Khamis, 28 Januari 2016

Bila Di Cari, Tak Jumpa

Assalamualaikum.....


Kelam kabut balik Melaka semalam untuk ambil jaket hubby. Hubby kena bertugas ke Shanghai hari ni. Suhu di Shanghai ialah -10 sekarang. Memang tak cukup sekadar kot atau jaket jeans.

Masalahnya, hampir 3 jam saya geledah rumah, tapi tetap tak jumpa. Habis saya punggah semula kotak2 berat..kontena2 lama...tapi tetap tak jumpa.

Mmg dah lama jaket tu. Masa hubby study dulu, tapi memang pernah keluarkan tahun lepas.

Akhirnya, memang tak jumpa.

Begitu juga smartfon Adam, hadiah kecemerlangannya. Tapi puas saya cari dalam rumah mak dan rumah kami di Melaka. Cari dalam semua kereta, pun tak jumpa juga.

Biasanya, kalau kita dah lupakan, tiba2 wujud pula depan mata entah dari mana datangnya.

Apa2 pun, saya sangat kecewa dengan diri saya. Saya gagal dalam amalan 5S. Saya memang tak pandai mengemas. Saya tak kreatif menyusun dan menghias. Dan saya tak ada masa. Setiap hari masa saya adalah untuk orang lain.

Ok...saya sedih lagi.

Gagal.

Tapi.....

Gagal hari ni, lagi bertambah kuat azam nak baikinya...


Dapat macam.gambar ni pun..ok sangat dah...

Dengan izin Allah, satu hari nanti..

Doakan saya...


.

11 ulasan:

  1. Tu lah Azielah..
    Bila di cari tak jumpa..
    Bila tak cari ada ajer depan matakan..
    InshaAllah akan telaksana nanti 5S utk Aziela..
    Akak pun macam tu..
    Gambar yg sebelah kiri dapur akak :P

    BalasPadam
  2. Selalunya macam itulah, bila dicari tak jumpa. Tak dicari, ada pula di hadapan mata...

    BalasPadam
  3. Dapur yg ber 5S, selalunya dapur yg tak berasap, atau tak selalu masak....hahahaha..cuba tengok dapur nenek2 kita....

    BalasPadam
  4. barang kalau kita nak pakai masa tu.. memang masa tulah dia tak ada..

    BalasPadam
  5. sobs~ kannnn tiap kali nak cari barang tu la tak jumpe T__T

    BalasPadam
  6. biasa memang macam tu lah kak time nak cari time tu lah tak jumpa

    BalasPadam
  7. Alahai, Mak Long pun macam tu juga... Kadang-kadang simpan tempat lain, cari tempat lain.... Baru-baru ni cari anak kunci, pada hal kat tangan...

    BalasPadam
  8. Bila jadi macam tu, stresnya rasa..

    BalasPadam
  9. Biasa sgt tu. bila dicarik tak jmp. Huhu

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com