Isnin, 25 Mei 2015

Karnival Ambang Ramadhan Melaka

Assalamualaikum.....

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menganjurkan karnival Ambang Ramadhan sebagai satu motivasi bagi kita mulaka amalan dari sekarang bagi merebut pahala dalam bulan Ramadhan nanti.

Antara acaranya ialah pertandingan hafazan ayat2 lazim untuk anak2 dan saudara baru.

Yang masuknya, Firdaus atas tiket anak saudara baru.


Ini sesi dewasa... Macam2 ragam boleh dilihat. Saya kagum dengan saudara baru yang hafadzan, bacaan dan tajwidnya jauh lebih baik dari sesetengah Melayu Islam kita sendiri.


Ini sesi kanak2. Turn Firdaus, dia dapat cabutan untuk surah Al Maun, Humazah dan Al Fiil. 

Keciknya kanak2 perempuan ni. Tetap yakin menjawab.

Ini paling kecik. Tenggelam dalam kerusi. Anak masyarakat Asli, tapi bagus bacaannya. 

Firdaus hanya dapat tempat ke 3. Bolehlah. Happy juga dia. Itupun sangkut masa surah Humazah, dia nervous. Kali pertama dia join. Bolehlah kan...

Apa pula perancangan anda menyambut bulan berkat nanti? Sama2lah kita memeriahkan dengan amalan. Peringatan utk diri saya sendiri juga.


.

10 ulasan:

  1. menarik juga aktiviti macam ni.beri peluang saudara baru untuk bergaul.

    BalasPadam
  2. Tahniah Firdaus dan mamanya. Cerah masa depan.. InshaaAllah.

    BalasPadam
  3. rasa tak sabar pula menantikan Ramadhan...

    BalasPadam
  4. Alf mabrook..
    Semoga diteruskan usaha yang baik ini. Insya'Allah.

    BalasPadam
  5. Pengisian yg sebegini mmg bagus...

    BalasPadam
  6. Jumaat/Sabtu/Ahad baru ini masjid kakak buat juga "Semarak Ramadhan" tapi semuanya kakak tak dpt hadir sebab ABC. Sedih juga tapi nak buat macam mana..

    Bagus adakan begini sebagai memberi semangat utk membaca ayat Allah dgn lebih baik.. kalah/memang tolak tepi.

    BalasPadam
  7. salam ziela ..
    perancanagan aby Ramadan ni ..
    jadi warga PD .. minggu lps dah visit site di tanjung tuan. mula kan kerja lps cuti skolah ni ..
    klu ramadan lps di Bera, Ramadan ni di PD plak .. sempat makan di restoran Asam Pedas Warisan ..
    apapun Tahniah kt Firdaus tu ..

    BalasPadam
  8. bagus nyer...
    CM kita ni more to islamic activities kan?

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com