Rabu, 24 Jun 2015

Menu Sahur Simple

Assalamualaikum.....

Dah seminggu kita semua berpuasa kan. Syukur Alhamdulillah.

Seminggu ni, hanya saya dengan hubby jer. Jadi, memanglah saya prepare sahur yang simple. Ada sekali makan fast food, sekali lagi makan di kedai tomyam. Maknanya, 5 hari lagi saya siapkan sahur di rumah jer. Cemerlang kan saya...wakakaka.



Antara contoh menu sahur saya ialah seperti di atas. Nasi goreng campur kacang panjang dan telur, serta goreng ayam. Yang penting, panas2 tu, makan di waktu pagi, memang membuka selera. Selalunya hubby dan saya akan makan, kemudian minum air Cocoa Tamar tu sorang secawan. Alhamdulillah, setakat ni puasa kami berjalan lancar.

Selain daripada tu kadang2 Mommy beri lauk...atau bekal lauk dari rumah mak...atau sekadar goreng telur jer.

Lagipun kebelakangan ni, saya agak kurang bersemangat bila berbuka. Mungkin sebab saya terlalu letih. Perjalanan 3 jam pergi balik setiap hari memang menduga. Jadi, bila sahur, saya akan makan betul2 sebab dah tidur dan dapat rehat.

Weekend kena siapkan sahur best sikit la kot sebab Adam kan ada. Last weekend, saya bawa dia sahur di kedai tomyam. Ikutlah selera dia nak makan apa. Dia minta nasi goreng tomyam. Tapi minggu ni saya nak cuba masak sesuatu jugalah untuk dia.






.

14 ulasan:

  1. sahur biasa malas sket nak makan
    so makan kurma 3 bijik je dengan minum air
    kalau ada sup sayur makan la jugak

    BalasPadam
  2. Time sahur memang kena makan nasi.. Barulah boleh melakukan kerja.. Sama cam saya kak, bila berbuka jer mesti cam x lalu sangat nak makan.. Penat kan..

    BalasPadam
  3. mmm. cik en sakit gigi.. semnjak puasa. hanay makan bubur je.. mmg cpt lapar

    BalasPadam
  4. Saya suka bt nasi grg cmni...
    mudah...

    BalasPadam
  5. Selalunya begitulah utk kita dgn hubby tak kisah sangat kan Ziela, tapi utk anak kita nak ikut selera dia...

    BalasPadam
  6. meme simple dimple.. kalau tak simple jenuh tak sempat ....selamat berpuasa...

    BalasPadam
  7. letih kan berulang jauh?
    aida ni tawakal aje la.
    semlm sampai umah 6.30.
    start enjin memasak mcm lipas kudung.
    mr.asben bantu.
    siap aje kemas dapur & hidang, azan pun berkumandang :)
    alhamdulillah :)

    biasanyer lauk berbuka aida akan kiv skit utk di bawa bersahur.

    BalasPadam
  8. Tahun ni hanya waktu sahur dapat berbuka dengan hb.. waktu berbuka hb sibuk di bazaar..

    BalasPadam
  9. Betul tu kak, makan sahur ni kalau nak best berselera, buat makanan yg baru ( bukan panaskan makanan berbuka), tak kisah lah simple macam nasi goreng je pun...mmg berselera makan!

    Akak balik kerja sempat sampai rumah before berbuka ke?

    BalasPadam
  10. samalah kita kak..first sahur pun masak nasi goreng jer hihi..done umobile

    BalasPadam
  11. Suami acik kalau sahur memang nak nasi putih panas ziela..kalau masa berbuka dia tak kisah sangat

    BalasPadam
  12. kak pernah ada pengalaman travel jauh p kerja setiap hari..
    memang letih dibuatnya..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com