Alhamdulillah, kejadian minggu lepas. Pendaftaran Adam untuk Tingkatan 1 di MRSM Kuala Klawang, Jelebu, N. Sembilan. Apa yang diimpikan oleh Adam, akhirnya tercapai. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga.
Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi. Perjalanan dari rumah mak di PD ke sini mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Maka, selepas solat subuh, kami dah bertolak dari PD. Papanya tak dapat ikut kerana tuntutan kerja. Sejak bekerja di Melaka, hubby semakin 'rapat' dengan kerja berbanding keluarga. Tapi kami faham. Ada masa, beberapa perkara perlu dikorbankan. Lagipun, saya boleh uruskan. Jadi saya pergi dengan mak dan ayah. Atuk dan nenek yang membesarkan Adam sejak dia muncul di dunia, pasti tak akan melepaskan peluang untuk bersama2 dalam hari bersejarah ini. Anak adik saya yang bongsu, di Danish pun ikut sama.
Kami tiba tepat jam 8.30 pagi. Itupun sebab menyinggah merata2 dan memandu dengan santai. Tak ramai lagi pelajar baru yang tiba. Rupa2nya hari pendaftaran itu termasuk sekali dengan pendaftaran tingkatan 4. Dari pintu pagar sekolah, sehingga ke dalam bilik, kami disambut oleh pelajar2 sekolah yang sangat mesra, sangat membantu dan sangat profesional. Boleh saya katakan, taraf servisnya adalah setaraf dengan hotel profesional. Syabas untuk MRSM Kuala Klawang.
Pelajar2 ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang jadi polis bantuan (semestinya pelajar kadet polis) mengawal lalu lintas, ada yang memakai blazer seperti di dalam gambar di atas untuk menguruskan pendaftaran dan ada yang dah siap sedia memakai t-shirt dan berseluar slack dengan kemas untuk membantu pelajar baru mengangkat beg dan baju ke bilik asrama.
Ada flow chart dalam brochure yang diberikan kepada kami. Tapi dek kerana kami tiba awal, kami tak sempat baca pun brochure tu kerana tiada ruang untuk menunggu dan membuang masa, hehehee. Keluar saja dari kereta, dah disambut, diberikan penerangan. Maka, pertama sekali, katanya daftar ke asrama dulu. Pergi cari bilik dan katil, letak beg dan barang, baru turun untuk pendaftaran. Kemas beg, selepas pendaftaran dan taklimat selepas waktu zohor nanti.
Asrama putera (aspura) adalah 3 blok yang bersambung dalam bentuk segi tiga. Di tengah2nya adalah dataran untuk aktiviti di asrama seperti riadah petang2, atau pun tempat berhimpun untuk roll call.
Bilik Adam dari luar di tingkat 3, tingkat atas sekali. Disini, bilik kecil2 dan dipanggil kiub. Setiap kiub ada 4 orang pelajar dari tingkatan yang sama. Tak campur senior, tak campur junior. Katil Adam sebelah kanan di hujung sana. Tingkapnya menghadap bukit bukau dan hutan belantara di belakang sekolah. Sejuk dan nyaman.
Setiap bilik, diletakkan rak kasut begini.
Dah letak beg. Bantal memang kena bawa sendiri. Baldi bawah katil. Percaya tak, tak satu pun beg2 ini kami bawa. Semuanya pelajar2 AJK itu yang tolong bawa. Ha, pagi lagi...bersemangat la lagi kan...bertenaga la lagi...hahahaha. Untunggg, tiba awal ni.
Selepas letak beg, bersihkan locker, tandakan apa yang perlu dibaiki di borang khas, kami pun terus turun semula untuk sesi pendaftaran. Pendaftaran di asingkan mengikut flow turutan yang sistematik. Setiap satu kelas adalah untuk satu bahagian pendaftaran. Setiap kelas ada kerusi untuk menunggu giliran. Tak sekali pun saya duduk di kerusi menunggu kerana belum ramai orang. Maka, perjalanan pendaftaran kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Mak dan ayah dah merayau bawa si kecil Danish yang sedang lasak berlari ke sana kesini. Maka kami terpisah. Lagipun, saya dan Adam dah lebih dari cukup untuk selesaikan segala urusan. Selesai urusan, kami dikehendaki hadir ke dewan pula untuk taklimat. Aduhai, jauhhhh sangat. Kena jalan kaki sebab kalau naik kereta nanti parking penuh pula. Kalau hubby ada mesti mudah sikit saya. Dalam pada kaki sakit kerana ligamen yang koyak dulu masih belum pulih sepenuhnya, saya redahkan juga perlahan2.
Dewan makan untuk pelajar. Pelajar putera dan puteri makan bersama di sini, cuma diasingkan bahagian puteri dan putera. Oh, saya sempat baca menu makanan mereka untuk sebulan. Wah, mewah betul. Dalam sebulan, pasti ada sekali chicken chop, ada spaghetti bologneise, ada fish and chips, ada nasi beriyani gam dan menu2 nasi harian kita semua seperti biasa. Memang mewah, berbanding saya dan hubby semasa kami di asrama dulu. Beruntung sungguh kami rasa.
Pemandangan dari dewan makan tadi. Aspura menghala ke kiri, naiiiiikkkkk bukit sampai ke puncak. Nun di atas puncak di belakang bangunan ialah padang sekolah. Seberang ini adalah kelas2, dan surau dan library dan makmal sains.
Selepas itu, ada taklimat dari pengerusi PIBG dulu, lepas tu dari Pengetua. Pengetua explain tentang aliran yang diambil oleh pelajar2 tingkatan 1 tahun ini. Aliran IGCSE, yang mana Adam ialah pelajar second batch. Maknanya, hanya ada form 2 students as their senior. Quite tough. Tak apalah...cuba dulu. Insya Allah, kalau ada peluang, kita cuba kongsikan apa itu IGCSE ni dengan pembaca.
Kemudian ada acara ibu bapa menyerahkan anak2 kepada pihak MRSM. Seorang ibu dan anaknya di panggil ke atas pentas sebagai simbolik dan wakil kepada semua. Ibu ini tadi membaca satu petikan bahawa kami ibu bapa dengan ini menyerahkan anak kami untuk dididik dan menjadi cemerlang kepada pihak MRSM. Kemudian Pengetua pula menerima dan berjanji akan memberikan yang terbaik. Kemudian si anak pula berjanji akan bersungguh2 mengikut peraturan dan berusaha untuk menjadikan impian ibu bapa dan pihak sekolah menjadi kenyataan. Oh, masa ni saya dah mengalir air mata...sob..sob... Begitu juga dengan ibu bapa yang lain.
Selepas taklimat, ada perjumpaan dengan guru Homeroom. Di MRSM, mereka bahagikan pelajar2 kepada guru2 yang bertindak sebagai ibu atau bapa di sekolah. Jadi, kalau ada apa2 masalah peribadi, mereka bolehlah nak bermanja2 dengan ibu atau ayah angkat mereka ni. Saya dah terlalu penat masa ni, tak mampu nak snap2 gambar lagi. Sayang, kalau ada gambar, boleh dikongsikan di sini.
Homeroom kami di dalam makmal sains. Ini dah penghujung tenaga dah rasanya.
Kami tak dapat jumpa dengan Bonda home room Adam sebab beliau ada tugasan di daerah lain. Tapi ada guru ganti yang memberikan penerangan terperinci dan juga menjawab soalan2 kami.
Lepas tu, kami cari mak ayah. Jumpa pun.... Mak dan ayah dah keletihan mengejar sikenit yang baru pandai berlari tu merata-rata. Kami rehat sebentar, makan dan terus ke asrama semula. Hanya saya yang naik kiub Adam kali ini. Kelam kabut mengemaskan locker Adam, pantau dia pasang cadar sendiri, dan tinggalkan dia di situ. Hanya saya dan mak yang menangis. Adam ok jer. Siap boleh tanya, "Yang mama nangis ni kenapa?"
Ciss....buek malu den yo...hahahaha....
Sempat singgah ambil gambar bilik menggosok pakaian mereka. Oh, mereka charge handphone di sini juga. Handphone hanya boleh bawa yang basic, no camera, no internet ability dan sebagainya. Dan hanya boleh guna mengikut jadual yang disediakan saja. Oklah tu kan....janji mudah nak berhubung.
Fuh, selesai satu urusan. Sekarang tunggu Adam stabil jer. Mungkin ambil masa beberapa bulan. Setiaaaapppp hari telefon merengek macam2. Awal2 tu dia demam, so sensitif terlebih, asyik nak balik, nak pindah sekolah. Sampai menangis2 suruh saya datang jemput. Awal2 tu layan juga la, sebab pihak sekolah call suruh saya jemput dia bawa balik rumah. Lepas tu, takder dah nak layan. Sorry berlori...
Now, dah sihat, kurang dah merengeknya. Maklumlah, belum biasa. Insya Allah, dia akan belajar sesuaikan diri sendiri sooner or later.
Wah, panjang lebar sungguh. Semoga dapat jadi penduan kepada ibubapa yang lain yang akan menghantar anak ke MRSM Kuala Klawang ini.
.
Kak.
BalasPadamHati Ibu yang kena keras nak tinggalkan anak mengejar cita-cita.
Sy bc post akak..rasa sebak semacam.
Terbayang malam tidurnya macam mana kan..kehidupan dia bukan lg depan mata kita :'(
tp semoga semuanya mudah utk Adam menimba ilmu dan pengalaman hidup.
Baguslah diasingkn junior dan senior. dan diharap budaya ragging dah takda lah di zaman moden ni kan..
Semoga adam beroleh keberkatan dan kemudahan..
wahh! tingkatan 1 dah masuk mrsm.. duduk kat sekolah asrama .. bagus lah. belajar berdikari sedari awal lagi
BalasPadamall the best adiq
BalasPadamishh kak beruntung adam dpt masuk MRSM...susah nak masuk sini... dieorg nilai A tu sebetulnye2 baru diterima masuk sini...alhamdulillah...rezeki adam..biase la tu kak mula2 mmg laa ade bunyi2 rengek mintak balik...mujur akak jenis kuatkan hati....biarkan adam di mrsm kak..in sha Allah terjamin mase depan kak...
BalasPadamadam, aunty lieya doakan adam jadi doktor tau....jadi doktor....amin
Baca entry akak ni, mmg mengimbau memori saya dulu..saya masuk form 4 ke MRSM Taiping :)
BalasPadamMemang di MRSM, asrama tak campur dgn senior, dan sistem bilik dipanggil cubicle ( kiub).
Makan di MRSM, mmg mewah ( kalau nak banding dgn SBP)..Igt lagi saya, menu2 western macam tu mmg ada seminggu sekali zaman saya dulu. Dan lauk2 kami tak dihidang dalam tray ( macam asrama biasa), tapi kami makan dalam pinggan, setiap jenis lauk di letak dalam mangkuk2 kecil, ada kuahnya...saya pasti MRSM Adam pun sama...
Mmemang over la mommy Adam ni! hahaha...Takpe kak, jgn risau, jgn nangis...sepupu saya ada 2 orang belajar di MRSM K.Klawang tu, sorang dah habis SPM, yg sorang lagi masuk form 4. Ok, best belajar di situ kata mereka.
Nanti akak cerita lah lebih lanjut tentang IGCSE tu ya...sebab anak saya pun Insya Allah akan ambil IGSCE nanti..
Kakak suka tapi terharu sama. Kakak ada pengalaman nak tinggalkan anak di asrama memang sedihnya Allah aje yg tahu. Makan malam paling terasa macam tak boleh masuk bila teringat.
BalasPadamHome-sick Adam tak akan lama Ziela. Paling lama pun sebulan bila dah kenal ramai kawan dah biasa ke kantin dan dewan makan, solat, belajar semua jadi ok.
Untung makan sedap-sedap:)
salam aziela ..
BalasPadamtahniah atas kemasukan adam ke MRSM tu.. aby tumpang gembira juga ..
salah satu proses pembesaran budak2 adalah kena hidup berdikari ..
insyaallah lps ni adam akan menjadi orang yg kental
acik pun ikut sama sedih ni Aziela..teringat masa hantar anak sendiri..walaupun bukan ke mrsa..tapi tetap ada budak2 bersediauntuk membantu..siap bawakkan beg lagi kan..duluu..masa sekolah..dah belajar ipta ni..masing2 bawak sendiri je..he he
BalasPadamTahniah buat Adam..
BalasPadamKalau saya pun nangis jugak kak.. huhuhu.. biasalah.. tu masih dalam negara.. cer bayangkan bila anak ke luar negara.. Bukan anak demam, mak yang demam.. huhuhu..
Adam nk nmpak mcm anak teruna la...tahniah.dok elok2 jgn nangis na.nanti mak tok rotan hehe.
BalasPadamtahniah adam. saya pernah merasa menghantar dua adik ke MRSM Bakri di muar dan MRSM di melaka. MRSM memang menjadi pilihan mak bapak. namun bila turn anak2 saya, tak merasa lak..hihi
BalasPadamAlhamdulillah..Tahniah Adam..semoga terus sukses dan berjaya serta membanggakan mama dan papa ye...
BalasPadamDah besar dah awak!...
Banyaknya ingatan ibu ibu menghantar anak keasrama. Saya ada 10 cucu. Belum ada seorangpun dapat masuk asrama. Bukan semua bernasib baik anak keasrama.
BalasPadamThniah
Bersyukurlah dengan anugerah NYA
Tahniah Adam , selamat berjuang nak, my son dulu pun tiga tahun di mrsm kuala klawang sebelum ke mrsm TGB melaka...dan semalam kami menghantarnya ke KLIA unt meneruskan studynya di RMIT Australia , jgn risau mama Adam berada di MRSM antara yang terbaik di Malaysia...
BalasPadamAll the best Adam ...
BalasPadamall the best f0r adam,nazif,anas and pidot
BalasPadamanak baru nak msk mrsm klawang 15hb ni..tp berfikir2 lg..risau kesihatan..dan keselamatannya. nak tinggalkan sekolah sekrg sayang pula
BalasPadammcm mn tu?pls pls..ada sapa bole bantu
sama sekolah la
BalasPadamterima kasih atas perkongsian,banyak membantu. im coming mrsm kuala klawang......
BalasPadam