Jumaat, 26 September 2014

Sekali Sekala Pizza Hut Pun Sodap...

Assalamualaikum.....

Dah lama dah peristiwa ni. Tapi sayang gambar dalam folder ada. Dahlah kebelakangan ini henpon kita buat hal. Tak boleh plak nak transferkan gambar2 dalam pc. Nanti kena buat entry dalam henpon jer kalau nak guna gambar2 tu. Memang payah laa nak tunggu loading gambar nanti.

Anyway, sekali sekala berkumpul dengan keluarga makan di Pizza Hut, terasa lah sedapnya. Tak boleh selalu. Muak. Dahlah kita ni bukan penggemar pizza sangat. Kenyang tu memang la, tapi entah kenapa sejam lepas makan mesti lapar balik. Mungkin kenyang masa makan tu sebab mental block kot. Dah tekak tak boleh terima lagi, so terus jump into conclusion, dah kenyang. Susah kalau perut orang kampung macam kita ni. Nak makan nasi juga kekdahnya....


Anyway, bologneise spaghetti kesukaan kanak2 kan... Hubby pun suka. Kita tak berapa suka. Masam!


Masa tu ada promotion pizza apa entah. Tapi yang ni sedap jugala sebab ada cili..hehehehe

Chicken wings adalah kemestian

Carbonara kesukaan Adam. Tapi masa ni Adam tak ikut. Dia ada tusyen. 

Pergi dengan budak ni dan familynya. Kakak Aleycia sekarang dah ada 2 orang adik. Semakin matang dah... 


Weekend ni adalah masa bonding dengan Adam. Semoga dia tenang menghadapi kertas peperiksaan lagi hari Selasa minggu depan. 


.


Khamis, 25 September 2014

TH Hotel, Kuala Terengganu



Assalamualaikum.....

Beberapa bulan sebelum hubby tamat tugasnya di Kuantan, hanmpir setiap hujung minggu kami suami isteri akan menghabiskan masa di Kuala Terengganu. Selepas kemas barang rumah untuk dibawa pergi serba sedikit, kami pun biasanya akan terus bergerak ke sana.

Kadang2 dalam kereta jer buka Booking.com dan cari hotel yang bersesuaian. Kita terjumpa tentang TH Hotel ni. Bukan di pusat bandar, tapi dekat dengan lapangan terbang. Kami suka kawasan Unisza dan lapangan terbang tu. So, kami putuskan untuk mencubanya.

Untuk kali pertama tu, kami tiba lewat. Hampir pukul 2.00 pagi baru nak check-in. Dah la sepanjang jalan hujan lebat. Kami masuk hotel dengan rupa yang agak selekeh juga la dalam keadaan basah2 sebab sebelum tu meredah hujan untuk ke kedai makan la...pergi tandas la dan isi minyak kereta. Tapi, berbeza dengan sebahagian receptionist hotel besar yang kadang2 memandang kami dengan riak yang agak sombong, di TH hotel ni pula kami di sambut mesra. Di beri layanan mesra dan sangat menyenangkan walaupun masa telah menginjak pagi.


Bila masuk biliknya, lagi kami senang hati. Wah, katil besar...king size. Walaupun harga bilik murah saja... Ada bangku lagi di depan katil. Ada satu sofa....kami suka...



 Petunjuk arah kiblat pun jelas. Dibawah arah kiblat ni pula ialah sebuah meja kerja dan sebuah kerusi. Sangat kemas dan selesa. Bila buka wardrobe, ada sejadah tersidai di hanger. Memang kita sangatttt suka...


Kita masuk tandas. Tandasnya di asingkan bilik shower dan bilik untuk toilet bowl tu. Keduanya mempunyai pintu. Memang bagus. Di luar kedua tandas itu amcam biasalah, kawasan sinki. Tapi, bila kita masuk shower room untuk ambil wuduk, wah, dah sedia paip khas untuk ambil wuduk. Tengoklah.... Bagus kan?

TH hotel ialah hotel kepunyaan Tabung Haji. Terang-terangan tiada apa yang perlu diragui di hotel ini. Syariah compliance. Kita sangat gembira kerana TH menjalankan usaha ini. Consider fardhu kifayah untuk mereka ni. Di lobi hotel, ada satu kaunter bank kecil untuk Tabung Haji. Dan ada satu butik pakaian di lobi yang mana baju2 nya semua cantik2 belaka dan menutup aurat. Jubahnya juga cantik2.


Ini gambar dari google


Macam biasa, kami ke kolam renang. Sayangnya, kita tak ambil gambar di kolam renang. Kita kongsikan gambar dari google yer. Ada kawasan untuk kanak2, macam sungai kecil di sekelilingnya dan macam taman tema air yang ringkas. Sekadar nak beri anak2 bersukaria, memang boleh sangat2. Sebelah kanan tu adalah kolam dewasa. Adam memang di kolam dewasa jer lah...senang dia nak berenang. Siap lumba berenang lagi dengan papanya. Papa menang, Adam masih belum cukup ilmu. Hahahaha.

Anyway, di bahagian bawah gambar yang tidak kelihatan di atas adalah kolam renang khas untuk wanita. Bertutup, berbumbung. Kita tak masuk sebab kita sorang2 jer. Berendam jer dengan hubby dan Adam terus. Lagipun pengunjung tak ramai masa tu.

Sejak dari itu, kami memang suka ke sini. Plus pointnya, breakfast sangat sedap. Nanti kalau kita jumpa gambar2nya, kita kongsikan yer. Breakfast ialah makanan tradisi Terengganu. Ada nasi dagang, nasi berlauk atau nasi lemak, daging bakar yang super yummy, ada ketupat pulut palas dan bread and bun yang semuanya di bakar sendiri oleh chef di hadapan tetamu. Memang semerbak wangi bau roti baru keluar oven tu.

Ok...sesiapa yang nak ke Terengganu hujung tahun ni, apa kata cuba menginap di sini....


.

Rabu, 24 September 2014

WW : Perjuangan Takkan Berhenti....

Assalamualaikum.....





Psst: Ada yang kata, apa nak kecoh? UPSR jer pun. Kalau anak ko pandai, buat exam bila2 pun dia dapat cemerlang...

Pssssssstttttt : Anak saya bukan genius dan pandai macam anak encik.... Sebab tu dia dan kami berusaha kuat.


.

Selasa, 23 September 2014

Nak Detect Kertas Bocor Pun Terhegeh-Hegeh?

Assalamualaikum.....

First, Berita Harian dah publish kan soalan Sains dalam suratkhabar mereka pada pagi hari peperiksaan tersebut. Dan berita peperiksaan ditangguhkan hanya diumumkan malam sebelumnya yang mana sah-sah la pemberita dah dapat awal lagi. Kalau pemberita dah dapat, bayangkan rakyat umum yang dapat melalui facebook dan whatsapp...

Kedua, nak tentukan soalan Matematik dan Tamil bocor ambil masa 2 minggu???? Biar betul. Apa yang mereka2 ni buat? Pergi holiday dulu? Mana intergriti mereka ni semua?

Ketiga, dah kenapalah di jarakkan peperiksaan sampai begitu jauh sekali? Dah tak macam UPSR dah ni. Ala-ala macam jadual peperiksaan ambil ijazah dah gayanya ni. Bijak kan orang-orang kementerian ni?

Ke empat, kalau betullah 9 Oktober adalah hari terakhir UPSR, maka bila masa mereka nak proses jawapan? Pemeriksa kertas soalan boleh ke memeriksa dengan teliti dan adil jawapan2 pelajar? Harap-harapnya kerja keras pelajar ni tidak dianiaya hanya kerana pemeriksa diberikan masa pendek untuk mengeluarkan keputusan. Maklumlah, bila dah banyak-banyak, dah kelam kabut, ada titik pun nampak macam koma. Habis hilang markah budak.

 Biasanya UPSR habis pertengahan bulan September dan penghujung November keputusan akan di umumkan. Lebih kurang 2 bulan masa yang di perlukan. So tahun ni macam mana? Takkan bulan Disember baru keluar? Habis tu, kelam kabut la mak ayah nak uruskan persekolahan anak2 untuk ke Tingkatan 1. Nak uruskan dengan Jabatan Pendidikan lah, nak tunggu surat sekolah lah, pengesahan itu, pengesahan ini....

Itu belum lagi mereka2 yang berjaya dapat 5A. Nak temuduga untuk ke sekolah2 terpilih dan sebagainya?

Pernah tak perkara-perkara ini difikirkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab ni?

Adam, telah hilang mood. Begitu juga dengan kawan-kawannya. Nampak lah usaha mereka untuk kembali mengulangkaji. Menghadiri sambungan kelas tambahan dan sebagainya. Tapi sebagai ibu bapa, sebagai penjaga dan sebagai pemberi kasih sayang, kami nampak betapa peritnya mereka memaksa diri mereka.

SEDIH, TAU TAK?!

Wa....kita masih mood negatif melampau. Harap ampunkan entry luahan perasaan kita.... sob..sob..sob....



.

Isnin, 22 September 2014

Dah Alang-alang Repeat 3 Subjek, Repeat Semua Sekalilah Datuk Seri!

Assalamualaikum.....

So, confirm Matematik pun kena ulang sekali lagi. Isnin minggu depan, Matematik dan Selasa tu English dan Sains pula. Luka yang panjang dan dalam di perahkan lagi limau nipis di dalamnya. Adoiiii...pedihnya kenyataan. Ha, akak dah berdrama bagai dah ni.

Maka, dah alang2 semua tu kena repeat, tak nak repeat BM sekali ker? Dah alang2 susahkan pelajar, dah peningkan mak bapak dan dah pijak2 guru2 Malaysia ni, all out jer lah terus kan? Biar semua sekali hanyut. Biar batch candidates UPSR tahun ni calarkan sejarah UPSR Malaysia. Sekali sekala Kementerian Pendidikan dapat graf merundum menjunam ke bawah dengan kaler merah, apa salahnya, Datuk Seri. Sila...sila... sila lah...

Malaysia kan hub pendidikan antarabangsa.....

Malaysia kan ada taraf pendidikan yang sangat baik.....

Apa saja boleh berlaku di Malaysia.....

Menyusahkan rakyat, di kata lah rakyat tak mengenang budi sebab konon hidup senang....
(Yang senang tu, rakyat lain yang datang naik tongkang tu...sila check betul2 yer...)

Ohh....akak hari ni mood negatif. Negatif melampau. Penat pujuk hati tau.... tapi makin berderai rasa jiwa ni...

Agak2nya, kerajaan akan pujuk hati kami tak...?

Oh, tak yah tanyalah.... Jawapannya : JANGAN HARAP!!

.

Short Break is Over. Get Back To Work UPSR Candidates!

Assalamualaikum.....

School starts today after 1 week of short break. I didn't put any pressure on Adam. A few modules of English sets only through out last week.

But then, break is over. Reality is true. Whatever happens, the continuation of UPSR will be there. Another 8 more days for them to drive out the efforts.

Adam, me, the teachers, the nenek and atok will start to push the gear forward now... Broooommmmm....!

.

Khamis, 18 September 2014

When Hubby Was In Taiwan

Assalamualaikum.....

It is not a good day to speak about food, yea... But I can't hold these pictures any longer in my folder. I have to share it out....

It was hubby's last trip while he was serving the previous company in Kuantan. His good bye trip. He went there to introduce his successor to the acquaintance there.

While he was there, they went to a seafood restaurant by the sea in Taipei. It's basically seafood, so hubby felt at ease a little bit. Hubby lovesss sea creatures. Fish, squids and especially prawns are his interest.

With one of his colleague

The scenery

Crabs and crabs and crabs.... 

Fiiiiisssshhhhh......

Oh hoooo....the lobster!

The seashells....


They requested the prawns to be simply boiled..

Vegies....


Clamps...


The sashimi. Salmon, tuna, etc. Look at the garnish. Sooo pretty. We wouldn't find it in Umbai, Malacca, right?



Red snapper. Steamed with simple soy sauce. 

The front view of the shop. 


The crab soup. Hubby said it was yummy...

Alive sea creatures in the aquarium




Crabs and lobsters and big prawns.....

This is the star of the day. The oouniek in Japanese. Or, the sea urchins in English. Malay calls it 'landak laut'. 

They will cut the sea urchins to eat the roe. It is an exotic delicacies. Eaten raw usually.

Look at the size of the roe. It is definitely yummy. The sea urchins' roe is very expensive in Malaysia. We could however easily find it in Sabah, but with a smaller size than in the picture. 


I have one experience eating the sea urchins' roe. Maybe I would share it later in another entry.

Stay tuned, all...


.

Rabu, 17 September 2014

Makan Sedap Masa Berkursus

Assalamualaikum.....

Bila pergi berkursus, biasanya kita rasa seronok sebab tak perlu keluarkan duit untuk makan. Dah lah tu, kejap2 makan, kejap2 makan kan? Tapi tak semua tempat berkursus disediakan makanan yang sedap. Ada  juga yang ala kadar jer.

Masa kami berkursus beberapa bulan lepas, kami rasa seronok sikit sebab syarikat bermurah hati nak booking Royale Chulan untuk kursus. Wah, seronok betul sebab yang uruskan semua tu kita sendiri. Sebelum kursus bermula, berkali2 kita ingatkan mereka untuk serve yang baik2 sebab CEO kita cerewet sikit.


 Hari pertama punya breakfast. Breakfast tau, bukan coffee break. Bukan main sedap lagi samosa dia..dengan mini popia otak2 tu.


 Ini adalah petugas2 yang terpilih untuk kursus pengurusan yang khas ni. Trainernya memang superb. Sangat profesional. Time hentam, dia hentam betul2. Time bagi solution, dia betul2 tak kedekut punya.

Ini adalah tea break. petang lah, sebelum balik. Banyak lagi gambar2 yang kita tak dapat snap sebab kebanyakan waktu makan tu kita terpaksa duduk semeja dengan CEO dan juga trainer. Adoiii....memang tertahan2 betul lah makannya. Bos2 ni dah selalu makan luar, so diorang makan pun sikittt jer. Yang kita ni dah kebuluran. Dah ler tu, waktu makan kena bincang lagi isu2 serius....aduhaiii.


Untuk lunch, memang ikut buffet hotel. Perghh...sangattttt banyak pilihan menunya. Macam2 ada. Yang pelik2 pulak tu. Ini, kalau ada bajet lebih, bawak family datang makan mesti best nie...

 Ini pasta apa tah...dish yang kita ambik masa second day. Sajer makan lambat2....so bila boss2 dah habis makan, baru kami tarik nafas dan makan dengan seronoknya.

 Sashimi yang fresh dan sedap. Japanese section agak tersorok sikit kat belakang. Sajer jer dia nak sorok kan...sebab dia tau guest mesti ramai yang suka Japanese food.

Nasi beriyani hari pertama. Tengoklah, ciputtt jer kita makan kan. Sedih..sedih... Bosses ada. 

Ini second day, aka the last day. So haruslah pulun kan... Uishh..kerabu tauge yang simple tu pun rasa sedap bangat. Memang sedap2. 

Ok....puas hati bab makan. Air panas semua free flow sepanjang training. Memang luxurious betul.

Sayangnya, susah nak dapat pergi training2 macam ni. So, bila ada peluang, selain menuntu ilmu tu, explorelah makanannya yer....



.

Isnin, 15 September 2014

Nasi Bungkus Di Stesyen Bas Kuantan

Assalamualaikum.....

Ini kisah lama....sebelum bulan puasa. Weekend terakhir kami di Kuantan. Dah siap bawak balik barang sikit2. Masa ni dah nak wrap up semua dan serahkan kunci rumah pada landlord. So, tak nak bawa 2 kereta bila balik ke Melaka. Kalau satu kereta, at least kita dengan hubby boleh tukar2 drive.

So, kita dengan Adam pun ke Kuantan dengan naik bas jer. Bertolak dari Terminal Seremban menaiki Transnasional. First time naik Transnasional dari Seremban ke Kuantan. Selalunya naik Bas SP Bumi. Tapi, seriknya kami naik Transnasional. Memang sangat selesa lagi naik SP Bumi.

Anyway, perjalanan kami bermula seawal jam 9.00 pagi di Seremban. Kami tiba di Terminal Bas Kuantan pada jam 3.00 petang lebih. Punyalah laparnya. Bas ada berhenti kat Keratong, tapi tak lalu lah pula nak makan. Sampai di Kuantan, sementara tunggu hubby jemput pukul 5.00 petang, kami lepak2 di food court.



 Food courtnya boleh tahan banyak dan bersih. Selesa sangat lah. Makanan semua jenis yang berbungkus dan dibuang selepas makan dan minum. Maka pelanggan sendiri boleh kemaskan meja. Ada berbagai2 stall. Ringan2 ada, nak berat2 sikit pun ada.


 Kebetulan masa kita sedang berfikir2 nak makan apa, gerai yang hujung sekali tu di datangi oleh pekerjanya yang mebawa 2 bakul besar makanan berbungkus. Wah, macam2 ada. Nasi putih lauk ayam, lauk ikan, nasi kerabu, nasi dagang, mee goreng dan berbagai2 lagi. Kita pilih nasi lauk ayam goreng. Bungkusannya seperti di atas. Klasik kan....

Dalamnya ada ayam goreng yang masa tu masih panas lagi, nasi putih yang elok masaknya dan sedap, sup kosong, timun beberapa hiris dan sedikit sambal belacan. Perghh...tengah lapar, dapat nasi dan ayam goreng panas, top up lagi dengan sup kosong dan sambal...memang layan habis la. Food court tu pula open space. Angin bukan main banyak lagi. Adam mula2 dah makan ayam goreng yang macam Uncle Bob tu, tapi bila tengok kita punya nasi, dia pun teringin. Yang kat gambar ni, nasi Adam la ni. Pertama, sedap. Kedua, memang dia lapar. Ketiga, tak rushing sebab kami terpaksa menunggu 2 jam di situ.

Alhamdulillah... keletihan dan rasa tak best naik Transnasional tu terubat juga dengan hidangan yang simple macam ni.

.

Jumaat, 12 September 2014

Kekecewaan dengan UPSR 2014

Assalamualaikum.....

Siapa yang tak kecewa kan. Seriously, gugur air mata. Sangat keciwa. Sangat sedih. Kasihannya anakku. Kasihannya anak2 ini semua. Kasihannya guru2 mereka sekalian.

Dalam berita malam tadi, ada juga yang gembira kerana mereka berpeluang untuk belajar lagi kerana mendapat masa tambahan.

Tapi, bagi anak2 yang telah bersedia, yang telah berikan segala2nya untuk persediaan ini, berderai harapan mereka untuk merdeka.

Macam mana nak kata yer. Mungkin ada yang tak dapat memahami kerana tak pernah mengalami.

Situasi kami sendiri yang tinggal berjauhan dan berasingan.

Dek kerana UPSR, dek kerana untuk memantapkan diri kerana Adam anak tunggal, maka bebannya sangat berat itu membuatkan hujung minggu dan cutinya terpaksa dikorbankan kerana UPSR. Lebih kurang 2 tahun kami semua menahan diri, 'berpuasa' dari kebebasan berkeluarga semata2 kerana UPSR. Oh, pasti ada yang 'tembak' kami semula. Salah kami kerana tidak pandai mengawal masa dan situasi. Hmmm...bukankah untuk berjaya harus disertai dengan pengorbanan? Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza pada pengorbanan dan pada kejayaan. Maka kami, ini yang kami corakkan. Persetujuan bersama.

Tapi bila kebebasan itu kami janjikan semalam punah, dan mereka yang sebelum ini beriya2 untuk bekerja keras asal saja mendapat kebebasan sementara itu bermula semalam tidak tercapai hasratnya, maka kesan daripada apa yang tidak nampak di mata ini sangat dalam. Kecewanya, hanya Allah yang tahu. Rasa bersalahnya seorang mama yang tidak mampu mengotakan janjinya sangat tidak tergambar.

Persoalannya....

Mengapakah kejam sangat sehingga kanak2 yang masih mentah ini menjadi mangsa?

Tahu tak beratnya bebanan mereka? Tanggungjawab kanak2 12 tahun pada masa ini tak sama dengan kita masa kita 12 tahun dulu. Nak memantapkan jiwa mereka agar mereka bertahan sehingga 11hb September 2014 bukannya mudah. Siang malam berbagai2 bentuk dorongan mereka terima. Keras dan lembut, kasar dan halus. Semua ada. Tapi bila ianya di tunda ke 30 September, lebih kurang 20 hari tambahan....itu sangat membebankan.

Mereka semua dah bersedia untuk redha dengan apa sahaja keputusan mereka kerana mereka telah buat yang terbaik sejak 3 hari lepas. Kapasiti maksimum untuk mereka.

Kita berpeluang duduk dan berkongsi rasa dengan guru2 sekolah semalam. Kecewanya mereka, lebih lagi dari anak2 murid. Lebih lagi dari ibu bapa. Sangat2 kecewa. Kasihannya mereka. Sehinggakan hari ini, semua pelajar darjah 6 di minta untuk bercuti. Tak perlu datang sekolah. Rehatkan diri, rehatkan minda. Ini tekanan yang amat berat untuk seluruh mereka.

Kita berdoa agar kita juga diberikan ketabahan dan kekuatan dan kembali berdiri teguh untuk menyambung perjuangan yang masih belum selesai ini. Semoga ujian ini adalah hikmah agar beroleh kecemerlangan di masa hadapan, walaupun bukan dalam UPSR ini.

Redha dengan kejadian ini, tapi siapalah kita untuk menidakkan rasa hati.....

.

Khamis, 11 September 2014

English Paper Too? You Got To Be Kidding!

Assalamualaikum.....

Postpone the Science paper for UPSR is hard enough for the students, the teachers and the parents too....

But now English paper too???

What happenned?

Who to be blamed? Someone must take this responsibility.

This is bad. This is real bad...

Last Day UPSR 2014

Assalamualaikum.....

I'm taking leave today. Crucial for me. The exam papers for today are :

English Paper 1
English Paper 2
Rest
Science
Lunch
Aptitude Test

Thus, I plan to stay with him at school. I will bring some food for him, bring some books for me and make sure he will stay awake until evening.

But....

The news about the science paper is a big challenge for all of us. It could be good because Adam could have more time to study. But he and his friends are all ready to end it today with a loud relieve. Thus, the postponement is a kind of demotivation for them.

I am not aiming the stars in the sky. He is free to achieve any grade and I will never question him on whatever that he will get. I just want to make sure that he will be at his best no matter how hard the life could be.

.

Rabu, 10 September 2014

Only One Paper Today

Assalamualaikum.....

Only one paper : Maths 1

I am praying so hard that he will not do any careless mistakes.

Insya Allah....

.

Selasa, 9 September 2014

I am trying my best for him...

Assalamualaikum.....

My best in my condition.

Sent him to school today. I almost cry my heart out when I kissed his forehead and hugged him tightly.

He was stressed yesterday. So did my parents. Mak had fever, with cough and flu. Ayah has fever too with body ache. I had cramped...a very terrible one. And Adam, the candidate himself had a terrible diarrhea. I sent him to the clinic last night and took medicines.

Woke up early today (actually, we barely slept last night) and prepared his healthy breakfast. A mug of hot chocolate drink, a few sausages with cheese and half boiled eggs. He brought a box of soya bean drink and a small box of cornflakes to school.

Today's paper :
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2
Rest
Mathematics 2

At 12.30, the teachers will start the additional class for tomorrow's preparation.

And what the hell I am doing here in the office if my heart and soul and this small brain are left back with my son in PD?

Oh yes, I utilized my annual leave. Sob..sob....!


.

Isnin, 8 September 2014

Selamat Berjuang, Puteraku....

Assalamualaikum.....




Kurang dari 24 jam lagi, anakanda akan melangkah ke medan tempur.
Pertempuran ini senjatanya pensil dan kertas
Strateginya ialah ketenangan
Kekuatannya ialah keyakinan
Azamnya, impian harus dicapai.

Putera bonda,
Ingatlah yang kasih sayang bonda sentiasa disisi,
Keyakinan ayahanda tetap utuh untuk anakanda,
Harapan setinggi gunung dari nenda berdua yang tercinta,
Berjuanglah laksana perwira,
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim.
Tawwakkaltu 'alaAllah....

Bonda yakin anakanda akan bertarung sehabis baik,
Bonda nampak jerih anakanda mempersiapkan diri,
Apa yang tinggal hanyalah doa kudus mohon yang terbaik dari Ya Rahman



Jumaat, 5 September 2014

Sarapan Seperti Raja di Muar : R&H Cafe Satay Maharani

Assalamualaikum.....

Kita pernah singgah Muar sekali dengan hubby masa hubby nak pergi audit di JB untuk breakfast. Kami sengaja tahan lapar dari Alor Gajah untuk menikmati sarapan pagi bersama sate. Tapi disebabkan kali pertama, kami belasah jer mana2 kedai yang ada asap2 pembakaran sate. Oklah juga. Tapi agak kurang meriah. Menu sampingan dia agak kurang memikat. Yang sedap betul2 sate jer. Itu adalah sarapan yang pertama, kedai betul2 berhadapan dengan stesyen bas.

Kemudian, kami pergi lagi. Kali ni memang untuk bersiar2. Bawa mommy, Adam dengan Firdaus sekali. Sajer jer kami nak bagi Mommy release tension sekejap. Oh, kami pergi ni masa sebelum bulan puasa hari tu.

Kali ni kita dengan hubby cuba kedai lain pula. Kedai yang penuh orang. Nak parking pun susah. Dekat2 dengan 7-11 stesyen teksi Muar tu. Disebabkan tak ada apa yang nak dikejar, maka kami sabar jer menunggu parking kosong.

Walaupun nampak orang ramai, tapi kami tengok kedai nya kecik jer. Tapi yang penting bila nampak sate sedang di bakar dengan rancaknya, kami jadi teruja. Melangkah masuk ke kedai, terperanjat kami. Rupa2nya dalam tu banyak lagi kerusi meja. Di bahagian belakang kedai pula di ubah suai menjadi seperti taman kecil dengan kerusi meja yang berbagai bentuk dan menarik. Maaf, tak dapat nak ambil gambar sebab orang penuh. Lagipun, objektif utama ialah makanan. So, kita kena test makanan dia dulu.

Kami cakap nak sate. Tak perlu beritahu nak berapa cucuk. Dia memang akan hidang ikut set. Setnya ialah sepinggan sate ada sate ayam, daging dan perut. Eh, tak perlu cakap banyak. Memang sedap. Sepinggan macam ni untuk orang yang kelaparan datang dari Melaka seramai 5 perut, memang tak cukuplah kan. So, hubby laung lagi...nak lagi 2 set. Hehehehhe. 


 Sementara menunggu sate sampai tadi, kami order makanan lain juga. Ini namanya roti telur goyang. Nama sebenar dalam menu, macam tu la. Menunya di tampal ke dinding terus. Buat signboard menu. Kami pula masa tu duduk betul2 dekat dengan menu tu. Memang seronoklah tengok nama2 dia. Tapi ada juga nama2 menu tu di gantung merata2 di dalam restoran.

 Salah satunya ialah tauhu lentok. Owner dia jaga kaunter cashier. Dekat dengan meja kami makan. Dia cakap sedap, so kami order. Tahu lentok ialah tahu telur yang lembut tu di bakar. Ditaburkan dengan timun, tauge dan sengkuang, dicurahkan sos pekat yang manis dan pedas2 sedikit dan akhir sekali di taburkan kacang tanah tumbuk.

Pada kita, kita suka. Compared with tahu bakar yang biasa tu, kita suka lagi tahu lentok nie.


Dua calon UPSR yang masa ni masih belum risau lagi. Bukan main happy lagi. Order air pelik2, makan sate macam 2 hari tak makan. Hahahahaha.

 Lontong ialah pilihan kita. Kita memang suka lontong, tapi yang ni kurengggg la. Nama dalam menu ialah Lontong Champion, tapi tak berapa nak champion lagi. Kita lebih suka lontong yang Mommy masak, di makan dengan sambal tumis udang Mommy. Perghhh...sedapnyaaa.

Ok, ini adalah entry pengenalan. Kena pergi lagi sekali untuk betul2 buat entry yang mengancam lagi. Oh yer, sesiapa nak ke Muar, boleh cari yer kedai ni. Senang jer nak cari. Nak cari parking tu yang susahnya.

.

Khamis, 4 September 2014

Berita Hangat Dari Cikgu Sarawak Tuuu

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....


Kesyukuran lagi rasanya.

Ingat tak entry kita menyertai peraduan blogger Zamani tu di ENTRY ini dulu?


Baru kejap tadi dah keluar dah KEPUTUSANNYA.  Kita terpilih untuk memiliki power bank comel tu....
Seronoknya...seronoknya. Tau tak kenapa? Sebab kita memang tak ada power bank pun. Nak beli, tapi x sempat2 lagi. Yerlah, selama ni kami tak ada masalah battery habis. Kat rumah ada charger. Kalau travel, dalam kereta mesti charge handphone. Kat hospital pun cucuk jer lah charger tu. Tapi, bila pergi raya, takkan nak godek rumah orang carik charger pulak kan. Bila kenduri, mana nak cari plug kosong. So, memang kena beli juga lah. Tapi tetiba dapat hadiah macam ni. Syukurrr, Ya Allah.

Kepada Cikgu Zamaaniiiiiii (ikut tone suara budak darjah satu tu yer, cikgu), terima kasih banyak2. Moga semakin dimurahkan rezeki, beroleh isteri yang solehah dan mithali nanti dan dikurniakan anak2 yang beriman. Amiiin.


.

Back In Action

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. This is my second day to be back in the office. It's great to be back to the routine. I am still limping, but I receive great help from colleagues in the office.

One of our gentlemen is kind enough to drive my car and send me to the office door and he parks my car at my parking lot in the morning. And in the evening he will go and get my car and fetch me at the office so that I don't have to walk much. I am so grateful.

Oh, bad news. I have to put on my witch hat and carry a broom that can fly in this company. Direct order from our CEO. It's tough to be a Human Resource person. When you try to be nice to the staffs, they take you for granted. And in the end you will be pressed down to the floor by your top management. And when you uphold the policy and law, you will receive notes everywhere telling you that you will be killed by any means because you are a bad witch.

And me, I take advises from senior HR people from various industries. Once being an HR person, you have to lock up your heart at home. Otherwise you won't be able to fulfill your job. So that explains why I am the only witch that our company has in our HR Dept. Simply because the other HR tends to forgot to leave their heart at home....

Sigh... it is always a sandwich.

Selasa, 2 September 2014

Kembali ke Pejabat.

Assalamualaikum.....

Malam ni susah hati betul kita rasa. Esok pagi dah mula kerja. Macam mana nak berjalan turun naik tangga, turun naik bukit untuk ke pintu pejabat dari tempat parking kereta dengan kaki yang masih bengkak dan sakit.

Kalau orang sihat ambil masa 15minit berjalan kaki, berapa jam pula kita akan ambil masa?

Ya Allah, berikanlahku kesihatan yang baik agar aku boleh kembali mencari rezeki. Amiin.

.
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink