia, nak kawasan yang teduh dan nyaman dan sebagainya. Baja? Dah tua bangka pun kena juga suap baja juga.

Oh, ayah tekun la juga jaga pokok durian dia sedaya yang dia mampu. Tu yang dapat durian sedap tahun ni. Tapi, hari pertama puasa tu lah baru buah pertamanya gugur.

Maka, selain dari malam2 hari mengumpul gula dan kolesterol dengan pemakanan durian ni, aktiviti pemakanan tak sihat tu kami teruskan ke waktu sahur. Ha, jangan main2. Durian dikopek segar pada waktu pagi, sebagai ulam (atau manisan ke?) bila makan dengan nasi, memang membuka selera. Kalau sahur kan, bila nak makan nasi semuanya layuuu jer. Tapi bila ada durian, dari sepupu kita yang umur 7 tahun tu, sampailah ke Adam, hubby, mak dan nenek yang dah umur 88 tahun tu berselera jer menghabiskan nasi di pinggan.

Durian tu juga, hubby gaulkan sedikit dengan sambal belacan tumis yang kami beli di seorang makcik di Melaka, dah jadi sambal durian. Manis2 dan pedas2 dan masam2 dan masin2.

Tapiiii, kita jer yang tak berani nak makan waktu sahur. Sugar banyak tuuuuu. Mau dehydrate sepanjang hari. Maka kita pandang jer lah....hahahahaha.

Ada yang bersahur durian juga...?




.

Isnin, 7 Julai 2014

Di Manakah Kita Semua Bila Satu Nyawa Hilang Kerana Kemiskinan?

Assalamualaikum.....

Pagi tadi kita dengar berita di radio.

Sampai pejabat, terus capai surat khabar.

Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun meninggal dunia kerana di pukul oleh bapanya sendiri bila dia memohon izin bapanya untuk bekerja part time agar keluarganya dapat menikmati hidangan yang sedikit lebih baik ketika berbuka puasa.

Bapanya naik berang dan memukul beliau sehingga pengsan. Tak pasti kenapa bapanya marah...mungkin kerana ego. Malu sebab anak mempertikaikan keupayaannya menyara keluarga secara halus. Ini sekadar anggapan kita.

Hakikatnya, ketika ibu ini ingin mengejutkan anaknya untuk bangun sahur, anak ini sudah kembali ke Rahmatullah....

Al-Fatihah.

Remaja ini ingin membantu keluarganya kerana selama ini mereka berbuka hanya dengan bubur dan goreng pisang serta minum air kosong.

Allahu Akbar....

Mana masyarakat keliling?

Bapanya bekerja sebagai buruh binaan, menanggung anak2 yang ramai. Kalau tak silap, berita melaporkan anaknya seramai 9 orang. Dan remaja yang meninggal ini adalah anak sulung.

Tuan puan sekalian,

Kalau betullah laporan berita ini, keluarga ini adalah termasuk dalam golongan fakir. Bukannya miskin lagi, tetapi fakir.

Fakir dan miskin ialah antara 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat.

Kebanyakan dari kita menumpukan perhatian pada anak2 yatim. Bukanlah maksud kita jangan menderma pada anak2 yatim, tetapi anak2 yatim bukannya antara 8 golongan asnaf penerima zakat melainkan dia jatuh dalam golongan fakir atau miskin, tuan puan sekalian.

Sewajarnyalah kita cuba dahulukan mereka yang lebih memerlukan.

Kita menulis, juga untuk mengingatkan diri sendiri juga....

Sekiranya ada berlebihan rezeki, ikhlaskanlah hati mencari golongan2 dan keluarga2 yang dhaif ini.

Kita ada seorang sahabat yang saban tahun bersama suaminya, mereka akan menjalankan suatu aktiviti wajib di bulan Ramadhan. Pada hujung minggu, mereka akan membeli barang2 keperluan asas, penuhkan bonet kereta mereka, bawa anak2 mereka di dalam kenderaan itu dan perlahan2 menyusuri kampung2 dan lorong2. Agak2 nampak ada keluarga yang dhaif keadaannya, mereka singgah, beri salam, beritahu sepatah dua tujuan, turunkan barang2 dan teruskan perjalanan ke tempat lain.

Subhanallah......


Semoga kita lebih peka dengan jiran2 dan masyarakat sekitar kita.....


Amiin...


.

Jumaat, 4 Julai 2014

Banyakkan Bersabar

Assalamualaikum.....




Sekadar berkongsi bila terkenangkan luahan perasaan adik kita. Dia yang seorang staffnurse di hospital daripada dulu lagi di aniaya oleh pihak atasan dan rakan sekerjanya dek kerana pihak pengurusannya menghargai komitmen beliau. Sampai ada satu ketika dia rasa macam nak tarik diri. Tapi berjaya diselesaikan masalah tu melalui perbincangan.

Dia kemudiannya di tukarkan ke jabatan baru. Ok sikit kerjanya, tapi pendapatannya memang jauh berkurangan. Beliau terima juga dengan redha. Baru dia rasa aman sikit, mungkin kerana orang lain berpuas hati. Tapi mestilah dia ada perancangan untuk masa depan. Maka selepas post-basic diplomanya, beliau sekarang menyambung pengajian untuk degree pula di dalam bidang management. Itupun secara part-time, senyap2.

Entah macam mana, salah seorang sister yang 'ehem2' sebelum ini terserempak dengan dia di kampus. Secara tiba2, markah untuk performancenya diturunkan dengan mendadak, dan increment tahunan dia pun tahap2 kakak cleaner jer. Frust sangat dia.

So, apa sangatlah yang boleh dilakukan. Timun dengan durian, kena gelek pun berlubang, menggelek pun cedera parah juga.

Sabarlah adik.... Allah Maha Mengetahui....



Nota Entry Semalam :

- Munduk memang di Thailand, sempadan di Rantau Panjang, Kelantan
- Kita kaitkan dengan Kuantan sebab bila hubby di Kuantan, kami selalu jer terjah Kota Bharu sesuka hati bila hujung minggu.
- Tolong jangan cari laksa siam di Kuantan sebab kami pun sanggup memandu ke Kota Bharu untuk cari laksa siam.

Sekian, terima kasih. Heheheheh

Khamis, 3 Julai 2014

Laksa Siam Ori di Siam...

Assalamualaikum.....

AMARAN KERAS!

KALAU ADA PEMBACA YANG WAS2 DENGAN PAHALA PUASA ANDA, SILA ABAIKAN ENTRY INI.... SEKIAN.



Semalam kita baca kisah Kak Seri Kandi Tanah Jauhar tu yang cerita pasal mee celup di Munduk, Thailand tu. Memang sedapppp. Aduhai...warung biasa2 tapi semuanya menyelerakan...

Kali ni, kita nak cerita tentang kesedapan laksa siam di Munduk pula. Memang setiap kali datang sini, kami suka juga pergi ke kedai nie dan makan laksa siam. Kalau orang ramai, meja penuh, baru kami cabut cari kedai lain.


Laksa Siam 

Laksa siam ni adalah hidangan pertama yang kita cuba makan masa trip kali pertama kami. Masa tu kami tercangak2, tercengang2, sebiji macam rusa masuk kampung. So bila nampak ramai rakyat Malaysia lepak kat kedai ni, kami pun ikut masuk. Hubby takut2 nak makan masa tu..hahahaha...kita jer yang berani2. Tapi, bila habis jer suapan pertama, terus laju menyudu. Siap senget2kan mangkuk lagi nak habiskan kuah sampai licin.

Laksa siam ni adalah mee hoon beras yang kasar dan tebal, dicelur sehingga lembut, di tuangkan dengan kuah isi ikan yang lemak dengan santan, tapi sedang elok untuk di hirup. Maknanya tak pekat sangat. Di hidang dengan ulam2 lain seperti timun, tauge dan sejenis daun ulam yang dinamakan pucuk petai. Ada sedikit bau petai, tapi tak la power macam petai. Pucuk ni lembut, tapi rangup. Tak pahit dan menambahkan perisa. Kalau nak pedas, cedok jer la sambal belacan yang memang sedia ada atas meja.




Selepas 3 tahun menempuh Munduk, hubby suka dengan megi Siam nya. Maaflah, tak ambil gambar pula. Meginya tak banyak lilin. Memang tepung gandum yang dikeringkan setelah jadi mee. Maka, masaklah, rendamlah air panas pun, megi tu tetap tak kembang dan hancur macam megi kita di Malaysia ni.

Tapi Adam setekak dengan kita. Dia pun suka laksa siam dan juga laksam. Kedai nie memang ada jual laksam juga, tapi laksam mudah dapat di Kelantan. Cuma laksa siam jarang jumpa. Dan juga laksa siam kedai nie memang sedap.

Inilah ownernya. Apa entah nama kakak ni. Kedainya betul2 di jalan besar di Munduk tu. Redup jer kedainya. Pandai kecek kelate. Senang kita nak faham. Bertahun2 kami jadi pelanggan dia, tak pernah nampak dia pakai baju lain selain dari baju kurung tau. Tutup aurat better dari peniaga lain. Kami memang selesa dengan beliau.

Ini dah tak menetap di Kuantan lagi, makin susahlah nak merasa laksa siam beliau lagi...uwaaaa....

Baru seminggu tinggalkan Kuantan, kami dah rindu.


.

Rabu, 2 Julai 2014

WW : Petua Murah Rezeki

Assalamualaikum.....










Psst : Errr, dia salah eja 'rezeki'.... faham2 sendirilah yer. Yang penting intipatinya tu....


Selasa, 1 Julai 2014

Sotong Sambal Simple di Bulan Puasa

Assalamualaikum.....


Semalam kita dengan hubby pergi ke pasar Ramadhan di Bt 4, PD. Mencari juadah berbuka puasa. Dari pagi memang dah pesan dengan mak, tak yah masak sebab mak dah letih buat revision sains dengan Adam. Kebetulan, kami memang bercadang nak berbuka di PD.

Bila pergi ke sana, tengok lauk pauk yang orang jawa panggil 'cebleh', lauk2 yang terdedah dan di hinggapi lalat, kuih muih yang kecut2 tak tahu bila di masaknya, kita jadi tertanya2. Peniaga2 ni pernah berniaga tak? Ikhlaskah mereka berniaga?

Last2, kami tak beli walau sekeping kuih pun. Lauk pauk pula kami hanya beli yang dibakar panas2 di situ, atau yang sedang menggelegak dalam kawah atau kuali. Ada juga kami beli sayur pecal yang dah siap dibungkus kemas dan bersih. Itu saja yang boleh diterima....

Maka mulalah tekak membayangkan menu yang simple macam sotong sambal ni. Bukannya susah, tumbuk cili padi dengan bawang putih, tumiskan sampai wangi. Lepas tu masukkan bawang besar yang dihiris. Masukkan sotong yang dipotong bulat. Kacau2 seminit, perasakan garam gulanya, angkat. Nak siang sotong pun bukannya susah kan.

Rasanya, kos lebih murah, kebersihan terjamin dan kesedapannya memuaskan hati. Nak masak yang susah2 tu...memang jauh lagi la kita nak mencapainya.....

.


 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink