Sabtu, 30 Mei 2015

Gotong Royong Membawa Muafakat

Assalamualaikum.....

Sejak dah mula kembali ke Melaka for good ni, kami adalah masa sikit nak bergaul dengan jiran2. Jadi bila ada gotong royong baru2 ni, sempatlah kami join sekali.

Walaupun tak berat sangat sebab kerjasama dengan Majlis Perbandaran, tapi boleh tahan jugalah penatnya.

Yang penting, kami cuba juga hadir walau ada urusan lain. Lagipun, ini gotong royong pertama untuk kawasan perumahan kami.

Seronok dapat catch up dengan jiran2 keliling rumah. Cina, India, Melayu..
 Tapi, yang wanita adalah 2,3 orang jer. Memang orang.perempuan.x join gotong royong macam ni yer? Bila tanya orang rumah jiran2, semuanya kata ada kat rumah.

Tapi, this is a good startlah at least kan..?



Nota: Ingat tak entry saya pasal anak2 joran yang suka main bola sampai lampu saya pecah? Takder seorang pun ibu atau bapa anak2 pasukan bola depan rumah orang tu yang hadir. Semua 4,5 family tu.memang kebetulan.serentak ada hal agaknya. Tapi takut2 mereka x datang sebab saya ada. Mesti diorang meluat dengan saya sebab tegur anak2 diorang main bola, kan?




.

Jumaat, 29 Mei 2015

Dima Arabian Dish

Assalamualaikum.....

Late lunch/early dinner untuk saya dan hubby di hari kelahiran saya bulan lepas. Sejak saya meninggalkan angka 2 didepan angka umur tu, saya dah tak teruja nak celebrate. Age is just a number and I don't like numbers, hahahaha. Anyway, takut juga....dah makin banyak umur, maknanya masa di dunia dah semakin pendek. How pendek, Allah Ta'ala saja yang tahu.

Happenned to be, macam biasa, hubby tak ingat birthday saya, hinggalah adik beradik wish saya dalam whatsapp group family, baru dia teringat. Well....expected. I should not expect anything from him. As long as kasih dia untuk saya ikhlas, saya harus terima dia seadanya, walau apa pun kekurangannya atau kelebihannya.

So, kebetulan pergi LHDN office di MITC Ayer Keroh masa tu. Singgah terus;ah di Dima Restaurant ni. First time kami cuba...

Sebelah kiri ialah manisan kacang kuda. Sorry, saya langsunggg tak boleh terima. Hubby juga makan sesudu saja. Sangat manis. Kanannya tu ialah humus. Saya nak cuba humus disini. Datangnya dengan roti arab standard yang liat dan tidak berperasa tu. Tapi bila dikautkan humus ni, mak oiii..sedapnyaaaa....

Humus dia, Wangi, sangat berlemak..halus tapi ada rasa kekacangannya itu. Saya rasa saya boleh makan humus ni sepiring tu sorang.


Kami ambil mix grill ni, portion untuk seorang. Sambal colek tomato tu pedas dan masam...though tak ler pedas melampau pun. Tapi saya suka. Ada daging ayam, daging lembu dan daging kambengggg. Hubby suka daging-dagingan tu.

Lepas tu bila Adam ada di Melaka, kami makan lagi di sini. Bawa Adam pula. And dia pula tengah lapar...chicken grill half bird tu dia makan sorang dengan nasi Mandhy sepinggan. Tapi chicken grill tu dah kecut dan nipis...but still..!!

Adam suka humus tu juga. Kami sempat tapau satu Tupperware humus untuk di makan kudap-kudapan kononnya. Takder maknanya, belum sampai beberapa jam, Adam dah licinkan humus tu juga. Mula lah terfikir, memang dia tak cukup makan ke kat asrama?

Nampak Adam? Ok now cuba tengokkk...

Ayam yang dia habiskan sorang. Mama cubit sikit, papa forked out a bit. The rest...khalas.

Humus yg jadi rebutan dan igauan.

Akhir sekali, mix grill again. 

Verdict......sangat memuaskan.


Khamis, 28 Mei 2015

Kalau Dah Bukan Rezeki...

Assalamualaikum.....

Lunch hour tadi, cepat2 keluar ofis. Nak pergi servis kereta yang rutin tu. Masa belok masuk simpang ke kawasan workshop tu, ada sebuah motosikal meluru nak keluar simpang, tapi dia masuk jalan saya. Saya putar steering mengelak dia, tapi saya tak sedar ada tembok longkang...

Itu temboknya di simpang tu.
Kuat juga sebab saya melantun semula dalam kereta. 

 BBerhenti tepi tu, tengok tayar dah pecah. Sedihhh sangat.

 Since dah dekat dengan workshop, call mechanic tu. Dia datang tukarkan tayar spare dulu.
Lepas selesai servis, pergi kedai tayar pula. Buat alignment. Masalahnya hati dah rasa tak sedap sbb teruk betul kendalian steering dan ada bunyi bila tayar berpusing.

Sah, kedai tayar confirmkan, under arm dah bengkok.

Inilah rupa bahagian underarm yang dah bengkok tu. Sedih kan.... Barang yang kecik, tapi kalau dah nama barang otomotif, memang harganya 2,3 digit juga la.

Kalau dah bukan rezeki, tengok jerlah wallet makin menipis dengan pantas dan tangkas.
Tapi, tulah kan. Mujur wallet berisi walau nipis.

Yang penting, bersyukurlah....




.

Selasa, 26 Mei 2015

CKT Lendu, Melaka

Assalamualaikum.....

Sejak dah menetap kembali di Melaka ni, setiap malam kami dating makan di luar. Apa taknya, tiba di rumah dah masuk maghrib. Dengan letih kerja, dengan letih merempit sejam lebih, saya mmg tak larat nak jenguk dapur.

Kami pula hari tu mencuba kedai yang berhampiran dengan UiTM Lendu di Alor Gajah ni.


 Yang paling femes ialah char koay tiawnya. Wah, mmg sedap rupanya.

Saya pernah cuba mee hun sup dia. Memang sedap juga.

Nasi goreng ayam ni feveret Adam. Tapi memang ramai juga yang order menu ni selalu.

Mihun goreng yg simple, tp macam homecook masa kecik2 dulu. Sayur banyak. Saya suka.

Inilah kedainya. Ayang station. Diusahakan oleh.suami isteri. Suami memasak, isteri jaga kaunter dan bancuh air. Ada anak saudaranya yang ambil.order dan hantar pesanan.

Bukan Indon, bukan Siam. Ori orang Melaka bebbb...

.


Isnin, 25 Mei 2015

Karnival Ambang Ramadhan Melaka

Assalamualaikum.....

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menganjurkan karnival Ambang Ramadhan sebagai satu motivasi bagi kita mulaka amalan dari sekarang bagi merebut pahala dalam bulan Ramadhan nanti.

Antara acaranya ialah pertandingan hafazan ayat2 lazim untuk anak2 dan saudara baru.

Yang masuknya, Firdaus atas tiket anak saudara baru.


Ini sesi dewasa... Macam2 ragam boleh dilihat. Saya kagum dengan saudara baru yang hafadzan, bacaan dan tajwidnya jauh lebih baik dari sesetengah Melayu Islam kita sendiri.


Ini sesi kanak2. Turn Firdaus, dia dapat cabutan untuk surah Al Maun, Humazah dan Al Fiil. 

Keciknya kanak2 perempuan ni. Tetap yakin menjawab.

Ini paling kecik. Tenggelam dalam kerusi. Anak masyarakat Asli, tapi bagus bacaannya. 

Firdaus hanya dapat tempat ke 3. Bolehlah. Happy juga dia. Itupun sangkut masa surah Humazah, dia nervous. Kali pertama dia join. Bolehlah kan...

Apa pula perancangan anda menyambut bulan berkat nanti? Sama2lah kita memeriahkan dengan amalan. Peringatan utk diri saya sendiri juga.


.

Jumaat, 22 Mei 2015

Makan Tengahari di Melaka (Lunch in Malacca)

Assalamualaikum.....

Dah pernah buat entry tentang kedai ni sebelum ni, tapi lately ni hubby pun suka pula makan di situ. so, share ajer lah lagi sekali gambar2nya...


Kalau dari Klebang menghala ke Tg Kling, confirmmmm jumpa.

deretan lauk pauk yang kaler merah....

Yang ni kaler kuning pula..

Ini, area sambal. Sambal tumis, sambal cili padi...


Ini sambal dan pencicah pula. Air asam, sambal belacan, cencaluk, budu...semua ada dikkk...


Siapa nak coti2 di Melaka? Masukkan dalam list...ada ikan bakar sekali...tapi setakat cencaru, kembung dengan keli jer laa...

.

Khamis, 21 Mei 2015

Tak Mengaku Pula..

Refer kes semalam. Saya dah call, dia tak mengaku. Dia kata tukang masak masak sendiri, then diorang shoot gambar sendiri.






Rasa macam nak print bebanyak kisah dia ni and tunggu depan restoran dan sebarkan tentang pembohongan dia.

Basically saya belum pasti apa tindakan seterusnya. Yang pasti, itu nasi ayam saya...!!!!


.

Rabu, 20 Mei 2015

WW: Kes Ciplak

Assalamualaikum.....


Ada kat SINI...

Tapi tiba2 jumpa yg kat bawah ni....


Siaplah....grrrr...




Selasa, 19 Mei 2015

Al Quran itu Bingkisan Kasih

Assalamualaikum.....

Bila hati diuji. Bila kasih dijadikan cagaran, jangan lupa bahawa kasih Allah penyembuh luka.

Walau dalam sedih, pilu, gembira mahupun bahagia, jangan pernah lupa dengan ayat2 Allah.

Ramadhan kian menjelang, eloklah kita mulakan kembali apa yang telah terr..lalai .


.

Isnin, 18 Mei 2015

Ikan Lampam Lemak Kuning

Assalamualaikum.....

Ada rupa ikan ke..? Tengok betul2...Insya Allah nampaklah rupa paras kepala ikan dan isi ikan dan telurrrrr ikan.

Ini, gara2 shopping di pasar tani la ni. Sekarang ni, setiap hari Ahad pagi, kami suami isteri akan memandu ke Kuala Klawang untuk ambil Adam. Outing sehari, tapi pagi2 seawal pak guard kasi masuk, kami dah sampai. Ambil bujang tu, bawa balik PD. Petang pukul 4, hantar balik ke asrama dan kami pulang pula ke Melaka.

Bawa balik tu sebab itu big boy masih homesick maaa....hahaha.

Anyway, selalunya kami tiba awal. So, sementara tunggu pukul 10.30, kami singgah di pasar tani. Jelebu tu pasar taninya setiap Ahad pagi.

Minggu lepas, dapat ikan lampam. Elok lagi menggeliat atas meja. Hubby x pernah makan ikan ni. So beli lah. Seekor tu dalam 2 kilo lebih.

Beli cili, santan segala, jemput Adam, terus berdesup balik PD. Saya terus bersilat kat dapur rumah mak. Alhamdulillah, dapat feedback positif dari isi rumah.

Lain kali boleh try ikan lain pula....


.

Khamis, 14 Mei 2015

Rambut Dalam Pizza di Pizza Hut...

Assalamualaikum.....

Seperti mana yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini di SINI, dan mendapatkan feedback dari ramai orang termasuk pembaca blog ini, maka inilah dia, saya kongsikan gambar itu.


Kasihan Adam. Dia dah gigit pun pizza tu sebab memang tak nampak rambut/bulu tu dari atas, bawah tepi atau tengah. Rambut/bulu itu tertanam dan dibakar bersama2 dengan pizza dan cheese tu. Maka sah lah maka ianya dibakar sekali dengan kepingan pizza tersebut.

Macam yang saya ceritakan, mereka tawarkan 2 option sebagai 'pampasan' untuk kejadian itu. Tapi, kami tak boleh terima. Last sekali, saya yang berikan option untuk dia tolak harga pizza yang ada rambut itu saja. Itu bukannya pampasan. Itu adalah cuma tolak harga untuk makanan yang direject. Maka, tiada pampasan pun sebenarnya. Kami expect, sekurang2nya kami tak perlu bayar meal tu semua sebagai tanda minta maaf dan menunjukkan yang mereka benar2 kesal, tapi nope...tak ada. Bukannya mahal, tak sampai seratus pun, tapi sekurang2nya, kami akan rasa sejuk hati sikit kalau mereka memberikan tanda yang mereka benar2 kesal. Dahlah tu, food tu kami tak habis makan sebab dah tawar hati. Dengan garlic bread..dengan ais krim...semua kami tak makan.

Sebab tu lah kami buat laporan ke pihak AEON Mall di Melaka Bandaraya tu. Beberapa hari kemudian, kami dihubungi oleh Pengurus AEON Mall bagi pihak Pizza Hut di situ menawarkan baucer diskaun sahaja. Pertama, ianya hanyalah baucer diskaun. Saya tak berminat. Kedua, baucer tu akan tamat dalam tempoh masa yang singkat. Saya rasa tertipu. Ketiga, kenapa bukan pihak Pizza Hut sendiri yang menghubungi kami? Saya rasa sangat terhina.

Semalam, Pengurus Pizza Hut untuk negeri Melaka menghubungi saya. Memohon maaf lagi, menyatakan kekesalan lagi, dan sekali lagi menawarkan kepingan pizza percuma yang lebih besar saiznya. Saya beritahu dengan baik, saya tak berminat. Tak apa lah, kalau ada apa2, saya akan bincang dengan suami dulu. Saya nak habiskan perbualan itu. Saya sedang memandu dan keletihan kerana baru pulang kerja. Saya tak nak pening kepala drag out lagi isu tu.

Tapi pengurus tu tetap lagi menyambung perbualannya yang trigger saya untuk focus dan kembali back on track. Soalan pertama saya :
Selepas beliau terima aduan tu, apakah tindakan mereka untuk menghalang perkara itu dari terus berlaku?
Jawapannya : Mereka dah memang sedia kala menjalankan audit rutin agar petugas mematuhi prosedur. Dan Pizza Hut AEON Mall tu katanya memang mengikut prosedur.

Saya naik angin sebab ada bayangan bahawa mereka tidak bersalah dan seolah2 kami yang mengada2. Saya kata, terbukti end resultnya, ada rambut dalam pizza kami, maka prosedur itu dah sah2lah tak menepati piawaian. Oleh sebab itu, apakah tindakan lanjut untuk menghalang perkara itu dari berlaku lagi? Beliau diam. Keep on apologizing. Maknanya, mereka tak upgrade prosedur mereka, tiada tindakan lanjut, tiada siasatan dan tindakan disiplin yang dijalankan...maka apakah jaminan mereka bahawa perkara ini tak akan berlaku lagi?

Sekurang2nya, kalau tak nak buat prosedur baru, sila ambil tindakan disiplin bagi petugas yang bertanggungjawab. Tiada kompromi dalam penyediaan makanan. Sekiranya ada tindakan disiplin, ia akan membawa petugas kepada focus yang lebih tinggi in future.

Tapi, yup...tiada apa2 tindakan.


Dan dari perbualan terakhir itulah, kami suami isteri berpendapat, kami harus kongsikan perkara ini dengan telus agar dapat memberikan sedikit kesedaran kepada masyarakat walaupun x berapa kerat orang yang baca blog saya.

Friends...please be careful.

Rabu, 13 Mei 2015

WW: Masuk Suratkhabar Rupanya....

Assalamualaikum...

Kisah semalam.

Hanya ceritanya...

Tak ada gambar tapinya...



Terpampang lah nama my little nurse sister...


.

Selasa, 12 Mei 2015

Happy Birthday and Happy Nurses Day

Assalamualaikum.....


This is my little sister. Third from 4 in our siblings. She is a nurse. It's her birthday today and what a co-incident, her birthday is on the International Nurses Day celebration. She might have been destined to be a nurse, I think.

She has gone through a lot in her life. I adore her. She knows how to take care of herself. She stumbled down a few times and the worst was last year. But she got up..stood for a while before she ran down chasing her dreams. How strong she is.

So my dear sister,

Be strong...keep on going strong. You go chase your happiness, girl. You earn it after those bitter challenges you gone through.

May you swim in your happiness. May you reach your dream. May you showered with a lot of Rahmah wa Mawaddah....Insya Allah....

.

Jumaat, 8 Mei 2015

Makan2 di Terengganu

Assalamualaikum.....

Tak habis2 lagi cerita pasal trip ke Kerteh itu hari kan....

Hari ni, cuci mata sajalah yer.... Makanan Malaysia yang biasa kita semua makan di negeri-negeri Pantai Timur. Di Kerteh, kami tak berapa menikmati sangat, sebab lepas check-out, terus shoot ke Kuala Terengganu. Check-out hari Jumaat, so banyak sangat kedai2 yang tutup. Yang sedihnya, semua kedai favourite saya dan hubby juga tutup. Kedai serunding, kedai makan2 dan termasuklah juga kedai keropok losong kami....uwaaa....

Kami makan di Pasar Payang....kedai kesukaan kami tutup. So, makan sajalah di kedai yang mana agak2 berkenan.

Nasi kerabu...boleh tahan. Hubby suka.

Kesukaan saya, laksam. Bolehlah setakat nak lepaskan rindu walaupun expectation sedap saya tak dipenuhi.


Pada malam terakhir, kami dah keletihan. Hanya saya dan hubby yang keluar makan sementara rakan sekerja saya menolak untuk dinner. Nak berehat saja katanya...

Sayur campur dan telur dadar kosong saja. 

Ada somtam. Saya kecewa...

Malam pertama, kami sempat ke Kuala Dungun. Macam biasa, lepaskan rindu pada tomyam kelapanya....

Tomyam kelapa yang lazat. 

Dan, takkan nak lepaskan peluang untuk menghirup keenakkan Putera Duyong kan....


Khalas....siaplah trip kami ke sana.....

Dan lepas ni kalau saya pergi sana lagi, maknanya saya menghulurkan tengkuk saya kepada mereka semua. Tapi, kalau terpancung sekali pun, saya tetap wajib melaksanakan tanggungjawab saya....




.

Rabu, 6 Mei 2015

Wajarkah Saya...?

Assalamualaikum.....

Minggu lepas...waktu cuti panjang, kami bawa Adam ke satu shopping complex. Adam nak menonton Avengers. Sampai jer petang tu, kami makan di salah sebuah fast food restoran yang sangat terkenal.

Tapi malangnya, di penghujung sesi makan tu....Adam jumpa rambut yang dah melekat dengan makanan tu. Memang saya terus geli geleman pandang rambut atau bulu yang berketak2 tu.

Hubby terus panggil managernya. Tp yg datangnya orang lain. Peringkat yang akhir, baru managernya tunjuk muka. Kenapa lah susah sangat manager nak datang jumpa  pelanggan yer...

Hubby tunjukkan rambut tu. Hubby tanya apa tindakan dia selanjutnya? Dia diam sebentar dan offer untuk gantikan dengan hidangan yang lebih besar. Dah tentu kami tak nak. Selera untuk makanan tu dah hilang. Tak tergamak nak makan lagi.

Kemudian dia tawarkan baucer untuk hidangan tu yang mana tempoh lupusnya sebulan. Well.... after one month....rasanya belum pulih kot selera kami...

Hubby terus bangun dan keluar dari restoran kerana kecewa fengan kualiti serta kredibiliti pengurusannya. Hubby minta saya yang selesaikan.

Saya slow talk dengannya....

Saya kata, tolak harga makanan yg ada rambut tu daripada jumlah keseluruhan set hidangan kami. Untuk berlaku adil pada kami berdua.

Beliau setuju.

Saya terus membayar walaupun makanan kami belym habis di makan lagi. Saya kecewa, Adam frust, hubby marah.

Bukan itu saja, salah seorang waiter nya melayan pelanggan dengan mengambil order dan menghantar makanan dengan peluh yang lebat mengalir dan menitis.

Malam itu juga, hubby berusaha mencari pengurus kompleks tersebut. Kami buat aduan rasmi dan dipanggil berbincang secara baik dan profesional. Pengurus kompleks telah menjalankan tugas dengan baik. Mereka secara rutin ada menjalankan pemeriksaan teliti dan update checklist auditnya.

Cuma hubby tegaskan bahawa kawalan lebih ketat harus dilakukan.

Dan pagi semalam, kami sekali lagi ditawarkan booklet kupon diskaun yang akan tamat dalam tempoh 2 bulan. Kupon DISKAUN  jer tau...

Seriously, saya sangat kecewa. Pada mereka, isu ini kecil barangkali.

Kami tak terima.

Saya sebenarnya teringiiiinnn sangat nak letakkan gambar makanan berambut tu disini. Saya nak semua orang berhati2. Jangan dipercayai nama yang gah dan cukai GST itu....

Tapi.....

Saya kesian pula....

Apa pendapat anda?
Kalau anda semua ditempat kami, apa tindakan anda selain memaafkan dan lupakan saja...?



.

Isnin, 4 Mei 2015

Good Bye Itik...

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah....syukur. Akhirnya, ada juga insan yang sudi nak take over bela itik2 hubby ni. Saya dah memang sungguh2 tak larat nak membelanya. Kadang2 sambil memberus porch rumah, sambil berjurai2 air mata menangis sebab penat dan tertekan. Hubby memang tak boleh lah nak berus2 lantai ni. Nanti takut luka pembedahannya bertambah teruk pula.

Sebenarnya, saya dah nekad...kalau tak ada sesiapa yang nak sanggup nak bela itik tu, saya nak lepaskan ajer di mana2 kolam atau tasik. Kenalah dia pandai2 cari makan sendiri kalau nak hidup. Zalim ke? Tapi, saya tak sampai hati pula nak sembelih itik yang baru nak meningkat remaja tu.

Syukur sangat2 bila ada kawan hubby yang ibunya memang penternak itik nak ambil itik tu untuk diberikan pada ibunya.

Itik2 kami ni jenis yang mengada2. Diorang sendiri geli geleman dengan bahan buangan diorang sendiri. Bila ada terlekat sikit jer, berlari2 dua2 ekor ni masuk kolam dia dan mandi. Kaki, bulu semua bersih jer. Maklumlah....tidur makan semua atas lantai porch kami. Bila saya bagi makan nasi...dah siap rebus lagi nasi tu dengan sayur2...konon tak nak bagi itik ni makan keras2....haram disentuhnya. Akhirnya nasi2 tu habis dimakan dek burung2 yang banyak di rumah kami.

Dia hanya nak makan dedak jer...walhal dia dah besar. Sepatutnya dah makan jagung, tapi bila kami beri jagung yang hancur tu pun diorang tak nak makan. Main pijak2 jer. Saya cuba bagi makan roti. Roti pun, roti Gardenia tau....pun diorang tak layan. Main pijak2. Sanggup la dia makan pucuk2 rumput dan buah2 dari pokok ceri hubby yang masam tu. Mengada2 kan....

Now, dah ada di ladang ternakan itik....pandai2lah mereka bergaul dan bawak diri. Tak merasalah lagi nak jadi putih bersih macam selalu tu....


Yang penting, rumah saya dah kembali seperti dulu.
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink