Jumaat, 16 Januari 2015

Mee Tak Cerdik

Assalamualaikum.....

Sekejap jer dah hari Jumaat kan? Dah seminggu anak2 bersekolah. Minggu depan baru kita semua akan rasa selesa dengan rutin biasa ni kot. Minggu ni pasti ada yang terkejar2. So, bila Jumaat ni, meh cerita pasal makan sikitla....

Kedai ni..memang femes dengan mee goreng. Orang Melaka panggil mee ni, mee bodoh. Kesian kan...tapi memang tu la nama dia... Nak sedap, panggilnya Mee Bodo.

Sebabnya, mee ni di goreng kosong. Kosong semata2 kosong. Hanya ada tauge jer. Langsung takder perencah lain. Lepas hidang di pinggan, ada sesudu sambal tumis yang tak pedas langsung dan ada sesudu hirisan timun. Itu saja.

Kalau nak lauk, kononnya, pergi beratur kat kaunter lain, ambik telur goreng pulak. Ha, seram tak tengok gambar telur goreng ni? Berlinangan dengan minyak kan? Yang buat lain tu, minyak tu adalah minyak yang dicampur sambal. Tapi saya suspek, minyak ini adalah campuran minyak yang memasak sambal tumis tu. Sebab, telur goreng ni pun ada rasa macam cili2 sikit. Telur goreng dia memang half cooked macam ni. Kalau nak yang garing, dah sampai kat depan kaunter, mintak telur garing dgn tukang masaknya tu.

Lepas tu, tamak lagi, telur goreng pun saya ceduk sambal dengan timun lagi...hehehe


Selain daripada mee goreng, mereka ada nasi lemak. Nasi lemak pun kosong, macam ni. Tapi saya rasa saya lebih suka nasi lemak dia sebab santan kurang. So complement mee yang banyak minyak tu..hehehe. Teringin nak makan mee, tapirasa berdosa, so masa datang ni, Adam makan mee, saya makan nasi lemak. Kami makan sorang separuh. Ha...bijak kan kami...keh..keh..keh...


Modus operandi kat kedai ni, bila datang jer, terus cari meja. Cepat2 rebut. Kena pantas dan tangkas. Dah dapat meja, tunggu atau panggil brother baju biru kuning tu datang ambik order mee goreng nak berapa pinggan. Air dan nasi lemak, ada brother lain datang. Dah order, sorang jaga table, yang lain boleh pi beratur untuk ambik telur kalau nak.

Atas meja dah siap sebotol cuka dan sebotol kicap. Sesiapa nak tambah, boleh tambah. Tapi saya tak berapa berani makan cuka sebab ada masalah perut...So, kalau terasa nak kicap, saya tuang la kicap sikit. So, gaulkan sambal, timun, kicap dan cuka dengan mee tu. Makan.... Mee ni portion dia sikit, so kadang2 ada yang order sorang 2, atau 3 pinggan...hehehe. Tapi saya biasanya satu jer la....

Ok, mari bercerita tentang rasanya. Sedap sangat ke? Nope...tak sedap sangat. Tapi, sedap untuk standard warung. Bila makan, kita rasa macam makan dikalangan family. Tak kira Melayu atau Cina. India, jarang saya jumpa...tapi kalau Cina, memang ramai. Ada sekali, kami suami isteri baru dapat table, tetiba ada Cina terus tarik kerusi duduk dengan kami. Angkat kepala tengok, rupa2nya uncle hubby, adik bongsu Mommy yang duduk. tersengih2 Uncle Chin Hock..hehehe. "Aiya..Paul.... lu pun makan sini ka? Wa memang selalu makan sini. Sedap ooo... lu makan..lu makan..nanti wa belanja...hahahaha..."

Rasa dia memang kosong...mee yang kosong. Tapi cukup perisa. Masin, masam yang seimbang. Mee tak kembang. Krup krap krup krap tauge dan timun. Simple sesimplenya. Tapi manusia ni pelik kan. Kadang2 yang simple tu la yang menawan hati.

So, kalau ada sesiapa yang teringin, datang awal. Kalau boleh sebelum pukul 10.00 pagi. Dia buka untuk sarapan jer. Ahad tak buka yer.... Loaksi adalah di Tengkera. Nampak warung orang ramai berdiri menunggu meja sebelah pokok besar, betul2 tepi jalan tu..dia lah tu.

Oh, lagi satu yang buat dia femes, mee sepinggan tu tak sampai 2.00 pun harga dia. RM1.50 ke atau RM1.80...macam tu la. Tak ingat dah.

Okeh...ada yang seram ker tengok kolesterol tu? Alaaa....sekali seumur hidup mesti try rasa tau....

.


17 ulasan:

  1. wahh mcm menarik je mee tak cerdik dia tu kak. Org pun ramai ye.

    BalasPadam
  2. suka pegi melaka..
    tp semua tempat kat melaka jammed
    huhu..
    tambah tempat makan femes..
    btw..nmpk mcm sedap mee tu..simple tp klu akak kata cukup rasa..should be mmg oklah kan

    BalasPadam
  3. mmg ngeri tgk telur goreng bersambal tu kak...haha.....
    kalau dia jual RM 1.50 sepinggan mee grg bodo tu,mmg untung byk la...:)

    BalasPadam
  4. hahaha..sekali seumur hidup hirup kolestrol..kelakar la akak ni..tapi telur tu memang nampakkkk sangat mabeles walaupun berminyak! :D

    BalasPadam
  5. Akk pnah mkn mee bodo* ni.. hehehe.. tapi bkn kat Tengkera. Rasanya byk lagi lokasi warung yg jual mcm ni kat Melaka.. tak silap yg akk pergi tu atas sikit dr Klebang.. mnuju ke Alor Gajah.. sana buka smpi ptg.. sekali jer prgi sbb hsbnd akk tak brp minat.. prgi dulu pun akk yg pujuk2.. hahaha

    BalasPadam
  6. unik konsep dia..tu yg ramai dtg, selain masih ada rasa sedap.

    BalasPadam
  7. Kalau dah kosong jual harga macam tu mesti untung banyaklah Ziela sebab cuma taugeh dan mee aje. Tapi pandai juga dia tarik pelanggan dgn sambal tumisnya..

    BalasPadam
  8. Mee bodo -vs- mee tak cerdik..
    Sopan la sikit nama..

    BalasPadam
  9. setahu akak boleh thn femes gak kat sini....sentiasa ramai org....Mayb org suka mkn yg simple kot.....

    BalasPadam
  10. Sambil makan dapat pulak tengok suasana kampung.. ;)

    BalasPadam
  11. lain orang tak sama citarasanyerkan.. tapi kat klni banyak kedai tak sedap tap sebab malas nak fikir belijerler.. kitapin panggil mi bodo...

    BalasPadam
  12. Kedai makan melayu kalau ada cina datang makan, ianya mesti sedap.

    BalasPadam
  13. haha..kadang-kadang yang simple dan 'bodoh' macam ni yang orang cari.

    BalasPadam
  14. siap ngan modus operandi
    kahkahkah
    mee bodo camtu layan tau kak
    tapi telo dia beso kak!

    BalasPadam
  15. Kedai mee bodoh nie dkt dgn umah saya...mmg byk kolestrol....fyi kedai ini ditutup pada hari khamis....tapi yg musykil siapa pembekal mee ini....? Huhu....

    BalasPadam
  16. nampak simpe je.. tapi sekali try kompem terangkat sedap =)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com