Ahad, 30 Oktober 2016

Pergi tak Kembali. Al Fatihah

Assalamualaikum.....


Maaf kalau saya masih bercerita perkara sedih. It won't go away, but life needs to get going. Tapi saya perlu habiskan kisah ini. Sambungan daripada entry saya di hospital sebelum ini.

Maka tanggal 4hb Jun 2016, adik ipar saya pulang di jemput Ilahi. Meninggalkan isteri tercinta dan dua orang anak yang masih kecil




Ini adalah arwah, beberapa hari sebelum pemergiannya. Ida sangat sedih kerana sesungguhnya suaminya yang tercinta ini adalah sangat simple orangnya. Sentiasa berfikiran positif dan sabar orangnya.

Telah 6 bulan berlalu, namun.kami sekeluarga masih terasa kehilangannya. Namanya masih disebut. Ida masih kukuh kasih dan cintanya. Syukurlah yang Allah telah rezekikan 2 orang pahlawan utk ibunya. Yang memberi kekuatan dan.kebahagiaan.

Semoga saya juga dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas untuk terus menjaga orang2 tersayang saya termasuk ibu bapa, nenek saya, suami kecintaan saya dan anak harapan saya. 

Amiin....









3 thoughts..:

Kamal halim berkata...

Kehilangan merupakan ujian terindah Pencipta buat hambanya agar kita tak lupa bahawa satu masa kita juga akan kesana.Tabahkan hati semoga Allahyarham tenang disana.

Lynda Che Lah berkata...

salam takziah
untuk Ida dan keluarga.
perginya tempat bergantung dan berkongsi.
Semoga ditempatkan di kalangan yang beriman

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

masih muda sgt lagi.. ajal maut di tgn Allah swt

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink