Rakan sepejabat dengan saya telah selamat pulang ke KL semalam. Kebetulan memang beliau pulang bercuti di kampungnya di Kota Bharu dan terus berada di sana atas urusan syarikat. Tapi banjir yang tidak dijangka kali ini telah memberikan beliau satu pengalaman baru. Syukurlah rumah orang tuanya tidak dinaiki air. Namun perhubungan memang terputus.
Untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih, beliau terpaksa meranduk air separas dada sejauh 5km untuk ke bandar. Kenderaan yang boleh masuk hanyalah pacuan 4 roda. Tapi yer lah, bukan sentiasa ada untuk menumpang. Jerih beliau terpaksa mengangkut 10 liter air sepanjang 5 km masih terasa sehingga sekarang.
Dalam keperitan keluarga sendiri, hati timbul simpati dengan jiran2 di kawasan kampung berhampiran yang rumah mereka semua dilimpahi air yang tidak surut selama berhari2. Tambahan lagi, rakan2 sepermainan beliau juga ada yang menjadi mangsa. Maka, atas kesempatan yang ada, beliau dan rakan2nya menubuhkan kumpulan kecil mereka sendiri untuk membantu semampu yang ada. Mesej disampaikan pada rakan2 di KL. Kami menyumbang apa yang boleh..... Sebaik budi, sesuci jiwa, En Hassan Adli memulakan gerakan beliau seawal yang boleh. Sejak itu, kami semua sering diupdate tentang perkembangan beliau di sana.
Saya lampirkan di sini antara gambar2 yang di ambil sendiri oleh Hassan.
Rumah sahabat Hassan. Diluar penuh lumpur, rupa2nya di dalam rumah, lumpur setinggi lutut. Termenung rakannya melihatkan keadaan itu.
Dalam pada meneruskan misi bantuan, terjumpa pula dengan guru Hassan yang mengajar beliau sewaktu Darjah 1. Berpuluh2 tahun berlalu.
Mereka hantar dari rumah ke rumah. Sampaikan ke dalam tangan mangsa banjir sendiri.
Mereta MPV dah boleh jadi lori. Seberat 5 tan barang2 di bawa terhinggut2 oleh kereta yang berjasa ini.
Sewaktu membeli barang keperluan di supermarket, tokey tu suruh tunggu sekejap. Rupa2nya rakannya nak menyumbang roti. Syukur, Alhamdulillah. Oh, penyumbang ini berbangsa Cina. Kita sama2 rakyat Malaysia maaa.....
Keputusan bekalan air paip, Hassan dan keluarganya terpaksa tadah air hujan untuk keperluan harian dan untuk mandi. Namun, setelah berfikir panjang, mereka bersetuju untuk membuat telaga menggunakan sistem tube well atau bowring. Beribu riban juga lah kos yang terpaksa dikeluarkan. Namun, syukur kerana kos yang tinggi itu telah dapat mengatasi masalah bekalan air.
Kata Hassan, walaupun hanya sekampit beras dan 2 tin susu disumbangkan kepada keluarga mangsa banjir, ada yang sayu dan pilu kerana terlalu terharu mendapat bantuan yang entah dari siapa-siapa itu.
tempoh sekarang ialah tempoh pembersihan pula. Ini, untuk sesiapa lelaki yang gagah perkasa, inilah masanya anda menyumbang untuk saham akhirat. Yang wanita mungkin boleh menumbang dibelakang tabir. Persediaan kelengkapan diri untuk mangsa2 banjir yang hilang terus rumah mereka amatlah dinantikan. Sekurang2nya mereka ada semangat baru untuk memulakan perjuangan hidup yang baru.
Jangan berhenti dengan sumbangan anda. Tak kira apa sahaja yang anda mampu.
semoga dipermudahkan semua urusan akak dan pakcik tu.. >_<
BalasPadamAllah
BalasPadamDugaan sangat berat untuk mereka di sana
Kalau lumpur setinggi lutut, nak start mengemas dari mana pon tak tau
Berat mata kita memandang, berat lagi bahu serta tubuh badan mereka yang memikul...
BalasPadambesar betul dugaan mereka di sana ye.
BalasPadamsedih... now aida di opis sedang mengumpul brg2 utk dihantar ke sana :)
alhamdulillah...usaha murni akan diberkati oleh allah....semoga semua mangsa banjir tabah hadapi dugaan
BalasPadamredah air paras dada, 5km? Ya Allah..1km pun dah terasa susah.
BalasPadammlm tadi tengok majalah3, sebak rasa. Hebat ujian buat mereka.
Tahun baru bermula dengan mendapat pengalaman yang munkin sekali seumur hidop. Bukan membaca dan melihat gambit tetapi mkeharungi air bah. Syabas atas perasaan dan ketabahan pergi kesana. Kami tidak sebegitu gteruk kerana berhampran pantai. Cuma jambatan patah sehaja kerana dehantam apa yang dihanyutkan arus,
BalasPadamDimana Adam berakir bersekolah? Harap semuanya beres dengan pertolongan ;Big Cable' y\Yang Maha Kuadsa.
berat mata memandang.. berat lagi bahu memikulnyerkan.. betul2 dasyat kali ini.. memang yang banjir satu fasa... nanti ada fasa yang lebih mencabar..
BalasPadamKita yang melihat rasa sedih, mereka yang melalui apatah lagi..
BalasPadamMoga dipermudahkanlah urusan bantuan kepada semua mangsa banjir.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.
BalasPadamtu la kan kak...tgk kesan banjir mmg speechless betul....tgk lumpur dan selut yg tinggal...ya Allah terduduk tu nak bersihkan....
BalasPadamharap2 bantuan berupa barangan dan tenaga takkan putus sehingga semua kembali normal...in sha Allah....
allah sayu rasa hati tengok keadaaan banjir
BalasPadamdah macam bukan banjir, sebab teruk sangat implikasi dia
saya harap urusan bantuan dan keluarga yang terlibat dipermudahkan