Selasa, 20 Januari 2015

Hot FM Yer, Tak, Ermm, Ahh...

Assalamualaikum.....

Saya terfikir pasal segmen di Hot.fm ini. Sambil2 memandu, sambil2 menunggu trafik light bertukar hijau, saja lah menggerakkan minda, walaupun saya dah lama sangat tak dengar siaran Hot.fm. Lagipun, pagi ni tetamu jemputan mereka ialah Caliph Buskers. Saja nak dengar tentang mereka sikit.

Anyway, segmen ini, memerlukan pendengar yang 'bertuah' untuk menjawab soalan2 yang ditanyakan oleh penyampai. Syarat2nya :

-Setiap soalan mesti dijawab dengan pantas. Tak boleh berdiam diri lebih dari 2 saat.
-Soalan tak boleh dijawab dengan perkataan ya, tidak, ermm atau aaah...
-Jawapan tidak boleh di ulang
-Jawapan haruslah logik bagi menjawab soalan tersebut.
-Perbualan harus berlangsung selama lebih dari 30 saat untuk peserta menang.


Pagi ini, jumlah wang terkumpul ialah RM1,700.00.

Saya terfikir, kalau ada pendengar yang serius untuk memenangi wang tersebut, mereka harus bersedia. Kena ada strategi. Antara yang dapat saya fikirkan ialah sediakan satu senarai jawapan2 selamat yang umum yang mungkin boleh digunakan. Kalau bernasib baik, dapat menyertai segmen ini...boleh guna senarai tersebut. Dah guna sekali, terus potong..agar tidak berulang kali digunakan.

Apa salahnya kan..untuk yang bercuti di rumah, atau adik2 yang habis SPM tu....kalau strategi bagus, boleh juga dapat seribu lebih tu kan....

Contoh jawapan2 selamat.....

- Mungkin juga
- Dah itu pilihan dia
- Saya rasa itu yang terbaik
- Mana tahu itulah yang diinginkan...
- Bukan di dalam pengetahuan saya


Dan selebihnya....bolehlah peserta2 tu sambung lagi senarai tersebut


Ok..entry ini sebagai pengisi masa lapang yang tidaklah lapang pun sebenarnya...

.

15 ulasan:

  1. lumayan juga hadiah wang tunai nya tu ziela.

    BalasPadam
  2. Dah lama kakcimtak dengar siaran Hot FM, kalau dalam kereta kakcik suka dengar Sinar ke Suria ke yang lagu2 lama tu...

    Lagi satu, kakcik tak suka segmen 5 perkara dia yang mengarut tu...

    Dulu2 kalau duduk di rumah, kakcik buka TV8 yang ada siaran AM Krew dari Hot FM. Tapi sekarang memang kakcik tak buka pun...tak tahulah kenapa...

    BalasPadam
  3. kita boleh prepare kak...tapi kena kawal darah gemuruh tu...haha...kalau nervous masa kena tanya,tu yg fail tu! haha

    akak ada dgr era fm?
    hadiah teka lagu dia lagi mahsyukkkkk
    tapi susah gila nak teka!

    BalasPadam
  4. Macam-macam program ada dlm radio ye. Kakak ni tak pernah layan siaran radio lain selain IKIM. Malas nak tukar channel sebab itu selalu banyak yg tak tahu..

    BalasPadam
  5. kadang kalau dgr rancangan gini, seronok gak. senyum sorang2..

    BalasPadam
  6. uihh hadiah tekumpul tu lumayan kak... kalo sape2 yg mmg dah aim nak join tu better buat homework sikit kan....

    BalasPadam
  7. besar jugak nilainya tu.. tapi nak tembus talian tu pun bukan mudah.

    BalasPadam
  8. Hebat gak idea akak ni.. tapi nak dapat line ke hot.fm tu susah la.. ramai sangat org call radioa pagi2

    BalasPadam
  9. dah lama sangat tak bukak radio kalau drive.. bukak pun kalau rasa macam mengantuk or sunyi.. tp lepas 5 minutes, turn off pulak.. maybe dah tua kot.. tak macam masa kecik2 dulu... radio 24 jam. siap bawak tidur lagi.

    BalasPadam
  10. Macam DZ cakap.
    Kena hilangkan nervous dulu.
    Rasanya kena makan Xanax dulu.
    Baru boleh jawab soalan.

    Satu syaratnya,
    tak boleh beri jawapan yg sama.
    Selalunya Fafau ulang soalan yg sama.
    Kalau jawabnya sama juga,
    memang habislah...

    BalasPadam
  11. betul
    saya pernah gak layan segmen ni
    tapi layan dengar ajelah kak
    seronok
    ada caller tu dah jawab byk soklan
    tetiba agaknya dah banyak sangat jawab sampai tersasul2
    duit terkumpul pun dah banyak
    alahaiiii ralat rasa

    BalasPadam
  12. Hanum : Tq

    SalbiahM : Sila..sila..hehehe

    Acik Erna : Kalau sesiapa yang ada masa lapang, boleh la kak...

    Kakcik Nur : Samalah kita Kakcik. Selera dah lain dah.... Saya dengar Lite.fm atau Sinar atau Ikim.

    Daddy Ziyyad : Ha...kena prepare. Bila dah prepare, kurenglaa sikit gemuruhnya tu. Era pun akak jarang tune in. Selera dah lain, dik.

    Kakzakie : Saya selalu travel sampai melangkah 3 negeri kak...mana yang dapat siaran, saya tune in. Kalau masuk N9, IKIM tu memang jelas di highway.

    Farah Waheeda : Boleh tahanlah kan...

    Ujie : ...dan geram.

    Lieyalatif : Betul.....geram jer akak dengan listener ni tau.

    Aizamia : Untuk kita memang susah la Ai...utk sesiapa yang ada masa terluang...boleh cuba akak rasa.

    Azian : Saya pula masih memerlukan radio masa drive, kak.

    Zoul Dahan : Xanax? Ha..Doc pun tau segmen ni yer. Betul...soalan repeat untuk trap.

    Elly : Ha..yang tu akak kesian dik...uishhh..kejam diorang kan.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com