Rabu, 15 Julai 2015

Persediaan Raya Kami...

Assalamualaikum.....

Tahun ni, Alhamdulillah saya dah bersama2 dengan hubby..tinggal sebumbung selepas berbelas belas tahun hidup sebagai weekend family. Cuma saya hanya kena travel jauh ke pejabat setiap hari. Ikutkan keupayaan tubuh, rasa macam dah tak mampu...tapi redah sajalah dulu.

Anyway, di Melaka ada banyak tempat shopping baju raya. Macam2 ada. Dapatlah baju hubby. Tapi baju saya, tak banyak pilihan sebab saiz...huhuhu. Sedih betul. Baju Melayu Adam, dapatlah juga..tapi kasut la pulak takder yg berkenan. Kalau ada yang berkenan, tak ada saiz pula. Dan dia sangat perlukan kasut sebab yang ada semuanya dah buruk betul. Kasihan anak bujang saya ni.

Maka...dalam desperate tu, hubby ajak ke Kuantan. Tempat yang masih dirindui beliau kiranya. Bagi orang lain, jauh kot. Tapi kami dh terlalu selalu berulang alik dulu, maka perjalanan ini kacang saja lah...


 Gigih papa mencari kasut yang sesuai untuk anak kesayangan....

Alhamdulillah, saya dapat baju saya, baju mak semu di Kuantan Parade. Seronok sebab banyak la pula saiz saya.

Barang2 Adam, kami cari di East Coast Mall. Complete.

Berjaya..! 

Tidur satu malam di Kuantan. Terus balik hantar Adam ke asrama dulu. Selesai semia. Dapat rehat awal...bersedia untuk kerja esoknya.

Oh, saya kerja sampai hari Khamis. Cuti Isnin dan Selasa. Tahun ni raya di PD dulu selepas 3 tahun beraya di Melaka. Alhamdulillah..mesti meriah tahun ni. 

Selain daripada tu...rumah x sempat kemas...so saya stress. 

.



9 ulasan:

  1. Betul kak.. kalau kita dah biasa dengan rutin tu..alah bisa tegal biasa..
    Raya nanti mungkin malam raya kedua dah ada di Melaka.. kalau saya ada balik kampung.. then ai call u..

    BalasPadam
  2. Masya'Allah.
    Nikmatnya dapat beraya di kampung halaman.
    Lagi nikmat dgn suasana shopping raya.
    K.Sham biasa kalau raya kat sana pun.. siap-siap dah beli serba sikit dari sini. Malas nak mengharung traffic jam.

    BalasPadam
  3. Salam lebaran aidilfitri buat aziela sekeluarga ;)

    BalasPadam
  4. akak!!! datang sini ke? last week eh? kami balik kg la... saya jugak.. ketupat tak anyam lagi..baju anak tak alter lagi...kuih raya tak sempat buat..rumah macam tongkang pecah... stress...

    BalasPadam
  5. Hebat3.
    Shopping sampai Kuantan.

    Saya dah start cuti.
    Rehat panjang sampai Selasa depan.

    Salam Lebaran buat Aziela sekeluarga.
    Semoga Syawal kali ini membawa lebih kegembiraan untuk Aziela sekeluarga.

    BalasPadam
  6. saya sederhana je persiapan tahun ni

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com