Selasa, 29 September 2015

Wedding Anak Buah...

Assalamualaikum.....

We went to the my cousin's son's wedding last weekend. It was held at Casa Helicornia in Jln Gurney. A simple get together for family and friend. I know the bridegroom, but I do not know him upclose. His parents are close with us...but yea..time constraint. We only meet during festive days only.


We arrived early. In fact we were the first guest...hahaha. Oh, it was me, hubby and Adam, together with my parents. Another aunty with my cousin tag along with us too.

We came early so that we could catch up news and updates with family. Enjoy the food, enjoy the warmth of the relations.

Besides the main nasi beriyani set dish, these were the desert counter. It is a simple dish and set up, but it excites us.

The salad counter. I like the dates. Freshly picked and brought back by my cousin's wife whom work in Medinah as a lecturer in nursing related subjects.

Adam and his papa. We were about to return him back to school  after the wedding. 

My other's cousin daughter. Raja Farah. She is an actress and tv host. Newly wed and she looks much more happier this time. She screamed in surprise meeting Adam. Last she met Adam,  I think few years back. From a chubby primary school boy, Adam of course has changed.

The couple. I will have to interview the new member of the family, hihihi.

Another 2 weeks time, another cousin's wedding in FRIM. The next 2 weeks after that, the reception of Raja Farah. Hopefully that's the closing for this year. Next year will be quite handfull for family members' wedding and engagement.

I like the busy aroma of love celebrations.


.

Jumaat, 18 September 2015

Ikan Bakar Pulau Pinang

Assalamualaikum.....

Dah lama sangat terperam gambar2 ni. Ini adalah trip tidak dirancang kami 3 beranak. Jalan2 ke Selangor, terlajak terus sampai ke Pulau Pinang. Bermalamlah juga satu hari di situ.

Hubby contact semula kawan lamanya. Amoi Penang yang ckp loghat Penang dgn fasih dan lemah lembut. Terpesona saya dengar dia bercakap. Saya tak pernah tahu yang loghat Penang boleh dilaguk as n dengan mendayu begitu.

Anyway, beliau bawa kami makan ikan bakar. Asyik ikan bakar Melaka jer...meh rasa Penang style pula. Kawasan ni ditepi pantai dekat2 dengan shopping complex AEON tu.

Simple, tapi sedap. Sangat berperisa. Sambil makan, sambil menikmati angin kaut dan dapat tengok jambatan Pulau Pinang. Awesome view.
Bukan restoran besar. Hanya kedai2 biasa. Harga? Sama standard Melaka lah...so tak ada lah gerun sangat.

Lain kali kami nak dtg Penang lagi...


.

Isnin, 14 September 2015

Saya Seharusnya Bersyukur...

Assalamualaikum.....

Dalam kemelut politik negara, dalam kepayahan ekonomi, saya sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai kasih keluarga dan keupayaan tidur lena. Betul kan...?

Dan bila bersembang dengan rakan meja sebelah di pejabat, saya lagi patut bersyukur walau dalam kemelesetan ekonomi, kita semua masih mampu pergi shopping, mampu bercuti dan holiday walau sampai ke luar Negara dan yang paling penting, dapat menunaikan ibadah tanpa halangan. Di mana2 boleh jumpa surau dan masjid. Di hotel2 ada arah kiblat. Di stesyen minyak semuanya ada surau dan kemudahan untuk berwudhu'. Berbanding dengan Negara timur tengah dimana terletaknya pusat penyinaran Islam dunia..tempat bertawaf dan berkumpulnya Islam sedunia alam...nak menunaikan solat pun agak sukar untuk mencari sumber air bagi berwuduk.

Tapi kali ni saya hanya nak berkongsi sedikit kisah saya.

Saya berhenti kerja di KL Februari lepas apabila menerima tawaran bekerja di Port Dickson. Dekat dengan mak. Hanya 15 minit dr pejabat. Maka bila pakej gajinya kurang, saya tetap terima sebab dah tak larat meredah KL seorang diri tanpa keluarga di samping. Setiap hari Jumaat, habis saja kerja saya berlumba2 dan bersesak2 nak balik PD dan balik Melaka. Penat sangat...duit mencurah2 atas jalan raya kalau boleh dilihat.

Walaupun dah kerja di PD, saya tetap berulang dari Melaka ke PD setiap hari kerana hubby kerja di Melaka dan rumah kami memang di Melaka. Cuma ptg2, saya singgah rumah mak sebelum balik Melaka. Travel juga. Cuma, tak adalah tempuh kesesakan jalan raya, tak ada tol dan sekurang2nya kami dah dapat tinggal bersama2 sebumbung. Walau Adam pula terpisah, saya tetap bersyukur.

Tapi yer lah..bila dah travel tu macam2 hal lah. Tambah2 nak menempuh jadual hidup yang baru. Dah lah saya baru masuk kerja, tapi nak tak nak saya terpaksa banyak ambil cuti sebab hubby kebetulan tak sihat sangat2. BP tinggi dik...dek tekanan kerja. Tiap2 hari sakit kepala tak hengat. Sampai ada masa tu dia terpaksa berhenti tepi jalan 1km sebelum tiba kilang sebab dah tak boleh tahan sakit kepala dan pandangannya terus jadi kabur. Saya di PD, dia di Melaka. Kilang jugalah yang hantar rescue team pick up dia dan hantar ke hospital.

Di pejabat pula, HR Dept adalah jabatan baru. Sebelum ini, HR matters di handle oleh Admin and Finance Dept. Tapi bila syarikat semakin berkembang, mereka perlu juga ada HR Dept. Itulah sebabnya saya masuk sini. Bila tak pernah ada HR, of course kerja saya jadi menimbun sebab seperti kita nak set-up company baru and at the same time, rutin harian harus berjalan. Saya memang buat kerja dengan agresif sebab tak ada masa untuk taking your own sweet time. Semua polisi mesti selaras dengan undang2 dan sebagainya lah...

Kerja banyak di pejabat, perhatian keluarga pula sama pentingnya di rumah. Maka, selepas berbincang panjang dengan hubby, saya dinasihatkan untuk resign. Beban kerja, pakej yang agak kurang setaraf dengan yang sepatutnya serta tanggungjawab saya untuk keluarga. Hubby saya kesian tengok saya melepek setiap kali tiba di rumah, campur dengan stress saya dan stress beliau... Saya pun sangat seronok...sebab dalam kepala saya dah mula merancang itu dan ini bila saya dah jadi full-time housewife. Mungkin untuk beberapa bulan sehingga saya selesai menguruskan rumahtangga dan mendapat pekerjaan baru.

90%, rumah saya masih begini..sob..sob.. Adam masa umur 8 tahun/
 
 
Kalau nak duduk di rumah semata2 pun pasti bosan sebab anak tak ada di rumah. Tapi rumah saya memang macam rumah tinggal. Dah almost 10 tahun, barang2 saya masih bersepah2 sebab hubby tak nak beli lemari...huwaaaa. Konon nak install built-in cabinet...tapi asyiklaaa bertangguh. Sebab tu la saya dah tak sabar nak buat 5S di rumah bila dah resign. Dah plan nak beli lemari sendiri dah..hehehe

Bila saya submit resignation notice, of course bosses saya terkejut. Mereka ingat saya dapat offer lain. Saya berterus terang je apa masalahnya...itu dan begini...

Dan saya terus mula mencari pengganti saya, walau bukan exactly jawatan saya. Cari yang 1 tangga di bawah jer, dan syarikat boleh pertimbangkan kenaikkannya kelak. Tapi, interview 1 candidate, resume dari 4 candidate...hmmm...membuka ruang perbincangan dengan pihak syarikat. Gaji yang dipohon lebih tingggiiiiiii lagi dari saya, tapi skill and knowledge, alamakkk...

Job counter offer session pun bermula. Begitu begini...bincang semula dengan hubby. Dan kebetulan pula, minggu pertama selepas raya, hubby mula bekerja di Nilai dengan syarikat lain. Maka, kami bersetuju untuk tinggal di rumah mak jer di PD. So hubby berulang ke Nilai. Dan dengan pakej baru yang saya dapat terima, kami bersepakat untuk saya meneruskan kerja di sini.

Alhamdulillah.

Saya dah boleh focus dengan syarikat dan kerja sebab hubby dah tak stress sejak kerja dengan syarikat baru. Saya pun dah tak perlu travel jauh, maka kesihatan saya bertambah baik. Stress kerja, mana2 pun ada. Oh yer, saya stress sangat sampai saya migraine. Isnin lepas, saya tumpas juga bila saya sampai muntah2 sakit kepala. Ingatkan saya dah kena darah tinggi, tapi BP saya normal. Rupa2nya migraine dikk.....Dah umur macam ni pula ada migraine ni. So, kalau saya sakit, sendiri yang susah. Kenalah bijak manage sendiri agar jangan stress sangat dah migraine lagi.


So, punahlah harapan dan impian saya untuk buat 5S di rumah sendiri..sob..sob... Bilalahhh rumah saya nak cantik....sedih...sedih.... Saya sayanggg rumah saya. Oh hubby...dengarlah rintihan hati binimu ini...sob..sobbbb....


Eh, hubby takder...dia kat Mexico minggu ni. Adoii....

Opppsss.....intipatinya....



BERSYUKURLAH.....






.


Jumaat, 11 September 2015

Pertunangan Adik Bongsu

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, selesai lagi satu majlis untuk keluarga kami. Memang tahun ni tahun pertunangan la untuk kami. Sepupu saya 2 orang bertunang tahun ni, dan ini pula adik ipar saya yang bongsu. Errr...sorang jer adik ipar yang saya ada pun...hehehe.


Ain, nurse di wad medical, Hospital Kuala Lumpur. Tak ingat wad mana...tapi wad tingkat atas2 la.. Insya Allah berjodoh dengan jejaka Kuala Lumpur yang mana keluarganya berasal dari Batu Kikir, Kuala Pilah. Habis menantu Mommy semuanyaaaa orang Kuala Pilah. Bapa saya di Sawah Lebar, kakak ipar di Dioh, ini bakal adik ipar di Batu Kikir. Senang, satu selera...hehehehe


Majlis sederhana sahaja. Dah terlari dari jadual dek sebab beberapa perkara. Tapi yang penting, dah selamat, selesai. Syukur Alhamdulillah. Bakal ibu mertua menyarungkan cincin. Baik dan ramah. Senyum saja orangnya.




Hantaran pun tak banyak. Buat yang ringkas2 saja. Ikatnya setahun, tapi dengar2. niat pasangan ni mereka nak cepatkan. Baguslah. Maka tahun depan ialah tahun perkahwinan pula. Sepupu, adik...mungkin semuanya jadi 4 majlis perkahwinan. Yang dah confirm, sorang bulan 2 nanti.

Bakal adik ipar saya ni pun, sempoi saja. Boleh masuklah .... Lepas majlis, dia datang, makan dengan saya dan hubby, dan terus balik ikut keluarganya.

Adam sepatutnya tak boleh balik minggu tu, tapi saya tulis surat rayuan untuk mohon pertimbangan. Maklumlah, keluarga kami kecil. Arwah Ba dah tak ada dan saudara mara sebelah Ba tak berapa rapat dengan kami. Mommy pula berbangsa Hokkien, so, betul2 ada hubby adik beradik bertiga ini saja. Bila ada Adam, saya tumpang kekuatan anak lelaki saya. Memang boleh harap. Masa perbincangan Adam duduk sebelah Tok Sidang tau...hehehehe. Macam tu lah nak jadi khalifah. Kena latih untuk handle segala2nya.

Anyway...tak ada gambar food. Lupa sungguh2. Kami order pada caterer saja. Lauknya sedap2. Nenas masak lemak cili padi dengan ikan masin kurau, ayam goring berempah yang marveles, ulam2an, asam pedas daging dan tetel..perghh..lembut dan juicy betul dagingnya...ada fruits and kuih muih.

Sibuk sangat masa majlis, memang kaki sampai tak berasa lagi....Tapi Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar.










.

Selasa, 8 September 2015

Peranan Ibu Bapa Bila Anak Menghadapi UPSR

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini telah selesai hari pertama peperiksaan UPSR untuk anak-anak kita semua kan. Saya dah lepas pengalaman itu dan saya langsung tidak menyesal bila saya all out untuk Adam tahun lepas.

Saya cuba kongsikan apa yang saya lakukan bila Adam menduduki peperiksaan tahun lepas. Mungkin boleh diguna pakai, tapi mungkin juga tidak sesuai untuk orang lain atas faktor2 yang berbeza.

Adam ialah anak tunggal saya, maka apa saja yang boleh saya lakukan untuk dia, saya cuba sedaya upaya. Saya tak bela dia, saya hanyalah ibu hujung minggu untuk dia, tapi bila menjelang waktu penting begini, saya berusaha berulang alik dari KL-PD sekerap yang boleh. Kadang2, saya sekadar duduk menemankan dia belajar walau saya sampai tertidur2. Kalau dia nak air milo, nak roti kapit telur sambil mengulangkaji pelajaran, saya sediakan walau dah lewat malam. Saya cuba senaraikan apa yang telah saya lakukan tahun lepas dengan dia.

1. Saya bantu beliau buat latihan. Caranya ialah duduk di sampingnya dan sama2 buat latihan itu dengan minda kita sahaja. Bila dia salah, kita betulkan kemudian. Bila dia telah selesai satu bahagian. Jadi, dia tak akan rasa terganggu bila buat latihan. Biarkan dia buat habis2, baru kita semak bersama dengan dia dan terangkan apa yang dia salah. Saya juga sering ingatkan Adam, jangan kedekut berkongsi ilmu. Ilmu itu, Allah yang punya. Satu ilmu kita kongsikan, InsyaAllah 10 lagi Allah kurniakan. Adam anak yang mendengar kata. Bila rakan2 yang lain tak mahu bantu rakan2 kelas corot, Adam selamba duduk semeja dan kongsi apa yang dia tahu. Lama2, rakan2 dari kelas hujung, yang sedikit slow, yang samseng tapi mahu belajar, yang pemalu...mula rasa yakin untuk membuka mulut dan bertanya itu ini dengan Adam. Saya senang hati melihatnya. Confirm apa yang dia tahu tak akan luak sedikit pun. Inilah kelebihan akal untuk manusia.

2. Pastikan dia dapat rehat yang cukup, dan juga senaman yang cukup. Pemantauan makanan dan minumannya kalau boleh, lakukanlah seawal yang boleh. Anak2 muda seperti Adam...makannya nak sedap saja. Tapi kami limitkan fast food, air berkarbonat, maggi dan apa2 processed food. Kami mulakan dari awal tahun. Banyakkan air suam untuk dia dan buah serta sayur-sayuran. Maka gigihlah saya memasak untuk beliau. Setiap kali memasak, saya ikut pesanan kakak2 blogger yang ada pengalaman anak2 ambil peperiksaan, untuk berselawat, membaca Al Fatihah dan mendoakan anak dengan ikhlas sepanjang masa memasak itu.

3. Bila anak2 telah agak letih, tak salah untuk rehatkan dia. Bawalah dia berkelah, atau mandi laut, atau sekadar berehat di hotel. Biar dia menikmati alam semulajadi dan bernafas dengan udara segar. Saya cuba elakkan dari menonton wayang dengan dia dalam tempoh itu.

4. Seboleh mungkin, mohonlah dengan Allah pada sepertiga malam. Lakukanlah tahajud dan mohonlah apa sahaja pada Allah s.w.t. Kalau tak boleh setiap hari, seminggu sekali, atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau tak boleh juga, sekali sekala pun tak apa. Selain daripada itu, kita juga jagalah pertuturan kita, tingkah laku kita selain daripada mengawal anak2 saja. Hubungan kita dengan guru2 anak, dengan ibu bapa kita, dengan ibu bapa mertua....semuanya harus ikhlas. Kalau sebelum ini kurang, inilah masanya untuk memulakan mendidik diri sendiri.

5. Pada hari2 Adam menduduki peperiksaan, saya mengambil cuti selama seminggu. Pagi, saya bangun awal, solat dan doakan sedikit untuk beliau. Siapkan breakfast untuk dia. Tapi Adam bukan jenis yang boleh breakfast, so saya sediakan air milo dicampur dengan beberapa sudu quaker oat untuk dia alas perut. Saya suapkan sambil dia bersiap.

6. Selepas menghantar dia ke sekolah, peluk dan cium, selawatkan dan doakan dia di atas ubun2nya, saya pulang ke rumah. Bersiap untuk sediakan makanan untuk waktu rehat. Adam akan makan bersungguh waktu rehatnya tu. Jadi, saya siapkan heavy food sikit. Sandwich tuna, sandwich telur hancur dengan mayo, bihun goreng dengan ayam dan sayur, atau spaghetti dengan ayam atau tuna.

7. Bila dah siap, saya pula bersiap dan segera ke sekolah. Kalau boleh, sebelum jam 9.00 pagi saya mesti dah berada di sekolah. Saya duduk dan tunggu beliau di kantin sekolah bersama bekal makanan, handphone dan bahan bacaan saya. Sementara menunggu, bacakanlah Yaasin dan mohon agar dipermudahkan untuk dia. Dah habis, sambunglah dengan surah2 lain. Kemudian, kita bolehlah nak buat kerja pejabat di lap top, atau membaca apa saja sementara menunggu beliau. Yang penting, kehadiran kita di sekolah. Dan dia tahu bahawa mamanya ada untuk meminjamkan sedikit kekuatan kepadanya.

8. Selalunya, bila waktu rehat, calon2 peperiksaan akan berpusu2 beratur membeli makanan di kantin agar mereka tidak membuang masa bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi Adam terus menuju ke arah saya, peluk dan cium dan duduk minum dan makan sambil bercerita tentang soalan itu. Bukan sahaja dia, malah kawan2nya juga penuh dimeja kami. Sambil makan, sambil mereka turut bercerita dengan saya. Dalam hati saya, rasa kasihan dengan mereka. Adam ada mamanya yang tunggu, dapat berkongsi rasa dan kisah. Dan mama mereka pula tunggu di rumah, maka mereka tumpang mama Adam dengan penuh rasa gembira juga. Alangkah baiknya kalau ibu bapa mereka turut berada di situ memberikan secebis kekuatan kepada anak2 yang polos ini. Tapi itulah, masing2 ada komitmen sendiri, ada priority sendiri. Penilaian itu hak mereka.

9. Daripada tahun lepas, saya mendapat whatsapp yang sama tentang jangan membincangkan soalan yang telah lepas. Saya cuba, tapi Adam dengan rakan2nya tak berhenti bercerita dan berbincang. In fact mereka rasa seronok dan yakin dan redha dengan apa yang telah berlalu. Jadi, maaf, bukan semua anak2 kita akan cepat hilang motivasi bila membincangkan soalan. Yang sebenarnya, setiap individu berbeza. Yang penting, kita beri semangat. Mereka dah berusaha. Sebaik mana..sekuat mana, itulah diri mereka sendiri. Yang penting, kita cuba tanamkan konsep redha dengan ketentuan Ilahi. Fahamkan mereka apa rasanya bila dah berusaha, kita kembalikan diri kepada Allah. Menyerah kepada Allah, memohon dengan Allah dan bersangka baik dengan Allah walau apa pun keputusannya.

10. Saya sentiasa setia menunggu Adam di sekolah di setiap hari peperiksaannya. Walau ada guru2 yang cuba memujuk saya pulang kerana katanya, tiada apa yang dapat dilakukan dengan hanya menunggu di kantin sekolah, tapi saya jawab dengan senyuman. "Anak saya tahu saya ada disini. Ini sahaja yang termampu saya lakukan demi kasih saya pada dia". Dan jawapan itu sudah cukup untuk menghentikan soalan yang lain. Ada juga guru2 yang sekejap-sekejap duduk berbual dengan saya. Itu sudah cukup, walau hanya saya seorang saja ibu yang menunggu anaknya di sekolah itu. Biarlah..... Kita tahu apa yang kita mahu.



Oh, panjang lebar, bukan? Tapi, ini hanyalah cara saya sahaja yang saya belajar sedikit di sana dan sedikit di sini. Saya gabungkan itu dan ini, dan saya come out dengan steps ini. Setiap orang, caranya berbeza. Masyarakat, kemudahan sekolah, kerjasama ibu bapa...semuanya berlainan. Ikutlah yang mana elok. Kalau ada yang sesuai, saya alu2kan anda turut sama berkongsi dengan saya. Atau kurang sesuai, adjustlah yang mana perlu.

Adam Alhamdulillah mendapat 5A, itu adalah kurniaan Allah. Tapi, usaha tetap perlu. Bila dah usaha, walau tiada A sekali pun, hati tetap akan puas, kan? Yang penting, redha.

Untuk anak2 semua, teruskan perjuangan ini. Anyhow, this is not the end of the world. There's a long journey waiting for you.... Yang penting, focus, lakukan yang terbaik, dengan ikhlas dan tenang.

Good luck dearies....










.
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink