Jumaat, 5 Jun 2015

Yakinlah Dgn Kasih Sayang ALLAH...

Assalamualaikum.....

Salam hari Jumaat semua....

Semenjak dua menjak ni, saya sangat sensitif. Ada sedikit ujian Allah untuk saya, yang pada saya sangat berat, sangat besar dan sangat kuat.

Maka apa sahaja perkara selepas saya digugurkan dengan peristiwa itu, saya jadi berkecil hati. Maksudnya, saya mudah mengalirkan air mata, saya mudah rasa menyerah, dan berbagai konflik. Mujurlah saya ini dilahirkan sebagai orang Islam dan mengenal Allah. Rasanya kalau orang lain yang tidak yakin dengan Allah, pasti dah cabut nyawanya sendiri kot. Dan zaman sekarang memang banyak kejadian bunuh diri berlaku kerana ujian yang saya terima ini.

Dan setiap pagi selepas solat, saya semakin panjang berdoa. Allah, jangan putuskan kasihMu untukku Ya, Rabbi. Bantu aku, kuatkan aku, berikan aku option yang terbaik.
True enough, Allah tak akan turunkan ujian kepada sesiapa yang tidak mampu, tapi wajiblah kita memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita, agar bantu kita, agar apa2 saja lah...the list goes on. Kerana....Allah juga kata, mohonlah, mintalah apa saja pun....berdoalah....

Dalam pada saya masih berperang dengan inner soul sendiri.... Sekejap rasa berputus asa, sekejap rasa bangkit semula, berjalan teguh kerana Allah itu Tuhanku, saya diberikan kejutan terbaru malam tadi.

Seorang sahabat saya waktu study di university, dan kemudian kami sama2 memulakan karier di pertubuhan kerajaan yang sama...sehinggalah 3 bulan lepas kami berpelukan dan bertangis-tangisan dan bermaaf-mafan dunia dan akhirat kerana saya resign dan berpindah ke N9 dari KL. Kami berkahwin lebih kurang tarikh yang sama. Saya bersalinkan Adam, dan beliau pula mengandung. Sama2 beraktiviti, bekerja, makan bersama, outing bersama...dan berbagai2 lagi...walau di akhirnya masing2 sibuk dengan tugas dan semakin jarang bertemu. Ya, malam tadi saya diberitakan oleh sahabat lain yang beliau sebenarnya menghidap kanser payudara. Stage 3.

ALLAHU AKBAR!

Sekarang ini, waktu ini, mungkin beliau telah ditolak kedalam bilik pembedahan. Saya doakan beliau sepenuh hati agar beliau akan segera sihat kembali. Semoga semangat juangnya akan terus mantap. Beliau yang saya kenal adalah seorang yang tabah dan kuat. A true iron lady.

Dan saya seperti diketuk dengan kesedaran....

Apa sangatlah dugaan yang saya terima sekarang ini, berbanding dengan dugaan sahabat saya ini. Allah nak sampaikan pada saya, mungkin. Jangan tak bersyukur dengan nikmat kurniaanNya pada saya.

Astaghfirullah al-azim...
Astaghfirullah al-azim...
Astaghfirullah al-azim....


Saya mohon doa sahabat2 semua untuk sahabat saya ini juga. Keikhlasan anda, hanya Allah yang membalasnya....



Amiin.


11 ulasan:

  1. salam jumaat kak, kuatkan dan tabahkan hati, yakinkan diri dan percaya bahawasanya ada kemanisan yang Allah ingin berikan.... In Shaa Allah, Amin... I'm with you...

    BalasPadam
  2. takdir orang kan kak
    simpati saya mendengarnya, moga dipermudahkan urusan sahabat akak tu
    saya juga dulu macam akak, rasa down sangat
    tapi bila bandingkan dengan orang lain, saya sedar, apalah sangat ujian saya ni
    allah uji kita sebab tahu sejauh mana kita mampu tangani

    BalasPadam
  3. Moga sahabat kak Aziela kuat dan tabah serta cepat sembuh agar dapat menjalani rutin harian seperti biasa. InsyaAllah.. moga dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  4. Amin.. Moga akak tabah dgn ujiannya.. :)

    BalasPadam
  5. Kerana sesungguhnya kita ini memang lemah tapi Allah yg beri kita kekuatan. DIA maha tahu dimana kekuatan dan kemampuan kita cuma kita ni selalu alpa..

    Kakak mudah nak kata pada Ziela sabarlah dik... tapi hakikatnya kalau kena pada diri kakak entahlah bagaimana kakak nak menghadapinya..

    BalasPadam
  6. beristighfar banyak2..ingatkan ALLAH...
    akak tumnpang sedih dgn berita sahabat Azie tu...

    BalasPadam
  7. Salam perkenalan kak ziela... Salam blogwolking... Mudah2an akak tabah dengan dugaan yg diberikan.. Moga dipertemukan kemanisan diakhirnya... Eija doakan yg terbaik buat akak... Kak ziela jemput singgah bloh eija yer mamaeija91.blogspot.com :)

    BalasPadam
  8. Assalam,
    semoga dipermudahkan...aamiin

    BalasPadam
  9. setiap insan dugaanya tidak sama.. Allah hanya uji setakat mana yang dia termampu.. dan setiap ujian itu pasti ada ganjarannya di sisi Allah swt.

    Akk doakan sahabat Aziela diringankan penderitaannya dan Ziela sndiri terus bertabah ya.. salam sayang dari akk

    BalasPadam
  10. kak faham bila membaca entry azie..
    pernah berlaku hal sama pada akak..
    tambah2 syaitan memainkan peranan..kadang2 kita ok, kadang2 down..
    namun kalau kesenangan bersifat sementara, kesusahan pun begitu..
    in sha Allah pada setiap kesukaran, pasti ada kemudahan dihujungnya..

    BalasPadam
  11. aida doakan sahabat aziela tu dikurniakan kesihatan semula spt biasa.
    ujian bagi dia.
    kita support dia seupaya kita in shaa Allah :)
    sabar ye.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com