Isnin, 14 September 2015

Saya Seharusnya Bersyukur...

Assalamualaikum.....

Dalam kemelut politik negara, dalam kepayahan ekonomi, saya sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai kasih keluarga dan keupayaan tidur lena. Betul kan...?

Dan bila bersembang dengan rakan meja sebelah di pejabat, saya lagi patut bersyukur walau dalam kemelesetan ekonomi, kita semua masih mampu pergi shopping, mampu bercuti dan holiday walau sampai ke luar Negara dan yang paling penting, dapat menunaikan ibadah tanpa halangan. Di mana2 boleh jumpa surau dan masjid. Di hotel2 ada arah kiblat. Di stesyen minyak semuanya ada surau dan kemudahan untuk berwudhu'. Berbanding dengan Negara timur tengah dimana terletaknya pusat penyinaran Islam dunia..tempat bertawaf dan berkumpulnya Islam sedunia alam...nak menunaikan solat pun agak sukar untuk mencari sumber air bagi berwuduk.

Tapi kali ni saya hanya nak berkongsi sedikit kisah saya.

Saya berhenti kerja di KL Februari lepas apabila menerima tawaran bekerja di Port Dickson. Dekat dengan mak. Hanya 15 minit dr pejabat. Maka bila pakej gajinya kurang, saya tetap terima sebab dah tak larat meredah KL seorang diri tanpa keluarga di samping. Setiap hari Jumaat, habis saja kerja saya berlumba2 dan bersesak2 nak balik PD dan balik Melaka. Penat sangat...duit mencurah2 atas jalan raya kalau boleh dilihat.

Walaupun dah kerja di PD, saya tetap berulang dari Melaka ke PD setiap hari kerana hubby kerja di Melaka dan rumah kami memang di Melaka. Cuma ptg2, saya singgah rumah mak sebelum balik Melaka. Travel juga. Cuma, tak adalah tempuh kesesakan jalan raya, tak ada tol dan sekurang2nya kami dah dapat tinggal bersama2 sebumbung. Walau Adam pula terpisah, saya tetap bersyukur.

Tapi yer lah..bila dah travel tu macam2 hal lah. Tambah2 nak menempuh jadual hidup yang baru. Dah lah saya baru masuk kerja, tapi nak tak nak saya terpaksa banyak ambil cuti sebab hubby kebetulan tak sihat sangat2. BP tinggi dik...dek tekanan kerja. Tiap2 hari sakit kepala tak hengat. Sampai ada masa tu dia terpaksa berhenti tepi jalan 1km sebelum tiba kilang sebab dah tak boleh tahan sakit kepala dan pandangannya terus jadi kabur. Saya di PD, dia di Melaka. Kilang jugalah yang hantar rescue team pick up dia dan hantar ke hospital.

Di pejabat pula, HR Dept adalah jabatan baru. Sebelum ini, HR matters di handle oleh Admin and Finance Dept. Tapi bila syarikat semakin berkembang, mereka perlu juga ada HR Dept. Itulah sebabnya saya masuk sini. Bila tak pernah ada HR, of course kerja saya jadi menimbun sebab seperti kita nak set-up company baru and at the same time, rutin harian harus berjalan. Saya memang buat kerja dengan agresif sebab tak ada masa untuk taking your own sweet time. Semua polisi mesti selaras dengan undang2 dan sebagainya lah...

Kerja banyak di pejabat, perhatian keluarga pula sama pentingnya di rumah. Maka, selepas berbincang panjang dengan hubby, saya dinasihatkan untuk resign. Beban kerja, pakej yang agak kurang setaraf dengan yang sepatutnya serta tanggungjawab saya untuk keluarga. Hubby saya kesian tengok saya melepek setiap kali tiba di rumah, campur dengan stress saya dan stress beliau... Saya pun sangat seronok...sebab dalam kepala saya dah mula merancang itu dan ini bila saya dah jadi full-time housewife. Mungkin untuk beberapa bulan sehingga saya selesai menguruskan rumahtangga dan mendapat pekerjaan baru.

90%, rumah saya masih begini..sob..sob.. Adam masa umur 8 tahun/
 
 
Kalau nak duduk di rumah semata2 pun pasti bosan sebab anak tak ada di rumah. Tapi rumah saya memang macam rumah tinggal. Dah almost 10 tahun, barang2 saya masih bersepah2 sebab hubby tak nak beli lemari...huwaaaa. Konon nak install built-in cabinet...tapi asyiklaaa bertangguh. Sebab tu la saya dah tak sabar nak buat 5S di rumah bila dah resign. Dah plan nak beli lemari sendiri dah..hehehe

Bila saya submit resignation notice, of course bosses saya terkejut. Mereka ingat saya dapat offer lain. Saya berterus terang je apa masalahnya...itu dan begini...

Dan saya terus mula mencari pengganti saya, walau bukan exactly jawatan saya. Cari yang 1 tangga di bawah jer, dan syarikat boleh pertimbangkan kenaikkannya kelak. Tapi, interview 1 candidate, resume dari 4 candidate...hmmm...membuka ruang perbincangan dengan pihak syarikat. Gaji yang dipohon lebih tingggiiiiiii lagi dari saya, tapi skill and knowledge, alamakkk...

Job counter offer session pun bermula. Begitu begini...bincang semula dengan hubby. Dan kebetulan pula, minggu pertama selepas raya, hubby mula bekerja di Nilai dengan syarikat lain. Maka, kami bersetuju untuk tinggal di rumah mak jer di PD. So hubby berulang ke Nilai. Dan dengan pakej baru yang saya dapat terima, kami bersepakat untuk saya meneruskan kerja di sini.

Alhamdulillah.

Saya dah boleh focus dengan syarikat dan kerja sebab hubby dah tak stress sejak kerja dengan syarikat baru. Saya pun dah tak perlu travel jauh, maka kesihatan saya bertambah baik. Stress kerja, mana2 pun ada. Oh yer, saya stress sangat sampai saya migraine. Isnin lepas, saya tumpas juga bila saya sampai muntah2 sakit kepala. Ingatkan saya dah kena darah tinggi, tapi BP saya normal. Rupa2nya migraine dikk.....Dah umur macam ni pula ada migraine ni. So, kalau saya sakit, sendiri yang susah. Kenalah bijak manage sendiri agar jangan stress sangat dah migraine lagi.


So, punahlah harapan dan impian saya untuk buat 5S di rumah sendiri..sob..sob... Bilalahhh rumah saya nak cantik....sedih...sedih.... Saya sayanggg rumah saya. Oh hubby...dengarlah rintihan hati binimu ini...sob..sobbbb....


Eh, hubby takder...dia kat Mexico minggu ni. Adoii....

Opppsss.....intipatinya....



BERSYUKURLAH.....






.


11 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Perancangan Dia untuk kita lebih baik. Syukur..sekurang-kurangnya boleh duduk bersama dah kan. Dapat dibayangkan bila dha travel jauh2 ni penatnya...hanya yang melaluinya je yg tahu

    BalasPadam
  2. bila baca entry Aziela.. akk pun seharusnya lebih bersyukur...

    BalasPadam
  3. alahai kak...simpan dulu.. hujung thn dia tunaikan hajat akak tu...hehehe...bila nak jumpa lagi ek kak..

    adam gi mana? alahai banyak cerita kwn2 tertinggal sejak akhir-akhir ni..

    rumah saya lagi la kak..rupa kapal karam... hehehe..tapi selagi ada di samping semua ahli keluarga..bersyukurlah...

    BalasPadam
  4. alhamduLILLAH.. sama-sama kita bersyukur.. akak masih ada rumah walaupun tak sempat buat 5S lagi.. syukurlah.. :))

    Tips hilangkan gastrik

    BalasPadam
  5. hu hu hu sungguh dekat entry ni dgn aida.
    yes la. lumrah dunia skang, aida pun berulang tiap hari bekerja.
    anak2 urusan mr.asben.
    lebih rm1k sebulan spent utk petrol & tol.
    kesihatan ~ kena maintain, tiada pilihan...
    apapun, aida bersyukur...
    pohon pd Allah beri kesihatan yg optimum nak jalani idup ni.
    sehingga dpt tukar la...

    BalasPadam
  6. Bila kakak baca rentetan Ziela makin bertambah bersyukurnya kakak kerana laluan kerja kakak agak mudah. Mungkin sebab zaman kakak belajar dulu dah terlalu susah Ziela - keluarga kakak miskin. Jadi Allah bagi sedikit kemudahan bila dah bekerja.

    Apa pun betul kita kena sentiasa bersyukur..

    BalasPadam
  7. Kita hanya mampu merancang.
    Allah yg menentukan.
    Banyak nikmat dan hikmah yg kita tak nampak.
    Syukur.
    Redha.
    Allah masih sayang kita.

    BalasPadam
  8. tu la kak...perancangan Allah tu cantik sebenarnyer.... lieya pun kalo jadi akak mmg pilih keputusan mcm tu....penat kalo berabis masa dan duit atas jalan KL nie...dgn jem lagi...ya Allah letih satu badan.... rasenye skrang lagi better kan kak....

    takpe kak, rumah tu nanti slow2 leh 5s.... akak kene rintih lebih2 sikit kat cik abg heheeheh...

    wow bestnye abg akak pi mexico...kirim ape tu kak ole2.....

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.. ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com