Yeah...I know. Cerita basi kot. And mungkin juga ramai yang tak tahu tentang filem ni. To be frank, saya ternanti2 filem ni sejak tahun lepas. Dan bila saya tau, rupa2nya dah masuk Astro First. Publisiti tak meluas. Biasalah, mana2 filem patriotik, sokongan kewangan tu memang sakit sikit.
Anyway, saya dibesarkan di dalam kawasan tentera. Jadi, sejak kecil, saya sering kagum dengan tentera walau tiada seorang pun ahli keluarga saya tentera. Jadi bila keluar filem tentang perjuangan tentera komando Malaysia, saya memang sangat teruja.
Hero dalam filem ni sangat ramai. Tapi yang paling menyerlah ialah Beto Kusyairi. Dia yang paling serius, saya 'rasa' semangat perjuangannya dan dia yang paling tangkas.
Saya baca banyak komen negatif tentang teknik perfilemannya, tapi saya langsung tak rasa itu mencacatkan filem ini. Remember, bajet filem ini ciput. Ini filem patriotik. Walaupun ada Remy Ishak dan Beto, itu bukan tarikannya. Tarikannya ialah ini kisah benar. Tunjukkan pada generasi baru susah dan senang hero negara mengorbankan segalanya demi kita semua.
Buka buku, buka internet. Carilah tentang perjuangan komando ini. Anda tak mungkinnn jumpa. Yang ada, masihlah tentang Mat Kilau, Temenggong Jugah dan Hang Tuah. Bukan menidakkan, tapi please upgrade the history education. Sekolah x boleh, tapi kita boleh, kan.
Komando kita, tentera dan polis adalah antara yang terbaik di dunia. Tahukah anda semua? Dunia sanjung pejuang kita sedangkan kita menyanjung orang lain. Oh...sedihnya.
Jangan kira benefit mereka...gaji, pencen. Semua tak setanding...but it's the nature of jobs. Semua kita ada bahagian masing2. Semua kita lakukan yang terbaik. Tapi kalaulah sedikit perhatian dilebihkan pada pejuang kita, alangkah cantiknya kan...?
Saya buat nota yang panjang untuk entry ini. Tapi saya rasa cukuplah saya sampaikan rasa hati yang ini saja. Nak review filem ini menggunakan smartfon cap ayam saya yang cenonet ni, satu perjuangan besar juga tu. Tak apalah. Yang penting...mesejnya.
Siapa yang belum tengok....sila cari dvd original. Apa salahnya menyumbang kepada patriotisma....
.
Assalamualaikum, suka tengok lakonan Beto..
BalasPadamdah tengok gak cite ni, sy mmg suke tgk cite2 sejarah mcm ni..pendapat saya jalan cerita di permulaan sgt best tapi di pertengahannya dah sedikit bosan. Filem2 brunsurkan sejarah ni perlukan promosi yg kuat..kalau bajet lebih besar mungkin lebih best lgi filem ni.
BalasPadamAssalamualaikum..terima kasih sebab memahami..yaya anak askar, dah biasa kena tempias kata2 negatif tu.sedih.kecewa dengan pemikiran org melayu.ada yang kata saya poyo bila cakap pasal ni.tapi bagi saya, saya patut pertahankan sebab ayah saya askar.orang kat luar sana banyak bagi tohmahan, saya mestilah pertahankan.takkan biarkan.itulah masalah jiwa bila tak boleh nak ambil serius tentang keamanan negara.
BalasPadamKalau nak tahu, bukan ayah je yang kena berkorban demi negara.kami sekeluarga secara automatik akan turut berkorban juga.ayah ke hutan dan tinggal kami di kem bersama ibu. Kami banyak berdikari sendiri .pergi sekolah trak askar hantar kami . Pergi tuisyen pula jalan kaki, balik tuisyen kena kejar dengan anjing. Balik rumah cerita pada mak. Ayah akan tahu bila pulang dari operasi.
Kesianlaa kat kami ni. Janganlah korang pentingkan diri sendiri nak cakap macam-macam. Kalau korang cakap perkara negatif, waktu ayah kami dalam hutan dan ditembak, siapa yang akan menangis ??? Kamiii...kamii yang akan menangis..itu pun bila dapat khabar berita dari rakan seperjuangan ayah.
Bukan saya nak marah.cuma nak pesan di sini.jangan ambil mudah perkara ni sebab ego korang tinggi mana pun, tak perlu berfikiran sempit. Fikirlah di luar kotak. Korang hanya tahu caci, maki, makan dan bersuka ria.tapi kami ??? Kesunyian....
Tak perlu berkata setinggi langit jika takut dipanah petir di tengah padang.
Mohon share ye tuan tanah. Wasalamualaikum
akak tengok cerita ni Ziela.. oh ya, satu lagi filem patriotik wajib tonton adalah kapsul.
BalasPadamTak tahu pun pasal movie ini.
BalasPadamDilwale saya tahulah.
Agak2 hari kebangsaan tahun ini dah keluar tv ke belum?
Kalau belum kena beli DVDnya...
Belum berpeluang lagi untuk tonton... Yup saya setuju dengan komen Aziela.. merekanya budget sangat kecik.. Jadi xyah nak bandingkan dengan filem yang budget besar.. Apa yang patut di tonton adalah kisahnya... Saya sangat respek demgan askar, komando dan polis..
BalasPadamBertugas demi negara dan meninggalkan keluarga..
Mempertahankan keamanan Malaysia dengan begitu semangat...
Apapun kelebihan yang diberikan pada mereka, mereka berhak kerana banyak yang mereka korbankan untuk keamanan kita..