Assalamualaikum.....
Gambar gelap...nak cepat masa ni. Saya masa ni ada di Melaka. Hari cuti. Hubby pula sibuk betul dengan kerja. Memang dia ada beberapa perkara penting di pejabat. Hampir setiap hari pulang ke rumah dah larut malam. Kadang2 kami dapat makan bersama, tapi selalunya, dia suruh makan jer dulu sebab takut dia lewat.
Hari kejadian ni, saya call dia dari siang hari untuk confirmkan date dinner kami berdua. Tapi menjelang petang, hubby masih banyak urusan. Katanya, lunch pun dia tak sempat. Dia hanya dapat makan roti sambil menaip dan sambil mesyuarat. Kasihan betul. Saya pula ada masa dan ada bahan masa tu. Maka saya memutuskan untuk masak saja untuk beliau. Maka ini lah, saya masak daging lada hitam untuk hubby, dan sedikit sayur campur. Saya masukkan dalam bekas tupperware dan terus hidupkan kereta. Tiba di hadapan kilang, saya call hubby suruh keluar jumpa saya sekejap. Masa tu jam dah pukul 9.00 malam pun.
terkejut hubby tengok saya bawa bekal untuk beliau. Maka kami dinner date di dalam kereta di depan pondok pengawal di kilang saja. Bahagia juga kan.... Kasihan betul saya lihat...hubby makan sampai licin. Dah selesai makan dan minum, beliau sambung kerja dan saya pulang ke rumah. Dia tiba di rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.
Tak perlu resepi lah yer. Mudah saja saya masaknya. Cuma saya, tambahkan ubi kentang kerana hubby suka potatoes. Walaupun guna daging batang pinang, saya tetap rebuskan untuk pastikan ianya lembut. Adalah satu jam juga merebusnya perlahan2.
Weekend ni, rasa macam nak memasak, walaupun cekodok ikan bilis. Ada cuti panjang kan...KL cuti sampai Selasa dan saya sambung sampai hari Rabu. Rabu tu Adam akan mendaftar di sekolah baru pula. Maka cuti hujung minggu ni perlu buat persediaan terakhir. Takut ada yang tertinggal pula nanti.
.
Kakcik suka masakan yang ada kentang macam tu...ermmmm... sedapnyeeee... :)
BalasPadamsedapnya
BalasPadamwah..sweet gitu! hilang penat suami bila isteri dtg bwk makanan.
BalasPadamcuti panjang..saya pun nak balik kg johor. :)
Kesiannya kerja sampai tengahmalam macam tu sekali..
BalasPadamApa yg pasti hari Rabu minggu depan kakak dah pasti ada drama airmata. Kalau pun tak di depan mata masing-masing tapi selepas berpisah pasti berjurai airmata Ziela. Kakak dah alaminya..
aahhh samalah kita kan ...
BalasPadamaweetnya..macam orang dulu-dulu bawak makanan untuk suami tengah bekerja.dah kahwin nanti kena buat ni
BalasPadamBusy betul suami akak...
BalasPadamTapi itulah asam garam kehidupan kan...
salam ziela ..
BalasPadamrebus sejam punya pasal
sy cadangkan nama masakan tu daging 728. mknanya rebus dari pukul 7 smpai 8 pagi ..
untung suami, isteri ambil berat sampaikan anta makanan kt pejabat ..
Hello Aziela, how you doin'? Wow! I have not eaten that daging lada hitam many years! And it sure looks absoloyely delicious!
BalasPadamI guess you and family sure know your foods, what and where to order these mouth watering dishes.
You a really gold medal wife...bringing food for hubby.
There's a famous China noodle where I am called 'cross bridge rice noodles'...and it became famous from a wife seeing her hubby no time to eat due his studies and work, would cook for him, walk along a road crossing a bridge bring hot food for her hubby.
Better tell him not to have irregular meal times, as might, can lead to ulcers. And working hard is one thing, but don't overlook the health of the body.
Best regards, you simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ps senang datang pondok.
So sweet yea...mkn bersama situasi yg menarik...adam dpt sekolah mana?
BalasPadamalahai sweetnya akak
BalasPadammasakkan bawak ke tempat kerja
makan sama
memang sedap kalau dimasukkan kentang...
BalasPadam