Khamis, 30 Oktober 2014

Aduh....

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, nak keluar bilik dari rumah, bawa beg sandang depan belakang dengan segala mak nenek sebab lepas kerja terus nak balik Melaka...dan masa tangan kanan sedang menarik tombol untuk menutup pintu, tiba2 kita hilang keseimbangan badan. Nak mengelakkan dari terjatuh dengan beg2 yang berat, kita berpaut pada dinding.

Rupa2nya bukan dinding, tapi jenang pintu bahagian ensel tu yang kita pegang dan serentak tangan kanan terus menarik tombol dan menutup pintu.

Addoiiiiii...!!!!!!!!

Dah tua2 pun jari tersepit pintu lagi....huwaaa...sakitnyaaa!!!




Sepanjang turun lif, sepanjang dalam kereta dan memandu ke pejabat, ibu jari ni punya sakit berdenyut tak berhenti2. Herakkan sikit jer pun bukan main sakit lagi. Sampai di pejabat jer..baru berani nak sapu2 sikit. Sakit lagi..uwaaaaa.... Dan tengok, kuku dah purple...uwaaa...!!!!

Eh...doctorssssss, boleh dapat mc tak? Hahahahaha


Psst: Jangan harap boleh cuti, banyak sungguh urgent matters hari ni sebab esok saya cotii....

.

Rabu, 29 Oktober 2014

WW : Sedikit Pemangkin Semangat

Assalamualaikum.....



Alhamdulillah....

Selasa, 28 Oktober 2014

Dinner Dating Kami...

Assalamualaikum.....

Hubby kena menjalankan beberapa tugasan audit di area Lembah Kelang masa tu. Dah lama dah...beberapa bulan yang lepas. Eh..bukan..dah banyak bulan sebenarnya...hehehehhe. Oleh itu, dia kenalah stay di hotel kan, Bini dia ambil kesempatan. Cari hotel yang dekat dengan opis si isteri agar si isteri boleh menempel sekali di hotel. Lokasi terbaik ialah Sri Petaling....hahahahha. Suka...suka....

Hubby stay lebih kurang seminggu jugala sebab ada beberapa kilang yang berlainan harus dikunjunginya. Jadi bila malam, kami jalan2. Biasanya bawak adik hubby sekali. Masuk KL...pergi Shah Alam, sampai ke Hulu Langat kami pergi sebab nak makan ikan bakar segar.

Tapi malam terakhir hubby di KL, kami mengambil keputusan untuk lepak2 di hotel saja. Kami jalan kami merayau2 kekedai2 berhampiran. Tengok2 baju, tengok2 kasut. Tak beli apa pun...saja jalan2...pegang2 tangan...menikmati angin malam yang penuh asap kereta tu... Bila nak makan...hubby ajak makan di hotel jer sebab di Sri Petaling tu kedai makan muslim tak berapa nak ada kalau malam.

So, kami dinner di kafe hotel jer. Orang pun tak ramai. Yang ada pun hanya minum2 dan makan ringan2 jer disamping bincang pasal bisnes katanya...



Ini air hubby. Kita tak ingat apa namanya, Tapi memang sedap.


Ini hubby order. Marinara spaghetti. Hubby suka, kita kureng sikit sebab masam..hehehe

Apa entah nama benda ni,...tapi dia dok mendidih la bila sampai...

Kami share 2-2 hidangan bersama. Yang benda grill tu kita order untuk hubby juga sebenarnya. Hubby suka...spaghetti pun dia suka. Kita dok menghabiskan sayur-sayuran dia jer. Oh, yang mendidih tu macam kuah dia yang pekat likat.

Suka tengok hubby rileks dan enjoy dating kami. Walaupun selalu juga kami dating, tapi selalunya ada tujuan, ada objective. Dating yang ini, tiada time line, tiada curfew dan tiada obligations. Yang penting, hubby dapat berehat minda dan fizikal.....

Kadang-kadang, tak perlu belanja banyak, tak perlu jauh untuk berdating kan......


.

Isnin, 27 Oktober 2014

Selalu Berlaku Apa Yang Dirancang Tak Menjadi....

Assalamualaikum.....

Kita tak tahulah dengan orang lain, tapi hidup kita, memang begitu. Apa yang di rancang susah nak dijadikan kenyataan. Basically sebab setiap orang yang terlibat pasti ada urusan masing2 yang hanya diketahui saat2 akhir...

Satu lagi kekecewaan besar kita ialah untuk bawa mak dan ayah bercuti hujung tahun ni. Niat di hati nak berikan mereka satu percutian yang agak mewah dan membahagiakan mereka. Sekurang2nya sekali sebagai tanda penghargaan kerana mereka membesarkan Adam dengan sempurna. Kasih sayang mereka, tumpuan mereka, susah payah mereka untuk Adam sehingga Adam Insya Allah akan tamat pendidikan sekolah rendahnya. Tak kisahlah apa saja keputusan UPSRnya, namun pada kita Adam dah buat yang terbaik. In fact sangat cemerlang. Bukan senang nak patuh dengan desakan keadaan dia tanpa kita ibunya sentiasa disamping dia. Tapi Adam sangat matang dan bijak. Pada umurnya, dia berjaya melangkah semua halangan itu.

Dan ayah dan emak pula memberikan lebih daripada 100% tumpuan kepada Adam. Setiap detail tentang kehidupan dia...tentang sedih tangis dia, tentang masa depan dia, tentang kawan dan guru...semuanya dalam genggaman mereka. Dan kita percaya, dengan kekangan masa kita sebagai seorang isteri hujung minggu dan berkerjaya harian, kita mungkin tak mampu membesarkan Adam secemerlang apa yang mak dan ayah buat.

Kita tahu, nak menhargai ibu dan ayah bukan sekadar bawa bercuti. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Benar...sangat benar. Tapi apa salahnya di samping melaksanakan perkara2 lain yang membahagiakan ibu bapa kita, kita bawa sekali mereka bercuti. Seolah2 bagaikan satu bonus kepada mereka.

Bayangkan, anda sebagai anak, setiap bulan melawat ibu bapa anda. Mungkin setiap minggu juga. Disamping itu, turut sama2 menebas rumput, bersihkan kawasan rumah, tolong masak...menyapu dan mengemop dan berikan duit bulanan yang lumayan. Tapi suatu hari, anda katakan yang anda nak bawa mereka bercuti. Agak2nya apakah perasaan ibu bapa anda?

Oleh itu, teringinlah hati nak bawa mak ayah bercuti. Awal2 tahun dulu, konon nak bawa ke suatu tempat yang perlu buku merah tu. Tapi, belum cukup rezeki kami lagi hujung tahun ni untuk menunaikannya. Maka konon nak bawa ke tempat yang dekat2 pun cukuplah.

Tapi tarikh yang kami available pula, mak dan ayah tak boleh. Ada tanggungjawab lain. Dan kita nak bawa adik kita sekali, so pergi 2 kereta agar lebih selesa dan mak dan ayah lebih happy. Adik punya jadual pula clash dengan perkara lain. Dan selepas tarikh yang kami available, kita mungkin tak available kerana tuntutan tugas dan hubby juga ada banyak tuntutan tugas.

Terpaksa akur....

Hubby kata, nak buat macam mana... Tunggulah tarikh2 lain. Tahun2 depan pun boleh.

Tapi hati kecil kita sangat kecewa. Tahun2 depan mak dan ayah masih sihatkah? Masih boleh menikmati momen percutian lagikah? Tahun2 depan, kita masih berupaya dan berkemampuan untuk bawa mereka kah?

Apa kan daya.....Allah lebih Mengetahui. Pasti ada hikmahnya.... Pasrah dan redha.

Untuk sahabat2 sekalian, sekiranya kalian sekarang berkemampuan dari segala sudut iaitu masa, tenaga, wang dan segalanya...cubalah ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan ibu bapa anda. Hargailah mereka semaksimum mungkin. Bukan sekadar balik kampung dan tersengih bangga bila anak2 kita bercerita dengan atuk neneknya yang anda sekeluarga pergi bercuti kesana dan kesini. Sedangkan alangkah baiknya sekiranya percutian yang gembira itu dibawa sekali dan atuk dan nenek itu,,,,,,


Allahu A'lam....



.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Makanan Hospital

Assalamualaikum....

Semasa kita berumah tangga di hospital beberapa bulan lepas, setiap hari pastilah disajikan dengan makanan hospital. Sedap2 juga makanannya, tapi ada yang tak pedas, so sangat tidak menggamit selera. Tapi dah tak ada pilihan, makan saja lah.....


Ini adalah ayam masak kari pekat. Yang ni memang sedap,,,,

Breakfast yang disajikan. Tak habis makan. Simpan lagi sekepingnya...


Lunch...ikan tenggiri asam pedas. Boleh tahan asam pedasnya. Kuahnya cair...agak sesuai untuk orang sakit. Boleh hirup2

Lunch juga.... 2 hidangan sayur dengan satu hidangan ayam sambal dan juga sup kosong. Of course bersama buah.... Biasanya buah kita simpan...makan 2-3 jam kemudiannya. Sudu garfu bukan kepunyaan hospital yer...

Mee sup untuk sarapan pagi. Kata orang jawa, rasanya agak cebleyh... Tak ada rasa,. Kuahnya hanya seperti air kosong yang direbus. Kalau ada cili potong mesti kick. So, kita hanya menghabiskan fishball dan sayur2nya. Mujurlah sayurnya banyak...kenyang juga la...


Yang bagusnya hospital Pantai di Ayer Keroh ni, mereka ada cafe yang menyajikan makanan yang sedap2. Cafenya hanya satu. Tapi mereka ada berbagai2 menu. Vegetarian, Malay food, Chinese food, Indian food dan juga Western food. Adam kalau datang ke hiospital ni, memang seronok menyopping food kat cafe jer lah....

Tapi disebabkan kaki kita sakit, so tak boleh nak merayap ke cafe. Hubby pun keje sampai malam dan tak dapat temankan kita, so hadap sajalah makanan daripada hospital. Syukurlah sedap2 belaka....hehehehehehe

Tapi, kalau di hospital kerajaan pun sekarang, makanannya semua sedap2 juga.... Cuma cara hidangannya taklah setaraf dengan hospital swasta. Pakai tray jer kan... Untuk orang yang tak kisah macam kita, asalkan makanannya secukup rasa, dah syukur dah kan...


.

Rabu, 22 Oktober 2014

Casa Lagenda, Halal Chinese Cuisine in Malacca...

Assalamualaikum.....

Ok, remember my entry yesterday? This time, we tried out their sister restaurant in Malacca. Newly opened, about 4-5 months ago. The location is right behind RHB Bank, opposite from AEON Bandaraya Melaka. I read from a blog about this restaurant. You can view this blogger's entry HERE.



New outlet. Still fresh and clean... A lot of parking space. parking is not a problem at all...

Since it was our first attempt, we ordered minimum dinner spread.

The butter milky prawn...super yummm! All of you should try this... Definitely delicious...


The vegies. Kailan and hubby requested pucuk keledek strir fried with a lot of garlic. And yes it was delicious. 

The scizhuan chicken if I'm not mistaken. It was nice, but not good enough for my taste bud. 

They have a few versions of shark fin soup. So we ordered three different flavours for each bowls. I like the chilly version better. You know, you really can found a lot of crab flesh in it. So fresh and so flavourful....

Ok...This is another option for another fine dining location in Malacca. Definitely satisfying. 


.

Selasa, 21 Oktober 2014

Chinese Muslim Food at Oriental Village, Seremban 2

Assalamualaikum.....


There is a Muslim Chinese restaurant in Seremban which is quite popular among the locals. The name is Oriental Village located at Seremban 2, just behind the Petronas area where they have a big KFC outlet there.

We would sometimes choose to have a family dinner here to celebrate a few occasions or just simply to enjoy the gathering of the family members. One of the days, I had the dinner with hubby's family, but without Adam that time.


We chose all of the above. The food were soo nice, EXCEPT the fish. It was so bland and the fish was so hard and dry. Wrong choice, I guess. Next time should better choose the normal garoupa or simply the siakap.

They have many other varieties of Chinese cuisine there. The lemon butter chicken was super delicious with their creamy source but yet cruncy golden brown chicken flesh. The chili prawn was a good attraction as well.... But me and hubby loves their brinjals stir fried in ginger and chillies best. Soft brinjals with the right amount of saltiness from the dried shrimps and fragrant with gingers give the ultimate satisfaction.

For small children, my brother in law ordered the simple egg omelette for them. It has no fillings, but was seasoned so well with I don't know what except the soy source. And the children love it so much. No kidding, man...

I remember I tried their food when they were still new long time ago, but we didn't really like the flavour that time. But as time goes by, they emerge to develop better in everything. I mean every aspect.

Having dinner here, worth your time and definitely worth your money.

.

Isnin, 20 Oktober 2014

Hubby's Good Friend's Wedding Reception

Assalamualaikum.....

We were invited by hubby's friend, the groom to his wedding reception last Saturday night. He is oTheyb ne of the hubby's good friend. They were work colleagues before this.

The poster...

Father and son...

The occasion was held at the Grand Seasons Hotel, K.L at night. So we departed from Malacca quite late that evening. Adam was happy since he finally is free from UPSR. Well, at least until the result day.

The party was for relatives and close friends only. Thus, we had a great night and it was very relaxing. Everybody can have a leisure conversation and we sort of knows everybody.

It was a Malaysian wedding. Hubby's friend, Aloy fell in love with a Chinese lady, Margaret. So, we have Indians as from the groom's party and Chinese from the bride and Malays as the friends of them both... What a beautiful occasion.

Hubby with the handsome groom...

The menu was Chinese cuisine in which all of us enjoyed it so much. I always love the entree, Either it is 4 season, of 5 season or even the 7 seasons.... Yummmm. The rest were the normal menu...the shark fin soup, the roasted chicken, the fish, the vegies, the prawns and of course the desert.

They provided a booth for photo. The funky props for everyone. You can take as many pictures as you want for free (well, paid by the couple of course) and in a very enjoyable environment. Just look at hubby with his previous co-workers from Kuantan. Sort of a small reunion, I guess.... They were so happy and I can see that they really enjoyed the moment.

Hubby's engineer was just given birth to her baby when hubby left them in Kuantan. And now the baby is already 7 month's old. How time flies...sigh...

All in all, hubby had a great night. I enjoyed the food and the ambience so much though I was in pain due to my knee which had been swelling up back. But not much walking needed that night, so I was ok....

Bangsar is killing me softly...hahahahhaa... This is a war, Bangsar. I am going to fight you...hehehehehe. The heavy traffic has put a lot of pressure to my torn ligament and also to my slip disc pain. I need to find new tricks to cheat these....yeaaarggghhh...!! Peace yo..!


.

Khamis, 16 Oktober 2014

Saya Yang Menurut Perintah

Assalamualaikum.....

Sebenarnya minggu ni adalah minggu yang sangat menyesakkan dada. Berbagai2 rasa ada di dalam diri. Namun, demi sebuah kehidupan kita teruskan juga.

Minggu lepas, kita diberitahu secara lisan yang bermula Isnin kita akan dipindahkan ke anak syarikat yang baru. Boss baru beli satu travel agency yang kecil. Tak ada angin, tak ada ribut, secara tiba2 kita kena berpindah.

Dari Bukit Jalil, ke Bangsar bukanlah jauh. Tapi perjalanan merentas kesesakan lalu lintas sangatlah menyakitkan. Perjalanan 20-25 minit menjadi 2-3 jam setiap hari.

Bukan itu saja, sebenarnya hanya 4 orang petugas yang dipindahkan ke syarikat kecil ini yang hanya mempunyai seorang petugas. Itupun kerana petugas yang sedia ada akan bersalin 2 minggu dari sekarang.

Bayangkan, kami yang selama ini bekerja khusus dalam sektor perkhidmatan IT, tiba2 kena kerja di travel agency. Kalau ada staff lain, tak apa lah juga. Bolehlah kami belajar perlahan2. Tapi sorang jer staff yang tahu basic knowledge about ticketing system dan seluruhnya....membuatkan kami kecut perut.

Ingatkan nak booking tiket penerbangan sama macam kita selalu tempah online di website tu. Rupa2nya untuk travel agency, mereka ada sistem khas. Kena hafal step, kena hafal coding dan sebagainya. Kursus dari pengeluar sistem hanyalah sekali sebulan dan tarikh untuk kursus seterusnya adalah selepas tarikh bersalin petugas yang sedia ada.

Dan pihak syarikat enggan mengambil pekerja baru. Kami yang 4 orang ini dipaksa belajar sistem itu dan mengendalikan agency ini seperti biasa.

MISSION IMPOSSIBLE.....

Tapi dek kerana menurut perintah, kami turutkan juga....

Bukan itu saja, asal2nya kami dijanjikan hanya sebulan di sini untuk memastikan syarikat baru ini berjalan lancar. Tapi bila dah jadi macam ni, kita tak tahu berapa lama kami akan ditempatkan di sini. Mungkin selamanya....

Yang paling walang di hati, waktu kerja kami termasuk hari Sabtu sedangkan selama berpuluh tahun kita bekerja, tak pernah lagi waktu kerja kita termasuk hari Sabtu. Bukannya tiada yang tahu bahawa kita hanya bertemu keluarga di hujung minggu sahaja....

Kita dah berbincang dengan hubby......

Buat sementara waktu, hubby kata teruskan saja sekadar yang terdaya.....

Kalau dah terlalu tertekan, duduk rumah saja kata hubby. Ekonomi keluarga akan rasa sedikit ketat, tetapi Insya Allah mungkin lebih bahagia, mana tahu kan....

Jadi, kita cuba bertahan seperti mana saranan hubby. Hubby ada beri semangat dan motivasi. Kita rasa lega sikit. Kalau keadaan semakin menekan, terpaksalah kita teruskan dengan pelan B. Tinggal di rumah. Mana tahu kan, entah2 kita kaya ke sebab jadi peniaga nasi lemak? (masak nasi lemak pun tak pernah berjaya lagi, nak berangan pula...).


Yang penting, hidup harus diteruskan....


.

Rabu, 15 Oktober 2014

Menu Eksotik : Otak Lembu

Assalamualaikum.....

Ha, kalau ada sesiapa yang geli geleman bila terbayang otak lembu, lebih baik jangan baca entry ini. Cepat2 berhijrah ke blog lain. Esok, baru masuk sini semula yer....hehehehe

Musim Aidil Adha, bukan main banyak lagi suku sakat lembu yang dijadikan makanan. Antaranya ialah kepala lembu.

Masyarakat di kampung kita ialah masyarakat Jawa yang mana memang banyak menu2 eksotik ni. Antaranya ialah otak lembu. Nak dapatkan otak lembu bukannya senang sebab nak kena proses kepala lembu, nak kena salai dan bakar, kikis, kerat2 dan barulah dapat otaknya.

Menu ni kegemaran generasi yang lebih dahulu. Secara jujurnya, kita sendiri tak pernah makan otak lembu ni. Anak2 yang sedang sekolah memang dilarang keras makan otak lembu ni. Katanya takut bengap.


Bila pakcik kita datang dan bawa kepala lembu untuk keluarga kami, mengeluhlah ayah kita. Mujur adik lelaki kita ada masa tu. Maka dua lelaki ini berhempas pulas membersihkan dan mengerjakan kepala lembu ini sehinggalah di jadikan sup. Bukan seketul2 tu masuk periuk yer... Dah dipotong la kecil2. Lagipun daging di bahagian leher lembu memang sangat banyak dan sangat lembut serta sangat berkolesterol.

Mak dan adik perempuan kita pula ke Seremban masa tu, jadinya kita seoranglah perempuan yang ada. Ayah terus serahkan otak lembu yang sebanyak semangkuk pada kita, suruh terus masak. Aduhai....camno nak masak ni? Dah lah tak pernah makan, masak apa tah lagi...

Melengah2kan masa, kita pergi merempat ke rumah nenek dulu di sebelah... Apa lagi, tanyalah orang tu tu cara nak masaknya. Ooo..macam masak gulai biasa jer rupanya.... Nenek suruh cepat2 masak, nanti ayah marah katanya....

Kita masaklah seperti biasa. Tumbuk cili padi dengan kunyit sampai halus, perah santan pekat2, campurkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan tenggekkan atas api. Titikkan serai 2 batang dan campak sekali dalam periuk. Bila kuah mendidih, kecilkan api segera dan masukkan otak yang seketul tadi. Tak boleh dipotong yer...nanti otak tu hancur. Kena masukkan seketul besar. Bila di hidang nnti, barulah boleh di potong dengan sudu kerana ia dah memejal sedikit.

Sentiasa dikacau kuahnya dengan api perlahan dalam 20 minit. Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam dan kacau lagi 5 minit dan boleh di hidang.

Kebetulan makcik dan pakcik kami yang lain pula datang beraya. Adik mak kita ni, suaminya orang Jawa Sg Buluh...jadi ini adalah menu istimewa untuk beliau juga.

Suka kita bila mereka2 ni makan bersungguh2. Sedaplah kan... Mak kita makan pun sedap jer...
Kita dengan Yana rasa sedikit hujung sudu sebab curious. Rasa macam makan telur ikan yang dah di puri kan... Rasanya kalau generasi mak ayah dah takder, otak lembu tu pasti jadi baja dalam tanah jer la....hehehehehhe

Apa2 pun, ini sekadar rekod dan rujukan untuk diri sendiri dan untuk keluarga juga...


.

Isnin, 13 Oktober 2014

Asam Pedas Ikan Duri

Assalamualaikum.....

Weekend yang lepas, kita teman hubby pergi fishing di Tanjung Bidara. Sabtu pagi tu ada rezeki kami. Hubby caught a big fish. Tapi tak la besar sangat sebab pancing tepi pantai jer. Dapat seekor ikan duri kuning yang memang terkenal dengan kehalusan isinya. Weight about 500 gram.

Tapi, balik rumah tu tak sempat masak lagi. Pagi semalam baru dapat masak. Apa lagi, asam pedas la. Tapi tanpa bunga kantan. Letak daun kesum jer sedikit. Kuah semua ok, tapi termasam sikittt. Hehehe, tak pro lagi.

Asam Pedas Ikan Duri

 Kita campurkan terung dalam ni. Puas hati sebab kali ni masak tak tengok kertas utk resipi. Next time Insya Allah will be better.

To those who have never seen ikan duri alive, here it is.

Still alive and kicking and breathing. Tough fish. 


.

Khamis, 9 Oktober 2014

WT : Final UPSR Paper Today

Assalamualaikum.....

Note : I created new term on my own, WT, meaning Wordless Thursday...





#PrayforAdam



.


Rabu, 8 Oktober 2014

Kari Daging Berserai Untuk Aidil Adha

Assalamualaikum.....


Ah haaaa....inilah satu2nya menu yang kita masak di pagi raya Aidil Adha tahun ni. Bukan apa, kami kan beraya di rumah ibu bapa. So, kita masak satu jenis sebagai buah tangan bila pergi rumah mereka.

 Perancangan awal nak masak rendang daging jer, tapi bila difikirkan semula, eloklah masak kari. Boleh cicah dengan lemang atau nasi impit kan. Lagipun, hubby kurang makan pedas sekarang. Kalau masak rendang, kena pedas baru ada kick. So, kari ialah menu selamat.

Oleh kerana kita jarang masak kari sebab biasanya tak menepati piawaian hubby, maka kita tergolong dalam orang amaturlah. Lepas muhasabah diri dan sedar diri, sila google resipi dengan segera.

Yesss....berkenan dengan resipi Kari Daging Berserai ni. Kita jumpa dalam blog masakan tersohor iaitu Puan Azlita dari blog Masam Manis. Puan Azlita pula memanjangkan resipi dari blog masakan yang terkenal di Malaysia iaitu blog Tiffin Biru yang dikelolakan oleh Cik Mat Gebu, atau En Adnan.

Melihat cara hidangan dari Kak Ita dan CMG, kita terpanggil-panggil nak mencubanya. Walaupun tak dapat follow sebiji2 bahan2nya dan kekurangan sana dan sini, namun hasilnya sangat menggembirakan. Hubby kita yang sangat cerewet tu tak habis2 puji kari daging kita ni. Alhamdulillah. Lepas ni, bolehlah masak lagi since ada keyakinan sikit nak masak kari daging ni.

Oh, kita hanya gunakan sebatang serai dan kerisik itu kita tambah dan jadikan 2 sudu besar kerana daging kita anggaran dalam 700gm. Santan pun, guna santan kotak M&S 500ml saja.

Ok, jom tengok resepi.



KARI DAGING BERSERAI
By : CMG

500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk (*kita guna 700gm)
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam (*kita guna 5 biji)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (*kita gantikan dengan 2 batang lobak merah)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's) (*kita tambahkan jadi 3 sudu besar)
1/2 cawan pati santan (*500liter santan kotak M&S)
1 camca besar penuh kerisik (*2 sudu besar)
1 keping asam gelugor (*2 keping kecil)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka (*kita tambah jadikan satu sudu setengah)

BAHAN KISAR HALUS
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (*kita tak letak sebab dah habis stok)
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus (*kita guna sebatang sahaja)

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut


Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan cili dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya.
Tambah air jika perlu.
Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kerisik gaul rata
Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi
Siap untuk dihidangkan. 



Kari ini kejadiannya agak pekat sedikit. Jadi memang sesuai untuk dimakan dengan lemang, nasi impit dan ketupat palas. Keluarga kita di PD tak biasa makan kari yang pekat, tapi kali ni mereka mengakui kelainannya.

Walaupun tengok resipi macam panjang berjela, tapi bila diperhatikan, bahan2nya mudah sahaja. Kita siap memasak dalam masa satu jam. Itupun sebab masa tu lah baru terkial2 nak kupas bawang, nak blend cili dan bahan2 lain.... Disebabkan takut daging liat walaupun guna daging batang pinang, kita rebuskan juga daging sementara kita menyediakan bahan2 lain. Kemudian, kita tumiskan dalam kuali dan masukkan bahan tumisan ke dalam periuk daging yang direbus. Keluarga kita panggil teknik ni tumis darat. Tak kisahlah kan...janji menu ni berjaya dihidang dan mendapat sambutan.

Kalau kita yang amatur pun boleh, anda pun boleh juga.....


.

Darwish Bam Bam...

Assalamualaikum.....




Mohd Darwish, born on 6th June 2014, is the youngest family member in hubby's family.

3 Months old with 8kg's weight....



Yesterday he turned 4 months' old and he weighs 9kg. Ayoooo, tak larat nak dukung lama2. 

Children and babies kalau dengan hubby mesti mencebik atau meraung...hahahaha

Adam's youngest cousin from hubby's side...


Adam is the eldest grandchild from my side and also from hubby's side. He has a lot of sisters and brothers to be taken care off in which he loves it. And all those little cousins of him would stick closely to him. They like to be around him. They seems to respect the Big Brother Adam very well.  Alhamdulillah, Adam is not alone. He does has a lot of siblings....

.

Selasa, 7 Oktober 2014

Makan Seafood di Senibong, JB Lagi....

Assalamualaikum.....

Kita dah mula bekerja hari ni. Kepala dok pening2 lalat lagi sebab makan sup daging kaw2. 7 jam merebusnya, sampai daging jadi macam jeli dah. Berkali2 timba lemak keluar dari periuk sampai sup jadi jernih. Tapi tetap lah pening bila makannya. Bila usia dah meningkat, macam ni lah.... Tapi, dah memang kita melantak banyak pun..hahahahhaha. Selama ni dok tahan2, jaga pemakanan, semalam habis tergelincir. Seronok bila adik beradik semua ada....seronok mengimbas kenangan bersama2 sampai makan pun dah tak berkira. Ish..ish..ish....

So, tak nak cerita pasal daging dulu hari ni. Nanti takut ada yang muntah pula sebab muak dengan daging. Hari ni pun masih ramai lagi yang berkorban kan.... Kita cuci mata dulu lah dengan seafood yer....

Ini kejadian yang sebelum bulan Ramadhan. Ha, lama tak terperap? Tak kisah la kan... Janji kita kongsi2 di sini... Oh, ye tak yer....kita pernah cerita tentang trip ini di SINI, tapi masa tu baru cerita pasal breakfast jer. So, boleh sambung la yer...

Selepas bersarapan di Muar, kami terus ke Mersing. Wah, memang betul2 cover Johor. Dari Muar terus ke Mersing semata2 sebab nak beli ikan bilis yang segar dan baik kualitinya. Di Mersing, oleh kerana dah pukul 3.00 petang, kami makan KFC jer. Janji alas perut, sebab dah plan dengan hubby nak bawa Mommy ke Senibong untuk makan seafood.

Tiba di Senibong, jam 5.30 petang. Sedang elok menikmati makan malam dengan pemandangan yang best. Antara menu kami...


Of course nak beri Mommy rasa siput gonggong. Oh, kali ni kami cuba kedai lain pula... Tak sama dengan kedai yang kami makan masa INI. Saja lah nak cuba2 rasa. Tapi masa kami pergi dulu, masakannya memang semua sedap2 belaka. Pergh..teringat2 lagi. Nak tau apa yang sedap, kliklah link tadi tu yer...

Tapi, siput gonggong yang kat sini, agak kureenggg la. Kita sendiri pun tak berapa boleh nak makan banyak. Mommy dan orang2 lain hanya makan sorang seketul jer. Buat rasa. Last2, ini adalah menu yang tak habis dimakan.



Yang ini pula, kami tak ingat ikan apa. Dia, ala2 macam bawal sikit, tapi bukan bawal. Aduhai...next time tulis..tulis! Kelemahan kita bila tak buat nota. Order untuk masak kukus. Tapi, macam sup dah jadinya. Hmm..ok laaa...boolehhhhlaaa... Tapi, 6 Corner punya masakan lagi marbeles.... Ok, kami take note.

Sementara tunggu food sampai, harus bergambar dengan ibu mertuakua dulu. Ceria kan kami...heheheheh. Walaupun jalan jauh, tapi tak rushing. Sempat singgah rehat, dapat solat tanpa tergesa2...so bertenaga la sikit. 

Adam dan Firdaus...memang bukan main happy lagi...

Belakang kami, kawasan perindustrian Singapura. Tak adalah menarik, tapi ada air laut, semua jadi menarik. Hahahahah...


Hubby sangat teruja... Dia happy sebab dapat bawa ibunya jalan2....

Again, budak berdua yang dah kelaparan sebab tak puas makan KFC jer. Jadinya, mereka dah balun sebakul otak2....


Kali ni, disebabkan tiada kerapu merah, maka total bil kurang sikiittt jer dari yang dulu. Ok lah...lagipun kami dah standby. Tak ada lah terkujat2 lagi.... Furthermore, kali ni ahli rombongan ramai dan semuanya dalam kelaparan. So, food semua habis walaupun masakan so and so jer.

Next time, kami akan kembali ke 6 Corner lagi. Kena datang petang juga la rasanya nanti... Baru boleh menikmati makanan dengan fokus, yer tak?


.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.....

Setiap kali Aidil Adha, kita sering rasa hati tisu. Nak meleleh jer sedih2.

Dapatkah kita menunaikan haji?

Sihatkah kita lagi semasa peluang itu ada?

Mudahkah perjalanan dan ibadah haji kita nanti?

Dapatkah kita haji mabrur itu?


Namun itu semua di luar bidang kuasa dan pengetahuan kita semua sebagai manusia. Apa yang penting, doa dan doa tanpa putus asa di samping usaha untuk ke sana....

Cemburunya kita dengan orang lain yang menikmati detik2 ibadah dengan khusyuk dan tawaduk tanpa gangguan nafsu shopping, nafsu makan2, nafsu cemburu2 dan nafsu amarah panas baran...

Maka apa yang termampu, kita raikan Hari Raya ini sebaik mungkin...

Doakan kita....



.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Hadiah Untuk Baby

Assalamualaikum.....

Satu-satunya adik lelaki kita menerima kehadiran anak ketiganya 2 minggu lepas. Satu-satunya anak lelaki beliau. Disebabkan isterinya melahirkan anak melalui pembedahan, maka anak ketiga ini adalah yang terakhir. Mujurlah dapat juga seorang anak lelaki.

Disebabkan keadaan kita yang tak boleh jalan banyak2 lagi dan hubby pula sibuk, maka kami agak terlewat untuk menziarah. Tambahan lagi babynya demam kuning. Agak tinggi reading bilirubinnya. Keluar masuk hospital jer...sebab bila turun sikit, doctor discharge...bila tinggi, masuk balik.

Walaubagaimanapun, kami tumpang gembira dengan kehadiran baby ini. Maka Adam bukanlah satu2nya abang antara cucu2 mak dan ayah.

Kita dengan hubby biasanya akan pilih barangan apa untuk dihadiahkan dan akan minta promoter untuk balutkan jadi hamper. Memanglah banyak hamper yang ada, tapi saja lah nak pilih saiz dan corak ikut kehendak sendiri. Tapi kalau dah nak cepat, kami sambar juga lah yang readymate.

Kami pergi ke kedai Manjaku di Malim, Melaka minggu lepas. Antara jenama2 yang banyak, hanya jenama Tenderly sahaja yang bertugas dan sudi bekerjasama dengan muka yang manis bila kami suarakan permintaan kami. Banyak jenama yang promoternya tidak bertugas walaupun kami suka jenama lain. Ada juga promoter yang acuh tak acuh jer layan kami. Ada juga yang masam2 muka dengan suara keras2 menjawab pertanyaan kami. Oh, kalau orang yang tak ikhlas kerja ni, pinggan tak retak, nasi tak dingin lah jawabnya....

Walaupun tak pernah lagi beli barangan dari jenama Tenderly, tapi bila dah terpaksa, kami terpikat juga. Yer lah, baju2nya agak berkualiti juga. Cuma mungkin tidak berapa banyak pilihan.

Kita sempat bergambar dengan 2 orang promoter yang bertungkus lumus menyiapkan hamper tersebut. Bila kita dengan hubby ajak bergambar, bukan main malu2 lagi mereka berdua ni. Hamper tu, ada barang2 yang berbeza di bahagian depan dan belakang. Agak banyak juga la.... Jadi la sebagai permulaan untuk anak buah yang baru.

Lepas ni, ada lagi 2 hamper yang menunggu giliran. Kakak ipar kita yang anaknya dah nak masuk 4 bulan, hehehehehe dan adik bongsu kita yang akan melahirkan tahun hadapan. Makin meriah family kami. Alhamdulillah, rezeki Allah bukan setakat wang ringgit dan harta benda saja. Anak2 yang ramai merupakan salah satu kekayaan dunia dan akhirat. Cuma rezeki kami, hanya Adam seorang.

Oh, tak sempat nak bersahur pagi tadi, so miss puasa. Insya Allah esok, jom ramai2 puasa.

.

Khamis, 2 Oktober 2014

Bila Tangan Melecur Kena Minyak Panas....

Assalamualaikum.....




Kejadian masa kita cuti rehat MC di rumah bulan raya lepas. Dok rumah jer...nak keluar susah nak drive sebab kaki yang koyak ligamen tu kaki kanan. Dalam rumah saja pun terloncat2 berjalan.... So, bila lapar, masak jer la apa yang ada dalam peti ais tu. Entah kenapa masa goreng ayam, kita terlepas kontrol untuk membalikkan ayam. Terpercik minyak, siap meletup2 lagi. Panik sungguh masa tu. Teringat orang2 pesan jangan basuh dengan air nanti menggelembong, tapi kita lalukan juga bawah air sekejap dengan sabun dettol sebab nak buang minyak2. Cepat2 ambil ubat gigi, kita picit2, lumur setebal2 mungkin....

Perit melecur, kena dengan ubat gigi berpudina tu, memang lega sungguh rasanya. Apa2 pun, habiskan goreng ayam dulu. Lepas tu dok diam2, tala kipas kat jari tu nak kasi sejuk. Pasang air cond lagi...bancuh air anggur ais. Itu untuk kita minum2 yer, bukan untuk rendam jari.

Petang tu, Alhamdulillah tak menggelembung. Sakit tu memang la... Tapi dia merah2 jer. Tak menggelupas pun kulit tu.

Hubby balik, punyalah dia bebel2. Buat apa susah2 nak masak katanya...dok rehat jer... Eleeh, tapi dia juga yang laju makan ayam goreng tu. Kui..kui..kui.....

So, ingat yer anak2. Cepat2 lumur dengan ubat gigi. Tested and proven...

.

Rabu, 1 Oktober 2014

Another One More, Adam.

Assalamualaikum.....

Science resit paper for UPSR this year, done yesterday morning.

English Paper 1, done yesterday.

English Paper 2, done yesterday.

Maths will be coming next Thursday.

I waited for him at the school's canteen yesterday. Alone. No other parents there. But I don't mind it. I know Adam appreciate my presence. He kissed me every time he needs to walk in the hall for the papers. Never mind his friends, never mind his juniors and never mind the teachers. He was proud to have his mother stay by his side yesterday. And I felt extremely happy that I was there for him.

The questions were tougher than last time, as expected. Some English questions were quite tricky too.

And the teachers checked the students' score through their answers ticked in the question paper for objective session of Science. Adam did not do that well. I felt bad at first, but it is okay. I told him, he has done his best. Let it go because he still needs to sit for English papers and Maths next week.

The score was not supposed to be exposed to the children. The teacher calculated it secretly in a room, but these students, full with curiosity explored their marks behind the teacher.

Mak cried when I told her Adam's score. Mak felt guilty. Mak said mak had been busy and didn't manage to concentrate on Adam. I told mak, it was definitely not her fault, nor me nor Adam. All of us have done our best. Just cherish the moments. There's always hikmah from Allah behind everything. We prayed, we recited our du'a and now we have to be grateful. Alhamdulillah. Adam was in good health and good spirit.

So, another one more paper to go next week.

And I am not brave enough to plan any holidays within the next 2 months' time. I don't know whether I can face it anymore if there is another round of paper resits. So, Chinese says 'man-man' aaa....

.

WW : Terima kasih Cikgu Zam...

Assalamualaikum.....





Berkaitan dengan entry INI .

.
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink